This blog was created for invite anyone or reader lover to share opinion with other reader to exchange opinion or exprience about life and daily issues.
Tuesday, December 24, 2013
Friday, December 20, 2013
Hutan Dan Temuan Sukar Dipisahkan.
Hutan dan Temuan Tidak Boleh
Dipisahkan.
Ketika pertama kali memasuki kawasan Desa Temuan,keadaan fizikalnya hampir
tiada bezanya dengan kawasan perumahan yang lain.
Melihat saiz rumah yang agak besar
membuatkan hati terdetik betapa beruntungnya Orang Asli di sini apabila
mendapat aset berupa rumah percuma walaupun tidak pernah meminta.
Apa yang dapat dikata, ‘Tuah ayam
nampak di kaki’, tuah Orang Asli dapat dilihat apabila mereka dihantar ke
lokasi baru yang lebih selesa dan sempurna,serta lengkap dengan pelbagai
kemudahan.Ada elektrik,air,balairaya,jalan raya dan sebagainya.
Namun di sebalik keharmonian dan
kesempurnaan Desa Temuan rupa-rupanya wujud berbagai kisah di sebalik
‘kesempurnaan’ ini.
Tidak keterlaluan jika dikatakan
Desa Temuan menjadi sebuah kisah klasik negara apabila kerajaan dan pemaju cuba
mencipta kemodenan untuk manusia yang langsung tidak pernah terfikir
tentangnya.
Secara amnya, penduduk kawasan
tersebut terbahagi kepada tiga golongan iaitu Orang Asli yang lahir dan
membesar di Bukit Lanjan, golongan muda Orang Asli yang pernah merasa kehidupan
hutan sebelum dipindahkan dan kanak-kanak Orang Asli yang barangkali tidak tahu
wujudnya kehidupan hutan seperti yang pernah dirasai ibu bapa dan nenek moyang mereka
sebelum ini.
Bagi golongan muda dan kanak-kanak,
tidak hairanlah jika rutin harian mereka hampir sama dengan masyarakat lain
biasa.
Mereka ke sekolah, bergaul bersama
rakan dan nampaknya sedikit demi sedikit belajar tentang kehidupan serta
mencari hiburan luar jika ada kelapangan.
Pun begitu, darah Orang Asli yang
mengalir dalam tubuh membuatkan mereka seakan-akan tidak boleh dipisahkan
dengan aktiviti lasak serta mencabar.
Buktinya, kanak-kanak di kawasan
perumahan itu begitu mahir memanjat pokok walaupun tidak lagi tinggal di dalam
hutan sedangkan ibu bapa mereka tidak pernah mengajar selok-belok bergayut di
dahan pokok.
Berkaki ayam
Kelihatan kanak-kanak Orang Asli
menjadikan pokok di halaman rumah mereka di Desa Temuan sebagai tempat bermain.
Di tengah terik mentari pula,
sesetengah mereka masih mampu ‘berkaki ayam’ di atas tar.
Namun, masalah timbul apabila sukar
bagi kebanyakan ibu bapa mereka mengadaptasi kehidupan ‘moden’ sementelah
kemajuan bukan matlamat.
Orang Asli payah mengubah gaya hidup
dengan memberi alasan; mereka tidak boleh dipisahkan dengan hutan dan alam
semula jadi.
Timbul rasa simpati apabila majoriti
penduduk mengeluh hutan yang ditarah untuk tujuan pembangunan membuatkan mereka
hilang sumber rezeki.
Walaupun kini tinggal di rumah
besar, mereka yang selama ini bergantung hidup dengan hasil hutan terpaksa
mencari alternatif lain bagi menyara keluarga.
Mereka yang tiada kelulusan atau
kemahiran selain menyumpit, bercucuk tanam dan memburu sukar diterima bekerja,
malah makan gaji adalah pekerjaan yang begitu asing bagi mereka.
Kesudahannya, golongan itu terpaksa
mencari sisa-sisa tanah yang tertinggal dan hutan berdekatan untuk bercucuk
tanam bagi mencari rezeki,bagi menyara kehidupan keluarga mereka!
Menyedari tidak mungkin dapat
berpatah balik, mereka terpaksa reda dan akur dengan perubahan waktu walaupun pendapatan
yang diterima tidak ‘sekencang’ dan sebaik dahulu.Contonya mereka dulu adalah
penjual rotan bermutu,kayu gaharu,petai dan pelbagai hasil hutan yang lain.
Mujur dalam masa yang sama terdapat
juga generasi baru masyarakat Orang Asli yang diterima bekerja dan lebih
membanggakan ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.Hasil
tinjauan dan kajian saya ramai kaum ini telah berjaya memasukki Institut
Perguruan Malaysia di seluruh negara.Guru daripada kalangan kaum ini diharapkan
akan mudah dan dapat memperbaiki mutu pencapaian dan pendidikan kaum ini.
Generasi inilah yang diharapkan dapat ‘membawa keluar’ serta
menyuntik arus kemodenan pada ibu bapa mereka dari dunia sebenar Orang Asli
yang berkurun lamanya kepada arus kehidupan yang moden serta serba maju.
Kini kaum
Temuan sudah ramai yang celik IT (Informasi Teknologi) dan telah bekerja di
pelbagai bidang di sektor swasta dan kerajaan.Pencapaian mereka sudah setaraf
dengan kaum bumiputera yang lain.syabas diucapkan kepada mereka ini.Ingat
andalah penggerak,pengubah dan pemangkin pembangunan serta kemajuan kaum Temuan
anda.
ULAM DAN KITA
"Ulam" are plants that can be eatten
raw, as a form of local salad. The "Ulam" is traditionally a
Malay dish but has become very popular with all Malaysians, and is also popular
among visiting foreigners who have aquired the taste for the wonders of this
delight. Today "Ulam" is available at most major hotels in the
country as a fovourate in buffet lunch or dinner.
Ulam adalah tumbuhan yang boleh dimakan secara segar atau mentah sebagai satu jenis salad tempatan. Ulam ialah secara tradisi, satu-satu makanan orang Melayu yang telah sekarang diminati oleh semua kaum penduduk di Malaysia, ia juga digemari oleh banyak pelawat asing telah cuba dan suka kepadanya. Kini makan Ulam boleh didapati di kebanyakkan hotel besar di Malaysia sebagai sebahagian hidangan yang disuka oleh ramai pada jamuan buffet makan tengah hari atau makan malam.
Ulam adalah tumbuhan yang boleh dimakan secara segar atau mentah sebagai satu jenis salad tempatan. Ulam ialah secara tradisi, satu-satu makanan orang Melayu yang telah sekarang diminati oleh semua kaum penduduk di Malaysia, ia juga digemari oleh banyak pelawat asing telah cuba dan suka kepadanya. Kini makan Ulam boleh didapati di kebanyakkan hotel besar di Malaysia sebagai sebahagian hidangan yang disuka oleh ramai pada jamuan buffet makan tengah hari atau makan malam.
Ulam boleh ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan
yang terdiri dari pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang dimakan
mentah, dicelur,
distim atau direbus sebelum makan.]
Selalunya bagi menambah rasa kepada ulaman yang dimakan, ia dicecah dengan sambal
belacan, budu, cencaluk, mayonis, atau
cecahan-cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain. Ulam terkenal sebagai
hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di
kampung-kampung dan kini mulai terdapat di kawasan bandar-bandar juga.
Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini, terdapat inisiatif untuk membukukan
maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap.
Antara ulaman yang biasa biasa kita ketahui ialah pegaga,timun,jering,kerdas,petai,ulam raja cabang tiga,mata ayam,kacang botor,serai kayu,daun asam jawa,cekur manis,daun ceylon,pucuk ganjus dan lain-lain lagi
.Memakan ulaman ini sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga aku sejak dulu lagi.Kalau tiada ulam atau sayur dalam menu makanan tengahari atau malam maka tak lengkaplah hidangan hari itu.
Bagi seorang yang sihat tubuh badannya, maka pengambilan ulam tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ini berlainan pula bagi mereka yang berpenyakit kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar tidak memakan ulam yang boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Contohnya, seorang pesakit tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu, eloklah orang yang berpenyakit mengambil hanya ulam yang memberi kesan positif padanya.
Sayur-sayuran
dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Ia adalah
kaya dengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folix dan zat galian yang
sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang
sihat. Khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini dapat
menyelenggara tisu-tisu kulit, mata, tulang dan otak. Ulam-ulaman biasanya
banyak terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam atau tumbuh sendiri di
hutan-hutan yang berhampiran.
Bagi mereka
yang tinggal di kawasan bandar dan menetap di kediaman yang tidak mempunyai
halaman bertanah, usah berdalih untuk mengamalkan pemakanan ulam-ulaman. Ini
kerana di bandar juga terdapat banyak pasar yang menjual ulam-ulaman.Pokok ulam
juga boleh ditanam di dalam pasu-pasu bunga dan dalam tayar kereta yang tak
dipakai.
Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang telah mengkaji dan mengenalpasti
62 jenis sayur dan ulam meliputi 37 jenis ulam daun atau pucuk, 16 jenis buah
dan 9 jenis sayur kampung. Namun, menurut kajian oleh wikipedia.org, terdapat
lebih 120 jenis ulam-ulaman di Malaysia meliputi ulaman jenis pucuk, daun,
umbut, biji, buah, ubi dan bunga.
Antara
ulam-ulaman yang tersenarai ialah rebung, cekur manis, jering, kacang kelisa,
petai, ulam raja, kerdas, jering, genuak, pucuk gajus, beluntas, pucuk betik,
pucuk putat, daun selom, jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda, daun
kunyit/kunyit hidup, daun kesom, pegaga, daun kadok, daun salad, kacang panjang
muda, pucuk mengkudu, buah mengkudu, batang lambok (sejenis keladi) dan banyak
lagi.
Usaha
menyelidik ulaman oleh FAMA ini bertujuan memperkenalkan dan memasarkan ulaman
kepada masyarakat dan membantu petani di kawasan kampung meningkatkan
pendapatan mereka melalui hasil jualan ulam-ulaman itu nanti. Antara sayur ulam
yang kurang dikenali yang diselidik oleh FAMA ialah bayam orang putih, pucuk
ara, tenggek burung, kaca lima, cemperai, mata ayam, sepayang, balik angin,
umbut kelapa. Manakala jenis-jenis buah ulam pula ialah buah ara nasi, gadung,
peria katak, keladan, terung, peparu dan sebagainya. Menurut Kajian Industri
Herba di Malaysia yang telah dilaksanakan oleh MARDITECH dan dibentangkan di
Hotel Nikko, Kuala Lumpur, nilai pasaran industri herba dunia dijangka akan
mencecah US$5 trillion menjelang 2050.
KHASIAT BEBERAPA
JENIS ULAM
Oleh kerana
ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan
galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K) di dalam
ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca), fosforus (P),
dan besi (Fe) yang
paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap
100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain. (sumber : wikipedia.org)
Ulam juga
membekalkan serabut yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia.
Serabut memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan
pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga
memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini
pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai
tambahan yang baik untuk badan.
Sebagai
contoh, pegaga
kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat
membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Ulam jering mengandungi
sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang
air kecil. Jering
juga boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara
berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana, kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan.
Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang
tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis
terutama di kalangan kaum wanita. Ulam pegaga dan akarnya dikatakan membantu
pemulihan rahim. Jus pegaga juga senang disediakan.
Amalan makan ulam
atau sayur-sayuran mentah boleh membuatkan seseorang awet muda kerana
ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan
radikal bebas.
Sebenarnya amalan makan ulam menjadi budaya
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Malah, ia menjadi ikutan
kaum lain sehingga ada yang kata rasa tidak puas makan nasi jika tiada
ulam bercecah sambal belacan.
Ada juga yang tidak berselera makan jika tiada ulam atau sayur. Paling tidak, mesti ada timun untuk membuka selera. Ini amalan baik kerana setiap hari badan kita memerlukan kira-kira 40 jenis nutrien untuk kekal sihat.
Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Jika mengamalkan diet yang banyak lemak, bermakna kita akan mengalami masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol tinggi. Sebaliknya, individu yang mengamalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan sayur dan buah biasanya tampil lebih sihat dan menarik serta mampu mengekalkan kelangsingan badan. Selain mempunyai pelbagai khasiat, ulam sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini banyak kajian dilakukan untuk mengkomersialkan khasiat ulam. Pengamal perubatan tradisional mengatakan, ubat bagi pelbagai penyakit sebenarnya ada di sekeliling rumah seperti cekur, pegaga, nanas, kunyit, halia, peria, kacang botor, pucuk betik mahupun kacang panjang.
Ada juga yang tidak berselera makan jika tiada ulam atau sayur. Paling tidak, mesti ada timun untuk membuka selera. Ini amalan baik kerana setiap hari badan kita memerlukan kira-kira 40 jenis nutrien untuk kekal sihat.
Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Jika mengamalkan diet yang banyak lemak, bermakna kita akan mengalami masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol tinggi. Sebaliknya, individu yang mengamalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan sayur dan buah biasanya tampil lebih sihat dan menarik serta mampu mengekalkan kelangsingan badan. Selain mempunyai pelbagai khasiat, ulam sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini banyak kajian dilakukan untuk mengkomersialkan khasiat ulam. Pengamal perubatan tradisional mengatakan, ubat bagi pelbagai penyakit sebenarnya ada di sekeliling rumah seperti cekur, pegaga, nanas, kunyit, halia, peria, kacang botor, pucuk betik mahupun kacang panjang.
Di samping
itu juga, amalkan memakan pucuk kaduk. Rasanya agak lemak dan senang dibiakkan
di dalam pasu. Di Sarawak pula, ibu-ibu yang berpantang akan memakan bunga
kunyit. Oleh kerana rupanya yang cantik, ia juga sesuai digubah bersama dedaun
dan bunga segar bagi hiasan di meja makan.Ingin menambah pengetahuan atau
membuat kajian mendalam mengenai ulam-ulaman? Jangan risau kerana terdapat
banyak maklumat dan data boleh diperolehi melalui internet, media cetak dan
media eletronik.
Wednesday, December 18, 2013
Cara Menambah Pendapatan Dengan Membeli Saham
Dividen 2012 Bank Rakyat 18%
Pada hari ini 14 Mac 2013, dividen Bank Rakyat telah diumumkan iaitu sebanyak 18%. Ia merangkumi tunai sebanyak 16% dan saham bonus 2%. Buat yang telah lama menunggu, pastinya berita ini amat menggembirakan kita semua.
Buat
rakan-rakan yang memiliki saham Bank Rakyat dan mempunyai akaun simpanan
Bank Rakyat, dividen anda akan didepositkan terus ke akaun simpanan
bermula hari ni. Tak percaya try withdraw, saya dah buat tadi. Memang
tidak mengecewakan!!!
Tuesday, December 17, 2013
Masyarakat Orang Asli Temuan.
Flood Legend
Many thousand years ago, a lot of Temuan people died because they had committed "Celau" (the sins that angered god and their ancestors). Their god has sent a "Celau" punishment in a form of a Great Flood which had drowned all the Temuan sinners that day. Only two of the Temuans, named Mamak and Inak Bungsuk survived that day by climbing at Eagwood tree at Gunung Raja (Royal Mountain) located at the border of Selangor and Pahang state. There was a Temuan village over there named Kampung Orang Asli Pertak. Mamak and Inak Bungsuk survived because they had an enchanting mantra or spell to ease down the "Celau" storm. Gunung Raja (Royal Mountain) became the birth places and ancestral home of the Temuan tribe. Mamak Bungsuk (Adam) and Inak Bungsuk (Eve) are the Temuan analogues of Adam and Eve in the myth of the birth of humanity.Religion
A basic traditional Temuan belief is that their God and ancestors are always present with them, guarding their safety.At the end of every year, the Temuans celebrate Aik Gayak Muyang (Ancestor Day in English). This celebration is to thank their God and ancestors for the crops they grow and for the peaceful life they have had.
The Temuans believe they were placed on the earth (Tanah Tujuh) by Muyang (God) to be guardians of the rain forest and that if they fail in their sacred duty, the whole world will turn upside down and humanity will perish. Each river, hill, stream, rock, tree and shrub is animated by a guardian spirit. Rivers are guarded by dragons (naga) and snakes (ular) which often cause mayhem if their homes are desecrated.
The Temuan’s culture reflects their belief in these nature spirits. Their animism takes the form of taboos, herbal remedies, ritual ceremonies and magic. They have dukun (healers) and a village bomoh (shaman) who, when in a trance state, communicates with the nature spirits. It is the shaman who leads the tribe in the annual sawai - an ancient earth healing ritual to honour their ancestors and appease the guardian spirits.
Customs
Some traditional superstitions still held by Temuans:1. Respect for their elders & mdash; bad luck is said to strike those who fail in this.
2. They do not praise a baby, in the belief that it would make the child sick and die.
3. If a Temuan is travelling and a little rain falls, he must slip a leaf into his ear to protect himself on his journey.
4. If a Temuan desires something he cannot get, he must say pinah hunan and put their saliva on his neck, in the belief that failure to do so would result in an accident.
5. A Temuan who must leave a meal in a hurry without eating food must tempot (touch the food to his skin) before leaving, in the belief that failure to do so would result in an accident or death.
6. A Temuan must stay quiet during thunderstorm. If he makes noise, the Thunder god will mistake him for a devil and strike him. Temuans believe that a thunder strike occurs when the Thunder god is hunting devils. That is why they must stay quiet & mdash; to prevent the Thunder god from striking at them.
7. A murderer will be haunted by his victim's ghost.
8. Stay away from a place that was haunted, to avoid being disturbed by an evil spirit.
Temuan
Suku Temuan Belandas merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang, Selangor Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Suku Temuan merupakan suku keempat terbesar di dalam hierarki kaum Orang Asli di mana jumlah mereka adalah seramai kira-kira 10,000 orang di Semenanjung Malaysia. Mereka mengamalkan adat resam yang menyamai orang Melayu.
Contoh Bahasa Orang Asli Suku Kaum Temuan :
- Saya = Akuk
- Kau = Ajih/Ong
- Kamu = Higun
- Makcik = Inak
- Pakcik = Mamak
- Buruk = Barak / Nyap Elok / Nyahat
- Tak = Nyap
- Tiada = Hap
- Arak = Engkem/Aii/Sukuk
- Mee Jalung = Hokieen Mee
- Pantim = Daging kera salai
Hantu Seburu ( a.k.a Bigfoot ) telah wujud pada Zaman Mamak dan Inak Bungsuk. Hantu Seburu ini adalah sebenarnya orang Asli Temuan yang menuntut salah ilmu iaitu "Ilmu Hitam" yang menyebabkan bentuk fizikalnya berbulu sonsang dan tidak bole memahami dan berkomunikasi dalam bahasa Manusia lagi. Orang Asli Temuan percaya yang bila seseorang terjumpa Hantu Seburu ini, orang itu akan terus demam dan mati sejam kemudian.Mamak Bungsuk pernah berpesan kepada cucu-cicitnya janganlah menuntut ilmu yang akan membawa padah kepada diri sendiri dan juga orang lain.
Orang Asli Temuan juga pandai dalam bidang perubatan tradisional. Ramai juga orang dari bandar yang menggunakan perkhidmatan daripada Orang Asli untuk mengubati penyakit dan juga masalah-masalah mereka. Antara penyakit yang boleh di ubati oleh bomoh Orang Asli Temuan ialah demam panas, cirit-birit, darah beku, penyakit pinggang dan lain-lain lagi.
Ramai juga orang dari bandar yang mengunakan khidmat "Minyak Pengasih" daripada bomoh Orang Asli ."Minyak Pengasih" ini merupakan jualan yang terlaris dan nombor satu dalam perkhidmatan dari bomoh Orang Asli . Kegunaan minyak ini adalah untuk mengembalikan orang yang tersayang kepada pangkuan anda.
Ramai pelanggan yang menggunakan khidmat bomoh Orang Asli Temuan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Oleh sebab itu tidak hairanlah lagi jikalu ada orang menyatakan bahawa bomoh orang Asli adah berada di kedudukan nombor satu dalam industri perubatan tradisional Malaysia.
Lokasi
- Temuan di Kampung Sungai Kelubi, Hulu Selangor, Selangor
- Temuan di Bukit Lanjan, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor
- Temuan di Kampong Kuala Pangsoon, Hulu Langat, Selangor .
- Temuan di Broga, Semenyih Selangor
- Temuan di Kampung Paya Lebar, Sungai Lui Hulu Langat, Selangor
- Temuan di RPS Bukit Cheeding, Kuala Langat, Selangor
- Temuan di RPS Kuala Kubu Bharu , Selangor
- Temuan di Kampung Bukit Tadom, Labuhan Dagang, Banting, Kuala Langat, Selangor
- Temuan di Kampung Busut Baru, Kuala Langat, Selangor
- Temuan di Kampung Guntor, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. .
- Temuan di Parit Gong Negeri Sembilan.
- Temuan di Kampung Bukit Payong, Melaka.
- Temuan di Kampung Lubuk Bandung, Melaka.
- Temuan di Kampung Sungai Mering Bangkong Cunom
Suku Temuan Belandas merupakan orang asli dari puak melayu proto yang terdapat di Pahang, Selangor ,Negeri Sembilan dan Johor.
Suku
Temuan merupakan suku keempat terbesar di dalam hierarki kaum Orang
Asli di mana jumlah mereka adalah seramai kira-kira 10,000 orang di
semenanjung Malaysia. Mereka mengamalkan adat resam yang menyamai orang
Melayu.
Contoh Bahasa Orang Asli Suku Kaum Temuan :
- Saya = Akuk
- Kau = Ajih/Ong
- Kamu = Higun
- Makcik = Inak
- Pakcik = Mamak
- Buruk = Barak / Nyap Elok / Nyahat
- Tak = Nyap
- Tiada = Hap
- Arak = Engkem/Aii/Sukuk
- Mee Jalung = Hokieen Mee
- Pantim = Daging kera salai
Lagenda Temuan: Mamak dan Inak Bungsuk
adalah penyambung zuriat untuk semua kaum Temuan setelah peristiwa
"Banjir Besar" beribu-ribu tahun dahulu."Banjir Besar" berlaku kerana
pada masa dulu Orang Temuan suka membuat "Celau" iaitu perkara-perkara
yang terlarang dan menyebabkan Muyang dan Tuhan murka kepada mereka.
Gunung Raja merupakan tempat kelahiran kaum Temuan.Gunung Raja terletak
di antara sempadan negeri Selangor dan Pahang. Terdapat Orang Halus yang
mendiami Gunung Raja.
Hantu seburu( a.k.a bigfoot
) telah wujud pada Zaman Mamak dan Inak Bungsuk. Hantu Seburu ini
adalah sebenarnya orang Asli Temuan yang menuntut salah ilmu iaitu "Ilmu
Hitam" yang menyebabkan bentuk fizikalnya berbulu sonsang dan tidak
bole memahami dan berkomunikasi dalam bahasa Manusia lagi. Orang Asli
Temuan percaya yang bila seseorang terjumpa Hantu Seburu ini, orang itu
akan terus demam dan mati sejam kemudian.Mamak Bungsuk pernah berpesan
kepada cucu-cicitnya janganlah menuntut ilmu yang akan membawa padah
kepada diri sendiri dan juga orang lain.
Orang
Asli Temuan juga pandai dalam bidang perubatan tradisional. Ramai juga
orang dari bandar yang menggunakan perkhidmatan daripada Orang Asli
untuk mengubati penyakit dan juga masalah-masalah mereka. Antara
penyakit yang boleh di ubati oleh bomoh Orang Asli Temuan ialah demam
panas, cirit-birit, darah beku, penyakit pinggang dan lain-lain lagi.
Ramai
juga orang dari bandar yang mengunakan khidmat "Minyak Pengasih"
daripada bomoh Orang Asli ."Minyak Pengasih" ini merupakan jualan yang
terlaris dan nombor satu dalam perkhidmatan dari bomoh Orang Asli .
Kegunaan minyak ini adalah untuk mengembalikan orang yang tersayang
kepada pangkuan anda.
Ramai pelanggan
yang menggunakan khidmat bomoh Orang Asli Temuan amat berpuas hati
dengan perkhidmatan yang diberikan. Oleh sebab itu tidak hairanlah lagi
jikalu ada orang menyatakan bahawa bomoh orang Asli adah berada di
kedudukan nombor satu dalam industri perubatan tradisional Malaysia.
Kandungan Adat
Bahagian ini hanya menekankan kepada beberapa fasal adapt yang masih menjadi amalan utama masyarakat Temuan Adat Mempatih.
1. Sistem keketuaan dan kepimpinan
Sistem
keketuaan dan kepimpinan dalam Adat Mempatih berpaksikan kepada
Lembaga Adat. Perbilangan adat di bawah menerangkan peranan setiap Ahli
Lembaga Adat di dalam sebuah kampung :
Adat tak lapok dihujan, tak lekang dipanas
Dicabut layu, diubah matik
Biar matik anak, jangan matik adat
Luak berpenghuluk, Alam beraja
Bukit-bukau berBatin, Bulat suku kerana waris
Bulat waris kerna Lemago, Bulat Lemago kerna Batin
Batin bertampok adat, Jenang melingkongi adat
Menteri mendatar adat, Jekerah beranak buah
Panglima kuda pelejang, anjing pemburu, sampan pelayar
Disruh pergi, dipangil datang, Uruh-arah di Jekerah
Sistem pentadbiran kampung bagi masyarakat Temuan ditunjukkan dalam rajah di bawah :-
Lembaga Adat
|
Peranan Dalam Kampung
|
BATIN
|
Batin
adalah ketua adat dalam sebuah kampung. Batin menjaga kepentingan
dan kebajikan anak buahnya. Perbilangan adat di bawah menunjukkan
peranan batin sebagai seorang ketua adat dalam sebuah kampung.
Batin bertampok adat
Bergajah tunggal
Biar matik enek jangan adat
Maksud :
Maksudnya,
Batin yang membuat keputusan setelah sesuatu perbicaraan selesai
iaitu sama ada satu ataupun tidak bagi sesuautu keputusan yang telah
dibuat ataupun ditarik balik (jika tersilap). Batin hanya menghukum
Lembaganya sahaja. Batin mempunyai Lembaga dan Waris atau Telapak.
Pusaka Batin diturunkan kepada ‘Perut Ibu’ yang berketurunan Waris Pusaka sesuatu Undang Luak (contohnya Jelebu). Perut Ibu ialah Telapak Batin yang dikenali sebagai Ibu Sako. Anak lelakinya dipanggil Waris Sako.
Nilai hukuman :
1 bahara – RM14
4 bahara – RM48
|
Mangku
|
Mangku
berperanan sebagai pemangku ketika ketiadaan Batin. Mangku boleh
menangguhkan keputusan sementara menunggu Batin pulang nilai adat Mangku
sama dengan adat Batin. Di Parit Gong, pusaka Mangku telah diberikan
kepada waris yang tua dan tidak boleh diambil balik kecuali warisnya
menyerahkan semula. Upacara pelantikan adalah sama seperti
pelantikan Batin.
Nilai hukuman :
1 bahara – RM14
4 bahara - RM48
|
Jenang
|
Jenang pula melingkongi adat
Biar matik anak jangan matik adat
Jenang
berperanan sebagai pelincung adat. Beliau memastikan adat cukup dan
memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Jika terpaksa, Jenang akan
mempertahankan adat daripada anak. Tugas Jenang sentiasa mengingatkan
Jekerah supaya anak buah beradat. Upacara pelantikan Jenang sama
seperti pelantikan Batin.
Nilai adat Jenang ialah RM7.30.
|
Menteri
| Menteri pula mendatar adat
Luk kayu dipaluk, kayu dipaluk jangan patah
Ular dipaluk jangan matik
Rumput dipaluk jangan layuk
Tanah dipaluk jangan lemang
Rambut ditarik jangan putus
Tepung jangan berselerak
Cincang jangan lumat
Bakar jangan hangus
Menteri bertindak sebagai penasihat. Beliau tidak boleh menyokong mana-mana pihak sama ada Lembaga ataupun anak buah. Beradat datar bermaksud jika Batin menghukum anak buah terlalu berat, Menteri berhak menegur. Tugasnya menjaga kedua-dua belah pihak. Upacara pelantikan adalah sama dengan Batin.
Nilai adat Menteri ialah RM7.30.
|
Jekerah
|
Jekerah pula beranak buah
Menjaga waris, menyangkar Ibuk
Pagi membuka, petang menutup
Berkata dua
Jekerah
berperanan menjaga waris atau perut. Beliau boleh menegur ibu-ibu
jika anak-anak mereka berkelakuan tidak baik dan tidak beropan santun.
Beliau hendaklah sentiasa mengambil tahu tentang hal-ehwal anak-anak
buah. Beliau boleh menarik balik hukuman jika tersilap.
Nilai adat Jekerah : RM7.30
|
Penglima-penglima
|
Kuda pelejang, anjing pemburu
Sampan pelayar, disuruh pergi
Dipangil datang, uruh-arah di Jekerah
Panglima
merupakan orang suruhan Jekerah. Panglima juga bertindak sebagai
pembantu (Jekerah) bagi memudahkan tugas-tugas Jekerah. Selain Waris
Sako, gelaran Panglima juga diberikan kepada Orang Semenda. Ia
bertujuan untuk mendidik anak-anak supaya sentiasa beradat dan
bersopan santun di samping menjaga kebajikan dan kemajuan keluarganya.
Panglima ini juga boleh dilantik dari kalangan orang-orang yang
berjasa kepada kampung tersebut.
Panglima hanya boleh menghukum dalam warisnya sahaja. Nilai adat Penglima RM0.30 (satu kopiah) – RM0.90 (tiga kopiah).
Upacara
pelantikan orang luar melalui upacara kedim (atau masuk suku) tetapi
tidak perlu memakai pakaiana serba hitam. Jika Orang Semenda, gelaran
Panglima siberikan semasa berkahwin.
|
Pemilihan Calon Batin
Waris Sako
mestilah tidak menganut apa-apa agama atau lain-lain kepercayaan dan
masih berpegang kuat kepada adat. Perkara ini adalah amat penting sekali
dalam mewarisi Pesako Batin. Perkara kedua ialah Waris Sako tidak boleh menjadi ‘Pak Sanggup’ ataupun ‘Cina Butak’ ataupun dipanggil ‘Menyandar Lemang Hangat Orang’. Maksudnya, dia sanggup menjadi ayah kepada anak luar nikah ketika masih dalam kandungan ibu.
Waris Sako
harus mempuyai semangat atau berjiwa pemimpin. Misalnya sanggup
mempertahankan adat apabila bertembung masalah keluarga seperti dalam
perbilangan adat “Biar matik adat, jangan matik anak”, Waris Sako juga mesti mempunyai perwatakan yang baik, bersopan dan berbudi bahasa tetapi tegas.
Upacara Pertabalan Batin
Ibu Sako
akan berarak bersama anaknya yang berpakaian serba hitam dan berpayung
hitam sambil mengendongkan lambang kebesaran Batin iaitu Sirih Sebujam
berserta duit RM14, sebilah keris, dita (tanjak) serta sebuah boko
menuju Balai Adat diiringi denga tiga das tembakan senapang atau meriam.
Tepat waktu tengah hari, upacara pelantikan pun bermula. Jenang
menabur meras tumbuk (tepung tawar) di sekitar Balai Adat dan diasapkan
dengan kemitan tujuh kali, kemudian menyarungkan dita di kepala dan
menyelitkan keris di pinggang Batin sambil melafazkan :-
Cap disandang, tuah dijunjung
Kecik bernamak, besar bergelar
Batin gelaran ong
Setelah selesai upacara pelantikan, makan beradat dimulakan dengan hidangan “Nasi Boko” iaitu nasi pulut kuning, ayam panggang, ketupat tujuh biji dan telur ayam tujuh biji. Ibu Sako merupakan orang yang pertama menyembah Batin sebanyak tiga kali kemudian diikuti Anak Buah Pusaka yang lain, seterusnya oleh anak-anak buah dalam dan luar kampung. Bermula dari saat itu, Batin diberi kuasa oleh Ibu Sako untuk membuat keputusan seperti dinyatakan dalam perbilangan adat yang berbunyi :
Dimanak bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Adat Tuhak harus dipakai
Perbilangan
ini bermaksud seluruh anak-anak buah mesti mematuhi adat dan pantang
larang. Jika melanggar pantang larang, mereka akandihukum atau didenda
mengikut kesalahan yang dilakukan. Nilai hukuman ialah satu bahara
(RM14) atau empat bahara (RM48).
Cara pelantikan bagi
Mangku, Jenang, Menteri dan Jekerah adalh sama seperti pelantikan
Batin. Terdapat sediki perbezaan untuk pelantikan penglima-penglima di
masa semasa pelantikan penglima-penglima tidak perlu memakai pakaian
serba hitam.
Harta boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu :-
i. Harta Dapatan
– harta dapatan ditnggalkan. Maksudnya, harta yang diperolehi daripada
pemberian atau warisan ibu bapa si isteri tidak boleh diambil oleh
suami dan begitu sebaliknya. Contohnya, apabila pasangan suami isteri
bercerai sama ada cerai hidup atau cerai mati, segala harta seperti
rumah, dusun dan harta-harta lain kepunyaan isteri tidak boleh diambil
oleh bekas suami. Begitu juga dengan dusun bekas bapa mertua walaupun si
suami telah menjaga dan bersama-sama menanam di dusun tersebut tetapi
dia tiada berhak ke atas dusun tersebut dan tak boleh dituntut oleh
waris bekas suami.
ii. Harta Bawaan
– harta bawaan dikembalikan maksudnya harta yang dimiliki oleh si
suami sebelum dia berkahwin lagi. Contoh, sebelum berkahwin si suami
ada membawa keris atau kereta atau lain-lain harta. Apabila bercerai,
bekas isteri atau keluarga bekas isteri tidak boleh menuntut harta
tersebut. Harta tersebut milik suami dan sekiranya si suami meningal
dunia, harta tersebut perlu dipulangkan lepada warisnya. Begitu juga
dengan harta pusaka suami kerana harta tersebut milik suami dan
keluarganya.
iii. Harta Pemberian
– harta perberian diakui (semasa hidup). Ia selalunya melibatkan
pemberian harta kepada anak angkat. Syarat utama di dalam harta
pemberian ialah semasa memberi harta, si pemberi masih hidup dan
mempunyai saksi atau wsiat secara bertulis menyatakan harta tersebut
telah diberikan kepada anak angkat atau orang tertentu. Contohnya, suami
memberikan hartanya kepada anak angkat, anak tiri atau kawan-kawan
semasa dia (suami) masih hidup. Apabila dia mati, isteri atau anaknya
tidak boleh mempertikai hak harta tersebut atau menuntutnya.
iv. Harta Carian
– harta carian dibahagikan, sudah dibahagikan diagihkan. Ungkapan
selepas menjadi suami isteri, harta carian pun bermula bermaksud, harta
carian perlu diberikan sama rata antara suami dan isteri dan harta
tersebut akan diagihkan kepada anak-anak (diberi kepada anak-anak).
Contohnya, sebuah ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh pasangan
suami isteri setelah mereka berkahwin. Suatu aru nanti kebun tersebut
akan diberikan atau diwariskan kepada anak-anak. Harta tersebut dibuat
sendiri oleh pasangan suami isteri dan bukannya diwarisi dari turun
temurun. Sekiranya berlaku perceraian harta tersebut akan dibahagikan
sama rata.
Harta yang tidak boleh diambil oleh suami :-
a. Rumah } harta orang perempuan
b. Pinggan mangkuk }
Harta yang tidak boleh diambil oleh isteri
a. Lembing } harta orang lelaki
b. Keris
Subscribe to:
Posts (Atom)