Thursday, January 16, 2014

Buah Cerapu atau Kecupu.


Siapa biasa dan pernah rasa buah di bawah ni tentu kenal dengan buah ni. Buah cerapu atau ada juga dikenali dengan buah kecupu memang sudah jarang dapat kita lihat lagi.. Walaupun buahnya menarik, rasanya belum tentu boleh diterima oleh lidah anda. Nak rasa sedikit memang sedap bagi saya, tetapi nak makan banyak memang tak tertelan. Rasanya sedikit masam dan ada rasa manis.Pokok cerapu ini seakan pokok manggis dan ketinggiannya pun lebih kurang sama.Pokok ini tergolong dalam pokok berkayu.Tapi tak ramai orang yang menanam pokok tumbuhan ini lagi.Mungkin satu masa aakan datang generasi baharu tak akan mengenali tumbuhan ini lagi!Jika sesuatu langkah tidak diambil oleh pihak kerajaan dan kita semua.
  Teringat aku ketika usia remaja aku dan abang aku memanjat pokok ini di kebun orang berhampiran sungai di kampung kami.Kami akan memetik dan makan yang masak berwarna oren.Kalau yang putik berwarna hijau dan bergetah putih.kalau yang tak masak dan hampir nak masak kami bakar dan dimasukkan kedalam budu sebagai asam dan dimakan dengan ulam-ulam bersama nasi.Ketika ini kami bukan tahu halal dan haram jadi kami main ambil aje,biarpun kami tahu siapa pemiliknya.Tapi kini aku tak pasti masih ada ke tidak pokok ini lagi.Kerana kini aku sudah jarang lagi masuk dusun dan pulang ke kampung dek kesibukan rutin harian!

Bila melihat foto buah ini pada setem,aku teringat bahawa aku pernah makan dan kenal buah ini.Bila menhenang kisaah silam aku sentiasa sedih,yelah bila dewasa kami adik beradik terpisah kerna masing-masing mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan ini!

Ada yang pernah cuba ke..? Kalau pokok ini masih ada di tempat anda, di harap ceritalah serba sedikit mengenainya.. Selain dari makan, ada lagi ke kegunaannya.. Boleh bagi sedikit komen !

Sunday, January 12, 2014

Kaum Jah Hut.

Kaum Orang Asli.Jah Hut
Antara 3 puak utama Orang Asli (Senoi, Melayu-Proto dan Negrito) yang terdapat di Malaysia , suku bangsa Jah Hut digolongkan sebagai salah satu etnik dari puak Senoi yang terdapat di daerah Jerantut dan Temerloh di negeri Pahang" Masyarakat ini telah dikenali dengan kemahiran pengukiran kayu, perubatan tradisional dan juga penyihir (bomoh) dalam penyembuhan penyakit" Secara langsung, sumber pendapatan serta sara menyara hidup mereka amat bergantung kepada hasilan hutan dan pertanian" Pada hakikatnya, masyarakat ini juga istimewa dari aspek media komunikasinya kerana pertuturan mereka menggunakan bahasa Ja Hut"

Sesungguhnya, adat resam suku Jah Hut mencerminkan status sosio budayanya yang berpusatkan golongan kaum lelaki" Mengikut tradisi, jawaatan Batin diwarisi turun-temurun oleh anak lelaki sulung dan bertanggungjawab sebagai Ketua Pentadbiran kampung, Ketua Adat atau wakil sukunya" Malahan, gelaran dalam masyarakat Ja Hut agak unik memandangkan panggilan kepada ibu bapa yang telah berkeluarga adalah berdasarkan nama anak sulung mereka" Misalnya jika anak sulung bernama Abu, maka panggilan kepada bapa ialah Pak Abu atau Tai Abu, manakala ibu digelar sebagai Mak Abu / Deh Abu atau Wei Abu.

