1.0 Pengenalan
Pengajaran
dan pembelajaran tatabahasa merupakan satu daripada aspek bahasa yang penting
yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk membolehkannya menguasai bahasa yang
dipelajari dengan cekap dan berkesan. Menurut Abdullah Aziz(2000), mengatakan
kelemahan pelajar menguasai tatabahasa dan penggunaan idea akan mewujudkan
karangan yang tidak ³terkarang´. Kenyataan ini disokong oleh Husin Mahmmod
(1983) dan Azman Wan Chik (1987) yang merumuskan aspek utama dalam sesebuah
pengajaran dan pembelajaran ialah tatabahasa dan gaya bahasa, iaitu penulisan
struktur ayat dan butiran leksikel.Oleh itu, menurut Corder (1975), berpendapat
bahawa seorang guru bahasa yang baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan
peraturan-peraturan atau resepi.
Seseorang guru mempunyai satu set prinsip yang dijadikan
panduan bagi melaksanakan tugasnya itu. Dengan perkataan lain, guru tersebut
mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi apabila seseorang murid
belajar bahasa ataupun guru tersebut mempunyai satu teori tidak formal tentang
cara bagaimana bahasa diajar dan dipelajari.Prinsip-prinsip umum tentang
pengajaran bahasa tidak terbentuk secara sewenang-wenang tetapi berasaskan
teori-teori ilmu linguistik dan psikologi khususnya teori-teori seperti huraian
dan pemerolehan bahasa. Tegasnya prinsip-prinsip umum yang dijadikan panduan
oleh guru dalam pengajaran terbentuk daripada teori-teori linguistik dan
psikologi menentukan orientasi pengajarannya ataupun pendekatan pengajarannya
serta menjamin pemantapan murid-murid dalam menguasai tatabahasa.
Dalam pengajaran bahasa terdapat
empat pendekatan pengajaran yang sering digunakan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, perdekatan elektif dan pendekatan
komunikatif.Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita
ambil untukmenuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan
juga diertikan sebagi "to come near to in any sense"
atau
jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya
berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.Sebagai contoh tentang
pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain
tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan
konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan
profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains
yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah
bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan
pemerhatian.Dalam pengajaran bahasa, terdapat empat pendekatan yang boleh para
guru bagi memastikan pelajar dapat menguasai bahasa dengan
mudah.Pendekatan-pendekatan yang dimaksudkan ialah:-
i.Pendekatan induktif
ii. Pendekatan deduktif
iii. Pendekatan eklektik
iv. Pendekatan komunikatif
1.1 Pendekatan Induktif
Menurut
Juriah Long et.al . (1990). P erkaedahan Pengajaran
Bahasa Malaysia, menerangkan bahawa pendekatan induktif atau jumpaan
merupakan satu pendekatan yang berasaskan lima prinsip pengajaran iaitu
persediaan, penyampaian, penyatuan,generalisas dan penerapan. Menurut John, M.
Kierzek dan Alker Gilson (1960),pendekatan ini mengutamakan penggunaan
contoh-contoh bahasa, diikuti dengan generalisasi oleh murid-murid sendiri atau
undang-undang bagi unsur tersebut dan kemudiannya diakhiri dengan aktiviti
penerapan atau aplikasi. Contohnya dalam pengajaran tentang ayat tunggal, guru
akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.
Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat, guru akan memandu murid-murid
supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.Model pengajaran dan pembelajaran
pendekatan ini dirumuskan seperti berikut:
Contoh-contoh Aplikasi
Generasi
Jika anda mahu kk tersebut di atas,sila call saya 0139791552
ReplyDelete