Wednesday, December 11, 2013

Rebung Buluh

Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut, terutamanya dari spesies Bambusa vulgaris dan Phyllostachys edulis. Di Asia, ia biasanya ambil dan dipotong untuk dimasak sebagai lauk, contohnya dimasak lodeh.

       

Kita sering mendengar,peribahasa melayu yang berbunyi, "kalau hendak melentur buluh,biarlah daripada rebungnya".jadi apakah maksudnya di sebalik kata-kata tersebut.Maknanya yang diketahui,ialah kalau kita hendak mendidik seseorang  anak biarlah bermula daripada kanak-kanak itu kecil lagi.Ini kerana jika kita baru hendak mengajar atau mendidik anak ketika sudah besar atau sudah tua susahlah mereka hendak mengikut ajaran kita sebagai ibu bapa atau penjaga.Begitulah, sebaliknya..buluh ketika masih rebung boleh dilentur,tapi bila dah menjadi buluh keras,maka ia tidak boleh lagi dilentur atau dibentuk!Begitulah bijaknya orang-oarang kita dulu mengambil hal dan perkara di sekeliling mereka sebagai panduan hidup.Benda-benda dan perkara yang dilihat dan diperhatikan oleh mereka,mereka jadikan panduan hidupa.Dari pandangan inilah lahirnya kata-kata,bidalan,kiasan,simpulan bahasa dan sebagainya dalam era kehidupan orang Melayu.

Berbalik kepada rebung buluh,ia adalah makanan tradisional masyarakat orang Melayu.rebung buluh biasanya dimasak secara lemak cili apai,rebus serta dicicah sambal,dimasak lemak bercampur perut lembu dan sebgainya.Rebung ini ada dua kaedah dijual,pertama rebung segar dan ke dua pulaa ialah secara jeruk,tapi yang berjeruk ini agak busuk sedikit baunya,tetapi enak dimakan bila sudah dimasak lemak cili api dan dimakan bersama nasi dan ikan goreng atau gulai ikan patin!

Suatu masa dahulu emak saya ada juga memasak rebung buluh ini sebgai menu tambahan dan sayur untuk hidangan tengah hari atau malam.Ketika itu rasanya rebung yang dibawa pulang oleh ayah saya adalah daripada jenis buluh minyak dan juga buluh duri.wah, sedapnya ketika itu,walaupun dimasak gulai putih sahaja serta dimakan bersama ikan selayang goreng atau ikan tambam goreng.Masa ini ikan ini sahaja menjadi protin yang mampu saya dan keluarga menjamahnya!

Dewasa ini, jika saya mahu makan rebung buluh ini,saya akan membeli di pasar malam atau pasar tani,kadang-kadang susah juga untuk mendapatkan rebung buluh ini.Isteri saya akan memasaknya secara gulai lemak cili api.Kami berdua amat menggemari menu ini.

Kini rebung buluh menjadi tanaman yang makin popular di beberapa buah negeri,khasnya di Pantai Barat Malaysia.Jenis buluh untuk rebung yang ditanam ialah daripada jenis madu.masakan rebung pula telah menjadi menu di restoren,kedai makan dan hoel-hotel di seluruh negara.Ramai orang dan juga pelancong menggemari masakan daripada rebung ini.





1 comment:

  1. Halo, saya Puan GLORIA Peminjam Pinjaman Swasta. Kami memberi pinjaman kepada syarikat 2% yang lebih rendah. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang, ATAU anda memerlukan pinjaman perniagaan untuk meningkatkan perniagaan anda, membayar bil anda dan meningkatkan kesuburan syarikat anda? telahkah anda
    ditolak oleh Bank dan institusi kewangan lain? kami menyediakan perkhidmatan yang baik kepada individu, korporat, lelaki dan wanita perniagaan dan kami bersedia membantu orang
    yang bersedia menulis kepada syarikat kami dan mendaftar dengan kami dan kami akan membantu ramai
    orang yang turun secara kewangan. Walau bagaimanapun, Opportunity Finance berada di Langkah Pintu anda, jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (gloriasloancompany@gmail.com) Atau WhatsApp
    Nombor +1 (330) 595-5285 dan dapatkan pinjaman anda hari ini.
    Puan Gloria S MD / Ketua Pegawai Eksekutif
    KEPERLUAN KREDIT MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN:
    1) Nama penuh: ............
    2) Jantina: ............ .....
    3) Umur: ........................
    4) Negara: .................
    5) Nombor Telefon: ........
    6) Kerja: ..............
    7) Pendapatan: ......
    8) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .....
    9) Tempoh pinjaman: ...............
    10) Sebab untuk pinjaman: ...........
    11) Adakah anda memohon dan ditolak? Kemudian ........
    12) Adakah anda bercakap bahasa Inggeris .......
    Best Regard

    ReplyDelete