Monday, August 25, 2014

Contoh Soalan Objektif Sejarah.Mengikut Aras.

!.0 Pengenalan.
Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives:Handbook 1:Cognative ,Domain (New York:David McKay) telah memperkenalkan satu hieraki kognitif yang disusun dari aras rendah ke aras yang tinggi, iaitu aras pengetahuan,pemahaman,aplikasis,analisis,sintesis dan penilaian.Taksonomi yang terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.Aras Taksonomi Bloom telah ditambah baik oleh anak muridnya Anderson,namun tiada yang berbeza.Cuma kedudukan antara sintesisis(mencipta) dan penilaian.Anderson meletakkan aras paling tinggi ialah mencipta.



1.1.1 Pengetahuan
Aras kognitif yang terendah melibatkan proses mengingat kembali maklumat,fakta,,definisi dan sebagainya.Contoh:Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?

1.2  Pemahaman.
Aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran.Pada aras ini,muird menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.Contoh: Ahli-ahli sejarah menggunakan  sumber akeologi untuk mengkaji sejarah purba yang tidak mempunyai sumber bertulis.sumber akeologi berkaiyan dengan
A bahan-bahan peningalan masyaraakat dahulu yag tertanam di dalam bumi.
B benda-benda yang dijumpai oleh ahli akeologi dalam usaha cari gali.
C barang-barang yang mempunyai ukiran dan tulisan yang boleh difahami
D  alat-alat perkakas zaman silam yang masih digunakan hingga sekarang.

1.3 Aplikasi
Muird menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep,teori,prinsip,hukum atau prosedur,dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru.Contoh.Pada 1974,bapa Ahmad ingin melancong ke Negara China tetapi gagal.Yang manakah berikut menerangkan dengan tepat tentang kegagalan bapa Ahmad itu?
A.Beliau membatalkan lawatannya kerana sebab-sebab tertentu.
B.Beliau sukar mendapat kebenaran daripada kerajaan.
C.Beliau enggan mematuhi peraturan imigresen.
D.Beliau belum menyiapkan dokumen perjalanannya.


1.4 Analisis.
Aras kognitif yang menunjukkan bahawa murid boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan bahawa mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu.Dalam proses analisis,pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan.Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah. Contoh:
Tok Janggut
Terkorban
Datuk Maharaja Lela
Dibunuh
Haji Abdul Rahman Limbong
Dibuang ke Mekah

Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh  Di atas menemui kegagalan?
A.  Perjuangan kurang tersusun.
B.  Perjuangan atas kepentingan peribadi.
C.  Perjuangan mendapat tentangan sultan.
D.  Perjuangan bersifat setempat.
1.5 Sintesis.
Aras kognitif yang menghendaki murid menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
1. Mengapakah pedagang-pedagang dari luar Melaka,datang berniaga di Melaka?
         A. Pedagang  tempatan tiada.
         B. Tempat yang sesuai untuk berdagang.
         C. Boleh menjual barangan dengan harga yang mahal.
          D. Untuk  berdagang sambil mengembangkan ajaran masing-masing.
1.6 Penilaian
Aras kognitif yang mengkehendaki murid melakukan penilaian ,diskiriminasi , memberi rasional , dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu .
Contoh :
Ketika mengiringi sultan berangkat, Temenggung memilih tempat duduk di atas kepala gajah . Temenggung memilih tempat berkenaan kerana
A  beliau pandai menggembalai gajah
B  beliau mesti melindungi sultan daripada bahaya
C  beliau mahir dengan selok-belok jalan
D  beliau seorang yang gagah berani


2.0 Soalan - Soalan Mengikut Aras. (2 Soalan Setiap Aras)

2.1 Pengetahuan
1. Maksud sejarah yang paling tepat ialah
          A         Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar  berlaku pada waktu lampau
          B         Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
          C         Sejarah ialah cerita dongeng yang  berlaku pada waktu lampau
          D         Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca

2. Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk
            A         Buku
            B         Ucapan
            C         Akhbar
            D         Batu bersurat

2.2  Pemahaman.
1.Mengapakah pencairan air batu berlaku?
         A     peningkatan air laut
         B.    Peningkatan suhu bumi.
         C.    Pembebasan gas oksigen.
         D.    Pembentukan pulau-pulau.

