Contoh Soalan Bmm 3113 (Penyelidikan Tindakan 1)
CIRI-CIRI
PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
Ciri-ciri
penyelidikan yang baik diertikan sebagai ciri-ciri yang berasaskan prinsip
saintifik dan etika
v penjelasan
(explanation),
v ramalan
(preditiction),
v corak
(pattern),
v pengulangan
(repetition),
v replikasi
(replication) dan
v kuantifikasi
(quantification).
Ciri-Ciri
Am
v objektiviti,
v keesahan,
v kebolehpercayaan,
v Kebolehtadbiran
v kebolehtafsiran
-kod etika dalam penyelidikan tindakan.
Setiap
penyelidikan mestilah memastikan kaedah, kandungan dan tujuan tidak
melanggar kod etika pengkaji, norma dan nilai-nilai sejagat seperti agama.
Sekira sesuatu kajian memenuhi semua ciri dan prinsip saintifik tetapi tidak
beretika mana sudah tentunya penyelidikan demikian dianggap kurang baik.
Contohnya
penyelidikan yang memanipulasi manusia atau cuba ‘play god’ seperti clone
manusia dan sebagainya.
Isu yang
berkaitan dengan isu etika ialah kejujuran pengkaji. Pengkaji mesti menunjukkan
segala usahanya untuk memastikan bahawa setiap langkah penyelidikan
dilaksanakan dengan jujur dan segala data yang diperolehi adalah tepat.
v pendekatan kualitatif
v pendekatan kuantitatif.
- proses analisis data bagi penyelidikan kualitatif dengan
menggunakan kaedah
deduktif dan induktif
Asas
penyelidikan kualitatif
Ø Penyelidikan
kualitatif adalah satu konsep yang menaungi beberapa jenis penyelidikan bagi
memahami dan menerangkan fenomena sosial dengan cara pemecahan kepada susunan
topik tertentu
Ø Salah
satu daripada tujuan penyelidikan kualitatif ialah memahami bagaimana
manusia memenuhi keperluan asas mereka. Ia menggabungkan pengalaman dan
persepsi. Justeru, penggunaan istilah atau frasa sangat jelas jika dibandingkan
dengan kuantitatif.
Ø Bilangan
responden yang diperlukan bagi kajian kualitatif adalah kecil berbanding
kuantitatif.
Ø Bilangan
sampel yang kecil memberi ruang yang sangat luas kepada penyelidik untuk
membuat pemerhatian ke atas tingkah laku yang dikaji. Cara ini dapat
mengekalkan hubungan yang berterusan di antara pengkaji dan responden tersebut.
Apakah teknik
temubual dalam kajian
penyelidikan tindakan.
Jawapan :
•
Perbualan terbimbing dan berfokus antara penyelidik dengan responden
• Soalan
yang dikemukakan relevan dengan fokus kajian
• Soalan
dicipta, bukan semula jadi tetapi hubungan mesra boleh terbina antara
penyelidik dengan responden
Bertujuan
untuk memperoleh data kualitatif atau kuantitatif
• Temu
bual dalam kualitatif dapat:
i.
mengumpul data tentang perkara yang tidak
dapat
diperhatikan (kepercayaan, prinsip
pegangan)
ii.
Perkara sukar diperoleh (dokumen, diari)
iii.
Membuat cross checking dengan data daripada sumber lain
Alat temu
bual
i. Kaset
perakam
ii.
Menulis catatan
iii.
Kemera video
iv. Telfon
v. E-mail
Soalan
temu bual
a)
Berstruktur
• Soalan
disediakan terlebih dahulu
•
Diadakan secara formal
•
Mempunyai jadual khusus dan urutan
• Bentuk
soalan digunakan dengan meluas
b) Separa
berstruktur
• Soalan
utama sahaja disediakan
• Soalan
susulan berdasarkan jawapan informan
• Jawapan
bebas
• Sesuai
untuk individu dan kumpulan
c) Tidak
berstruktur
•
Dijalankan secara tidak formal dengan soalan terbuka
•
meneroka idea atau perasaan informan
• Perlu
ada kerangka atau senarai tema yang dikehendaki
• Sesuai
untuk individu atau kumpulan
contoh soalan kajian tindakan
Bab 1: Asas Kajian
1.
Apakah tujuan melakukan penyelidikan?
-
Pelaporan
– mengumpul maklumat untuk tujuan membuat laporan sahaja.
-
Penerokaan
– mengutip maklumat awal dan latar belakang sesuatu peristiwa.
-
Deskriptif
– menyediakan maklumat tentang subjek dan perkara yang diminati, 4. seperti
profil dan ciri-ciri subjek dalam populasi kajian, profil masalah dan peristiwa
yang diminati.
-
Explanatori
– menjelajah, nmenjelas dan menerangkan sebab-sebab sesuatu perkara berlaku.
-
Prediktif
– membuat ramalan tentang kemungkinan berlakunya suatu fenomena.
2.
Bincangkan maksud penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan.
-
Penyelidikan
asas – kajian dilakukan untuk menghasilkan, menguji dan meningkatkan kefahaman
tentang teori. Ia tidak mementingkan aspek aplikasi teori.
-
Penyelidikan
gunaan – kajian yang dilakukan untuk menyelesaian masalah harian, ia
mementingkan aplikasi teori untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
3.
Nyatakan perbezaan antara penyelidikan kuantitatif & penyelidikan
kualitatif.
Penyelidikan
kuantitatif
a.
maklumat dikumpulkan dalam bentuk data numerik yang bersifat konkrit,
b.
mementingkan keputusan statistik berangka,
c.
biasanya dilaksanakan melalui alat-alat piawai seperti soal selidik
berstruktur.
d.
mementingkan ujian-ujian statistik.
e.
saiz sampel yang digunakan biasanya lebih besar daripada penyelidikan
kualitatif.
Penyelidikan
kualitatif
a.
maklumat dikumpulkan dalam bentuk data verbal yang bersifat abstrak,
b.
mementingkan interaksi bersemuka,
c.
biasanya dilaksanakan melalui temu bual dan pemerhatian.
d.
mementingkan interaksi bersemuka dan pemerhatian terhadap tingkah laku
tertentu.
e.
saiz sampel yang digunakan biasanya lebih kecil daripada penyelidikan
kualitatif.
f.
lebih bersifat deskripsi dan interpretasi naratif.
(Perbezaan
yang lain, sila rujuk jadual 1.1. dalam modul OUM, ms 5.)
4.
Bincangkan maksud dan peranan kajian tindakan?
Kajian
tindakan ialah
a.
kajian
yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah harian penyelidik, untuk membaiki
amalan hariannya.
b.
ia
berbentuk refleksi-kendiri yang mempersoal, mengkritik dan meneroka
andaian-andaian yang berdasarkan kepada idea, pemahaman dan amalan penyelidik
sendiri.
c.
Ia
mementingkan refleksi dan tindakan susulan selepas kajian dilakukan.
d.
ia
bertujuan untuk mengubah tingkah laku responden kajian semasa kajian dilakukan.
5. Bincangkan kegunaan penyelidikan dan bagaimana penyelidikan dilakukan?
Kegunaan penyelidikan:
-
Memberi kita pengetahuan dan kemahiran untuk membuat
keputusan dengan tepat dalam pelbagai konteks
-
Memperolehi penyelesaian masalah, penjelasan atau ilmu
baru yang membantu kita memperbaiki prestasi
-
Menghuraikan sesuatu fenomena secara sistematik dan
logik berdasarkan data kajian
Penyelidikan
dilakukan melalui pengutipan mklumat (data) secara sistematik sebagai
langkah ke arah menyelesaiakn masalah kajian.
6. Apakah maksud kaedah inkuiri dalam penyelidikan?
Kaedah inkuiri saintifik dalam
penyelidikan:
-
proses kajian saintifik digunakan untuk membina dan
menguji hipotesis / andaian melalui pemikiran induktif-deduktif
-
cara menganalisis data masalah secara saintifik
-
memahami fenomena dan membuat ramalan
-
untuk enghasilkan generalisasi yang sah
7. Huraikan ciri-ciri penyelidikan yang baik.
-
Tujuan kajian yang jelas
-
Perancangan metodologi yang sistematik
- Piawaian etika penyelidikan dipatuhi
- Persampelan yang sesuai
-
Dapatan dibincang secara jelas
-
Batasan kajian dinyata dengan jelas
8.
Bincangkan isu-isu dalam etika penyelidikan.
Bincang
dari segi;
-
kerahsian
peserta kajian – merahsiakan segala maklumat peserta kajian.
-
penyertaan
sukarela peserta tanpa paksaan.
-
penipuan
terhadap peserta kajian dan penipuan yang dilakukan oleh peserta kajian.
-
ketanpanamaan
-merahsiakan nama peserta kajian.
-
tingkahlaku
dan keobjektifan penyelidik.
-
menjaga
keadaan mental dan fizikal sebelum dan selepas kajian.
Bab 2 Penyediaan Cadangan Penyelidikan
1.
Mengapakah cadangan penyelidikan diperlukan sebelum kajian sebenar
dilaksanakan?
Cadangan
penyelidikan:
-
Menjadi panduan kepada kajian yang akan dilaksanakan
-
Mengenal pasti permasalah kajian
-
Menyatakan persoalan kajian untuk dijawab oleh kajian
-
Membuat tinjauan literatur, iaitu kajian lepas dan
maklumat yang berkaitan dengan permasalah kajian yang akan dilakukan.
