LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG BM2 2014.
Tarikh : 22.3.2014,
Hari : Sabtu,
Masa :
8.30 pagi hingga 4.00 petang,
Tempat :
Padang hoki dan Gelanggang badminton IPG KSM.
Kelas :
PPG Bahasa Melayu 2,
Bilangan
peserta terlibat : 26 orang.
Jenis
permainan terlibat : Tuju tin,galah panjang,lastik para,cari cucu dan
permainan congkak.
a. Objektif
dan program.
Peserta program pensiswazahan guru (PPG) unit Bahasa
Melayu 2,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut,Terengganu telah
mengadakan Program Karnival Permainan Tradisional baru-baru ini.Program ini
diadakan adalah bertujuan untuk melatih peserta dalam mengurus serta
menganjurkan sesuatu permainan dengan sebaik mungkin mengikut kertas kerja yang
telah dirancangkan.Selain daripada itu juga diharapkan dengan program ini juga
memberi pengalaman berguna kepada para peserta,khasnya berkenaan dengan
permainan tradisional rakyat Malaysia.Program ini juga diharapkan dapat memupuk
semangat bekerjasama di kalangan para peserta yang terlibat.
Program dimulakan dengan ucapan dan taklimat ringkas
berkenaan program oleh pensyarah terlibat iaitu Encik Khairuddin bin Mat
Hassan.Dalam taklimatnya,beliau berharap agar karnival ini berjalan dengan baik
dan lancar serta mengikut kertas kerja yang telah dirancangkan.
Tepat jam 9.00 pagi acara program pun berlangsung dengan
baik dan mengikut tentatif program.Acara dimulakan dengan permainan tuju
tin,galah panjang,lastik para,cari cucu dan akhir sekali permainan
congkak.Semua peserta terlibat dalam aktiviti permainan ini.
Semua aktiviti berjalan lancar dan berlangsung dalam
keadaan yang baik dan ceria.Kelihatan semua peserta terhibur dan gembira ketika terlibat dalam
sebarang permainan tradisional ini.Acara yang dirancangkan berjalan mengikut
atur cara yang telah ditetapkan.
b.Laporan
Permainan Congkak.
Pengenalan.
Congkak ialah sejenis permainan tradisional melayu yang
sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman
atau sebagai pertandingan.Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang
atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunkan biji getah
ataupun biji guli.
Matlamat
permainan.
+ Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan
pelajar dalam sukan tradisional.
+ Melahirkan guru yang cergas dan cerdas dalam aspek
mental dan fizikal.
+ Memberi pendedahan kepada peserta PPG,berkenaan
pengurusan dan penradbiran
sukan di
sekolah.
+ Melatih peserta dalam membuat pengurusan sesuatu
kejohanan sukan.
+ Memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan
peserta.
+ Menanam sikap perpaduan dan cinta akan warisan kesenian
bangsa di kalangan
peserta
PPG.
Objektif
permainan:
a) memupuk semangat setiakawan dan perpaduan antara kaum
di kalagan pelajar IPG
KSM.
b) menyemarakkan semangat menghargai budaya dan kesenian warisan nene
moyang
di kalangan
pelajar.
c) memberi maklumat serta kemahiran untuk melibatkan diri
dalam sukan permainan
tradisional
khasnya kepada golongan minoriti.
Perjalanan
permainan.
Taklimat ringkas telah diberikan oleh En.Zainuddin dan
Mohd Jamka tentang cara dan kaedah permainan congkak ini.Mereka juga dibantu
oleh ahli kumpulan ini, iaitu En.Abdullah,En.Hamidi,En.Nasirruddin dan
En.Shahidi dalam menyelaraskan permainan congkak ini.Peserta perempuan pula
bertindak sebagai pemain papan congkak.Kumpulan kami telah menyediakan enam
papan congkak beserta gulinya sekali.
Seramai dua belas orang peserta perempuan terlibat sebgai
pemain congkak ini.Permainan ini berlangsung di dalam dewam badminton.Permainan
ini dimainkan secara duduk bersila atau bertimpuh.
Permainan ini dimain serta dipertandingkan secara ‘kalah
mati’.pertandingan berlaku dalam dua pusingan.Pada pusingan pertama dua belas
peserta terlibat,dan mereka yang dapat mengumpul biji guli yang banyak akan
dipilih untuk ke pusingan ke dua.
Dalam pusingan kedua mereka akan bermain secara liga dan
dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B.Perlawanan akhir akan menemukan
juara kumulan A dengan juara kumpulan B.Manakala naib johan setiap kumpulan
akan berentap untuk tempat ketiga.
Ketika permainan berlangsung kelihatan semua peserta
bermain dengan penuh minat dan berhati-hati dalam mengaturkan biji-biji guli ke
dalam lubang yang telah ditetapkan.mereka berebut-rebut untuk mengumpul
sebanyak mungkin biji guli tersebut ke lubang besar atau’ rumah mereka’.
Tiga pemain yang
telah berjaya mengumpul biji guli terbanyak telah diumumkan sebagai
pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga,manakala seorang peserta dipilih untuk
menerima hadiah sagu hati.Hadiah telah disampaikan oleh En.Hamidi di akhir
permainan tersebut.
Kesimpulannya dapatlah dikatakan semua aktiviti dan atur
cara yang dirancangkan berjalan dengan baik dan
bersistematik.En.Khairuddin selaku
pensyarah pemerhati nampaknya berpuas hati dengan perjalanan program ini.
Majlis
penutup program.
En.Khairuddin selaku pensyarah pembimbing dalam ucapan
penutupannya mengatakan beliau amat berpuas hati dengan cara dan corak
permainan yang telah diurus serta dilakukan oleh guru-guru PPG ini.Beliau juga mengatakan amat kagum dengan
kesungguhan semua peserta dalam menguruskannya, serta menganjurkan karnival
permainan tradisional ini.Kata beliau selain meganjurkan permainan,guru juga
bermain sambil berhibur serta mengamalkan semangat kerja sama yang
mendalam.Makan dan minuman ringan telah disedikan kepada pensyarah juga
peserta.Peserta juga diberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan
kenangan.Program ini tamat pada jam 2.00 petang.
Kepada semua terlibat diucapkan ribuan terima kasih yang
tak terhingga,jasa anda akan dikenangi selamanya.
Sekian,
Laporan disediakan oleh,
……………………………
(ABDULLAH BIN YUSOFF)
Setiausaha Kumpulan.
Gambar Sekitar Karnival Permainan Tradisional - Congkak.
Kain rentang karnival. Sebahagian ahli kumpulan.
Permainan pusingan 1 berlangsung. Peserta terdiri daripada kalangan
guru perempuan tekun bermain.
Permainan pusingan ke 2 sedang berlangsung.
Permainan pusingan 1 berlangsung. Peserta terdiri daripada kalangan
guru perempuan tekun bermain.
Majlis penutupan karnival dilakukan oleh En.Khairuddin Mat Hassan,pensyarah PJ IPGM KSM.
No comments:
Post a Comment