IKAN HARUAN
Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika
boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia
Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma)
dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).
Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis
terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman,Bujuk dan Haruan
adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai
daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air
yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun,
kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan
Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.
Khasiat ikan Haruan
Ikan Haruan tidak kira digoreng, dibakar atau dibuat sup,
ikan haruan sememangnya telah lama menjadi lauk hidangan rakyat Malaysia
terutamanya kawasan kampung selain menjadi penawar untuk menyembuhkan luka
terutama kepada mereka yang baru menjalani pembedahan dan bersalin.
Ikan air tawar jenis karnivor ini, yang merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau ini. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan ikan toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia
Ikan haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Terdapat laporan menyebut pemancing pernah menangkap haruan bersaiz besar tetapi kebiasaannya berat ikan itu hanyalah sekitar satu kilogram.tetapi ada juga pemancing yang berjaya mendapat haruan seberat hampir 4kg.
Haruan (Channa striatus),
spesies suka menyendiri memilih kawasan berpaya, parit atau sawah padi sebagai
perumah dan mudah dikesan terutama di kawasan semak berair cetek.Ikan air tawar jenis karnivor ini, yang merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau ini. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan ikan toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia
Ikan haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Terdapat laporan menyebut pemancing pernah menangkap haruan bersaiz besar tetapi kebiasaannya berat ikan itu hanyalah sekitar satu kilogram.tetapi ada juga pemancing yang berjaya mendapat haruan seberat hampir 4kg.
Ia begitu popular bagi kaum Cina, khususnya untuk perubatan. Popularitinya meningkat naik berikutan hasil penyelidikan mendapati dagingnya mengandungi asid Arachidonis yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat malah kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan bada
Dikelaskan sebagai karnivor. Makanan utama ialah anakanak ikan kecil, anak katak, udang dan juga cacing. Ketika memburu ia sering menyelinap di celah rumput tebal dengan mendiamkan diri sebelum menyerang mangsa. Paling menarik, haruan hanya memakan ikan hidup.
Keseimbangan pH7 adalah tahap air paling sesuai baginya. Ini bermakna, ia lebih selesa berada pada tahap air sedikit masam bercampur kelat.
Manakala keliatan air ialah 8. Haruan tidak suka berada di kawasan terdedah matahari. Justeru, ia lebih gemar bersembunyi di tempat teduh dan terlindung. Tidak hairan ia lebih selesa berada di kawasan bersuhu sejuk dengan suhu air sekitar 26 darjah celsius. Ia dikatakan mampu membesar sehingga 25 sentimeter.
Di Malaysia, boleh dikatakan semua negeri ada kedapatan ikan haruan ini,Terutamanya di Pahang,Kelantan,Terengganu,Johor,Melaka dan lain-lain lagi,Ia banyak menghuni kawasan anak sungai di kawasan pendalaman,parit taliair,lombong dan juga sawah padi.
Haruan sering menjadi buruan ramai berikutan ia mempunyai nilai komersial dan khasiat perubatan. Bagi menjamin sumber terus berkekalan, kaedah pemburuan secara berhemah perlu diterapkan.
Kaedah menangkap ikan menggunakan renjatan eletrik, racun, tuba atau bahan letupan adalah dilarang. Kaedah buruk ini menyumbang kepupusan baka ikan itu bahkan memusnahkan ekosistem sama sekali.Kaedah menangkap yang biasa dilakukan oleh pemancing adalah dengan cara pancing menggunakan anak katak,cacing,umpan anak ikan dan sebagainya.Ada juga yang menangkap menggunakan pukat,bubu dan cara memasang taut (tajur).Bagi diriku dulu, aku suka menggunakan umpan cacing dan juga ikan sempilai sebagai umpan untuk menangkap ikan haruan ini.Ikan sempilai akan aku sangkut pada mata pancing dan ditahakan di sawah atau alur air berdekatan sawah.Selepas beberapa ketika,jika ada rezeki tersangkutlah ikan haruan ini sebesar lengan! Itulah pengalamanku semasa kanak=kanak dan awal remaja ku.Ikan ini biasanya aku goreng kunyit aje dan dimakan dengan nasi.
Haruan boleh dimasak pelbagai cara. Bagi orang Melayu, haruan masak lemak cili api bercampur daun kesom begitu digemari.
Bagi masyarakat Cina, sup ikan haruan bercampur rempah perubatan dan haruan kukus amat popular.
Di Filipina sup ikan haruan amat popular. Ia menjadi menu utama di hotel-hotel dan juga kedai makanan sekitar Manila dan juga Binangonan berhampiran tasik Laguna.
Malah, pelanggan boleh memilih haruan hidup mengikut saiz yang kehendaki untuk sajian.
Di Thailand, kek ikan haruan berjaya dikomersialkan. Adunan kek bercampur dengan isi haruan itu mendapat permintaan tinggi penduduk di sana.
Sesetengah pengamal perubatan tradisional juga percaya menelan anak ikan haruan hidup yang masih merah mampu menyembuhkan penyakit selain membantu menguatkan pengaliran darah pemakannya..
No comments:
Post a Comment