-
Membina hipotesisi (jawapan yang diramalkan untuk
soalan kajian, jika berkaitan)
-
Membina reka bentuk kajian
-
Menentukan teknik pengumpulan data
-
Menentukan prosedur analisis data yang sesuai dan
justifikasinya
2.
Apakah
dimaksud dengan cadang penyelidikan?
-
Cadang
penyelidikan merupakan ringkasan tentang kajian yang akan
dilakukan.
- Biasanya memuatkan 3 topik utama:
a.
permasalahan
kajian - Menyetakan masalah kajian, termasuk tujuan, soalan,
batasan dan kepentingan kajian.
b.
tinjauan
literatur - Memaparkan literatur atau kajian lepas berkaitan
dengan tajuk yang dipilih.
c.
metodologi
kajian - Menjelaskan secara terperinci tentang reka bentuk
kajian, termasuk pemilihan sampel, prosedur mengumpulan data dan cara
menganalisis data.
- Kandungannya termasuk: Masalah kajian, Objektif
kajian, Persoalan kajian, Tinjauan literatur, Metodologi kajian dan Senarai
rujuk
Bab 3 Masalah kajian
1. Mengapa kita perlu menyatakan masalah kajian?
-
masalah kajian membimbing pengkaji untuk membuat
perancangan kajian yang sesuai.
-
Masalah kajian membimbing pengkaji untuk memahami
bidang kajian secara mendalam, melalui tinjauan literatur ke atas kajian lepas
mengenai maslaah kajian tersebut.
-
Ia membimbing kita menentukan tujuan kajian yang akan
dilakukan.
-
Ia memberi gambaran menyeluruh dengan tumpuan kepada
variabel dan hala tuju kajian.
2. Nyatakan fungsi menetapkan objektif kajian.
-
Ia membolehkan pengkaji mengumpul maklumat yang sesuai
dengan tujuan kajian.
-
Ia membimbing pengkaji untuk membina item soal selidik
kajian.
-
Ia membantu pengkaji merancang kaedah kajian yang
sesuai dengan masalah kajian yang dinyatakan.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan hipotesis kajian?
-
Hipotesis ialah pernyataan yang dijangka menjadi
penyelesaian masalah.
-
Ia menyatakan ramalan mengenai hubungan antara
variabel-variabel dalam kajian
-
Ia boleh diuji secara statistik.
-
Ia dinyata dalam dua hipotesis, iaitu hipotesis nol
dan hipotesis alternatif.
-
Hipotesis alternatif boleh dinyatakan dalam bentuk
tidak berarah dan berarah.
4. Seorang pengkaji ingin mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan
penumpuan perhatian terhadap pengajaran guru antara kumpulan pelajar lelaki
atau kumpulan perempuan dalam kelasnya. Nyatakan:
- Hipotesis nol
- Hipotesis alternatif (berarah dan tidak berarah)
Hipotesis nol: Tidak terdapat perbezaan tahap penumpun
perhatian terhadap pengajaran guru antara kumpulan pelajar lelaki atau kumpulan
perempuan dalam kelas.
Hipotesis alternatif (tidak berarah): terdapat
perbezaan tahap penumpun perhatian terhadap pengajaran antara kumpulan pelajar
lelaki atau kumpulan perempuan dalam kelas.
Hipotesis alternatif (berarah): kumpulan pelajar
lelaki mempunyai tahap penumpun perhatian terhadap pengajaran yang lebih tinggi
berbanding dengan kumpulan perempuan.
Bab 4 Tinjauan Literatur
1. Senaraikan maklumat yang boleh diperoleh melalui
tinjauan literatur.
Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang
akan dilakukan, termasuk:
a. Metodologi kajian
b. Pengenalan
c. Reka bentuk kajian
d. Populasi kajian / sampel kajian
e. Alat kajian
f. Teknik pengumpulan data
g. Kaedah analisis data
2. Bincangkan maksud literatur berkaitan dan seterusnya menyatakan fungsi
utama yang diperoleh daripada kajian literatur.
Literatur
berkaitan –lakaran kasar tentang kajian lepas, termasuk teori, prinsip dan
metodologi kajian.
Tiga
fungsi utama yang diperoleh daripada kajian literatur ialah:
a. memahami bidang kajian yang akan dilakukan- memahami konsep / variabel
di bawah kajian, memahami teori dan model yang berkaitan dengan konsep di bawah
kajian.
b. memperolehi maklumat tentang dapatan kajian lepas – kajian lepas di
Malaysia dan kajian lepas di luar negara, termasuk aspek-aspek:
Metodologi kajian, Pengenalan,Reka bentuk kajian, Populasi kajian / sampel
kajian, Alat kajian, Teknik pengumpulan data, Kaedah analisis data
c. memahami kaedah kajian lepas, yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam
merancang kajian yang akan dilakukan.
