Friday, August 22, 2014

Menguruskan Sekolah Dengan Menggunakan Kaedah Rundingcara.

Menguruskan Sekolah Menggunakan Runding Cara Yang Berkesan.
1.0 Pengenalan.
Pendidikan era ke 21 memerlukan pengetua atau pentadbir sekolah berperanan sebagai pengurus dan pemimpin profesional yang berkesan. Bolam (1999) dalam Bush (2008) mendefinisikan pengurusan pendidikan sebagai fungsi eksekutif dalam melaksanakan dasar yang diberi mandat. Sapre (2002) dalam Bush juga menyatakan pengurusan ialah satu set aktiviti yang mengarahkan kepada kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber organisasi dalam usaha mencapai matlamat organisasi. Oleh yang demikian, pengurusan yang berkesan memerlukan hubungan yang jelas di antara matamat, strategi dan operasi pengurusan (Bush, 2008)

 Dalam konteks pengurusan sekolah, amat sukar dan abstrak untuk menentukan sesebuah sekolah itu berkesan atau tidak. Walaubagaimanapun terdapat teori yang memberikan panduan kepada pengetua untuk menyediakan pengurusan sekolah berkesan, iaitu Model Matlamat (Goal Model) dan Model Sistem Sumber (System-Resource Model) (Hoy dan Miskel, 2001).

 2.0 Definisi Dan Konsep Runding Cara
Menurut Myrick (Zuraidah 2001) perundingan atau runding cara adalah sesuatu yang berlakua apabila orang dewasa  yang  signifikan dalam kehidupan pelajar berkumpul dan berbincang berkenaan cara bagi membantu pelajar
Caplan I Brown,et al,1987 dan Zuraidah,2001) mendefinisikan perundingan sebagaoi proses interaksi antara professional : perunding seorang yang pakar dan pelanggan,yang meminta bantuan perunding berkenaan masalah kerjanya Waktu ini di mana pelanggan menghadapi kesulitan  yang dirasanya memerlukan kepakaran orang lain ( perunding). Masalah kerja yang dimaksudkan adalah panduan atau isu  yang berkaitan aspek pengurusan ataupun menyediakan rawatan kepada seorang ataaupun beberapa orang klien,membuat perancangan ataupun mengimplementasikan program bagi klien mereka.

Menurut Kamus Dewan  makna berkataan runding, ia menampil dua maksud. Pertama ia merujuk kepada  perhitungan, perkiraan, pertimbangan. Keduanya ialah pembicaraan (perkiraan) yang sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal. Ada juga yang mentakrifkan sebagai cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (perbualan, pembicaraan). Merujuk kepada perkataan negotiator, penulis dapat memahami bahawa perkataan negotiator ini membawa maksud  iaitu pelaku, watak, atau orang melakukan perundingan bagi menyelasaikan sesuatu perkara.


Kesimpulannya dapatlah dikatakan rundingcara ialah proses menolong dalam pertemuan yang melibatkan perhubungan dua hala di antara pegawai rundingcara dengan individu yang memerlukan bimbingan dan jalan penyelesaian.

Mahu yang lengkap dengankaedah,kesimpulan,,rujukan sekali dll, call saya 0139791552 Cikgu Lah

No comments:

Post a Comment