Dari segi upacara perkahwinan, teruna dan dara mula berkenalan menerusi upacara “nisaoi" buah tangan akan dihadiahkan oleh lelaki tersebut dan sekiranya diterima oleh pihak perempuan, maka lelaki tersebut akan meminang dan bertunang dengan gadis idamannya" Sebagai ekorannya, majlis pernikahan dijalankan tetapi berlangsung pada waktu malam terlebih dahulu di rumah pihak perempuan sehari sebelum di rumah pengantin lelaki" Semasa ma#lis pernikahan di rumah pihak lelaki, upacara “pembayaran adat diadakan dan nasihat diberi kepada pengantin"
Warisan suku Ja Hut adalah unik memandangkan mereka berpegang teguh terhadap pantang larang yang diwarisi" Ibu yang hamil dilarang membuat kerja seperti mengikat dan memaku manakala suami dilarang membuat kerja yang sukar seperti mendirikan tiang rumah" Tempoh berpantang bagi ibu tersebut ialah selama empat puluh empat hari dan dia dilarang memakam makanan berminyak, pedas dan berbau keras kerana ditakuti anak akan menjadi bantut" Setelah tamat tempoh pantang, ibu tersebut akan “membayar langir” kepada bidan dengan cara mencuci rambut bidan oleh ibu tersebut"

Orang Jah Hut melangsungkan upacara berkhatan untuk remaja lelaki yang mencapai akil baligh walaupun mereka merupakan kaum Orang Asli yang bukan beragama Islam" .upacara berkhatan bukan sajaja merupakan penanda kaum etnik malahan dapat menyepadukan komuniti mereka" Satu jamuan besar akan diadakan sekiranya keluarga tersebut berkeupayaan untuk menganjurkannya dan ini menyerlahkan kekayaan dan status kekayaannya"

Dari perspektif yang lain, masyarakat ini memuja kepercayaan animisme di mana mereka percaya bahawa persekitaran semulajadi adalah dilindungi oleh semangat alam dan tumbuh-tumbuhan" Oleh itu, kegiatan pengukiran kayu bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan utama, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka" Di samping itu, orang Ja Hut percaya bahawa semangat baik dan semangat jahat menyelubungi setiap aspek dalam kehidupan seharian terutamanya penyakit seseorang adalah akibat gangguan syaitan" Rentetan itu, puyang (bomoh) dan pawang (penyihir) memainkan peranan penting dalam perubatan tradisi" Malahan, terdapat beberapa jenis herba perubatan komersial yang dapat menjadi amalan dalam perubatan mereka.Mereka juga mengamalkan pantang larang yang menunjukkan penghormatan kepada semangat berkuasa persekitaran

Orang Asli - Kaum Jakun

Kaum Jakun
Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang, Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari Mongoloid Selatan.
Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala).
Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.
Rumpun bangsa Jakun atau disebut juga Orang Ulu dikatakan berasal dari Yunan, selatan China. Penempatan utama mereka adalah di kawasan pantai Pahang, Rompin, Pekan dan Johor Utara. Kebanyakan dari mereka masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.Kebanyakan kaum ini tinggal di kawasan RPS Kedaik,Pahang dan kawasan Johor Utara.

Antara bahasa suku kaum Jakun. Kaum Jakun adalah tergolong daripada suku Melayu-proto, jadi bahasa dia tak jauh beza daripada orang Melayu.

