Wednesday, September 4, 2013

BM Sintaksis

1.Pengenalan
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
n  Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
n  Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.
n  Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

AYAT
KLAUSA
FRASA
KATA

1.1 Definisi ayat :
n  Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
n  Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

1.2 Binaan ayat
n  Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi.
n  Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.
n  Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat

1.3 Subjek dan predikat
n  Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
n  Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
n  Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri  daripada frasa nama. Ayat berikut salah dari segi binaan subjeknya.
n  Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

1.4 Pola ayat dasar
n  Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
n  Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.
n  Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
n  Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

Pola Ayat Dasar
Frasa Nama (FN)
Frasa Nama (FN)
Frasa Nama (FN)
Frasa Kerja (FK)
Frasa Nama (FN)
Frasa Adjektif (FA)
Frasa Nama (FN)
Frasa Sendi Nama (FSN)
Pola
Subjek
Predikat
Pola 1
(frasa nama)
Ahmad
(frasa nama)
guru
Pola 2
(frasa nama)
Padi
(frasa kerja)
menguning
Pola 3
(frasa nama)
Kanak-kanak
(frasa adjektif)
nakal
Pola4
(frasa nama)
Pejabatnya
(frasa sendi nama)
di atas


Contoh pola ayat dasar





  1.5 Frasa
Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas. Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan. Tetapi frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih.
Sebagai contohnya, Kambing.

FRASA NAMA
Kambing
Seekor kambing
Seekor kambing jantan
Seekor anak kambing jantan

      Manakala menurut Asraf (2008), frasa  ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi (FS).
      Melalui buku-buku tatabahasa lama frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberi istilah rangkai kata dengan pengertian bahawa frasa itu merupakan suatu rangkaian beberapa patah kata.
      Tetapi berdasarkan konsep sekarang, ada frasa yang boleh terdiri daripada sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek, atau predikat, atau objek, dan ada pula tidak boleh terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Apabila frasa terdiri daripada beberapa patah kata, maka kesempurnaan bentuknya sebagai unit bahasa gramatis bergantung pada susunan letak kata-kata yang menganggotai kelompok frasa itu menurut kelasnya masing-masing.

1 comment:

  1. Maklumat di atas kurang lengkap,kalau mahu lengkap call saya,untuk perbincangan hp 0139791552

    ReplyDelete