Di malam-malam begini,teringat aku akan kisah yang berlaku ke atas diri aku dan kawanku suatu masa dulu.Kisah ini berlaku ketka aku bertugas di SKLKTP Bukit Bading dan SK Peruh,Hulu Terengganu,Terengganu di tahun 1994.walaupun sudah lama namun kisah ini sering terkenang di hati ini..
Waktu itu aku ada beberapa orang kawan yang bertugas di SK Peroh,kebetulan aku aku juga merupakan guru beredar,jadi dua buah sekolahlah aku kena bertugaslah secara bergilir-gilir mengikut hari,
Rumah sewa kawan-kaawanku sewa tu agak besar serta bnyak biliknya serta agak unsang.Rumah ini terletak di tepi jalan ke Felda Jerangau atau Bukit Besi dan berhampiran dengan ladang kelapa sawit.Jadi kalau hari minggu aku tak pulang ke kampung,aku melepaklah serta tidur di rumah inilah.Rumah ini di kelilingi oleh pokok-pokok rambutan dan beberapa batang pokok lain.Ini tentunya menjadikan kawasan rumah ini agak gelap walaupun di siang hari.
Menurut cerita kawan-kawanku beberapa kejadian aneh telah berlaku ke atas mereka,contohnya kalau mereka tidur di tiang seri rumah apada pukul 2,00 pm dan berazam nak tidur sekejap,alamak pukul 5 atau 6 pm barulah jaga dan sedar daripada tidur!Kata kawanku lagi kadang waktu malam sering berbau kemenyan dan sebagainya.Bermacam-macamlah cerita yang telah aku dengar,tapi yang peliknya aku walaupun selalu bermalam serta melepak tidak pula mengalami kejadian yang menyeramkan.
Tapi, hendak dijadikan cerita,satu malam satu kejadian telah aku alami. ceritanya begini aku telah tidur agak awal di atas katil di sebuah bilik Zul (dari Perak) sedangkan waktu tu orang lain masih bermain daun terup.Tiba-tiba lebih kurang jam 2 pagi aku telah terjaga!alam keliling terasa amat sunyi sekali.Entah macam mana aku terdengar bunyi tapak kaki berselipar berjalan di atas atap zing betul-betul di atas bilik tidur aku.Bunyinya...tap,tap,tap,tap..begitulah bunyinya.aku seakan -akan tergaman dan rasa takut kerana selama ini aku tidak pernah mengalami situasi sebegini.Lantas aku perlahan-lahan mengejutkankawanku Zul,yang tidur di bawah sebelah katil bujang yang aku tidur itu.Aku membisik dan menceritakan tentang bunyian yang aku telah dengar itu.Zul, tiba-tiba menjerit, "Allah huakbar" berkali-kali sambil kakinya pantas menendang ke atas dan bersilat sambil baring.Aku ketika itu,rasa nak marah pun ada dan nak ketawa pun ada, yelah di saat aku sedang ketakutan dia pula membuat bising!
Selepas beberapa minit Zul pun sedar dan beristifar serta mengucap beberapa kali.Aku ada juga bertanya kenapa dia berbuat demikian,taoi Zul seakan tak mahu menjawap pertanyaanku.kami selepas itu tidur semula.keesokannya, barulah Zul memberitahu cerita sebenarnya.katanya selepas aku memberitahu tentang bunyi tapak kaki orang berjalan itu,dia telah melihat ada lembaga hitamterapung-apung betul-betul di atas badannya,sebab itu dia terpaksa berlawan dan menendang lembaga hitam tersebut.
Cerita lain yang aku dengar pula kawanku yang tidur bilik sebelah telah dicampak kain selimut,ke bilik sebelah menyebab 2 kawanku Syukran dan Nuradi Amin terpaksa berebut kain selimut yang satu.kain selimut milik kseorang kawanku itu telah dicampak dan jatuh atas kelambu milik kawanku bernama Zulkifli Mohd (dari Kota Bharu).Kawanku Zulkifli ni pula mengatakan mereka berdua bermain serta bergurau melambung kain selimut pada malam tersebut.Akibat peristiwa itu Nuradi Amin (Kuala Berang guru sementara) telah demam.
Sesungguhnya bebagai-bagai cerita dan kisah lagi aku dengar telah menimpa kawan-kawanku.tapi yang dapat aku paparkan di sini adalah kisah yang telah aku alami sendiri.kini rumah tersebut telah lama diruntuhkan,serta telah dibina rumah batu yang baharu.kami semua tidak lagi ke sana,kerana masing-masing telah bertukar ke daerah dan negeri kelahiran masing-masing.Bila mengingat kisah lama dan kenangan di sana hatiku berasa amat sayu sekali.Apa-apapun aku ucapkan selamat bertugas untuk bangsa dan negara buat kawanku semua.
No comments:
Post a Comment