Thursday, November 21, 2013

Belut dan Kaedah Penangkapan

Belut
Belut (Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa.
Belut tinggal di dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut (sehingga 4000 m bagi famili Synaphobranchidae), manakala yang lain rajin berenang.
    Bagi diriku sendiri, pengalaman menangkap ikan puyu di sawah padi, selalu aje tertangkap belut,apa lagi terkejut dan tatkutlah kami dibuatnya! apa tidaknya bentuknya sekan ular dan amat menggelikan,saya biasanya kan melepas belut itu dengan memotong tali taut tersebut.masa itu belut tak berapa digemari lagi,hanya setengah orang sahaja memakannya.saya langsung tak berminat untuk memakannya.Bukan apa,walaupun berubat,tapi tekak ku tak boleh menerima dari dulu hingga kini.




Belut yang ingin saya bincangkan dengan anda semua adalah belut air tawar.Belut air tawar ini menjadi makanan kegemaran sesetengah orang samada di restoran atau warung-warung.Resipi belut ini macam-macamlah, ada dimasak goreng,sup,rendang dan sebagainya!

       Belut ini biasanya mendiami kawasan berair samada di sawah-sawah padi,alur-alur air,kawasan bendang yang air tidak kering dan sebagainya.Belut ini biasanya berwarna hitam dan kekuningan, seklai pandang macam ular saja.Belut ini biasanya ditangkap dengan kaedah pancing,taut dan juga bubu.bagi kaedah pancing atau taut,ia menggunakan umpan cacing atau anak ikan yang akan dicucuk pada mata pancing tersebut dan ditahan di tempat yang dipercayai adanya belut.
      Kaedah kedua yang agak popular ialah dengan menggunakan bubu yang dibuat menggunakan paip PVC bersaiz 3 inci dan juga buluh.Batang paip PVC dan batang buluh ini akan dipotong sepanjang sedepa atau 1 meter dan ditutup dengan penutup yang boleh dibuka di satu penjuru dan satu penjuru lagi akan dibina dengan pintu laluan masuk yang tirus.Bagi mengumpan belut agar memasukki bubu itu,para penangkap belut akan memasukakan seekor ikan selayang yang telah direbus ke dalam bubu tersebut.Bubu-bubu yang telah siap berumpan itu akan ditahan serta direndamkan ke dalam air di kawasan yang dipercayai terdapatnya belut.rendaman itu taklah dalam sangat,lebih kurang satu kaki dan diletakkan dicelah-celah rumput atau tumbuhan air atau di tepi batas-batas sawah padi dan tali air.

Biasanya penangkap belut ini akan mula menahan bubu ini pada waktu petang dan akan datang melihat hasilnya pada pagi esoknya.Kadang kedapatan 1 atau 2 ekor belut ada masuk dalam bubu ini.Belut-belut ini akan dijual kepada pembeli yang akan datang ke rumah pencari belut ataupun akan dihantar ke kedai atau warung yang telah menempahnya.Harganya berdasarkan jumlah kilogram belut tersebut dan harga pasaran semasa, biasanya dalam RM8 hingga RM10 bagi 1 kilogram.


1 comment: