Di saat aku memerlukan duit untuk membeli sebuah kereta,aku telah dioerkenalkan dengan pelbagai jenis skim cepat kaya.yelah semua orang nak senang dan berkereta untuk ke sana dan ke sini setiap hari.Seorang rakan sejawat telah menyarankan agar aku memasukki skim cepat kaya SF Minda dengan bayaran RM100,skim ini mejanjikan bayaran balik pulangan sebanyak RM13000.00 bila tiba masanya nanti. dan tiba tahapnya! Akupun akur dan membuat bayaran serta memasukki skim ini.
Beberapa bulan kemudian aku mendapat bayaran honorarium sebanyak RM25,RM60 dan akhir sekali RM150.Aku cukup gembira,lantas isteri,kakak dan adikku, aku ajak menyertainya.Oleh kerana telah nampak kejayaan gengan skim SF Minda ini, aku cuba pola menyertai skim cepat kaya Dana Baraqah yang telah diperkenalkan oleh seorang rakan sejawat yaang lain tentang kebaikan pelaburan dengan dana ini.kawanku Si M juga menyertainya,kami masing-masing mengeluarkan simpanan di Tabung Haji bagi tuju an pelaburan difikirkan akan cepat mendatangkan keuntungan! kami masing-masing menyerahkan RM1360.00 sebagai pelaburan kepada seorang rakan lain yang akan ke pejabat tersebut di bandar Pasir Mas,Kelantan.menurut rakanku lagi skim ini cepat membuat bayaran balik keunyungan serta jumlahnya amat menggalakkan.Kononnya pengurusan terlibat akan membuat projek ternakan biri-biri dan kambing,serta telah memanggil MB untuk merasmikan majlis pembukaan, dan satu majlis sembahyang hajat telah dilakukan serta ada anggota pengarah!
Hampir 2 bulan barulah aku dan rakanku mendapat bayaran keuntungan pertama berjumlah RM1288.00 tidak seperti yang telah dijanjikan mengikut tempoh matang dan jumlahnya sepatutnya RM300.00,.bayaran inipun hanya aku dapat setelah aku datang dan membuat panggilan telefon dengan pengurusnya serta sering membuat pertanyaan.Minggu berganti minggu,bulan berganti bulan,namun bayaran berikutnya kami tak terima langsung.Tiba-tiba kami mendapat berita yang 2 orang pengurus syarikat tersebut iaitu En.Zul dan Cikgu Adnan telah melarikan duit kami semua.mereka berdualah yang mengambil duit kami semua.Hancur lebur hati kami semua,ibarat "mendengar guruh di langit,air di tempayan dicurahkan",..habuk tiada.Kesian mak cik dan pak cik yang menyertai dengan harapan nak kaya dari seluruh Kelantan,Terengganu,Pahang dan lain-lain negeri.
Walaupun jumlah pelaburan itu tak sebesar mana,namun itulah jumlah agak besar bagi kami semua waktu itu.Bayangkanlah wang itu wang simpanan potongan gaji bulanan,hilang begitu sahaja.Ramai juga yang tertipu,bukan sahaja kakitangan awam,malahan imam-imam,bilal-bilal serta masyarakat kampung.Mereka ini bukan saja dari pantai timur malahan pantai barat.
Skim SF yang turut disertai oleh rakan,ibu serta mak sedaraku telah juga berkubur tanpa nesan.mereka ini lagi kasihan,kerana belum sempat mendapat apa-apa bayaran pihak syarikat telah lesap,melarikan berjuta-juta ringgit bersama mereka.Mereka ini sebenarnya telah merancang dari awal lagi tentang cara mengambil deposit daripada orang ramai dengan cara menjual produk yang tak sepadan dengan harga dan menggunakan konsep akad jual beli pada resit pendaftaran.
Begitulah kisah yang telah aku dan rakanku lalu di tahun 1997 dan 1998 dulu.Semoga dengan paparan secebis coretan ini dapat menjadi teladan dan panduan kepada semua.Inilah kata orang akibat nak cepat kaya,senang-senang duit kita masuk ke akaun dan poket orang lain.
No comments:
Post a Comment