1.0 Pengenalan
Pengajaran
dan pembelajaran tatabahasa merupakan satu daripada aspek bahasa yang penting
yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk membolehkannya menguasai bahasa yang
dipelajari dengan cekap dan berkesan. Menurut Abdullah Aziz(2000), mengatakan
kelemahan pelajar menguasai tatabahasa dan penggunaan ideaakan mewujudkan
karangan yang tidak ³terkarang´. Kenyataan ini disokong oleh HusinMahmmod
(1983) dan Azman Wan Chik (1987) yang merumuskan aspek utama dalamsesebuah
pengajaran dan pembelajaran ialah tatabahasa dan gaya bahasa, iaitupenulisan
struktur ayat dan butiran leksikel.Oleh itu, menurut Corder (1975), berpendapat
bahawa seorang guru bahasayang baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan
peraturan-peraturan atau resepi.
Seseorang
guru mempunyai satu set prinsip yang
dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya itu. Dengan perkataan lain, guru
tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi apabila seseorang
murid belajar bahasa ataupun guru tersebut mempunyai satu teori tidak formal
tentang cara bagaimana bahasa diajar dan dipelajari.Prinsip-prinsip umum
tentang pengajaran bahasa tidak terbentuk secara sewenang-wenang tetapi
berasaskan teori-teori ilmu linguistik dan psikologi khususnya teori-teori
seperti huraian dan pemerolehan bahasa. Tegasnya prinsip-prinsip umumyang
dijadikan panduan oleh guru dalam pengajaran terbentuk daripada teori-teori linguistik
dan psikologi menentukan orientasi pengajarannya ataupun pendekatan pengajarannya
serta menjamin pemantapan murid-murid dalam menguasai tatabahasa.
Dalam
pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran yang sering digunakan
iaitu pendekatan induktif, pendekatan
deduktif, perdekatan elektif danpendekatan komunikatif.Pendekatan biasanya
dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.
Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikansebagi "to come
near to in any sense"
atau
jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih
biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.Sebagai contoh
tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar
bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan
konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan
profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains
yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah
bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.Dalam
pengajaran bahasa, terdapat empat pendekatan yang boleh para guru bagi memastikan pelajar dapat
menguasai bahasa dengan mudah.Pendekatan-pendekatan yang dimaksudkan ialah:-
i.Pendekatan induktif
ii. Pendekatan deduktif
iii. Pendekatan eklektik
iv. Pendekatan komunikatif
1.1 Pendekatan Induktif
Menurut
Juriah Longet.al . (1990).P erkaedahanPengajaran
Bahasa Malaysia, menerangkan bahawa pendekatan induktif atau jumpaan
merupakan satu pendekatan yang berasaskan lima prinsip pengajaran iaitu
persediaan, penyampaian, penyatuan,generalisas dan penerapan. Menurut John, M.
Kierzek dan Alker Gilson (1960),pendekatan ini mengutamakan penggunaan
contoh-contoh bahasa, diikuti dengan generalisasi oleh murid-murid sendiri atau
undang-undang bagi unsur tersebut dan kemudiannya diakhiri dengan aktiviti
penerapan atau aplikasi. Contohnya dalam pengajaran tentang ayat tunggal, guru
akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.
Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat, guru akan memandu murid-murid
supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.Model pengajaran dan pembelajaran
pendekatan ini dirumuskan seperti berikut:
|
|
|
Rajah 1.1 :
Model Induktif
(Perkaedahan
pengajaran Bahasa Melayu, m/s 236)Contoh-contoh bahan pengajaran bukan sahaja
disediakan oleh guru tetapi juga boleh diminta daripada murid. Perkara penting,
contoh-contoh itu mestilah jelas, tepatdan dapat memudahkan pelajar-pelajar
memikirkan rumus-rumus yang menjadi dasar
Contoh-contoh
bahan pengajaran bukan sahaja disediakan oleh guru tetapi juga boleh diminta
daripada murid. Perkara penting, contoh-contoh itu mestilah jelas, tepatdan
dapat memudahkan pelajar-pelajar memikirkan rumus-rumus yang menjadi dasar
Pembentukannya.Sebaik-baiknya
contoh-contoh itu haruslah memperlihatkan keseragaman dari segi struktur dan
menepati struktur yang hendak diajarkan serta mencukupi pula
jumlahnya.Contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan haruslah dielakkan.
Pada peringkat yang kedua, guru tidak memberikan rumus-rumus tatabahasa yang
hendak diajarkan itu, sebaliknya ia mestilah membimbing murid-muriduntuk
mengenal pasti rumus-rumus yang tersirat daripada contoh-contoh yang ditunjukkan.
Tegasnya, murid diberi peluang menggunakan kebolehan kognitif merekauntuk
menetukan rumus. Tugas guru hanyalah memandu, membimbing dan menjuruskan
pemikiran murid ke suatu arah yang sama supaya rumus-rumus tatabahasa yang
hendak disampaikan itu dapat dikesan oleh murid dengan lebih cepat.Guru-guru
harus cekap mengesan dan memperbetulkan rumus-rumus yang salah yang mungkin
dikemukakan oleh murid. Pada bahagian aplikasi pula, latihan yang harus diberikan
mestilah banyak dan pelbagai supaya pembelajaran murid dapat diperteguhkan
dengan lebih berkesan.
Brian
Seaton (1982) berpendapat bahawa :
.
Prinsip-prinsip
ialah contoh haruslah relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Tambahan
pula, contoh dipelbagalkan pengajaran secara induktif supaya generalisasi dapat
dicapal dengan mudah. Dalam proses membentuk generalisasi, guru menggalakkan
pelajar untuk mengemukakan contoh
khusus Pengajaran secara induktif menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit.instanc««.learning
by induction, the student experience a mental process in which he
observes many e and then makes a general rule (generalisation) in corporating
the truth of the fact observes. Every generalisation is arrived at,
therefore, by induction
1.2Pendekatan Deduktif
Pendekatan
deduktif dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu pendekatan yang
didahului dengan pengajaran rumus-rumus, undang-undang ataupunperaturan bahasa,
kemudian diikuti dengan contoh-contoh dan diakhiri pula dengan aplikasi atau
penerapan rumus-rumus tersebut seperti yang dikatakan oleh BrianSeaton (1982),
³ learning
by deduction the student start with a general truth and applieit to a
particular cases´.
Sebagai
contoh, apabila seseorang guru mengajar aya ttunggal, guru akan memberi takrif
ayat tersebut sebelum menunjukkan contoh-contohpenggunaannya. Model pengajaran
dan pembelajaran bahasa pendekatan ini dapat diringkaskan seperti berikut
mengikut Paul D. Eggen (1979).it to a particular cases´.
Pendekakatan
menggunakan deduktif dicirikan dengan pelajar mempelajari berdasarkan sesuatu
hukum. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan fakta/contoh
tertentu
daripada peraturan umum. Dalam penaakulan, pelajar mengumpulkan fakta untuk
membuktikan satu penyataan umum itu benar atau tidak. Proses penganalisisan fakta
yang akan dikumpulkan berlaku sebelum membentuk generalisasi. Pada peringkat proses
deduktif, pelajar bersama guru akan membuat kesimpulan tentang fakta-fakta daripada
yang umum kepada yang spesifik.Prinsip penggunaan pengajaran deduktif
merangkumi aspek-aspek berikut:
i. sesuatu masalah diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan pelajar mengemukakan
cara penyelesaian masalah. Dalam konteks ini,generalisasi dikemukakan harus
dinyatakan secara eksplisit.
ii. penyelesaian masalah mengikut langkah demi langkah.
iii. beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau
peraturan. Berdasarkan contoh yang digunakan, pelajar meniru atau hafal contoh
dan membentuk contoh
iv. pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap
isi pelajaran yang disampalkan. Latihan menulis untuk mengesan kebolehan
pelajar nienguasal kemahiran turut diberikan
1.3 Pendekatan Komunikatif
Berbeza
dengan pendekatan-pendekatan lain yang telah dinyatakan,pendekatan komunikatif
menekankan aspek komunikasi dalam pengajaran. Asas ini disarankan olehahli-ahli
bahasa seperti H.G Widdowsson, C. Jbrumfit, K. Johnson, D.H Hymes dan
W.Littlewood.Menurut ahli-ahli berikut mereka menyatakan bahawa pengajaran
bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa
sertakecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid
menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada
khayalaknya.Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa
yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.Pengajaran dimulakan dengan
aktiviti komunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan oleh murid, baik secara
berpasangan ataupun berkumpulan. Komunikasi ituboleh diwujudkan dalam konteks
situasi yang sebenarnya ataupun berupa lakonan,main peranan, simulasi,
penyelesaian atau sebagainya yang memerlukan murid berkomunikasi dalam bahasa
yang dipelajari. Walau bagaimanapun, untuk pengajaran tatabahasa, guru haruslah
merancang situasi penggunaan bahasa yang benar-benar sesuai dengan
unsur-unsur tatabahasa yang hendak diajarkan supaya murid-muriddapat melihat
hubungan di antara unsur tatabahasa itu dengan konteks penggunaannya yang
sebenar.Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.
Mengikut pendekatan ini, latih tubi hanya diadakan apabila perlu, iaitu sekiranya
didaati murid-murid lemah dalam penggunaannya.Secara amnya, Roger W.
Shuy(1982), berpendapat bahawa pendekatan ini dijalankan berdasarkan model
berikuf.
1.4 Pendekatan Efektif
Menurut Thomas F. Green (1997) melalui bukunya “The
Activities of Teaching” menulis bahawa pengajaran adalah proses menukar
tingkah laku & kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau
kepercayaan baru. Dr Ragbir Kaur (2005) mendefinisikan pengajaran sebagai satu
proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk membawa perubahan tingkah laku
pada diri murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Maksud efektif pula jika dirujuk dalam Kamus Pelajar DBP
Cetakan Kesebelas (1994) bermaksud sesuatu yang mendatangkan kesan atau hasil
yang diharap-harapkan.
Pengajaran efektif merupakan pengajaran yang membolehkan
pelajar menguasai kemahiran tertentu serta pengetahuan dan arah tuju.
Pengajaran ini dilaksanakan dalam kumpulan kecil yang sama-sama berusaha untuk
mencapai tujuan bersama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
penyeliaan guru. Al-Ghabisi (2002).
Secara dasarnya pengajaran efektif merupakan aktiviti
pengajaran yang melibatkan pendidikan yang terbaik bagi meningkatkan keinginan
pelajar dalam pembelajaran dengan berbagai-bagai aktiviti pendidikan. Chris
(1992).
Menurut Hunter (1969) dalam bukunya Teach
More, Fasterpengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang dapat
meningkatkan pembelajaran dalam diri murid-murid. Pembelajaran yang efektif
berlaku dalam suasana yang sihat serta bersemangat.
Oleh itu, pengajaran efektif boleh ditakrifkan sebagai
satu sistem aktiviti yang dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran terakhir
yang dikehendaki di dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat. Hasil
pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku murid,
akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia juga merangkumi
perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2.0 Huraian dan
penjelasan konsep,objektif,prinsip dan langkah pengajaran
MAHU YANG LENGKAP, call saya 0139791552
No comments:
Post a Comment