Friday, February 21, 2014

Sejenak Dalam Hidup -Aku .

Akhir tahun 2013,menjadi satu kenangan buat diri aku.Di bulan 11 dan 12 ini sudah menjadi kebiasaan bagi ku untuk menjadi pengawas peperiksaan SPM di mana-mana sekolah menengah di daerah Besut.Tahun akhir bagi ku mengawa peperiksaan SPM ini adalah di tahun 2009 di SMA Ittifakiah,Jerteh,Terengganu.Menjadi seorang pengawas bagi diriku bukan sahaja menambahkan pengalaman serta menambahkan kenalan di kalangan guru,bahkan dapat menambah pengetahuan bila ada seseorang guru menceritakan apa sahaja input yang baharu.Jadi kalau ada bahan atau cerita yang berguna akan aku jadikan panduan hidup,menceritakan cerita lucu kepada orang lain atau muridku dan lain-lain lagi.Begitulah seterusnya, saban tahun.Kami guru-guru pengawas dari sekolah rendah dan menengah bergabung tenaga dalam menguruskan peperiksaan SPM ini.walaupun upah dan elaun yang dibayarkan taklah mahal sangat,namun kami semua tetap bersyukur dengan pemberian rezeki daripada Yang Esa!Tugas mengawas dan menjaga serta menguruskan perjalanan peperiksaan SPM ini juga kau lakukan sebagai tanggungjawab aku sebagai seorang guru serta kakitangan awam terhadap negara.Yalah,jika tidak kami semua yang berbuat demikian,siapa lagi.Tugas kami ini juga untuk memastikan semua pelajar tingkatan lima dari semua sekolah menengah dapat menempuhi peperiksaan SPM dengan sebaiknya.

Semasa menjaga dan mengawasi peperiksaan kali ini,hati aku telah tertarik untuk mengenal serta mengambil seorang pelajar perempuan di sekolah ini sebgai anak angkat aku.Beberapa hari sebelum peperiksaan SPM tamat,aku menghampiri meja pelajar ini dan menyuruh dia ke blogku dan juga facebook aku.Pada petangnya setelah aku pulang ke rumah,aku membuka laman sosial ini dan aku dapati pelajar ini telah "add" dan menjadi kawan di facebook aku.Tahulah aku nama nya pada laman sosial ini.Sehari selepas itu,kalau tak silap sebelah petang aku sempat berchating dengannya sekejap.Aku terus menyatakan hasrat hatiku untuk mengambilnya sebagai anak angkatku.Mulanya dia serba salah,tetapi menerima asalkan mendapat persetujuan isteriku!

Aku memberitahunya bahawa isteriku tidak kisah,lagipun beliau sendiri mempunyai anak angkat lelaki iaitu kawan kepada anak perempuanku.Dua tiga hari selepas itu,pelajar nama "F" ini telah memberikan aku dua bungkus kerepek ubi.Aku menerima dengan baik pemberiannya,setelah tamat sesi peperiksaan.Aku membawa balik kerepek ini dan menceritakam kepada isteri dan anakku.Pada fikiranku mungkin pelajar ini lahir dalam kalangan agak susah.Hari akhir peperiksaan aku memberikannya sebiji buah mangga "Korea" kepadanya.Peperiksaan SPMpun tamat pada tengah hari 3.12.2013.

Keesokan harinya aku dan keluargaku bertolak balik ke Ipoh,rumah mertua.Dua tiga hari di sana aku gagal ,menghubungi pelajar ini melalui laman sosialnya, kerana dia tidak "on line".Beberapa hari selepas itu barulah aku mendapat no telefonnya melalui rakannya pada suatu malam.Rupanya dia dan rakannya telah mengikuti rombongan lawatan ke Melaka, Putrajaya dan sebagainya.Yang peliknya dia bertanya kepada aku kenapa aku meminta no telefonnya dengan rakannya,aku menyatakan hendak menghubungilah,takut-takut hilang serta putus hubungan.

Sejak hari itu aku dan dia sering berbalas sms untuk bertanyakan khabar.Taklah selalu sangat,empat lima hari sekali.awal January Fuz ini telah bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai runcit,bagi membantu ibu bapanya.Yelah Fuz ini bukannya  dilahirkan dalam keluarga yang senang.Aku juga terkejut bila dia memberitahu yang keadaan hidup keluarganya yang agak  susah! Aku turut simpati.Patutlah Tuhan menggerakkan hati aku agar mengambilnya sebagai anak angkat,mungkin untuk menolong keluarganya serba sedikit yang aku mampu.

Hasrat hati aku ini memang jujur dan iklas,hanya Tuhan saja yang tahu kejujuran hati ini dalam hubungan persaudaraan ini.Lagipun Islam memang menggalakkan persaudaran di kalangan umatnya.Nabi Muhammad saw juga mempunyai beberapa orang anak angkatnya.Jadi salahkah jika aku sendiri sebagai umatnya ada anak angkat biarpun perempuan.Anak angkat aku ini Fuz,lebih kurang seusia dengan anak2 aku sendiri.Aku berazam dalam diriku ,bahawa akan tetap menganggapnya sebagai anak aku sendiri,selagi dirinya tetap mahu meneruskan hubungan siratulrahim ini.Insyaalah.Aku lihat keluarganya agak baik,dan mengizinkan aku menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan mereka.Moga-moga Tuhan merestui dan merahmati akan hubungan sesama Islam ini!Bagi diriku kalau seseorang itu berbuat baik denganku sekali,maka aku akan berbuat baik dengannya dua kali atau mungkin lebih.Sesungguhnya inilah pertama kali dan mungkin terakhir aku mempunyai seorang anak angkat.akupun tak tahu kenapa Tuhan Yang Esa mengurniakannya!

Anak angkat aku ini seperti remaja lainlah,dia juga telah mempunyai kawan lelaki,yang dikenali sama di bangku sekolah.Itu aku tak kisahlah,hal peribadinya.cuma harap dia pandai menjaga diri dan berkawan biar ada batas susila,serta mengikuti
pergaulan sebagai orang Islam.menurut cerita anak angkatku ini ramai kaum lelaki hendak berkawan dengannya.Mungkin ada daya penariknya kut.Tapi anak angkat aku ini,dia sering demam dan batuk-batuk,mungkin dia mengidap penyakit,tapi dia tidak melakukan pemeriksaan kesihatan.Tapi diharapkan agar dia sihatlah hendaknya.

Aku harap hubungan kekeluargaan ini berpanjangan hendaknya dan tidak terputus di tengah jalan.Semoga ahli keluarga aku dan ahli masyarakat tidak memandang serong dan faham kedudukan
sebenar akan hubungan kekeluargaan ini.Amin.




No comments:

Post a Comment