3. Apakah tujuan melakukan tinjauan literatur? Sila
bincangan aspek-aspek yang ditinjau dan berikan contoh-contoh yang sesuai.
Tinjauan
literatur dilakukan untuk memahami secara mendalam bidang kajian yang akan
dilakukan.
Aspek-aspek
yang ditinjau dan contoh:
a. Konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian
yang akan dilaksanakan – membuat kesimpulan tentang konsep supaya lebih
memahaminya.
Contoh:
konsep tentang masalah disiplin, seperti hiperaktif, tingkahlaku diskriptif
dsb.
b. Teori-teori/ model-model – menjelaskan
mengapa fenomena berlaku.
Contoh:
teori mengawal disiplin pelajar, model pengajaran dsb.
C. Prinsip-prinsip
penting – yang boleh digunakan dalam kajian
Contoh:
prinsip menghasilkan instrumen kajian, soal-selidik dsb.
d. Cara membuat tinjauan literatur, rujuk modul 1 (ms 56: memahami bidang
kajian)
4. Senaraikan sumber-sumber literatur.
Sumber
literatur:
a. Jurnal pendidikan
b. Tesis
c. Latihan akademik, mini tesis
d. Buku pendidikan (buku ilmiah)
e. Prosiding seminar
f. Sumber badan dokumentasi:
ERIC, PRO-QUEST
g. Laporan penyelidikan EPRD, KPM
h. Sumber elektronik: YAHOO, LYCOS...
5. Bincangkan kepentingan kajian lepas:
Kepentingan:
a. Memahami Konsep Berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Contoh:
konsep “pembelajaran koperatif”, Pembelajaran aktif” dsb. Misalnya konsep
“Kemahiran berfikir” merangkumi “keaslian”, “Kelancaran”, “Kelancaran” dan
sebagainya.
b. Memahami teori berkaitan, Contoh: kajian “kepuasan kerjaya”, perlu
mengetahui teori kepuasan kerjaya:Misalnya: teori berkaitan hubungan antara
kepuasan kerjaya dan faktor-faktor yang menyebabkannya berlaku.
c. Memahami model berkaitan. Contoh1: kaedah pengajaran koperatif, iaitu
Model pembelajaran berpasukan, Model pembelajaran bersama dan Model
pembelajaran Jigsaw. Contoh 2: kaedah pengajaran, iaitu Model Sim dan
Model Robert Glaser
d.
Memahami kaedah kajian lepas meliputu:
-
Reka bentuk
-
Sampel kajian
-
Alat kajian
-
Kaedah mengumpul data
-
Analisis data
e.
Memahami reka bentuk kajian lepas. Contoh: Reka bentuk eksperimental,
kuasi-eksperimental, bukan eksperimental (kajian tinjauan, sejarah, lapangan,
kes dsb)
f.
memahami sampel kajian dan prosedul persampelan kajian lepas. Contoh: Kaedah
persampelan dilakukan (kebarangkalian, bukan kebarangkalian), saiz sampel
(bilangan sampel), jenis sampel (jenis responden).
g.
Kaedah mengumpu data kajian, Contoh: Kaedah kualitatif (data verbal), kaedah
kuantitatif (data numerika), data dikumpul secara berkumpulan, secara individu,
kaedah Temu bual, pemerhatian, soal selidik dsb.
h. Alat
kajian (instrumen kajian), jenis alat yang digunakan untuk mengumpul data: soal
selidik, borang temu bual, senarai semak dsb.
i. Cara
analisis data: seperti, analisis data kualitatif, iaitu i) Analisis deskriptif:
menerangkan ciri populasi kajian; ii) Analisis Inferensi: membuat inferensi
ciri sampel kajian ke kepada populasi kajian.
Bab 5 Kaedah Kajian
1.
Senaraikan
semua aspek penting yang perlu dirancang secara teliti dalam kaedah kajian
(metodologi kajian).
Aspek
penting:
-
reka
bentuk kajian
-
populasi
kajian dan sampel kajian
-
instrumen
kajian
-
kebolehpercayaan
dan kesahan kajian
-
kajian
rintis
-
prosedur
kajian atau tatacara pengumpulan data
-
analisis
data
2.
Bincangkan
tiga reka bentuk penyelidikan.
-
Reka
bentuk kuantitatif – Data yang dikumpulkan berbentuk numerik. Ia
mementingkan keputusan statistik berangka. Data biadanya dikumpulkan melalui
alat kajian yang piawai, seperti soal selidik. Tiga reka bentuk ini ialah reka
bentuk eksperimen, kuasi-eksperimental, korelasi dan tinjauan (mengikut modul).
-
Reka
bentuk kualitatif – Data yang dikumpulkan berbentuk numerik. Data biasanya
dikumpulkan melalui temu bual dan pemerhatian. Ia dapat mengumpul
data yang lebih kaya dan mendalam. Reka bentuk kualitatif termasuk reka bentuk
teori gronded, etnografi dan naratif (mengikut modul).
-
Reka
bentuk gabungan kuantitatif dan kualitatif – menggabungkan data kuantitatif dan
data kualitatif dalam satu kajian. Reka bentuk ini termasuk reka bentuk kaedah
bercampur dan kajian tindakan (mengikut modul).
Nota: (Jangan tulis ini dalam
jawapan)
[Sebenarnya
tiga reka bentuk penyelidikan ialah reka bentuk eksperimental,
kuasi-eksperimental dan bukan eksperimental. Kuantitatif dan kualitatif tidak
merupakan reka bentuk penyelidikan (cara melaksanakan kajian), tetapi merujuk
kepada kaedah mengumpul data (tidak mengikut modul.)]
3.
Bincangkan
lima jenis reka bentuk etnografi.
-
Etnografi
pengakuan - laporan pengalaman ahli etnografi semasa menjalankan kerja
lapangan, iaitu semasa membuat pemerhatian ke atas peserta kajian.
-
Etnografi
sejarah hidup – kajian terhadap seseorang individu yang berada dalam konteks
sesuatu budaya.
-
Etnografi
kajian kes - analisis mengenai suatu kes individu, suatu kumpulan
tertentu suatu peristiwa, suatu aktiviti atau proses.
-
Etnografi
kritikal - kajian terhadap sekumpulan subjek tertentu, dan pengaruh
amalan budaya terhadap mereka.
-
Etnografi
nobel - penulisan fiksyen yang berfokus kepada aspek kebudayaan suatu
kumpulan subjek.
4.
Huraikan
salah satu kaedah persampelan (cara memilih sampel) daripada populasi kajian.
-Persampelan rawak mudah
di bawah kaedah ini, setiap
individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
responden dalam sampel kajian. Ia merupakan kaedah persampelan yang paling baik
untuk mendapat sampel yang dapat mewakili populasi. Prosedulnya seperti
berikut:
a.
kenal
pasti ahli dalam populasi
b.
tentukan
bilangan ahli populasi
c.
senaraikan
ahli populasi
d.
beri
nombor kepada setiap ahli populasi.
e.
Tentukan
saiz sampel
f.
dapatkan
nombor responden daripada jadual nombor rawak.
g.
pilih
ahli populasi mengikut nombor daripada jadual nombor rawak, sehingga saiz
sampel diperoleh.
5. Jelaskan konsep i)
kebolehpercayaan dan ii) kesahan dalam penyelidikan
Kebolehpercayaan:
-
keupuyaan
alat kajian memperoleh maklumat yang sama (ketekalan) mengikut peredaran masa
bagi suatu sampel yang sama.
-
jika
suatu alat kajian dapat mengumpul data yang serupa sebelum dan selepas satu
tempoh masa (misalnya 3 bulan) dari suatu sampel kajian yang sama, maka alat
kajian tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
-
terdapat
3 jenis kebolehpercayaan, iaitu kestabilan, kesetaraan dan ketekalan dalaman
(huraian, rujuk modul ms 78).
Kesahan:
–
keupayaan
alat kajian mengukur nilai sebenar sesuatu variabel.
–
Jika
alat kajian dibina untuk mengukur kemahiran berfikir (nilai sebenar), tetapi
item-item yang dibina sebenarnya mengukur keupayaan menumpukan perhatian, maka
alat kajian tersebut mempunyai kesahan yang rendah.
–
Kesahan
penyelidikan termasuk kesahan kandungan, kesahan kriteria, kesahan konstruk dan
kesahan muka (huraian, rujuk modul ms79).
6.
Apakah
dimaksudkan dengan kajian rintis?
Kajian
rintis:
–
kajian
secara kecil-kecilan yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan.
–
bertujuan
memastikan alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
–
responden
kajian rintis mempunyai ciri-ciri yang setara dengan responden kajian sebenar.
–
selepas
kajian rintis, alat kajian dimurnikan mengikut maklumat yang dikumpulkan
melalui kajian rintis.
1. Apakah aspek-aspek yang perlu dipertimbangan semasa memilih reka bentuk
penyelidikan kualitatif?
Pertimbangan:
-
Tempoh kajian dilaksanakan.
-
Jenis data yang dikumpul
-
Sifat alat kajian
-
Lokasi kajian
-
Ciri-ciri populasi dan sampel kajian
-
Strategi dan kaedah pengumpulan data
-
Kos yang diperlukn
-
Cara menyusun, menganalisis dan mentafsir data
2. Apakah yang dimaksudkan dengan triangulasi dalam penyelidikan
kualitatif?
Triangulasi dalam penyelidikan kualitatif:
-
Beberapa strategi pengumpulan data yang berbeza dilakukan
untuk menumpul data bagi suatu variabel tertentu. Ia dilakukan untuk
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian.
