Sekarang ini rata-rata orang mengeluh pasal kenaikan barang-barang dan harga perkhidmatan lain.Semalam kita dikejutkan lagi dengan berita kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 30 sen seliter.Berbagai keluhan dan rungutan kita dengari.Tak kurang juga yang menerima dengan biasa berita kenaikan harga minyak ini.Sesungguhnya kenaikan harga petrol ini akan membuatkan kenaikan barangan serta perkhidmatan yang lain!
Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang telah menerima sikit kenaikan gaji atau elaun dan lain-lain,tak mengapa.Bagaimana pula dengan nasib dan keadaan golongan yang berpendapatan kecil,seperti kaum petani kampung,nelayan sara diri,pekebun kecil,pesawah dan lain-lain pekerja yang tak punyai pendapatan tinggi serta tak menentu.Sungguh kasihan dengan nasib dan keadaan hidup mereka. Sudahlah dibebani dengan kesusahan hidup,ditambah pula dengan kenaikan harga barang dan petrol pula.Cubalah kita semua renungi nasib serta keadaan hidup mereka.
Apabila berlaku sesuatu kenaikan harga barangan atau perkhidmatan,maka golongan berpendapatan sederhana dan rendahlah yang menanggung bebanannya.Bagi golongan berada dan pihak atasan,bagi mereka tiada kesan langsung! Sikitpun mereka tak merasa hairan,dengan situasi kenaikan ini.bagi mereka biasa saja,bak kata orang hanya di celah kuku aje.Sebab mereka punyai harta dan pendapatan yang tinggi yang bisa menangani kenaikan yang agak sedikit bagi mereka.
Di warung-warung kopi,kedengaran keluhan golongan yang tak berpuas hati dengan kenaikan harga ini.Apa boleh buat,kita tidak boleh mengawal kenaikan tiap harga barangan keperluan.Kepada golongan yang berpendapatan randah dan tak menentu,anda silalah membuat perancangan sebelum membuat apa-apa belian.Belilah apa yang perlu saja.Senaraikanlah barangan yang perlu dan penting untuk anda beli.elakkan membeli barangan yang tak penting dan mewah dalam hidup anda!
Rancangkanlah perjalanan anda setiap hari.jangan banyak keluar dari kawasan rumah dengan menggunakan kereta.pastikan anda perlu untuk keluar untuk perkara yang penting saja seperti membeli barangan dapur,mengambil anak sekolah,menziarahi keluarga dan lain-lain yang penting sahaja.Elakaan meronda dan bersiar-siar ke tempat yang tak penting dan membuang masa saja.
Bagi yang punyai sedikit tanah kawasan rumah,anda boleh berkebun.tanamlah serba sedikit tanaman yang perlu untuk dapur anda,seperti halia,serai,pandan,lada kecil,pokok kari dan lain-lain lagi.dengannya benda-benda ini sekurang-kurangnya jimatlah sedikit wang dapur.Anda tak perlu beli barangan yang sudah ada di kawasan rumah anda.
lain daripada itu belajarlah menabung serba sedikit.Simpanlah wang siling yang lebih ke dalam tabung, moga-moga boleh digunakan pada suatu masa akan datang.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment