Monday, August 25, 2014

Contoh Soalan Objektif Sejarah.Mengikut Aras.

!.0 Pengenalan.
Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives:Handbook 1:Cognative ,Domain (New York:David McKay) telah memperkenalkan satu hieraki kognitif yang disusun dari aras rendah ke aras yang tinggi, iaitu aras pengetahuan,pemahaman,aplikasis,analisis,sintesis dan penilaian.Taksonomi yang terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.Aras Taksonomi Bloom telah ditambah baik oleh anak muridnya Anderson,namun tiada yang berbeza.Cuma kedudukan antara sintesisis(mencipta) dan penilaian.Anderson meletakkan aras paling tinggi ialah mencipta.



1.1.1 Pengetahuan
Aras kognitif yang terendah melibatkan proses mengingat kembali maklumat,fakta,,definisi dan sebagainya.Contoh:Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?

1.2  Pemahaman.
Aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran.Pada aras ini,muird menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.Contoh: Ahli-ahli sejarah menggunakan  sumber akeologi untuk mengkaji sejarah purba yang tidak mempunyai sumber bertulis.sumber akeologi berkaiyan dengan
A bahan-bahan peningalan masyaraakat dahulu yag tertanam di dalam bumi.
B benda-benda yang dijumpai oleh ahli akeologi dalam usaha cari gali.
C barang-barang yang mempunyai ukiran dan tulisan yang boleh difahami
D  alat-alat perkakas zaman silam yang masih digunakan hingga sekarang.

1.3 Aplikasi
Muird menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep,teori,prinsip,hukum atau prosedur,dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru.Contoh.Pada 1974,bapa Ahmad ingin melancong ke Negara China tetapi gagal.Yang manakah berikut menerangkan dengan tepat tentang kegagalan bapa Ahmad itu?
A.Beliau membatalkan lawatannya kerana sebab-sebab tertentu.
B.Beliau sukar mendapat kebenaran daripada kerajaan.
C.Beliau enggan mematuhi peraturan imigresen.
D.Beliau belum menyiapkan dokumen perjalanannya.


1.4 Analisis.
Aras kognitif yang menunjukkan bahawa murid boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan bahawa mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu.Dalam proses analisis,pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan.Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah. Contoh:
Tok Janggut
Terkorban
Datuk Maharaja Lela
Dibunuh
Haji Abdul Rahman Limbong
Dibuang ke Mekah

Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh  Di atas menemui kegagalan?
A.  Perjuangan kurang tersusun.
B.  Perjuangan atas kepentingan peribadi.
C.  Perjuangan mendapat tentangan sultan.
D.  Perjuangan bersifat setempat.
1.5 Sintesis.
Aras kognitif yang menghendaki murid menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
1. Mengapakah pedagang-pedagang dari luar Melaka,datang berniaga di Melaka?
         A. Pedagang  tempatan tiada.
         B. Tempat yang sesuai untuk berdagang.
         C. Boleh menjual barangan dengan harga yang mahal.
          D. Untuk  berdagang sambil mengembangkan ajaran masing-masing.
1.6 Penilaian
Aras kognitif yang mengkehendaki murid melakukan penilaian ,diskiriminasi , memberi rasional , dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu .
Contoh :
Ketika mengiringi sultan berangkat, Temenggung memilih tempat duduk di atas kepala gajah . Temenggung memilih tempat berkenaan kerana
A  beliau pandai menggembalai gajah
B  beliau mesti melindungi sultan daripada bahaya
C  beliau mahir dengan selok-belok jalan
D  beliau seorang yang gagah berani


2.0 Soalan - Soalan Mengikut Aras. (2 Soalan Setiap Aras)

2.1 Pengetahuan
1. Maksud sejarah yang paling tepat ialah
          A         Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar  berlaku pada waktu lampau
          B         Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
          C         Sejarah ialah cerita dongeng yang  berlaku pada waktu lampau
          D         Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca

2. Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk
            A         Buku
            B         Ucapan
            C         Akhbar
            D         Batu bersurat

2.2  Pemahaman.
1.Mengapakah pencairan air batu berlaku?
         A     peningkatan air laut
         B.    Peningkatan suhu bumi.
         C.    Pembebasan gas oksigen.
         D.    Pembentukan pulau-pulau.

2. Mengapakah tarikh 31 Ogos 1957 dianggap bermakna bagi kita rakyat Malaysia?
           A.   Pilihan raya umum diadakan.
           B.   Melambangkan perpaduan Negara.
           C.    Negara bebas daripada penjajahan.
           D.    Tentera Jepun telah menyerah diri.


2.3  Aplikasi
!.Kenapakah permintaan terhadap bijih timah menjadi sangat tinggi pada suatu masa dahulu?
           A. untuk digunakan dalam industri pengetinan makanan.
           B. rakyat China ramai datang mendulang bijih timah.
           C. bijih timah sukar didapati di barat.
           D. bijih timah digunakan sebagai pemberat umpan kepada pemancing.

2.Manakah antara berikut merupakan kepulauan Melayu?
            I  Tanah Melayu                      III  Afrika
            II Sumatera                             IV  Asia
            A  I dan II                           C  II dan III
            B  I dan III                          D  III dan IV

2.4  Analisis.
1. Mengapakah  Dato Maharaja Lela menentang British?
        A. Sekolah agama diberhentikan.
        B. Melarang rakyat mengusahakan  tanah.
        C. Tidak bersetuju dengan undang-undang British.
        D.  Penggunaan bahasa Inggeris dalam pentadbiran.

2.  Apakah amalan yang dapat melahirkan keluarga asas yang bahagia?
        i.  bercakap besar.               iii.  bersuapan.
        ii. berbudi bahasa                 iv,  bertolak-ansur.
    A. I dan ii.         B.  i, ii,  dan  iii.        C.   ii,  iii,  dan iv.        D. I,  ii,  iii,  dan iv.

2.5  Sintesis.
1. Berikut adalah faktor-faktor menyebabkan terbentuknya benua dan lautan kecuali
           A        kejadian banjir
            B        pencairan air batu
            C        pergerakan glasier
            D        kenaikan paras air laut


2. Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawsan persekitaran tempat tinggal?
            A        Mengharapkan pujian orang lain
            B        Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
            C        Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
            D        Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut

2.6  Penilaian
1. Alam sekitar amat penting kepada manusia dan haiwan kerana  --------------------------------------
                                       i. membekalkan udara
                                      ii. menjadi habitat haiwan.
                                      iii. membekalkan sumber air
                                     iv. membekalkan sumber makanan.
         A. I  dan iv.              B.   I , ii dan  iii.    C. ii ,iii , dan  iv.       D.  I , ii , iii , dan  iv.

2. Apakah cara- cara untuk memelihara tempat sejarah?
      i.  Bangunan dibaik pulih
      ii.  Menaik taraf bangunan asal.
      iii.  Mewartakan tempat bersejarah.
      iv.  Reka bentuk asal bangunan dikekalkan.

   A.  I  dan  ii.              B.  I, ii, dan  iii.         C. I , iii , dan  iv.       D. I, ii, iii dan  iv.


1 comment: