Tahun 1997, aku telah bertukar ke SK Kerandang,hatiku amat berat untuk ke sekolah tersebut,tapi apa boleh buat.Aku terpaksa akur dengan arahan pertukaran ke sana,atas keperluan perkhidmatan Hari demi hari aku mula belajar menyesuaikan diri untuk bertugas dengan gembira di sekolah ini.
Lebih kurang 3 minggu aku mula mengenal dan bercakap-cakap dengan Hazami,salah seorang guru di sekolah ini.Aku agak terkejut dengan situasi beliau yang tidak dapat bergerak pantas seperti cikgu-cikgu lain.Hasil perbualan aku dengannya,dia memberitahu kisah hidupnya yang sakit,serta telah ditukarkan ke sekolah berdekatan dengan tempat tinggal atas alasan kesihatannya itu.
Menurutnya lagi sakit yang telah dihidapai itu dah lama.Katanya lagi pernah oarang ramai datang membaca yasin semasa dia sakit teruk.Beliau juga pernah dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),Kota Bharu dalam tempoh berbulan-bulan.Menurutnya lagi penyakit yang dihidapinya adalah penyakit"modular tumor" iaitu ketumbuhan dalam tulang belakang.Pihak doktor mahu melakukan pembedahan,tapi beliau tidak berani serta tidak mahu berbuat demikian atas alasan takut terjadi lumpuh seluruh badan!Mahu tak mahu dia terpaksa berubat secara tradisional dan sebagainya.
Cikgu Hazami diberikan mengajar subjek agak ringan sahaja, iaitu subjek pendidikan seni,sesuai pula dengan kebolehan beliau dengan bidang seni ini.Beliau juga mengajar di biliknya sahaja,di mana murid-murid yang terlibat akan datang ke biliknya bila waktu pendidkan seni ini.
Berbalik pula,kisah persahabatan aku dengannya.Hari demi hari persahabatan kami menjadi rapat,banyak cerita dan kisah kami kongsikan bersama.Berbanding dengan guru lain,bukan tidak rapat,rapat juga,tetapi dengan beliau aku lebih rapat dan serasa ada sikit keserasian.apa tidaknya hobi kami sama,iaitu memancing ikan.Pada waktu petang atau hari minggu kami sering bersama pergi memancing ikan.banyak tempat kami pergi,ada kalanya ke muara kuala Kuala Besut,Semerak,Sungai Penarik,sungai Tembila dan lain-lain lagi.Sungai di kampung aku,iaitu sungai Tok Raja.juga menjadi tumpuan kami memancing ikan Lampam Jawa.Biasanya anak lelakinya Hafiz akan dibawa bersama.Seingat aku Hafiz masa itu baru darjah 3 atau 4.
Walaupun dalam keadaan bertongkat beliau tetap berupaya memandu kereta dan kadang kala bermotorsikal.Ketabahan dan kebolehannya amat aku kagumi,beliau bukan saja panadai melukis malahan panadai dalam bidang elektrik!
Tahun 2001 menyaksikan aku telah bertukar ke SK Tempinis,atas permohonan aku.Biarpun bertukar sekolah namun persahabat aku dengan Hazami berjalan baik,Aktivit memancing berjalan baik.Yelah akau bukanlah selalu pergi memancing,hanya sekali sekala,bila ada kelapangan.Kami kadang-kadang singgah minum air dan makan roti sardin pada waktu malam di warung di Kuala Besut bila aktiviti memancing tergendala.Biasanya dialah yang akan membelanjakannya.
Beberapa tahun selepas itu mungkin disebabkan kesibukan aku dengan urusan anak aku yang mula bersekolah membataskan aku berjumpa serta berkunjung ke rumahnya.Kesibukan dengan urusan harian aku,telah menyebabkan hubungan aku dengan beliau terputus.hanya sekali sekala terjumpa di bandar Jerteh berhampiran Econ Jaya atau di lain tempat.kami hanya dapat menegur dan bertanyakan khabar yang ringkas.
Tahun berganti tahun, kami mula jarang memancing dan terjumpa lagi.Kadang ada juga aku ke rumahnya,tapi amat jarang sekali.walaupun tidak berjumpa beliau,aku tetap ingat akan diri beliau ini.Tapi entah macam mana suatu hari di tahun 2008 (kalau tak silap) aku telah singgah dan berbual-bual dengannya.Ketika ini beliau sudah tidak boleh bangun lagi dan asyik berbaring aje di atas tilam rumahnya.kami rancak berbual-bual,maklumlah sudah agak lama aku tidak berbual dengannya.aku menceritakan kisah aku pergi mencandat sotong.beliau amat seronok mendengarnya.Aku dengannya berbual dan bercerita dalam tempoh yang agak lama.bermacam cerita kami bualkan.Cukup masa aku memohon untuk balik,belaiu meminta aku mendoakan agar kesihatanya sembuh.Aku mengiyakan dan akan berbuat demikian.
Dalam seminggu lebih selepas itu aku ada memberitahu rakan yang lain agar dapat pergi menziarahi beliau,kerana kataku rakan kita itu sudah agak uzur.Mujurlah kawanku yang lain itu ada pergi menjenguknya.Tapi kata rakanku iaitu Cikgu Ishak,beliau telah tidak sedarkan diri.Selang beberapa minggu selepas itu aku menerima sms daripada Cikgu Zaki,mengatakan Hazami telahpun meninggal dunia.Hampir menitis air mataku di bilik guru,bila mendapat berita tersebut!
Tanpa membuang masa,aku dan isteri serta anakku ke rumahnya.Aku sempat melihat jenazahnya yang baru dimandikan serta hendak dikafankan.Aku mengucapkan takziah pada anak serta balunya.Pemergiannya telah meninggalkan dua orang anak,,l satu lelaki dan 1 perempuan.Hafiz anak lelakinya mempunyai rupa paras saling tak tumpah dengan arwah.
Kini,semua cerita dan kisah semasa aku bersama serta bersahabat dengan arwah menjadi suatu memori yang tidak dapat aku lupakan. Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment