Refleksi
Bina Insan Guru – Bengkel Pengurusan Pendidikan
Pada
semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel atau kursus kepada kumpulan
guru samada di sekolah sendiri ataupun di sekolah yang lain.tajuk-tajuk
berkenaan dengan pendidikan telah diberikan kepada kami semua. Setelah menerima
tugasan ini saya dengan beberapa orang lagi rakan sekelas telah berbincang
untuk mengadakan kursus ini secara bergabung.Jadi kami telah membuat
perbincangan melalui talian komunikasi yang ada sekarang ini
Kami bersetuju memilih dan menetapkan
kursus ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal,Pasir
Puteh,Kelantan,memandangkan di sini terdapat ramai rakan sekelas kami yang
bertugas di sekolah ini.Diharapkan tugasan ini dapat dibereskan dengan agak
mudah dan cepat.Saya yang berada di Jerteh,bertindak sebagai urusetia kursus ini.Kami juga telah memilih dan
menamakan kursus ini, “Kursus Profesionalime Keguruan”.Tenaga penceramah kami
telah menjemput Tn.Hj.Che Hassan bin Che Abdullah,daripada Unit Tatatertib dan
Keutuhan,JPN Kelantan untuk menyampaikan ceramah tersebut.
Seperti yang telah ditetapkan,kursus
ini berjalan seperti yang dirancangkan,tepat pada jam 2.00 petang dan tamat
pada jam 4.35 petang.Saya dan guru-guru ppg dari IPGM SM,selain sebagai urusetia,tetapi kami juga turut
bertindak sebagai peserta kusus ini! Banyak input yang menarik dapat kami
ketahui ketika mengikuti kursus ini.Khasnya mengenai perjawatan,tatatertib dan
sebagainya.
Pengalaman menguruskan dan merancangkan
kertas kerja untuk kursus ini telah member satu pengalaman yang baik serta
bagus sekali kepada kami semua.Sikap tolak ansur,kerjasama dengan guru-guru dan
rakan sekelas telah kami berikan.sesungguhnya tanpa kerjasama erat antara satu
sama lain,tidak mungkin kursus ini dapat dijalankan dengan baik.pihak
pentadbiran SK.Bukit Abal juga banyak membantu, di mana boleh dikatakan semua
gurunya mengikuti kursus ini walaupun
dilakukan pada sebelah petang.
Hasil
pemerhatian saya dan rakan yang lain,kursus ini telah Berjaya memberi
input-input yang baik dan menarik kepada semua guru yang mengikuti.Masa
mendengar ceramah yang mengambil masa
lebih kurang 2 jam setengah terasa cepat sekali dan tidak puas mendengar
ceramah yang disampaikan itu.
Sesungguhnya, pengalaman
menyiapkan tugasan ini telah memberi satu pengalaman yang baik kepada kami
semua,Walaupun kami pernah membuat kertas kerja program sukan dan juga
perkhemahan untuk murid,tetapi agak
berlainan,kerana program ini dikhaskan untuk guru-guru yang sudah lama mengajar di sekolah.Seorang pensyarah
IPGM SM iaitu Encik Fauzi telah dating
dan turut serta dalam kursus ini dalam menjayakan kursus “Profesionalisme Keguruan “
Bagi saya walaupun tinggal di Jerteh,tetapi sanggup
bergegas ke Daerah Pasir Puteh,Kelantan demi menjayakan program BIG ini
secepat dan sebaik mungkin.Apa lagi
keadaan tugasan di sekolah yang
banyak,memaksa kami menyiapkan semua kerja dalam tempoh yang
singkat.Jadi kami perlu bijak membahagikan masa bekerja,rutin harian dan masa
belajar.
Diucapkan ribuan terima kasih
tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan kursus
“Profesionalisme Keguruan
,terutamanya pihak pentadbiran SK.Bukit Abal,Pasir Puteh ini yang banyak memberi
sokongan padu kepada kami semua.
No comments:
Post a Comment