Pengenalan.
Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri dari
pelbagai golongan etnik, agama dan budaya. Kepelbagaian inilah yang menjadikan
negara ini unik dari segi hubungan antara kaum. Bincangkan secara kritis
kelemahan dan kelebihan yang terdapat pada sistem pendidikan negara terutama
sekali dalam memupuk kesepaduan kaum dan etnik. Anda juga diminta untuk
mencadangkan bagaimana pelaksanaan sistem pendidikan sekarang dapat
dipertingkatkan demi mencapai kesefahaman, toleransi dan perpaduan antara
golongan etnik.
Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari
dahulu hingga sekarang saling berdialog atau berinteraksi antara satu sama lain. Perbincangan atau
perundingan berlaku secara aman dan saling memahami antara satu sama lain,
namun kadang kala ketidaksefahaman juga sering berlaku yang menyebabkan perundingan juga berlaku sama ada
menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi dialog,tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan
antara satu sama lain.
Dialog ialah sebuah komunikasi dua hala antara individu
(pihak) yang mempunyai pegangan atau pandangan yang berbeza rnengenai sesuatu
subjek atau perkara yang tertentu, dengan tujuan ingin mencapai kebenaran yang
bertambah lagi daripada pihak yang satu lagi itu.Berdialog memberi maksud
bertukar-tukar pendapat atau pandangan mengenai sesuatu isu secara terbuka,
toleransi dan beretika. (Kamus dewan, 2005:348).
Chandra Muzaffar menyatakan dialog peradaban bermaksud saling berkomunikasi dan
persefahaman antara tamadun berdasarkan kepada elemen penting iaitu memahami budaya
masing-masing tanpa ada rasa prejudis terhadap masyarakat daripada
kaum yang lain. Hans Koechler pula menegaskan sifat dialog adalah merangkumi
kemampuan untuk melihat diri sendiri daripada perspektif individu yang lain,mewujudkan
tolerensi dan saling menerima antara satu sama lain.
Masyarakat dibenarkan mengamalkan kepercayaan yang
dianuti selaras dengan perlembagaan negara. Selain itu, masyarakat majmuk
di Malaysia juga berkongsi kebudayaan dan perayaan selagi ia tidak menyentuh
akidah agama terutama bagi yang menganuti agama Islam. Penganjuran rumah terbuka
sempena perayaan kaum di Malaysia di hadiri oleh semua lapisan masyarakat tidak
kira kaum mahupun agama. Salah satu perayaan yang disambut meriah oleh
semua kaum di Malaysia adalah sambutan menyambut kemerdekaan negara. Aktiviti
yang dijalankan sempena sambutan kemerdekaan ini telah dihadiri oleh semua kaum
dalam membina perpaduan dan kerjasama yang berterusan agar kehidupan
bermasyarakat majmuk di Malaysia aman dan sejahtera.
.Pembinaan sebuah negara
bangsa daripada negara yang berbilang kaum sepertiMalaysia adalah amat sukar.
Oleh itu, wadah pendidikan adalah langkah terbaik untuk menerapkan
perpaduan kerana pendidikan diberikan seawal usia 6 tahun. Pelaksanaan sistem
pendidikan hendaklah berteraskan kepada pembentukan perpaduan. Maka dengan itu,
terbentuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan satu masyarakat
yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat
yang terlatih bagi pembangunan negara. Melalui Dasar Pendidikan
Negara, mata pelajaran sejarah telahdipilih sebagai wadah utama untuk
pembangunan perpaduan serta kesepakatan hidup dalam masyarakat majmuk.
Penekanan pendidikan sejarah tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi dan
kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara.
Dengan itu, kajian-kajian telah dijalankan dari masa ke semasa dalam memastikan
hasrat ini dapat dicapai. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan-kelemahan
yang boleh diperbaiki untuk memastikan sistem pendidikan sebagai alat
utama untuk mencapai perpaduan negara. Oleh itu, kajian mengenai kekuatan dan
kelemahan sistem pendidikan negara perlu dilakukan dalam tempoh tertentu agar
segala kelemahan yang ada dapat diperbaiki supaya perpaduan sedia ada dapat
diperkukuhkan dan dipertingkatkan kepada generasi muda yang sedia ada.
Kesimpulan
Perpaduan merupakan elemen yang paling penting dalam
membina negara bangsa bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum. Daripada sebuah negarayang majoritinya masyarakat Melayu
hinggalah kemasukan masyarakat Cina dan Indiasemasa penjajahan yang mengubah
lanskap masyarakat Malaysia. Oleh sebab itu, pendidikan merupakan satu
wadah yang paling penting untuk memupuk perpaduanmasyarakat. Ini kerana
semua kaum akan mengalami proses pendidikan di awal kanak-kanak hinggalah ke
alam dewasa. Oleh sebab itu, penggubalan dasar pendidikan melaluikajian-kajian
yang seterusnya menghasilkan laporan seperti Laporan Razak dan LaporanRahman Talib
serta Laporan Jawatankuasa Kabinet membantu dalam merealisasikan perpaduan
di dalam sistem pendidikan. Perpaduan ini diharapkan dapat membina
negara bangsa yang lebih utuh di masa hadapan. Selain itu,
cadangan-cadangan yang diutarakandapat dilaksanakan untuk memastikan konsep
masyarakat majmuk yang terdapat diMalaysia dapat dikekalkan melalui dasar
pendidikan negara yang sempurna
Saya punyai kk lengkap,jika mahu call saya 0139791552
ReplyDelete