2. Mengapakah tarikh 31 Ogos 1957 dianggap bermakna bagi kita rakyat Malaysia?
           A.   Pilihan raya umum diadakan.
           B.   Melambangkan perpaduan Negara.
           C.    Negara bebas daripada penjajahan.
           D.    Tentera Jepun telah menyerah diri.


2.3  Aplikasi
!.Kenapakah permintaan terhadap bijih timah menjadi sangat tinggi pada suatu masa dahulu?
           A. untuk digunakan dalam industri pengetinan makanan.
           B. rakyat China ramai datang mendulang bijih timah.
           C. bijih timah sukar didapati di barat.
           D. bijih timah digunakan sebagai pemberat umpan kepada pemancing.

2.Manakah antara berikut merupakan kepulauan Melayu?
            I  Tanah Melayu                      III  Afrika
            II Sumatera                             IV  Asia
            A  I dan II                           C  II dan III
            B  I dan III                          D  III dan IV

2.4  Analisis.
1. Mengapakah  Dato Maharaja Lela menentang British?
        A. Sekolah agama diberhentikan.
        B. Melarang rakyat mengusahakan  tanah.
        C. Tidak bersetuju dengan undang-undang British.
        D.  Penggunaan bahasa Inggeris dalam pentadbiran.

2.  Apakah amalan yang dapat melahirkan keluarga asas yang bahagia?
        i.  bercakap besar.               iii.  bersuapan.
        ii. berbudi bahasa                 iv,  bertolak-ansur.
    A. I dan ii.         B.  i, ii,  dan  iii.        C.   ii,  iii,  dan iv.        D. I,  ii,  iii,  dan iv.

2.5  Sintesis.
1. Berikut adalah faktor-faktor menyebabkan terbentuknya benua dan lautan kecuali
           A        kejadian banjir
            B        pencairan air batu
            C        pergerakan glasier
            D        kenaikan paras air laut


2. Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawsan persekitaran tempat tinggal?
            A        Mengharapkan pujian orang lain
            B        Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
            C        Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
            D        Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut

2.6  Penilaian
1. Alam sekitar amat penting kepada manusia dan haiwan kerana  --------------------------------------
                                       i. membekalkan udara
                                      ii. menjadi habitat haiwan.
                                      iii. membekalkan sumber air
                                     iv. membekalkan sumber makanan.
         A. I  dan iv.              B.   I , ii dan  iii.    C. ii ,iii , dan  iv.       D.  I , ii , iii , dan  iv.

2. Apakah cara- cara untuk memelihara tempat sejarah?
      i.  Bangunan dibaik pulih
      ii.  Menaik taraf bangunan asal.
      iii.  Mewartakan tempat bersejarah.
      iv.  Reka bentuk asal bangunan dikekalkan.

   A.  I  dan  ii.              B.  I, ii, dan  iii.         C. I , iii , dan  iv.       D. I, ii, iii dan  iv.


Friday, August 22, 2014

Sistem Peredaran Darah Manusia

 1. Bincangkan kebaikan dan keburukan sistem peredaran terbuka dan tertutup.
 2. Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus merupakan terjadi akibat kerosakan pada       mekanisme pembetulan dalam kawalan aras gula darah di dalam badan. Terangkan      bagaimana keadaan ini boleh berlaku berdasarkan kepada prinsip suap balik negatif dan    suap balik positif.  

3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah keimunan?
(b) Ringkaskan dalam bentuk jadual peranan darah dalam perlindungan badan
(c) Apakah bezanya antara suatu antigen dan suatu anitbodi?


  • 3. Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-za makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.
  • 4. Peredaran Pulmonari Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari

  Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-zat makanan danoksigen kepada sel-sel di dalam badandan mengeluarkan karbon dioksidadan bahan yang tidak dikehendaki darisel. Sistem ini mengedarkan darahbermula dari jantung ke seluruhbadan dan masuk ke jantung semula.Sistem peredaran darah manusia jugadikenali sebagai sistem peredaran tertutup
Sistem Peredaran Darah
 Peredaran ini membawadarah beroksigen darijantung melalui aorta kesemua bagian badan danbalik ke jantung Peredaran ini membawadarah tidak beroksigendari jantung melaluiarteri pulmonari ke paru-paru dan balik kejantung melalui venapulmonari2. Peredaran Sistemik3. Sistem Darah Manusia MempunyaiDua Jenis1) Peredaran Pulmonari
 Fungsi darah :1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dantisu badan.2. Melawan jangkitan kuman.3. Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-hormondan enzim-enzim.4. Memberi warna kepada kulit5. Mengawal suhu badan.



Fungsi Darah1. Sebagai Alat Pengangkut a. Eritrosit berfungsi sebagai pengangkut oksigen dari paru-paru ke jantung dan ke seluruh sel-sel tubuh; b. plasma darah mengangkut: 1. sari makanan dari usus ke hati kemudian ke seluruh tubuh; 2. karbondioksida dari jaringan tubuh ke paru- paru; 3. urea dari hati ke ginjal untuk dikeluarkan; 4. hormon dari kelenjar hormon keseluruh tubuh;

Kelebihan dari Sistem Peredaran Darah Tertutup
Jadi, jenis sistem sirkulasi yang lebih baik? Sayangnya, tidak ada jawaban nyata untuk pertanyaan ini karena kedua jenis sistem memiliki kelebihan dan kekurangan mereka.
Ada beberapa keuntungan penting untuk organisme yang memiliki sistem peredaran darah tertutup daripada sistem terbuka. Desain sirkuit tertutup dari sistem peredaran darah tertutup memungkinkan organisme untuk mengontrol ke mana darah mengalir dengan lebih presisi dan efisiensi. Rangkaian tertutup juga menciptakan jumlah yang lebih besar dari tekanan, yang memungkinkan darah untuk perjalanan lebih jauh jarak. Hal ini menyebabkan organisme dengan sistem peredaran darah tertutup mampu tumbuh lebih besar daripada organisme dengan sistem terbu
Penyakit kencing manis or diabetis

Secara amnya, penyakit diabetes ( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin.

Dalam penyakit diabetes ( kencing manis ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.

Namun begitu, terdapat dua jenis diabetes ( kencing manis ) iaitu diabetes jenis I dan jenis II. Diabetes jenis I (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung.

Biasanya, penghidap diabetes jenis I mula mendapat simptom penyakit ketika zaman remaja atau sebelum mencecah usia 40-an. Dek kerana kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dan rawatan bagi mengawal tahap glukosa darah.

Menguruskan Sekolah Dengan Menggunakan Kaedah Rundingcara.

Menguruskan Sekolah Menggunakan Runding Cara Yang Berkesan.
1.0 Pengenalan.
Pendidikan era ke 21 memerlukan pengetua atau pentadbir sekolah berperanan sebagai pengurus dan pemimpin profesional yang berkesan. Bolam (1999) dalam Bush (2008) mendefinisikan pengurusan pendidikan sebagai fungsi eksekutif dalam melaksanakan dasar yang diberi mandat. Sapre (2002) dalam Bush juga menyatakan pengurusan ialah satu set aktiviti yang mengarahkan kepada kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber organisasi dalam usaha mencapai matlamat organisasi. Oleh yang demikian, pengurusan yang berkesan memerlukan hubungan yang jelas di antara matamat, strategi dan operasi pengurusan (Bush, 2008)

 Dalam konteks pengurusan sekolah, amat sukar dan abstrak untuk menentukan sesebuah sekolah itu berkesan atau tidak. Walaubagaimanapun terdapat teori yang memberikan panduan kepada pengetua untuk menyediakan pengurusan sekolah berkesan, iaitu Model Matlamat (Goal Model) dan Model Sistem Sumber (System-Resource Model) (Hoy dan Miskel, 2001).