Saya = Hema, kema, kami, kok
kamu = ajih
orang = urang
orang dewasa = urang tuha
bapa = bapak
emak = emok
isteri = bini
suami = laki
lelaki = jantan
perempuan = betinok
kanak-kanak = anok-anok
mereka = dia semo
kawan = saing/rodong
begini = begika/macam ika
tolong = tulung
Adat dan pentadbiran
Gelaran „Tok Batin‟ ini sama seperti yang digunakan oleh suku kaum Temuan, Semelai,Jahut, Semoq Beri, Che Wong, dan Mahmeri. Bagi suku kaum Semai (Perak), Lanoh, Jahai,Kensiu, dan Temiar misalannya, mereka lebih gemar memanggil ketua masyarakatnya dengangelaran “penghulu” . Sejak turun menurun pemilihan dan pelantikan Tok Batin dibuat berdasarkan keturunan sebelah Tok Batin, iaitu anak lelaki sulung. Jika beliau tiada zuriat lelaki,atau tiada dikalangan anaknya yang berkebolehan maka pewaris seterusnya akan dipilih daripada kalangan adik beradik atau saudara mara yang mempunyai pertalian darah paling dekat denganTok Batin.
Beliau penasihat dan bertanggungjawab dalam urusan adat istiadat perkahwinan,menjaga keselamatan dan kesentosaan kampung, dan mentadbir hal ehwal adat resam suku kaum dalam kampung atau wilayahnya.
Suku kaum Jakun masih banyak bergantung kepada sumber alam semula jadi,kegiatan pertanian, penternakan, dan berniaga secara kecil-kecilan. Berderau Ladang. Istilah berderau membawa maksud kerja secara beramai-ramai untuk menyiapkan sesuatu kerja dengan cepat. Suku Kaum Jakun mengamalkan konsep berderau ini bila mana untuk membuka kawasan baru seperti bertanam padi huma. Berderau mengikut giliran, contohnya bermula dengan kawasan tanah milik A, selepas itu diikuti kawasan tanah milik B, tanah C, D, dan seterusnya. Suku Kaun Jakun juga mempercayai hutan-belukar, bukit-bukau, gunung-ganang dan anak sungai ada penguasa atau keramatnya. Justeru itu, demi keselamatan diri dan tanaman maka “netau” atau “upacara buka tanah” dilakukan sebelum pembukaan kawasan baru
Ini juga bagi menjamin berhuma padi memberi hasil yang memberangsang dan tanam selamat daripada gangguan binatang liar dan bencana alam. Tradisi netau atau upacara buka tanah diketuai oleh pawing atau poyang kampung atau wilayah tersebut. Dilakukan dengan jampi mentera termasuklah membakar “kemeyan” dan mendirikan “sangkak” berisi pulut kuning, nasi putih, ayam, sireh pinang, air, dan rokok . Selepas itu barulah aktiviti berderau atau kegiatan menebas menebang dijalankan. Aktiviti ini dibuat oleh kaum lelaki dan bederau biasanya mengambil masa panjang sehinggalah belukar pokok selesai ditebas-tebang, kering maka barulah dibakar sehingga kawasan tersebut bersih atau hangus dijilat api. Beberapa hari kemudiannya maka aktiviti “menugal” padi dijalankan secara beramai-ramai oleh sebilanganbesarnya adalah kaum wanita. Jenis padi yang biasa ditanam ialah padi merah, padi melek,padi pulut, padi serendah, dan padi kasturi.
Selain dari menjaga keselamatan dan kesentosaan kampung , institusi keluarga dan lembaga adat juga bertanggungjawab terhadap hal-hal perkahwinan. Adat perkahwinan suku kaum ini bermula dengan rombongan „merisik‟ yang diketuai oleh ketua keluarga pihak lelaki bersama Tok Batin. Amalan ini dilakukan secara senyap dan hanya diketahui oleh keluarga sebelah lelaki dan perempuan sahaja.
Setelah kedua belak pihak mencapai kata sepakat maka diikuti dengan upacara meminang serta hantaran, diikuti dengan penetapan tarikh majlis perkahwinan. Cincin “belah rotan” digunakan sebagai tanda pertunangan, “pengeras (batukepala)” satu suku(dua puluh lima sen), dan kelengkapan serba satu (sepasang pakaian,sepasang kasut, alat-alat solek, sehelai sapu tangan dan satu set perkakas jahitan iaitu unting, jarum, dan benang).
Lazimnya, rombongan peminangan terdiri daripada ibubapa pihak lelaki,saudara mara terdekat dan Tok Batin. Tok Batin bertindak sebagai saksi dan penasihat adat perkahwinan. Jika sekiranya dari kampung atau wilayah berlainan maka melibatkan kedua-dua Tok Batin dari wilayah atau kampung tersebut hadir sama sebagai penasihat dan saksi. Jika perlu, peranan Tok Batin juga boleh bertindak sebagai wali dalam situasi tertentu.Seterusnya, dan sebelum hari perkahwinan, bermula dengan jemputan rasmi kepada anggota keluarga yang terdekat. Lebih terhormat lagi jemputan ini dilakukan dari rumah ke rumah oleh pihak pengantin lelaki atau perempuan yang berkenaan terhadap saudara mara atau waris masing-masing. Jemputan juga dilakukan terhdap sahabat-handai, rakan-rakan dan jiran.Biasanya kedua-dua belah pihak berkumpul di rumah pengantin perempuan sehari sebelum.
Pada malamnya dimulakan dengan upacara „malam berinai‟ (antara aktivitinya iaitu pasangan pengantin berinai, tarian inai, dll.) yang merupakan sebahagian daripada persiapan sebelum „majlis persandingan‟ pada keesokan harinya.
Sebelum majlis persandingan, bermula dengan perarakan pengantin lelaki ke rumah perempuan dan seterusnya ke jinjang pelamin. Perarakan ini diiring oleh kaum keluarga terdekat beserta dengan bunyi gong dan gendang. Setelah sampai di halaman rumah salah seorang dari kumpulan perarakan pengantin lelaki member salam dalam bentuk pantun, dan pantun dibalas oleh pihak pengantin perempuan. Setelah berbalas pantun, gendang dipalu lagi diikuti dengan „tarian lian buah pukul‟ (silat menyambut kedatangan pengantin lelaki), oleh pihak pengantin lelaki serta pihak pengantin perempuan, dan kebiasaannya juga dua orang. Di atas “pelamin”,menurut adatnya juga pengantin perempuan duduk sebelah kiri pengantin lelaki. Adapun, pasangan pengantin di atas pelamin itu juga di sebut “Raja Sehari”. Seterusnya, diikuti dengan „tarian (silat) sembah pengantin‟. “Tempung Tawar” direnjis tanda restu anggota keluarga, saudara mara, sahabat handai dan tetamu. Selesai upacara persandingan kedua-dua pengantin diiringi masuk kedalam rumah dan diikut dengan majlis amanat dari generasi tua waris terdekat kepada pasangan pengantin yang diketuai oleh kedua-dua Tok Batin. Masyarakat Orang Asli mengaanggap perkahwinan sebagai sesuatu yang suci dan perceraian sebagai sesuatu yang durjana.
Hari Perayaan Suku Kaum Jakun yang asal ialah upacara “Bela Kampung” yang mana acara kemuncaknya pada tengah malam peralihan ke tahun baru (tengah malam 31 Disember dan 1 Januari). Aktiviti Bela Kampung tersebut bermula dari siang hari sehingga terbit matahari subuh. Semua warga kampung jauh-dekat, datang beramai-ramai. Ada yang membawa barang-barang masakan seperti padi, pulut, kelapa, ayam, daging, ikan, gula, teh, sayur-sayuran, ubi,buah-buahan, sireh-pinang, asam, garam, dan sebagainya. Berkumpul, beramah mesra dalam suasana kekeluargaan, bersama-sama menyediakan makan minum,
dan segala hidangan istimewa seperti “nasi berdiri”, pulut putih, kuning, dan merah.
Add caption




