Monday, September 30, 2013

Ubi Kayu

Ubi Kayu
Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam penerbitan bahasa Inggeris, tanaman ini biasanya dirujuk dengan menggunakan nama-nama tempatannya, seperti mandioca, aipim, atau macaxeira (Brazil), kassav (Haiti), mandi´o (Paraguay), akpu atau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo atau mihogo (kawasan di Afrika yang berbahasa Swahili), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China), củ sắn or khoai mì (Vietnam) dan manioke atau manioca (Polynesia).

Penanaman

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.

Kegunaan

Makanan
Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua.
Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu.
Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya.
Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.

Kegunaan lain
Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.

Daun ubi kayu yang tua boleh dijadikan bungkusan makanan. Bahagian pucuknya dibuat ulam dan disayur lemak cili api dan sebagainya.



Ubi Kayu
Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam penerbitan bahasa Inggeris, tanaman ini biasanya dirujuk dengan menggunakan nama-nama tempatannya, seperti mandioca, aipim, atau macaxeira (Brazil), kassav (Haiti), mandi´o (Paraguay), akpu atau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo atau mihogo (kawasan di Afrika yang berbahasa Swahili), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China), củ sắn or khoai mì (Vietnam) dan manioke atau manioca (Polynesia).

Penanaman

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.

Kegunaan

Makanan
Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua.
Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu.
Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya.
Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.

Kegunaan lain
Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.

Daun ubi kayu yang tua boleh dijadikan bungkusan makanan. Bahagian pucuknya dibuat ulam dan disayur lemak cili api dan sebagainya.


                     Fail:YosriUbiKayuRebus.jpg

Pokok ubi kayu                                                                      ubi rebus dan kelapa parut

Fail:YosriUbiKayu.jpgFail:Tapai ubi kayu.jpg

Ubi kayu yang baru digali                                                    tapai ubi kayu


Fail:Manihot Esculenta Crantz leaves.JPG
                                       daun ubi kayu

Sunday, September 29, 2013

Rancangan Mengajar Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR

Tema
Patriotisme
Tahun
4 Anggerik
Tajuk
Lawatan ke Pulau Langkawi
Masa
8.45-9.45
Standard Pembelajaran
2.6.2  Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera untuk mengenalpasti nilai murni.
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1.       Membaca petikan Lawatan ketempat bersejarah untuk mengenalpasti nilai murni.
Aktiviti


1.       Murid membaca petikan yang bertajuk Lawatanke Pulau Langkawi mengikut kumpulan.

2.       Bersoal-jawab tentang teks yang diberikan oleh guru.

3.       Murid membaca dan menggarisi ayat yang mengandungi nila imurni .

4.       Ketua kumpulan membentangkan hasi lkerja kumpulan dengan menggunakan TMK.
5.       Kumpulan lain memberi pendapat  yang dibentangkan oleh rakan.

6.       Murid menyenaraikan 5 ayat yang mengandung inilai.


Pemulihan
Murid menulis nilai murni yang diberi oleh guru.

Pengayaan
Murid menyenaraikan  10 nilai murni yang diketahui.
Pengisian kurikulum
Ilmu :  KajianTempatan
Nilai :  Kerjasama
EMK : TMK
KBKK : Menyenaraikan/ menjana idea
Bahan Bantu Belajar
PetikanLawatanPulauLangkawi
Penilaian pdp




Friday, September 27, 2013

IKAN HARUAN

IKAN HARUAN
Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).
Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman,Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.

Khasiat ikan Haruan
Ikan Haruan tidak kira digoreng, dibakar atau dibuat sup, ikan haruan sememangnya telah lama menjadi lauk hidangan rakyat Malaysia terutamanya kawasan kampung selain menjadi penawar untuk menyembuhkan luka terutama kepada mereka yang baru menjalani pembedahan dan bersalin.

Ikan air tawar jenis karnivor ini, yang merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau ini. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan ikan toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia

Ikan haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Terdapat laporan menyebut pemancing pernah menangkap haruan bersaiz besar tetapi kebiasaannya berat ikan itu hanyalah sekitar satu kilogram.tetapi ada juga pemancing yang berjaya mendapat haruan seberat hampir 4kg.
Haruan (Channa striatus), spesies suka menyendiri memilih kawasan berpaya, parit atau sawah padi sebagai perumah dan mudah dikesan terutama di kawasan semak berair cetek.
Ia begitu popular bagi kaum Cina, khususnya untuk perubatan. Popularitinya meningkat naik berikutan hasil penyelidikan mendapati dagingnya mengandungi asid Arachidonis yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat malah kaya dengan 
kandungan protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan bada


Dikelaskan sebagai karnivor. Makanan utama ialah anakanak ikan kecil, anak katak, udang dan juga cacing. Ketika memburu ia sering menyelinap di celah rumput tebal dengan mendiamkan diri sebelum menyerang mangsa. Paling menarik, haruan hanya memakan ikan hidup.