 2.0 Definisi Dan Konsep Runding Cara
Menurut Myrick (Zuraidah 2001) perundingan atau runding cara adalah sesuatu yang berlakua apabila orang dewasa  yang  signifikan dalam kehidupan pelajar berkumpul dan berbincang berkenaan cara bagi membantu pelajar
Caplan I Brown,et al,1987 dan Zuraidah,2001) mendefinisikan perundingan sebagaoi proses interaksi antara professional : perunding seorang yang pakar dan pelanggan,yang meminta bantuan perunding berkenaan masalah kerjanya Waktu ini di mana pelanggan menghadapi kesulitan  yang dirasanya memerlukan kepakaran orang lain ( perunding). Masalah kerja yang dimaksudkan adalah panduan atau isu  yang berkaitan aspek pengurusan ataupun menyediakan rawatan kepada seorang ataaupun beberapa orang klien,membuat perancangan ataupun mengimplementasikan program bagi klien mereka.

Menurut Kamus Dewan  makna berkataan runding, ia menampil dua maksud. Pertama ia merujuk kepada  perhitungan, perkiraan, pertimbangan. Keduanya ialah pembicaraan (perkiraan) yang sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal. Ada juga yang mentakrifkan sebagai cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (perbualan, pembicaraan). Merujuk kepada perkataan negotiator, penulis dapat memahami bahawa perkataan negotiator ini membawa maksud  iaitu pelaku, watak, atau orang melakukan perundingan bagi menyelasaikan sesuatu perkara.


Kesimpulannya dapatlah dikatakan rundingcara ialah proses menolong dalam pertemuan yang melibatkan perhubungan dua hala di antara pegawai rundingcara dengan individu yang memerlukan bimbingan dan jalan penyelesaian.

Mahu yang lengkap dengankaedah,kesimpulan,,rujukan sekali dll, call saya 0139791552 Cikgu Lah

Kebudayaan Melayu Dari Segi Politik,Ekonomi,Sosial,Bahasa Dan Sastera.

Pengenalan.
Bentuk-bentuk perkahwinan masyarakat Melayu :

Monogami Perkahwinan diantara seorang lelaki dan seorang perempuan (satu suami, satu isteri). Surah an-Nisa’ ayat 3 menyatakan “Jikakamu khuatir tidak akan berlaku adil, maka berkahwinlah satu sahaja”.
Poligami Merupakan perkahwinan diantara seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu masa. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki bolehberkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang. Poligami sebenarnya telah diamalkan zaman-berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi sehinggalah diharamkan oleh undang-undang. Di Malaysia, poligami pernah diamalkan oleh masyarakat Cinadan Hindu India di bawah undang-undang adat masing-masing, sehingga ia diharamkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Pekahwinan dan Perceraian) yang mula berkuatkuasa pada tahun 1982.

