This blog was created for invite anyone or reader lover to share opinion with other reader to exchange opinion or exprience about life and daily issues.
Thursday, January 16, 2014
Buah Cerapu atau Kecupu.
Siapa biasa dan pernah rasa buah di bawah ni tentu kenal dengan buah ni. Buah cerapu atau ada juga dikenali dengan buah kecupu memang sudah jarang dapat kita lihat lagi.. Walaupun buahnya menarik, rasanya belum tentu boleh diterima oleh lidah anda. Nak rasa sedikit memang sedap bagi saya, tetapi nak makan banyak memang tak tertelan. Rasanya sedikit masam dan ada rasa manis.Pokok cerapu ini seakan pokok manggis dan ketinggiannya pun lebih kurang sama.Pokok ini tergolong dalam pokok berkayu.Tapi tak ramai orang yang menanam pokok tumbuhan ini lagi.Mungkin satu masa aakan datang generasi baharu tak akan mengenali tumbuhan ini lagi!Jika sesuatu langkah tidak diambil oleh pihak kerajaan dan kita semua.
Teringat aku ketika usia remaja aku dan abang aku memanjat pokok ini di kebun orang berhampiran sungai di kampung kami.Kami akan memetik dan makan yang masak berwarna oren.Kalau yang putik berwarna hijau dan bergetah putih.kalau yang tak masak dan hampir nak masak kami bakar dan dimasukkan kedalam budu sebagai asam dan dimakan dengan ulam-ulam bersama nasi.Ketika ini kami bukan tahu halal dan haram jadi kami main ambil aje,biarpun kami tahu siapa pemiliknya.Tapi kini aku tak pasti masih ada ke tidak pokok ini lagi.Kerana kini aku sudah jarang lagi masuk dusun dan pulang ke kampung dek kesibukan rutin harian!
Bila melihat foto buah ini pada setem,aku teringat bahawa aku pernah makan dan kenal buah ini.Bila menhenang kisaah silam aku sentiasa sedih,yelah bila dewasa kami adik beradik terpisah kerna masing-masing mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan ini!
Ada yang pernah cuba ke..? Kalau pokok ini masih ada di tempat anda, di harap ceritalah serba sedikit mengenainya.. Selain dari makan, ada lagi ke kegunaannya.. Boleh bagi sedikit komen !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam. saya ada menanam satu pokok kecupu ni. dianya berbunga tapi tak lekat buahnya. bolih kah sesiapa nasihat saya bagaimana nak pastikan bunganya lekat dan berbuah! yang putik memang sedap kalau dibakar dan makan dengan budu. fauzi
ReplyDeleteMana nak cari anak pokok buah cerupu ni ye.. Nak beli tanam kat laman rumah.
ReplyDeleteSusah nak dapat sekarang ni, sebab sudah tak ramai yang menanamnya.Dulu kat kampung saya ada juga sepokok dua,leni dah tiada. All in tinggal kawasan mana? Saya kat Besut Terengganu.Memang pokok ini sesuai dijadikan pokok teduh, daunnya seakan daun pokok manggis.
Delete