1.0 Definisi dan maksud patriotism.
Patriotisme berasal
daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen, iaitu
rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah
air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di
hadapan dalam usaha membela tanah air. Seorang patriot dikatakan sebagai
seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk
mempertahankannya.
Patriot bermaksud orang yang
mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air atau pembela
negara (Kamus Dewan dan Oxford English Dictionary). Patriot juga bererti orang
yang cinta tanah airnya dan akan melakukan apa saja demi untuknya (New
Webster's Dictionary).Patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta
kepercayaan yang menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok
tersebut menghuni. Ianya juga melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan
pengaruh yang kuat terhadap tingkahlaku manusia. Ianya sering kali dikaitkan dengan
kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri.
Seseorang itu dianggap patriot apabila
tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan
kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nordin Kardi: 2003). Manakala Bill
Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara.
Menurut beliau, tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa
bentuk pun boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara.
2.1
Analisis pendekatan,kaedah penerapan nilai patriotisme yang berkesan di
sekolah.
Sekolah Kebangsaan Tempinis,Jerteh,Terengganu
pada Ogos tahun lalu telah mengadakan “Kempen Kibarkan Jalur Gemilang” selama
sebulan bermula 1 Ogos hinggalah 31 Ogos. Tujuan kempen ini diadakan adalah
untuk menanamkan semangat patriotisme di kalangan pelajar sekolah ini.Semua
pelajar digalakkan mengibarkan bendera negara samada di basikal atau di kawasan
kelas masing-masing Hadiah akan
diberikan kepada individu dan kelas yang berjaya mempamerkan keutuhan,keceriaan dan kecantikan bendera
masing-masing.Aktiviti ini dilihat berjaya memupuk semangat patriotik serta
cintakan negara di jiwa pelajar sekolah ini.
Jika anda mahukan kerja kursus yang lengkap ini,call saya 0139791552.
Saya punyaii maklumat lengkap..berpatutan. Cikgu Lah PPG IPGM KSM
.
No comments:
Post a Comment