Wednesday, January 8, 2014

Kaum Semai

Orang Asli -Kaum Semai.
Kaum Semai adalah kumpulan penduduk separuh kekal yang terdapat di tengah semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Mereka terkenal sebagai suku kaum yang aman. Suku Semai mengamalkan bercucuk tanam dan amalan ekonomi bertukar hadiah. Mereka antara suku kaum asli yang berundur ke kawasan hutan dan gunung dengan ketibaan penduduk yang memiliki teknologi lebih tinggi.
Suku Semai tidak mempunyai polis, mahkamah, atau kerajaan rasmi. Menurut Dentan, 1979, orang dewasa kelihatannya dikawal melalui pendapat umum. Kaum Semai sendiri menyatakan "Tidak terdapat pihak berkuasa di sini kecuali rasa malu." Sungguhpun seeorang individu mungkin popular dan petah bercakap berpengaruh dalam urusan umum, kaum Semai tidak memiliki ketua yang rasmi.
    Pertikaian dalam masyarakat Semai diselesaikan melalui mengadakan bcaraa ("bicara")', atau perhimpunan umum, di rumah tok batin. Perjumpaan ini mungkin berlangsung selama beberapa hari dan membabitkan perbincangan menyeluruh mengenai punca, motivasi dan penyelesaian pertikaian oleh peserta dan seluruh masyarakat, berakhir dengan tok batin mendakwa salah seorang atau kedua yang bertikai agar tidak mengulang tabiat mereka agar tidak membahayakan masyarakat. Malah suku Semai mempunyai perumpamaan, "terdapat lebih banyak sebab untuk takutkan pertikaian daripada harimau" (de Waal, 2005).
Kanak-kanak tidak pernah dihukum atau dipaksa melakukan sesuatu. Perkataan "bood" bererti "tidak mahu." Jika ibu bapa menyuruh anaknya melakukan sesuatu dan anak tersebut menyatakan "bood," perkara tersebut selesai. Permainan yang dimainkan oleh anak-anak Semai tidak bersaing (Bonta 1997). Satu permainan membabitkan memukul kanak-kanak lain dengan ranting, tetapi, sentiasa hampir beberapa inci dari sasaran dengan itu tidak ada yang sebenarnya terkena pukul. Kanak-kanak kelihatannya diajar untuk takutkan sifat agresif mereka. Ibu bapa menggunakan ketakutan kepada orang asing dan alam semulajadi yanga ganas seperti ribut petir bagi mengawal kanak-kanak (Dentan, 1979).
Ia dipercayai bahawa suku Semai adalah sisa penduduk kuno, asal, yang tersebar luas di Asia Tenggara. Menurut Keene State College’s "Orang Asli Archive," pada 1991 terdapat 26,627 orang suku Semai tinggal di Semenanjung Malaysia.

Contoh bahasa suku semai :
Saya = eng
Makan = Cak
Minum = Ngaut
Mandi = Mehmu
Bersih = Parlain
Bagus = Bor
Ayam = Bafung/Fung
Beras = Cengroy
Cendawan = Cenai
Jalek = Kenapa
Rahalook = Bagaimana

Suku Semai juga menggemari masakan lemang dan diberi penghormatan oleh Sultan Iskandar Shah yang memerintah suku semai dianggap sebagai saudara dan digelar sebagai "orang dalam". dan suku Semai.

Lokasi penempatan mereka.

