Tuesday, August 19, 2014

Sejarah 3109 Pentaksiran Dalam Pembelajaran Sejarah

Pengenalan.

Definis JSU dll

Aras Soalan.

1.2 Aras Kesukaran Soalan.
Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives:Handbook 1:Cognative ,Domain (New York:David McKay) telah memperkenalkan satu hieraki kognitif yang disusun dari aras rendah ke aras yang tinggi, iaitu aras pengetahuan,pemahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian.Taksonomi yang terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.Aras Taksonomi Bloom telah ditambah baik oleh anak muridnya Anderson,namun tiada yang berbeza.Cuma kedudukan antara sintesisis (mencipta) dan penilaian.Anderson meletakkan aras paling tinggi ialah mencipta.
Antara aras hieraki kognitif tersebut ialah :-

1.2.1 Pengetahuan
Aras kognitif yang terendah melibatkan proses mengingat kembali maklumat,fakta,,definisi dan sebagainya.Contoh:Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?
1.2.2 Pemahaman.
Aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran.Pada aras ini,muird menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.Contoh: Ahli-ahli sejarah menggunakan  sumber akeologi untuk mengkaji sejarah purba yang tidak mempunyai sumber bertulis.sumber akeologi berkaiyan dengan
A bahan-bahan peningalan masyaraakat dahulu yag tertanam di dalam bumi.
B benda-benda yang dijumpai oleh ahli akeologi dalam usaha cari gali.
C barang-barang yang mempunyai ukiran dan tulisan yang boleh difahami
D  alat-alat perkakas zaman silam yang masih digunakan hingga sekarang.

1.2.3 Aplikasi
Muird menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep,teori,prinsip,hukum atau prosedur,dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru.Contoh.Pada 1974,bapa Ahmad ingin melancong ke Negara China tetapi gagal.Yang manakah berikut menerangkan dengan tepat tentang kegagalan bapa Ahmad itu?
A.Beliau membatalkan lawatannya kerana sebab-sebab tertentu.
B.Beliau sukar mendapat kebenaran daripada kerajaan.
C.Beliau enggan mematuhi peraturan imigresen.
D.Beliau belum menyiapkan dokumen perjalanannya.


1.2.4 Analisis.
Aras kognitif yang menunjukkan bahawa murid boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan bahawa mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu.Dalam proses analisis,pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan.Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah. Contoh:
Tok Janggut
Terkorban
Datuk Maharaja Lela
Dibunuh
Haji Abdul Rahman Limbong
Dibuang ke Mekah

Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh  Di atas menemui kegagalan?
A.  Perjuangan kurang tersusun.
B.  Perjuangan atas kepentingan peribadi.
C.  Perjuangan mendapat tentangan sultan.
D.  Perjuangan bersifat setempat.
1.2.5 Sintesis.

Aras kognitif yang menghendaki murid menggunkan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsure-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

No comments:

Post a Comment