Keseimbangan pH7 adalah tahap air paling sesuai baginya. Ini bermakna, ia lebih selesa berada pada tahap air sedikit masam bercampur kelat.

Manakala keliatan air ialah 8. Haruan tidak suka berada di kawasan terdedah matahari. Justeru, ia lebih gemar bersembunyi di tempat teduh dan terlindung. Tidak hairan ia lebih selesa berada di kawasan bersuhu sejuk dengan suhu air sekitar 26 darjah celsius. Ia dikatakan mampu membesar sehingga 25 sentimeter.


Di Malaysia, boleh dikatakan semua negeri ada kedapatan ikan haruan ini,Terutamanya di Pahang,Kelantan,Terengganu,Johor,Melaka dan lain-lain lagi,Ia banyak menghuni kawasan anak sungai di kawasan pendalaman,parit taliair,lombong dan juga sawah padi.

Haruan sering menjadi buruan ramai berikutan ia mempunyai nilai komersial dan khasiat perubatan. Bagi menjamin sumber terus berkekalan, kaedah pemburuan secara berhemah perlu diterapkan.

Kaedah menangkap ikan menggunakan renjatan eletrik, racun, tuba atau bahan letupan adalah dilarang. Kaedah buruk ini menyumbang kepupusan baka ikan itu bahkan memusnahkan ekosistem sama sekali.Kaedah menangkap yang biasa dilakukan oleh pemancing adalah dengan cara pancing menggunakan anak katak,cacing,umpan anak ikan dan sebagainya.Ada juga yang menangkap menggunakan pukat,bubu dan cara memasang taut (tajur).Bagi diriku dulu, aku suka menggunakan umpan cacing dan juga ikan sempilai sebagai umpan untuk menangkap ikan haruan ini.Ikan sempilai akan aku sangkut pada mata pancing dan ditahakan di sawah atau alur air berdekatan sawah.Selepas beberapa ketika,jika ada rezeki tersangkutlah ikan haruan ini sebesar lengan! Itulah pengalamanku semasa kanak=kanak dan awal remaja ku.Ikan ini biasanya aku goreng kunyit aje dan dimakan dengan nasi.


Haruan boleh dimasak pelbagai cara. Bagi orang Melayu, haruan masak lemak cili api bercampur daun kesom begitu digemari.

Bagi masyarakat Cina, sup ikan haruan bercampur rempah perubatan dan haruan kukus amat popular.

Di Filipina sup ikan haruan amat popular. Ia menjadi menu utama di hotel-hotel dan juga kedai makanan sekitar Manila dan juga Binangonan berhampiran tasik Laguna.

Malah, pelanggan boleh memilih haruan hidup mengikut saiz yang kehendaki untuk sajian.

Di Thailand, kek ikan haruan berjaya dikomersialkan. Adunan kek bercampur dengan isi haruan itu mendapat permintaan tinggi penduduk di sana.

Sesetengah pengamal perubatan tradisional juga percaya menelan anak ikan haruan hidup yang masih merah mampu menyembuhkan penyakit selain membantu menguatkan pengaliran darah pemakannya..













Monday, September 16, 2013

Ayam Hutan




Ayam hutan adalah nama umum bagi jenis-jenis ayam liar yang hidup di hutan. Dalam bahasa Jawa disebut dengan nama ayam alas, dalam bahasa Madura ajem alas, dan dalam bahasa Inggris junglefowl; semuanya merujuk pada tempat hidupnya dan sifatnya yang liar.
Ayam-ayam ini dari segi bentuk tubuh dan perilaku sangat serupa dengan ayam-ayam peliharaan, karena memang merupakan leluhur dari ayam peliharaan. Jantan dengan betina berbeda bentuk tubuh, warna dan ukurannya (dimorfisme seksualsexual dimorphism). Ayam hutan jantan memiliki bulu yang berwarna-warni dan indah, berbeda dengan ayam betinanya yang cenderung berwarna monoton dan kusam.
Seluruhnya, ada empat spesies ayam hutan yang menyebar mulai dari IndiaSri Lanka sampai ke Asia Tenggara termasuk Kepulauan Nusantara. Keempat spesies itu adalah:
Dua jenisnya terdapat di Indonesia, menyebar alami terutama di bagian barat kepulauan. Kedua jenis itu ialah ayam-hutan merah, yang menyukai bagian hutan yang relatif tertutup; dan ayam-hutan hijau, yang lebih menyenangi hutan-hutan terbuka dan wilayah berbukit-bukit.
Ayam hutan merah adalah moyang dari ayam peliharaan, sedangkan keturunan F1 dari persilangan antara ayam hutan merah dan ayam hutan hijau menghasilkan ayam bekisar.

Ayam hutan adalah pemakan serba-serbi, meskipun cenderung sebagai pemakan biji-bijian. Namun sebagaimana ayam umumnya, ayam hutan juga memakan pucuk-pucuk rumput, serangga dan berbagai haiwan kecil yang ditemuinya.

