Asal Usul Kaum Orang Asli Temuan
Temuan
merupakan salah satu suku kaum Orang Asli yang digolongkan ke dalam
kelompok Melayu-Proto. Mereka bertutur di dalam dialek Melayu dan hampir
45% daripada corak hidup seharian mereka mempunyai persamaan dengan
kehidupan masyarakat Melayu. Di Semenanjung Malaysia, mereka tinggal dan
hidup berjiran dengan masyarakat melayu di beberapa buah kawasan
seperti di negeri Selangor, Melaka, Pahang, daerah Muar, Johor dan
Negeri Sembilan. Bagi masyarakat Temuan yang tinggal di Negeri Sembilan,
mereka turut mengamalkan adat perpatih .Namun begitu budaya hidup
mereka tidak banyak bezanya daripada suku bangsa Temuan di negeri lain.
Perkataan Temuan berasal daripada perkataan “temu” iaitu “jumpa”.Ianya
juga bermakna “simpang” atau “pertemuan” atau tempat pertemuan suku-suku
kaum bukit.Berkemungkinan inilah yang menyebabkan orang-orang Temuan
memperolehi nama gelaran kaum mereka. Genetik mereka dikatakan hasil
cantuman beberapa suku kaum asli dengan penduduk migran daripada
Sumatera dan Jawa. Mereka bertutur di dalam dialek bahasa Melayu Asli
yang dipercayai berasal daripada Jambi di selatan Sumatera. Di dalam
sesebuah perkampungan Temuan, mereka tinggal secara berkumpulan sehingga
250 orang dengan mengamalkan “keluarga nuklear”. Orang-orang Temuan
mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berambut ikal mayang, berkulit
cerah, mempunyai badan yang sederhana tegap bagi lelaki, berhidung
lebar, berdahi luas dan mempunyai rupa paras yang mirip seperti
orang-orang Melayu.
Secara tradisinya mereka menjalankan
kegiatan memburu dan menangkap ikan di samping mengumpul hasil-hasil
hutan. Mereka tidak menjalankan kegiatan penanaman padi seperti yang
dilakukan oleh kebanyakkan masyarakat Orang Asli. Di kebanyakkan tempat,
kaum Temuan masih menjalankan kerja-kerja pengutipan hasil-hasil hutan
seperti mengumpul rotan, buluh, damar, dan kayu api .Selain untuk
kegunaan sendiri, mereka turut menjual hasil-hasil yang diperolehi
kepada peraih-peraih luar yang datang ke kampung mereka. Sudah menjadi
tradisi masyarakat Orang Asli berjalan beribu-ribu batu jauh di dalam
hutan untuk mendapatkan hasil-hasil hutan yang boleh dibuat perkakas
harian dan bersifat komersial serta boleh mendatangkan pendapatan.
Ketika masuk ke dalam hutan, kaum Temuan lazimnya akan membawa isteri
dan anak-anak bersama bagi membantu mereka . Kini selain menjalankan
kegiatan berbentuk tradisi tersebut, ada juga di kalangan pemuda dan
pemudi kaum Temuan keluar daripada kawasan kampung mereka untuk bekerja
makan gaji di dalam sektor-sektor kerajaan dan swasta.
Jika
dilihat daripada segi kepercayaan mereka, masyarakat Temuan merupakan
penganut animisme. Walaubagaimanapun, beberapa adat resam mereka seperti
adat perkahwinan dan perayaan-perayaan yang diraikan mempamerkan budaya
dan kepercayaan masyarakat Melayu. Maka tidak hairanlah apabila ramai
para pengkaji mengaitkan mereka dengan kebudayaan orang-orang.
Kini ada juga segelintir daripada mereka telah menerima agama besar dunia seperti Islam dan Kristian dalam kehidupan mereka.
Koleksi Bahasa Temuan Di Malaysia
Apa - apak.
Anjing - anjing, koyok
Arak = Engkem/Aii/Sukuk
Ayah - ayah, abah.
Angkat - hangkit, tating.
Anak - eneq.
Babi - babik, degoh.
Buruk = Barak / Nyap Elok / Nyahat
Buruk. = bu'uk(huruf "r" tidak di sebut(Pahang)
Bangun - bangkit.
Bencana - bencanak, celau
Boleh - bulih, moh
Baik - baik, elok.
Bawa - bawai
Budak - budeq, budoq.
Celau- berlaku kejadian buruk
Dia - dian
Dulu - ba'eh.
Dekat - deket, dekat.
Dengar - kingai, kelingai
Garu - gaui.
Gila - gilak, sukuk.
Humban - hentoi, humban
Jangan - pahau, jangan
Jom – moh
Jahat - jahat, jihit
Kenapa – kenapak
Kakak - gauk, kakak
Kau - Ajih/Ong
Kamu = Higun
Kering - tuhu, keing
Makan - makan, meken.
Melayu – Jobok
Mengatal - nye'nye, ngadak
Makcik muda - inak.
Makcik tua - tuhak
Mak - mak, mui
Makcik = Inak
Mee Jalung = Hokieen Mee
Mungkin - mungkin, hapo.
Nala = selalu
Nampak - tahui.
Pakcik muda - Mamak.
Pakcik tua - Wak
Pakcik = Mamak
Polok = kawasan
Pantim = Daging kera salai
Pengkoi = beranggapan
Pergi - pegik.
Saya -akuk, ajih
Sama - samak, sekudik
Semua - muhai, sumak
Sapu - sapui, nyapui
Selipar - sipai, sipal.
Sisip – solep
Sayur - taoq, sayur.
Sakit - sakit, pedih.
Tidak/tak - nyap, niak.
Tiada - hap, lesap
Tak = Nyap
Tiada = Hap
Tiada. = Niak/hap - ok jugak
Takut - gelik, takut.
Tahu - tauk.
Tengok - nengok, genung, pedel
Wak. = Abang/kakak kepada ibubapa kita.
Wan/aki/moyang = sama sebutan Melayu.
Diedit semula :senoipraaq
terangkan pasal adat resam masyarakat orang asli temuan
ReplyDeleteBab adat resam ni saya belum lagi dapat paparkan di blog ini, Kalau saudara hendak tahu lebih lanjut,rasa saudara boleh search kat web adat-adat orang asli temuan, di situ ada dinyatakan dengan lebih detil.
Deletekeistimewaan dan keunikan adat resam masyarakat temuan
Deleteterangkan pasal adat resam masyarakat orang asli temuan
ReplyDeleteSaudari, cuba googgle ajela..semua ada.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteOrang asli Temuan Tu memang asal sini pun Lepastu pendatang Dari Sumatra Dan jawa Tu mari mereka kawin campur dengan penduduk tempatan iaitu asli Temuan Dan bukan semua orang asli Temuan kawin campur dengan pendatang Sumatra DNA jawa ini.
ReplyDelete