Friday, November 29, 2013

Burung Puyuh Padang

Burung Puyuh Padang.

Burung Puyuh Padang merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Turnix suscitator[1]. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu

Ciri-ciri
Burung Puyuh Tanah ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Puyuh Tanah mempunyai paruh tanpa  gigi.
Jantung Burung Puyuh Tanah terdiri daripada empat kamar seperti  manusia. Kamar atas dikenali sebagai  atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai  ventrikel.

Pembiakan
Berbeza dengan puyuh sebenar  terutamanya burung betina polyandrous.
Burung betina lebih terang antara keduanya, memulakan memikat dan membina sarang di atas tanah. Ia berlawan dengan burung betina lain bagi mengawal burung jantan, mengeluarrkan bunyi menderam drr-r-r-r-r sebagai cabaran kepada lawannya dan bagi mengumumkan dirinya pada burung jantan.
 Telur yang dihasilkan diram oleh burung jantan yang turut menjaga anaknya, yang mampu berlari sebaik sahaja menetas.
                                                                                                            

Burung betina seterusnya mendapatkan pasangan baru, dan kemungkinannya yang lain, dan seterusnya, kelihatannya hanya satu pada sesuatu masa.
  • Musim: biasanya sepanjang tahun, berbeza mengikut kawasan.
  • Sarang - lompang yang dilapis rumput dalam hutan tebal atau tanaman, sering tersembunyi oleh rumput sekeliling. Telur - 3 atau 4, kelabu putih banyak tompokan perang kemerahan atau ungu gelap.


No comments:

Post a Comment