Saturday, November 23, 2013

Buah Berangan Dan Nostalgia Dalam Hidupku.




Buah berangan sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis. Di Malaysia, jarang sekali dijumpai buah berangan yang mempunyai biji/isi yang bersaiz besar, kebanyakkannya bersaiz kecil.  Antara jenis buah berangan yang terdapat di Malaysia ialah seperti berangan pulut dan beberapa sejenis lagi yang saya lupa akan namanya.

    Buah berangan adalah buahan hutan yang satu masa dulu menjadi makanan penduduk kampung aku.Masa tu kami berebut-rebut pergi mencari buah berangan yang masak dan telah gugur.Pokok berangan di kampungku dulu taklah banyak sangat.Adalah dalam tiga atau empat pokok di pinggir kampung.Masa itu kami semua pakai cari dan ambil aje buah hutan itu tanpa meminta dengan sesiapapun.Kami anggap tiada siapa yang milik,walhal berada di tanah orang,tetapi masa itu  kebanyakkan tanah dipenuhi hutan penuh dengan pokok-pokok besar.

   Aku dan ahli keluarga juga kawan-kawan akan pergi mengutip buah berangan ini yang telah masak dan gugur di bawah pokoknya yang agak besar pada masa itu.Buah berangan itu ada yang telah lerai daripada kulitnya dan ada juga yang gugur bersama kulit yang separuh terlerai daripada buahnya yang berwarna hijau muda atau hampir nak berwarna kuning.Kami kadang-kadang terpaksa menggigit buah yang masih belum terlerai itu bagi mendapatkan biji buah berangan yang berwarna perang itu.

   Biji buah berangan yang kami kutip itu akan kami bawa pulang dan dimasak secara goreng di dalam periuk buruk atau kuali bersama pasir sungai.Biji berangan ini akan masak bila kulit biji berangan telah bertukar warna agak kunnig kehitaman ataupun merekah.Apa lagi kami makanlah isi biji berangan itu yang rasanya lemak.Untuk mengeluarkan isi  daripada biji berangan ini kami memecahkan menggunakan gigi aje,tapi kena berhati-hati agar tak termakan kulit biji berangan tersebut.isi biji berangan yang masak berwarna kekuningan akan menjadi makanan sampingan pada waktu malam.Biasanya waktu itu kami sekeluarga makan semasa masih panas bersama air teh o ataupun kopi o,di bawah cahaya pelita minyak tanah.Buat pengetahuan anda semua pada masa itu kampungku  dan kampung lain masih tiada bekalan elektrik.

                                                                                                      

Jikalau kami dapat memunggut banyak biji berangan tersebut,ada juga orang kampung yang membelinya untuk dijual di pasar Jerteh.tapi pada masa itu harganya sangatlah murah,kalau tak silap akulah bagi satu cupak 50 sen sahaja! 

Kini kisah mengutio dan memunggut serta memakan biji berangan hanya tinggal kenagan saja.Bila menggingati kisah silam aku merasakan amat sayu dan sedih sekali,kerana situasi begitu tak akan berulang lagi.Kini bila aku berkunjung ke kampung lamaku.Aku lihat keadaan sekaliling sudah jauh berubah dan pokok berangan di pinggir kampung dulu sudah lama tiada,mungkin sudah lama menyembah bumi serta lenyap.Akupun sudah lama tidak memakan buahan hutan ini.Mungkin generasi kini tidak lagi kenal akan buahan hutan ini.




No comments:

Post a Comment