  • Endogami Kamus Dewan edisi keempat (2010), Endogami merupakan perkahwinan sesama suku. Bermaksud pemilihan jodoh akan dibuatdaripada kalangan kelompok sendiri, yakni calon menantu adalah daripada kalangan sanak- saudara.
  • EksogamiKamus Dewan edisi keempat (2010), Eksogami merupakan adat atau perbuatan mengahwini seseorang daripada suku kaum lain. Prinsip pemilihan jodoh di luar kelompok yakni memilih calonmenantu atau bakal pasangan daripada kalangan orang yang tidak ada hubungan kekeluargaan; daripada kampung lain atau berjauhan, malah berbeza agama, keturunan dan kewarganegaraan. Heterogami • Perkahwinan antara kelas sosial yang berbeza. Homogami • Misalnya anak bangsawan • Perkahwinan antara kelas sosial dengan anak petani. yang sama. • Anak saudagar dengan anak saudagar.
  • Perkahwinan Campur Kahwin campur asalnya digunakan oleh pihak gereja Katholik untuk menyatakan sebuah perkahwinan antara seorang Kristian dengan seorang bukan Kristian. Kini, ia membawa maksud sebuah perkahwinan yang melibatkan dua orang yang mempunyai agama, kewarganegaraan atau bangsa yang berlainan. Kahwin campur antara negara melibatkan kewarganeragaan Contoh : seorang muslim Kahwin campurKahwin campur antara berbangsa Melayu berlainan agama kaum berkahwin dengan seorang muslim berbangsa Arab. Contoh : seorang Contoh : seorang lelaki beragama Islam Melayu berkahwin berkahwin dengan dengan seorang seorang beragama perempuan cina. Buddha. 
  • Jenis- jenis
  • Seni Tampak Seni SeniPersem- Muzik bahan
  • Seni tari. Seni gerak. Seni drama/ Seni Persembahan
  • Persembahan: pentas. Seni suara Permainan rakyat/ Bela diri.
  • Seni Gerak Seni Tari boleh dikategorikan seperti berikut :1) Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan dan sebagainya. Contoh : tarian siti payung, tarian mak inang, tarian asyik, tarian gamelan dan sebagainya.2) Tarian-tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi. Contoh : tarian rodat, tarian hadrat dan sebagainya.3) Tarian rakyat. Contoh : dondang sayang, ronggeng, joget dan sebagainya.4) Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja. Contoh : tarian kuda kepang, tarian labi-labi, tarian berdayung dan sebagainya.
  • Seni Drama/ Persembahan Pentas Seni drama merupakan karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagai hasil yang diwarisi secara turun-temurun dari generasi yang lampau. Seni drama boleh dipecahkan seperti yang berikut :1. Drama tari/ Taridra. (Menora, Mak Yong, Mek Mulong, Gamelan dan sebagainya).2. Patung. (wayang kulit, wayang gedek dan sebagainya).3. Opera. (Bangsawan, Mendu, Memanda (teater orang Banjar), Kemidi Rudat (teater orang Sasak/Lombok), Lenong (teater orang Betawi) dan sebagainya).4. Sketsa. (Boria dan lain-lain).
  • Seni Suara
  • Permainan Rakyat/ Bela Diri Bela diri : Silat - Silat Gayung, Cekak Hanafi dan lain-lain. Permainan Hiburan :rakyat/ bela diri : - Silat tari, silat pulut dan lain-lain. Main wau, congkak, selambut, gelek para, galah panjang, sepak raga, menyabung ayam dan sebagainya.
  • SENI RUPA/TAMPAK• Seni rupa dalam masyarakat melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.
  • SENI UKIR• Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil- hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus
  • SENI KRAFTANGAN• Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
  • SENI TEMBIKAR• Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini masih dilakukanoleh orang melayu khususnya di Sayung, Kuala Kangsar, Perak.
  • SENI ANYAMAN• Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.
  • TEKATAN• Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas, muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan , upacara berkhatan , pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaran yang lain
  • SENI TENUNAN• Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja – raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas
  • SENI BATIK• Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat – peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan dibasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.
  • SENI TEMBAGA• Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu. Seni ini diperkenalkan denagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang canti dan indah bentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja melayu seperti alat- alat pertabalan raja, upacara perlkahwinan atau upacara diraja yang lain. Alat-alat tembaga ini digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan dirumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar dan sebagainya
  • SENI BINA• Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu namun struktur binaanya tidak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah melayu juga meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah- daerah lain dialam melayu atau dari luar alam melayu. Contohnya rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah minangkabau.
  • Seni Suara/Muzik• Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika.• Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :1 . Seni Vokal• Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah
  • Endoi atau Beduan Dikir barat dendang SitiFatimah dan ulit anak Ghazal Nazam atau naban Hadrah Marhaban, nasyid dan Dikir qasidah
  • 2. Seni Muzik• Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian.Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan.
  • Muzik Tradisi Warisan Istana Tradisi tinggi Tradisi rendah (great tradition) (little tardition)• Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan. Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.
  • Tradisi Muzik Rakyat• Tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdiri daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat- alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.
  • Tradisi Muzik Melayu yang lain• Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari zaman praislam. Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping berbagai – bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi.
  • • Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa

FOTOGRAFI

FOTOGRAFI

 Fotografi merupakan satu proses rakaman imej dengan kaedah merakamkan cahaya keatasmedia atau bahan yang sensitif kepada cahaya seperti filem atau sensor. Jenis cahaya yangdikeluarkan atau dipantulkan oleh objek-objek ini melalui sesebuah lensa, dirakamkan pada filem atau sensor dengan menggunakan kamera.