-
Empat jenis triangulasi: Triangulasi data, triangulasi
penyelidikan, triangulasi teori, triangulasi kaedah (huraian, rujuk modul ms93).
3. Huraikan jenis-jenis instrumen pengukuran yang digunakan dalam kajian
kualitatif.
a. Alat temuduga – Borang catatan temu bual biasa
digunakan. Catatan dibuat melalui tiga jenis temu bual ialah temu bual
berstruktur, temu bual tidak berstruktur dan temu bual semi-struktur (atau
separuh struktur).
b. Alat pemerhatian – Borang catatan pemerhatian biasa
digunakan. Dua jenis pemerhatian ialah pemerhatian sistematik dan pemerhatian
peserta. Pemerhatian boleh dilakukan secara berstruktur, tidak berstruktur dan
semi-struktur.
c. Alat penilaian dokumentasi - dokumen termasuk
diari, surat memo, gambar, filem, rekod internet dan sebagainya. Ia memberi
maklumat dan bukti kukuh tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku.
4. Huraikan tiga jenis prosedur (kaedah) persampelan dalam penyelidikan
kualitatif.
Persampelan bertujuan
–
pengkaji memilih subjek kajian berdasarkan tujuan
kajian.
–
Pengkaji menggunakan pengetahuan khusus tentang
sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang memenuhi kriterian yang diperlukan
dalam kajiannya.
–
Contoh, kumpulan pelajar yang merokok sahaja dalam
sekolah dipilih sebagai sampel bertujuan dalam kajian “Masalah merokok di
kalangan pelajar sekolah A”
Persampelan snowball
–
Responden kajian diminta untuk mencadangkan orang lain
yang memunyai ciri-ciri yang sesuai dengan kajian.
–
Ia digunakan apabila pengkaji tidak dapat senarai
subjek kajian yang diperlukan.
–
Contoh: Responden kajian diminta mencadangkan orang
lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengannya, iaitu menjual VCD haram.
Persampelan kuota
–
pemilihan sampel mengikut pembahagian kategori (kuota)
berdasarkan ciri-ciri yang diingini.
–
pemilihan subjek adalah berdasarkan kuota-kuota yang
dikategori oleh pengkaji, mengikut ciri-ciri tertentu.
–
Contoh: memilih pelajar lelaki berumur 17-18
tahun yang mahir komputer.
(Nota: Dalam penyelidikan kualitatif, saiz sampel
biasanya kecil dan persampelan rawak mudah biasanya tidak diperlukan)
5. Senaraikan langkah-langkah dalam proses menganalisis data kajian
kualitatif.
Langkah-langkah:
i. tahap pra-analisis
ii. tahap kemasan data
iii. tahap pamiran data
iv. tahap
verfikasi data
v. tahap dapatan (termasuk interprestasi)
Bab 7 Kajian Kuantitatif
1. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dapatan kajian
kuantitatif.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalaman:
a. Kesan sejarah
b. Kesan kematangan
c. Kesan pengujian
d. Kesan alat
e. Kesan regresi statistik
f. Kesan pemilihan
g. Kesan mortaliti
h. Kesan interaksi kedewasaan-pemilihan
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan luaran:
a. kesan interaksi
b. kesan interaksi pengujian
c. kesan tindakbalas
d. kesan gangguan rawatan berganda.
(Huraian lanjut, sila rujuk modul, ms 108)
2. Huraikan i) reka bentuk kajian deskriptif, dan ii) reka bentuk
kajian eksperimen.
i)
Reka bentuk kajian deskriptif
-
dilakukan untuk menghuraikan ciri-ciri populasi
kajian.
-
termasuk kajian kes, siri kes, silang, kohot
retrospektif (Huraian, sila rujuk modul, ms 110)
-
menggunakan statistik deskriptif untuk menghuraikan
ciri-ciri populasi.
ii)
Reka bentuk kajian eksperimen
-
sampel mempunyai kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan.
-
perbandingan dibuat ke atas kedua-dua kumpulan.
-
ujian pra dan ujian pasca biasa digunakan untuk perbandingan.
-
variabel bebas dimanipulasi dan pengaruhnya terhadap
variabel bersandar diukur.
-
reka bentuk kajian eksperimen:
a) reka bentuk tak berkumpulan kawalan yang terdiri daripada reka bentuk
ujian pra-pasca (pra-pos) satu kumpulan dan siri masa.
b) reka bentuk berkumpulan kawalan yang terdiri daripada reka bentuk ujian
pos sahaja, ujian pra-pos, kumpulan-kumpulan Solomon dan faktorial.
(Huraian, sila rujuk modul, ms 111)
Bab 8 Analisis Data Kuantitatif
1.
Bincangkan
tujuan analisis data kuantitatif dan statistik yang digunakan untuk analisis
data kuantitatif.