Semai di Kampong Kuala Bot, Sungai Bot, Tapah, Perak
Semai di Suak Padi, Padang Changkat, Parit, Perak
Semai di Chenderiang , Tapah, Perak
Semai di Batu 6, Batu 7 dan Batu 8 , Batang Padang , Tapah
Semai di Kampung Chinggung, Behrang Ulu, Perak
Semai di Kampung Ulu Geruntum, Gopeng, Perak
Semai di Kampung Batu Berangkai, Kampar, Perak
Semai di Kampung Orang Asli Redang Punggor, Hilir Perak.
Semai di Kawasan Bandar Runding, Tapah, Perak. .
Semai di Perkampungan di Perak Selatan
Semai di Pos Gedong, Perak.
Semai di Rancangan Penempatan Semula Betau, Kuala Lipis, Pahang.
Semai di Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang
Semai di Kampung Harong, Kampung Jentil, Lanai, Kampung Pantos,Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang
Orang Asli -Kaum Semai
Kaum Semai adalah kumpulan penduduk separuh kekal yang terdapat di tengah semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Mereka terkenal sebagai suku kaum yang aman. Suku Semai mengamalkan bercucuk tanam dan amalan ekonomi bertukar hadiah. Mereka antara suku kaum asli yang berundur ke kawasan hutan dan gunung dengan ketibaan penduduk yang memiliki teknologi lebih tinggi.
Suku Semai tidak mempunyai polis, mahkamah, atau kerajaan rasmi. Menurut Dentan, 1979, orang dewasa kelihatannya dikawal melalui pendapat umum. Kaum Semai sendiri menyatakan "Tidak terdapat pihak berkuasa di sini kecuali rasa malu." Sungguhpun seeorang individu mungkin popular dan petah bercakap berpengaruh dalam urusan umum, kaum Semai tidak memiliki ketua yang rasmi.
Pertikaian dalam masyarakat Semai diselesaikan melalui mengadakan bcaraa ("bicara")', atau perhimpunan umum, di rumah tok batin. Perjumpaan ini mungkin berlangsung selama beberapa hari dan membabitkan perbincangan menyeluruh mengenai punca, motivasi dan penyelesaian pertikaian oleh peserta dan seluruh masyarakat, berakhir dengan tok batin mendakwa salah seorang atau kedua yang bertikai agar tidak mengulang tabiat mereka agar tidak membahayakan masyarakat. Malah suku Semai mempunyai perumpamaan, "terdapat lebih banyak sebab untuk takutkan pertikaian daripada harimau" (de Waal, 2005).
Kanak-kanak tidak pernah dihukum atau dipaksa melakukan sesuatu. Perkataan "bood" bererti "tidak mahu." Jika ibu bapa menyuruh anaknya melakukan sesuatu dan anak tersebut menyatakan "bood," perkara tersebut selesai. Permainan yang dimainkan oleh anak-anak Semai tidak bersaing (Bonta 1997). Satu permainan membabitkan memukul kanak-kanak lain dengan ranting, tetapi, sentiasa hampir beberapa inci dari sasaran dengan itu tidak ada yang sebenarnya terkena pukul. Kanak-kanak kelihatannya diajar untuk takutkan sifat agresif mereka. Ibu bapa menggunakan ketakutan kepada orang asing dan alam semulajadi yanga ganas seperti ribut petir bagi mengawal kanak-kanak (Dentan, 1979).
Ia dipercayai bahawa suku Semai adalah sisa penduduk kuno, asal, yang tersebar luas di Asia Tenggara. Menurut Keene State College’s "Orang Asli Archive," pada 1991 terdapat 26,627 orang suku Semai tinggal di Semenanjung Malaysia.

Contoh bahasa suku semai :
Saya = eng
Makan = Cak
Minum = Ngaut
Mandi = Mehmu
Bersih = Parlain
Bagus = Bor
Ayam = Bafung/Fung
Beras = Cengroy
Cendawan = Cenai
Jalek = Kenapa
Rahalook = Bagaimana
Suku Semai juga menggemari masakan lemang dan diberi penghormatan oleh Sultan Iskandar Shah yang memerintah suku semai dianggap sebagai saudara dan digelar sebagai "orang dalam".[1] dan suku Semai.[2]
Lokasi[sunting | sunting sumber]

Semai di Kampong Kuala Bot, Sungai Bot, Tapah, Perak
Semai di Suak Padi, Padang Changkat, Parit, Perak
Semai di Chenderiang , Tapah, Perak
Semai di Batu 6, Batu 7 dan Batu 8 , Batang Padang , Tapah
Semai di Kampung Chinggung, Behrang Ulu, Perak
Semai di Kampung Ulu Geruntum, Gopeng, Perak
Semai di Kampung Batu Berangkai, Kampar, Perak
Semai di Kampung Orang Asli Redang Punggor, Hilir Perak.
Semai di Kawasan Bandar Runding, Tapah, Perak. .
Semai di Perkampungan di Perak Selatan
Semai di Pos Gedong, Perak.
Semai di Rancangan Penempatan Semula Betau, Kuala Lipis, Pahang.
Semai di Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang
Semai di Kampung Harong, Kampung Jentil, Lanai, Kampung Pantos,Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang