Bahasa
Jiwa Bangsa. Bahasalah yang membuat manusia berbeza dengan makhluk yang lain.
Linguistik merupakan ilmu yang mempelajari bahasa di mana prosesnya berlangsung
tanpa henti. Menurut Matthews (1997:vii), linguistik ialah ilmu yang mengkaji
bahasa atau kajian ilmiah tentang bahasa. Bahasa pula menurut Kridalaksana
(2005:3) merupakan sistem lambang bunyi yang disepakati untuk dipergunakan oleh
para anggota kelompok masyarakat tertentu dalam bekerjasama, berkomunikasi, dan
mengidentifikasikan diri. Memang
betul ramai antara ahli linguistik yang jarang memikirkan tentang kegunaan
linguistik. Mereka hanya kerap berkecimpung dengan teori dan analisis
linguistik sahaja.
Sebenarnya
memang ramai ahli linguistik yang telah mencuba menggunakan linguistik dalam
bidang lain. Ramai ahli linguistik yang telah lama berkecimpung dalam bidang
pengajaran bahasa. ada pula yang berusaha dalam bidang terjemahan,
sosiolinguistik, psikolinguistik, dan sebagainya. Di samping itu banyak lagi
kegunaan linguistik. Mungkin juga bukan ahli linguistik yang harus menentukan
bahawa ilmu linguistik itu berguna dalam pendidikan, tetapi, terpulanglah
kepada para pendidik untuk menentukan kegunaan linguistik dalam bidang
pengajaran. Walau bagaimanapun, linguistik ialah satu ilmu baharu yang
berkembang pesat, walaupun sebenarnya ilmu ini telah mula dikenali sejak zaman
kesarjanaan Yunani dahulu lagi.
Tetapi
ilmu ini tidak begitu mudah difahami. Tambahan pula, kebanyakan buku linguistik
sukar untuk dibaca dan difahami. Perkembangan linguistik amat pesat berlaku dan
ini menambahkan kesukaran untuk memahaminya. Hal ini dapat dibuktikan dengan
melihat bilangan jabatan pengajian linguistik yang telah dibuka di
universiti-universiti, dan banyak pula kajian dijalankan serta penerbitan
dihasilkan tentang linguistik. Kesemua perkembangan ini telah menambahkan
kebingungan orang ramai. Itulah sebabnya linguistik dilihat dengan penuh
kesangsian dan sukar diterima, dan malah kadang-kadang ada pihak yang terus
menolaknya. Sebenarnya, kalau linguistik ini ditolak, bukanlah kerana
kegunaannya kurang, tetapi kerana linguistik itu tidak dimengertikan dan tidak
digunakan dengan baik.
Mahu yang lengakap call ,saya
No comments:
Post a Comment