Tujuan
analisis data kuantitatif:
-
menerangkan
ciri-ciri populasi.
-
menerangkan
statistik sampel tanpa membuat sebarang pentafsiran ke atas parameter populasi
(mengikut modul).
Statistik
yang digunakan:
-
kekerapan,
peratusan, min, mod, median, sisihan piawai dan sebagainya.
2.
Bagaimana
anda menerangkan taburan data dalam penyelidikan deskriptif?
Taburan
data boleh diterangkan dengan menggunakan sukatan:
a.
kecenderungan
memusat: Min, mod, median, kuartil, desil, persentil dll.
b. serakan: Julat,
julat antara kuartil, sisihan piawai, varians, pekali variasi dll.
3.
Huraikan
komponen-komponen dalam analisis data kuantitatif.
-
Analisis
data kuantitatif terdiri daripada analisis deskriptif dan analisis inferensi.
a.
Analisis
deskriptif: analisis data yang menerangkan ciri-ciri populasi berdasarkan data
numerik yang dikumpulkan terus daripada populasi.
-
Statistik
deskriptif yang digunakan:kekerapan, peratusan, min, mod, median, sisihan
piawai dll.
b.
Analisis
inferensi: terdiri daripada:
i)
pengujian
hipotesis untuk hubungan - Ujian korelasi linear, regresi mudah
digunakan.
ii) pengujian hipotesis
untuk perbezaan.- Ujian Khi kuasa dua, ujian-t dan ujian AVOVA digunakan.
4.
Dapatkan
nilai min, varians dan sisihan piawai bagi skor berikut:
65,
45, 35, 50, 45, 34, 56, 57, 89, 90
sila
rujuk ms 126-130 untuk contoh pengiraan.(modul oum)
5.
Dapatkan
nilai min, varians dan sisihan piawai bagi sela-sela skor pelajar dalam mata
pelajaran Sains di bawah, seterusnya membuat laporan mengenai kemahiran pelajar
dalam mata pelajaran tersebut.
Sela
skor Sains bilangan pelajar
30 –
39
15
40 –
49
20
50 –
59
26
60 –
69
24
70 –
79
15
Sila
rujuk ms 126-130 untuk contoh pengiraan. (modulo um)
Laporan:
Jika hasil kiraan menunjukkan nilai sisihan piawai
yang kecil (< 10), pelajar-pelajar tersebut mempunyai kemahiran yang sama,
Jika nilai sisihan piawai besar (> 10),
pelajar-pelajar tersebut mempunyai kemahiran-kemahiran yang berbeza.
6. Seorang pengkaji ingin mengenal pasti sama ada terdapat perhubungan
antara prestasi akademik dan kecerdasan emosi di kalangan
pelajarnya. Nyatakan:
- Hipotesis nol
- Hipotesis alternatif
Hipotesis nol: Tidak terdapat perhubungan antara
prestasi akademik dan kecerdasan emosi di kalangan pelajar.
Hipotesis alternatif (tidak berarah): Terdapat
perhubungan antara prestasi akademik dan kecerdasanemosi di kalangan pelajar.
7. Huraikan fungsi ujian-ujian statistik berikut: Ujian-t, Ujian ANOVA,
Ujian Khi Kuasa Dua, Ujian Korelasi Linear.
a. Ujian-t – digunakan untuk membezakan data dua kumpulan subjek bagi suatu
variabel tertentu. Contoh: membezakan kumpulan lelaki dan kumpulan
perempuan dari segi kemahiran berfikir.
b. Ujian ANOVA - digunakan untuk membezakan data tiga atau lebih daripada
tiga kumpulan subjek bagi suatu variabel tertentu. Contoh: membezakan
bangsa A, B, C dan D dari segi kemahiran berfikir.
c. Ujian Khi Kuasa Dua – untuk melihat perhubungan antara dua variabel yang
mempunyai beberapa peringkat dalam setiap variabel tersebut. Contoh: mengenal
pasti hubungan antara jantina (2 peringkat, lelaki dan perempuan) dan tahap
kepuasan kerja (3 peringkat, iaitu puas hati, sederhana puas hati dan tidak
puas hati)
d. Ujian Korelasi linear - melihat korelasi antara dua
variabel. Contoh: hubungan antara prestasi dalam mata pelajaran
matematik dan kecerdasan IQ.
1. Nyatakan aspek-aspek penting yang perlu diambil berat semasa menulis
laporan kajian (yang membentuk gaya penulisan).
Aspek-aspek penting:
-
Ambil berat mengenai struktur ayat (tidak menggunakan
ayat kompleks)
-
Tumpukan kata kerja aktif dan hidup (jauhi ayat pasif)
-
Gunakan bahasa yang piawai (jangan gunakan bahasa
pasar)
-
Kurangkan ayat berklausa adjektif, Adverba atau frasa
-
Ambil perhatian tentang panjang-pendek perenggan
(jangan terlalu panjang)
-
Gunakan transisi antara perenggan.
-
Terus kepada isi yang ingin disampaikan (jangan
berbelit-belit)
-
Penulisan yang ringkas, padat dan tepat.
2. Apakah yang dimaksud dengan “cadangan lanjut” dalam laporan kajian?
-
cadangan-cadangan untuk dilakukan pada masa depan bagi
memantapkan hasil kajian kini.
-
Cadangan biasa dibuat berdasarkan batasan kajian dan
kelemahan-kelemahan yang timbul dari segi metodologi kajian.
-
Cadangan juga dibuat berdasarkan keputusan kajian yang
luar biasa, untuk mengenal pasti sebab kewujudannya.
3. Bincangkan kandungan abstrak kajian.
Abstrak:
-
Ringkasan kepada kajian sebenar.
-
Ia memuatkan ringkasan tentang maklumat yang penting,
seperti objektif kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, cara
pengumpulan data dan analisis data. Ringkasan hasil kajian, implikasi dan
cadangan juga disertakan.
-
Ditulis dalam satu perenggan sahaja.
-
Ia biasanya ditulis dalam dua bahasa, iaitu bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris.
1. 4 ciri penyelidikan yg baik
Tujuan jelas
Penerangan yg jelas dgn proses kajian
Perancangan sistematik, kurang ralat
Piawai etika yang tggi
Kesahan dan keboleh percayaan.
2. 3 perbezaan kuantitatif dan kualitatif
kuantitatif
|
kualitatif
|
|
Tujuan
|
Selidik hubungan, sebab dan akibat
|
Memahami peranan sosial
|
rekabentuk
|
Dibentuk sebelum kjian dijalankan
|
Dibentuk semasa kajian dijalankan
|
Tempoh masa
|
Boleh dirancang
|
Tidak boleh dirancang
|
Sampel
|
Besar
|
Kecil
|
Analisis
|
Statistik ke atas data numerik
|
Deskripsi dan interpretasi naratif
|
3. 4 ciri
penyelidikan tindakan
Libatkan kitaran(cyclic). Kemungkinan langkah
yg sama diulang.
Keterlibatan responden aktif
Kualitatif- utamakan penggunaan perkataan dr
nombor
Reflektif- refleksi kritikal
Dapatan boleh dijurnalisasikan oleh org lain.
4. 4
peringkat proses penyelidikan tindakan
rancang
bertindak
perhati
refleksi
5. Cara
memulakan penyelidikan
Buat pemerhatian, soalan dan refleksi tentang
keadaan sebenar
Buat penilaian tentang situasi semasa
Kenal pasti isu atau mslah P&P yang hendak
dikaji
Berkolaborasi dgn guru lain, ketua panitia
atau ketua bidang
6. 2 alat
kajian
ujian pra dan pos- ujian dilakukan sebelum dan
selepas kajian
pemerhatian tentang perlaksanaan rukun solat
semasa kajian guna borang pemerhatian
7. 2
amalan refleksi yang boleh dijalankan berdasarkan masalah di atas
Teknik dan aktiviti P&P yang digunakan
Kaedah menghafaz yang digunakan
ABM
Strategi
Masa
8.
Rancangkan 2 aktiviti untuk slesaikan masalah meningkatkan mutu hafazan
berkonsepkan latih tubi
berkonsepkan pengukuhan
berkonsepkan nyanyian
berkonsepkan permainan
9.
Bincangkan skop kajian yang dijalankan berdasarkan aspek berikut.
Reka bentuk penyelidikan- eksperimen
Pemboleh ubah kajian- kaedah pengajaran power
point dan kaedah tradisional
Instrument kajian – ujian pra dan pos
Prosedur pngumpulan data – 2 kumpulan yang
dianalisis mnggunakan kaedah power point dan kaedah
tradisional
Kaedh menganalisis data – jadual dan graf
10.
Kaedah pemerhatian
-proses penilaian sesuatu keadaan /situasi
secara kritikal
-sesuai untuk mengamati tingkah laku murid
-maklumat boleh diperoleh drpd rakaman video
-Konkrit dan tekal
11. modul
kajian tindakan yang sesuai- carta proses kajian
Refleksi
Kenal pasti fokus kajian
Kenal pasti objektif kajian
Tentukan kumpulan sasaran
Mrancang dan melaksanakan tindakan bg atasi masalah
12.
masalah –
Reka tajuk kajian-
Nyatakan 2 objektif khusus dan umum yang
sesuai
13. Bina
pelan tindakan bersesuaian dengan kajian tindakan yang ingin dikaji.
Kaedah analisis data – menggunakan peratus- sebelum dan selepas
Graf
Pekali korelasi
No comments:
Post a Comment