Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang, Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari Mongoloid Selatan.
Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala).
Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.
Rumpun bangsa Jakun atau disebut juga Orang Ulu dikatakan berasal dari Yunan, selatan China. Penempatan utama mereka adalah di kawasan pantai Pahang, Rompin, Pekan dan Johor Utara. Kebanyakan dari mereka masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.Kebanyakan kaum ini tinggal di kawasan RPS Kedaik,Pahang dan kawasan Johor Utara.
Antara bahasa suku kaum Jakun. Kaum Jakun adalah tergolong daripada suku Melayu-proto, jadi bahasa dia tak jauh beza daripada orang Melayu.
Saya = Hema, kema, kami, kok
kamu = ajih
orang = urang
orang dewasa = urang tuha
bapa = bapak
emak = emok
isteri = bini
suami = laki
lelaki = jantan
perempuan = betinok
kanak-kanak = anok-anok
mereka = dia semo
kawan = saing/rodong
begini = begika/macam ika
tolong = tulung
Adat dan pentadbiran
Gelaran „Tok Batin‟ ini sama seperti yang digunakan oleh suku kaum Temuan, Semelai,Jahut, Semoq Beri, Che Wong, dan Mahmeri. Bagi suku kaum Semai (Perak), Lanoh, Jahai,Kensiu, dan Temiar misalannya, mereka lebih gemar memanggil ketua masyarakatnya dengangelaran “penghulu” . Sejak turun menurun pemilihan dan pelantikan Tok Batin dibuat berdasarkan keturunan sebelah Tok Batin, iaitu anak lelaki sulung. Jika beliau tiada zuriat lelaki,atau tiada dikalangan anaknya yang berkebolehan maka pewaris seterusnya akan dipilih daripada kalangan adik beradik atau saudara mara yang mempunyai pertalian darah paling dekat denganTok Batin.
Beliau penasihat dan bertanggungjawab dalam urusan adat istiadat perkahwinan,menjaga keselamatan dan kesentosaan kampung, dan mentadbir hal ehwal adat resam suku kaum dalam kampung atau wilayahnya.
Suku kaum Jakun masih banyak bergantung kepada sumber alam semula jadi,kegiatan pertanian, penternakan, dan berniaga secara kecil-kecilan. Berderau Ladang. Istilah berderau membawa maksud kerja secara beramai-ramai untuk menyiapkan sesuatu kerja dengan cepat. Suku Kaum Jakun mengamalkan konsep berderau ini bila mana untuk membuka kawasan baru seperti bertanam padi huma. Berderau mengikut giliran, contohnya bermula dengan kawasan tanah milik A, selepas itu diikuti kawasan tanah milik B, tanah C, D, dan seterusnya. Suku Kaun Jakun juga mempercayai hutan-belukar, bukit-bukau, gunung-ganang dan anak sungai ada penguasa atau keramatnya. Justeru itu, demi keselamatan diri dan tanaman maka “netau” atau “upacara buka tanah” dilakukan sebelum pembukaan kawasan baru
Ini juga bagi menjamin berhuma padi memberi hasil yang memberangsang dan tanam selamat daripada gangguan binatang liar dan bencana alam. Tradisi netau atau upacara buka tanah diketuai oleh pawing atau poyang kampung atau wilayah tersebut. Dilakukan dengan jampi mentera termasuklah membakar “kemeyan” dan mendirikan “sangkak” berisi pulut kuning, nasi putih, ayam, sireh pinang, air, dan rokok . Selepas itu barulah aktiviti berderau atau kegiatan menebas menebang dijalankan. Aktiviti ini dibuat oleh kaum lelaki dan bederau biasanya mengambil masa panjang sehinggalah belukar pokok selesai ditebas-tebang, kering maka barulah dibakar sehingga kawasan tersebut bersih atau hangus dijilat api. Beberapa hari kemudiannya maka aktiviti “menugal” padi dijalankan secara beramai-ramai oleh sebilanganbesarnya adalah kaum wanita. Jenis padi yang biasa ditanam ialah padi merah, padi melek,padi pulut, padi serendah, dan padi kasturi.
Selain dari menjaga keselamatan dan kesentosaan kampung , institusi keluarga dan lembaga adat juga bertanggungjawab terhadap hal-hal perkahwinan. Adat perkahwinan suku kaum ini bermula dengan rombongan „merisik‟ yang diketuai oleh ketua keluarga pihak lelaki bersama Tok Batin. Amalan ini dilakukan secara senyap dan hanya diketahui oleh keluarga sebelah lelaki dan perempuan sahaja.
Setelah kedua belak pihak mencapai kata sepakat maka diikuti dengan upacara meminang serta hantaran, diikuti dengan penetapan tarikh majlis perkahwinan. Cincin “belah rotan” digunakan sebagai tanda pertunangan, “pengeras (batukepala)” satu suku(dua puluh lima sen), dan kelengkapan serba satu (sepasang pakaian,sepasang kasut, alat-alat solek, sehelai sapu tangan dan satu set perkakas jahitan iaitu unting, jarum, dan benang).
Lazimnya, rombongan peminangan terdiri daripada ibubapa pihak lelaki,saudara mara terdekat dan Tok Batin. Tok Batin bertindak sebagai saksi dan penasihat adat perkahwinan. Jika sekiranya dari kampung atau wilayah berlainan maka melibatkan kedua-dua Tok Batin dari wilayah atau kampung tersebut hadir sama sebagai penasihat dan saksi. Jika perlu, peranan Tok Batin juga boleh bertindak sebagai wali dalam situasi tertentu.Seterusnya, dan sebelum hari perkahwinan, bermula dengan jemputan rasmi kepada anggota keluarga yang terdekat. Lebih terhormat lagi jemputan ini dilakukan dari rumah ke rumah oleh pihak pengantin lelaki atau perempuan yang berkenaan terhadap saudara mara atau waris masing-masing. Jemputan juga dilakukan terhdap sahabat-handai, rakan-rakan dan jiran.Biasanya kedua-dua belah pihak berkumpul di rumah pengantin perempuan sehari sebelum.
Pada malamnya dimulakan dengan upacara „malam berinai‟ (antara aktivitinya iaitu pasangan pengantin berinai, tarian inai, dll.) yang merupakan sebahagian daripada persiapan sebelum „majlis persandingan‟ pada keesokan harinya.
Sebelum majlis persandingan, bermula dengan perarakan pengantin lelaki ke rumah perempuan dan seterusnya ke jinjang pelamin. Perarakan ini diiring oleh kaum keluarga terdekat beserta dengan bunyi gong dan gendang. Setelah sampai di halaman rumah salah seorang dari kumpulan perarakan pengantin lelaki member salam dalam bentuk pantun, dan pantun dibalas oleh pihak pengantin perempuan. Setelah berbalas pantun, gendang dipalu lagi diikuti dengan „tarian lian buah pukul‟ (silat menyambut kedatangan pengantin lelaki), oleh pihak pengantin lelaki serta pihak pengantin perempuan, dan kebiasaannya juga dua orang. Di atas “pelamin”,menurut adatnya juga pengantin perempuan duduk sebelah kiri pengantin lelaki. Adapun, pasangan pengantin di atas pelamin itu juga di sebut “Raja Sehari”. Seterusnya, diikuti dengan „tarian (silat) sembah pengantin‟. “Tempung Tawar” direnjis tanda restu anggota keluarga, saudara mara, sahabat handai dan tetamu. Selesai upacara persandingan kedua-dua pengantin diiringi masuk kedalam rumah dan diikut dengan majlis amanat dari generasi tua waris terdekat kepada pasangan pengantin yang diketuai oleh kedua-dua Tok Batin. Masyarakat Orang Asli mengaanggap perkahwinan sebagai sesuatu yang suci dan perceraian sebagai sesuatu yang durjana.
Hari Perayaan Suku Kaum Jakun yang asal ialah upacara “Bela Kampung” yang mana acara kemuncaknya pada tengah malam peralihan ke tahun baru (tengah malam 31 Disember dan 1 Januari). Aktiviti Bela Kampung tersebut bermula dari siang hari sehingga terbit matahari subuh. Semua warga kampung jauh-dekat, datang beramai-ramai. Ada yang membawa barang-barang masakan seperti padi, pulut, kelapa, ayam, daging, ikan, gula, teh, sayur-sayuran, ubi,buah-buahan, sireh-pinang, asam, garam, dan sebagainya. Berkumpul, beramah mesra dalam suasana kekeluargaan, bersama-sama menyediakan makan minum, dan segala hidangan istimewa seperti “nasi berdiri”, pulut putih, kuning, dan merah.
Add caption |
terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteSama-sama, hanis buat kajian tentang orang asli ke?
Deleteterima kasih. sngt bermanfat . mntk ilmu sedikit ya
ReplyDeleteterima kasih. sngt bermanfat . mntk ilmu sedikit ya
ReplyDelete