Jenis-Jenis Kamera
Kamera  terbahagi kepada 3 jenis yang lazim digunakan pada zaman milennium ini. Antara jenis yang digunakan ialah,  Kamera Kompak (Compact Camera’), DSC (Digital Still Camera) dan DSLR(Digital Single Lens Reflex)

Kamera Kompak‘Compact Camera’ 
merupakan kamera yang sering digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.Kamera jenis ini lebih kecil dan lebih ringan serta mudah dibawa kemana-mana.Compact Camera
ini mempunyai lensa pasang siap dan flash pasang siap. Titik fokus dan jarak zoom adalah terhad. Walaubagaimanapun, fungsi asas mod kamera masih tetap sama.

DSC (Digital Still Camera)
DSC (Digital Still Camera) merupakan kamera yang biasa digunakan oleh orang kebanyakan kerana kamera jenis DSC mempunyai keistimewaan dari segi fokus dan zoom. 
Kamera ini lebih besar dari kamera Compact 

. Kamera ini mempunyai flash pasang siap, serta lensa pasang siap.Akan tetapi, lensa kamera ini boleh mencapai titik fokus dan zoom yang tinggi sehingga 15 kalizoom. Walaubagaimanapun, fungsi asas mod kamera masih tetap sama.

DSLR (Digital Single Lens Reflex)
DSLR (Digital Single Lens Reflex) merupakan kamera yang sering digunakan oleh juru gambar profesional kerana kamera jenis DSLR mempunyai keistimewaan dari segi fokus dan zoom.Kamera ini lebih besar dari kamera Compact 
. Kamera ini mempunyai flash pasang siap danlensa boleh tukar. Sekiranya seseorang jurugambar mahukan cahaya tambahan, flash masih boleh ditambah mengikut kesesuaian kamera. Lensa kamera ini juga boleh ditukar mengikut jenis dan kesesuaian tugas. Walaubagaimanapun, fungsi asas asas mod kamera masih tetap
















Tuesday, August 19, 2014

Sejarah 3109 Pentaksiran Dalam Pembelajaran Sejarah

Pengenalan.

Definis JSU dll

Aras Soalan.

1.2 Aras Kesukaran Soalan.
Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives:Handbook 1:Cognative ,Domain (New York:David McKay) telah memperkenalkan satu hieraki kognitif yang disusun dari aras rendah ke aras yang tinggi, iaitu aras pengetahuan,pemahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian.Taksonomi yang terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.Aras Taksonomi Bloom telah ditambah baik oleh anak muridnya Anderson,namun tiada yang berbeza.Cuma kedudukan antara sintesisis (mencipta) dan penilaian.Anderson meletakkan aras paling tinggi ialah mencipta.
Antara aras hieraki kognitif tersebut ialah :-

1.2.1 Pengetahuan
Aras kognitif yang terendah melibatkan proses mengingat kembali maklumat,fakta,,definisi dan sebagainya.Contoh:Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?
1.2.2 Pemahaman.
Aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran.Pada aras ini,muird menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.Contoh: Ahli-ahli sejarah menggunakan  sumber akeologi untuk mengkaji sejarah purba yang tidak mempunyai sumber bertulis.sumber akeologi berkaiyan dengan
A bahan-bahan peningalan masyaraakat dahulu yag tertanam di dalam bumi.
B benda-benda yang dijumpai oleh ahli akeologi dalam usaha cari gali.
C barang-barang yang mempunyai ukiran dan tulisan yang boleh difahami
D  alat-alat perkakas zaman silam yang masih digunakan hingga sekarang.

1.2.3 Aplikasi
Muird menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep,teori,prinsip,hukum atau prosedur,dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru.Contoh.Pada 1974,bapa Ahmad ingin melancong ke Negara China tetapi gagal.Yang manakah berikut menerangkan dengan tepat tentang kegagalan bapa Ahmad itu?
A.Beliau membatalkan lawatannya kerana sebab-sebab tertentu.
B.Beliau sukar mendapat kebenaran daripada kerajaan.
C.Beliau enggan mematuhi peraturan imigresen.
D.Beliau belum menyiapkan dokumen perjalanannya.


1.2.4 Analisis.
Aras kognitif yang menunjukkan bahawa murid boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan bahawa mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu.Dalam proses analisis,pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan.Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah. Contoh:
Tok Janggut
Terkorban
Datuk Maharaja Lela
Dibunuh
Haji Abdul Rahman Limbong
Dibuang ke Mekah

Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh  Di atas menemui kegagalan?
A.  Perjuangan kurang tersusun.
B.  Perjuangan atas kepentingan peribadi.
C.  Perjuangan mendapat tentangan sultan.
D.  Perjuangan bersifat setempat.
1.2.5 Sintesis.

Aras kognitif yang menghendaki murid menggunkan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsure-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

Kaedah Pengajaran Sejarah Sekolah Rendah

1.0 Pengenalan
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah juga di sekolah rendah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan kesefahaman antarabangsa.
          Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.
           Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,Literasi Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri.Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan.
         Guru sejarah juga perlu menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan supaya murid-muridnya berminat untuk mempelajari mata pelajaran sejarah. Antara kaedah pengajaran yang mampu merangsang minat murid ialah dengan menggunakan kaedah hubungan dua hala (Child Centered ), melalui kaedah ini guru dan murid saling berinteraksi di antara satu sama lain dan seterusnya mewujudkan suasana mesra dan menyediakan keadaan yang kondusif bagi pembelajaran sejarah.Melalui pendekatan ini, pelajar tidak setakat mendengar penerangan guru tetapi juga membuat pelbagai aktiviti seperti perbincangan,penyelesaian masalah, melukis dan lain-lain lagi.
        Di samping itu, peranan guru sejarah lebih bertindak sebagai fasilatator atau pun pemudah cara yang mana wujudnya integrasi dan tindak balas antara guru dan pelajar.Manakala, guru yang berkesan dan seterusnya boleh dijadikan sebagai idola pelajar ialah guru yang menggunakan pendekatan induktif dalam penyampaian pengajarannya.Pendekatan induktif melibatkan pengajaran yang bermula dari khusus ke umum dan kemudiannya kesimpulan yang menyeluruh dan umum. Misalnya, teknik TOCFE(Theory of Constraints For Education) yang mana guru menggunakan aktiviti bercerita untuk mendedahkan pemahaman dan konflik serta cara watak untuk membuat keputusan.Dengan cara ini, pelajar dapat terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Kaedah Pengajaran Sejarah Yang Sesuai.
2.1 Kaedah  Perbincangan
Perbincangan merupakan suatu kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perbualan antara pelajar dengan guru dalam bilik darjah.Mak Soon Seng (1993)
Pelajar bebas mengeluarkan dan mengulas pendapat mengenai sesuatu tajuk
Bertujuan untuk melatih pelajar melahirkan buah fikiran yang bernas dalam jangka waktu yang ditetapkan. Melibatkan semua pelajar dalam kelas.Biasanya diketuai oleh guru.
        Kaedah perbincangan merupakan suatu kaedah yang penting dalam proses pengajaran pembelajaran bilik darjah, terutamanya di peringkat institut pengajian tinggi. Ia merupakan suatu kaedah yang mana pelajar-pelajar dikehendaki memainan peranan yang aktif dalam mengulas, menyelesaikan serta membuat kesimpulan mengenai masalah atau isu-isu kontroversial. Justeru itu kaedah ini dikatakan sehaluan dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan pelajar serta pendekatan induktif.

        Meskipun demikian, biasanya perlaksanaan perbincangan secara bebas dan tradisional dalam kelas tidak begitu berkesan kerana didapati terdapat pelajar-pelajar yang pasif dan tidak begitu mahir dalam mengeluarkan pendapat masing-masing. Keadaan ini adalah lebih ketara  jika terdapat pelajar-pelajar yang bersifat ekstrovert yang selalunya menguasai suasana perbincangan. Selain daripada itu, perbincangan yang dilakukan secara bebas adalah sukar untuk dikawal dan biasanya guru dikehendaki memainkan peranan yang lebih utama daripada yang sepatutnya. Lantaran itu, suatu teknik perbincangan berstruktur difikirkan boleh mengatasi masalah-masalah yang wujud dalam perbincangan bebas serta menimbulkan interaksi yang menyeluruh dalam kelas.


Untuk sambungan dan RPH dll........call me 0139791552