Burung ini biasanya hidup berpasangan atau dalam kelompok kecil. Tidur di atas ranting perdu atau semak, tidak terlalu jauh dari atas tanah. Pada musim bertelur, betina membuat sarang sederhana di atas tanah dan mengerami telurnya hingga menetas. Anak-anak ayam hutan diasuh oleh induk betinanya.
Tidak seperti ayam peliharaan, ayam hutan pandai terbang; tidak lama setelah meninggalkan sarang tempatnya menetas.
Ayam hutan merupakan salah satu jenis unggas yang telah didomestikasi manusia sejak ribuan tahun yang lalu. Ayam-hutan merah diketahui sebagai nenek-moyang langsung dari aneka jenis ayam peliharaan. Sedangkan persilangan ayam-hutan hijau dengan ayam peliharaan menghasilkan ayam bekisar, yang sangat terkenal di Jawa Timur karena suara kokoknya yang merdu dan bulunya yang indah.




Meracik Ayam Hutan.


            Saya berpendapat hobi meracik ayam hutan adalah merupakan satu sukan tradisional yang bagus dan perlu dikekalkan. Memandang ia adalah satu aktiviti hobi yang berbentuk sukan tradisional, maka segala kebaikan kebaikan aktiviti bersukan terkandung pada aktiviti ini. Di samping itu ia juga adalah satu cabang sukan yang mengekalkan warisan seni bangsa yang perlu dikekalkan untuk terus kekal oleh anak cucu kita.

           Meracik ayam hutan adalah aktiviti masa lapang warisan orang tua-tua kita. (terutama orang orang Melayu) Aktiviti adalah hobi untuk menangkap ayam hutandengan menggunakan racik ( sejenis jerat yang direka khas) di banntu oleh ayam denak atau ayam pemikat sebagai umpan untuk membuatkan ayam hutan datang kepada racit. Denak atau pemikat selalunya ayam hutan yang sudah jinak dan mempunyai ciri-ciri yang khusus sebagai ayam pemikat, seperti suara yang dapat menarik ayam hutan hutan liar serta gaya memujuk yang baik.

           Meracik ayam menggunakan peralatan yang amat tradisional (Racik) dan direka khusus dan mempunyai nilai-nilai seni warisan yang tinggi. Ketepatan racik didalam memerangkap ayam sangat tinggi sehingga 90% kebarangkalian menangkap. Ia adalah hasil tangan dan ideal turun temurun yang perlu dikekalkan.

          Aktiviti amat sihat dari segi kesihatan, kerana ia memerlukan pergerakan yang banyak, dan akan meningkatkan kesihatan jantung dan juga fizikal. Lokasi aktiviti yang biasanya dikawasan semulajadi dapat mendaikan pengamal hobi ini dan mampu menghilangkan tekanan setelah lima hari bekerja.



Ayam Hutan: Ayam Hutan Merah

Ayam Hutan: AYAM HUTAN MERAH: RED JUNGLE FOWL - AYAM HUTAN MERAH  DI SEMENANJUNG MALAYSIA  (Gallus gallus spadiceus­) Ayam hutan merah yang terdapat di Semenanjung Mala...

Sunday, September 15, 2013

Rebutlah Peluang Dalam Kehidupan

Salam sejahtera semua.hari ini cuti umum bagi Malaysia.Bagi yang kerja dengan gov dan swasta diberikan cuti satu hari,tapi kalau yang kerja dengan kedai-kedai kecil,pasar raya,bengkel atau syarikat kawalan keselamatan,syarikat kecil tentu tak bercuti.Kena kerja juga ye.Apa-apapun kehidupan perlu ditempuhi juga.Teruskan dengan aktiviti dan kerja anda dengan sebaik mungkin demi untuk sesuap nasi dan seteguk air.Ye lah kata orang,"kalau tak dipecahkan ruyong,masakan dapat sagunya"

Kita semua sepatutnya berasa bertuah dan bersyukur lahir dan berada di Malaysia ini.Masyakatnya walaupun berbilang bangsa dan suku kaum,tapi berada dalam keadaan aman dan sejahtera selalu.Jarang kita kedengaran ada yang tak makan!Bahkan makanan berlebihan,khasnya di tempat kenduri.Makanan yang tak habis dibuangkan begitu sahaja.Tapi,kalau ada juga jiran atau kawan yang berdekatan dengan kita tak ada makanan,maka haruslah kita memberi bantuan serta pertolongan yang sepatutnya.

Kita sepatutnya merebut peluang dengan keadaan negara yang aman ini.Orang-orang kita kenalah rajin dan usaha lagi bagi merubah serta menaikkan lagi taraf ekonomi kita.Anak-anak muda bangkitlah,jangan suka buang masa,jangan jadi mat rempit,jangan terlibat dengan budaya lepak di wakaf-wakaf atau pasar raya.Jangan terlibat dengan budaya dan gejala yang tidak baik seperti mencuri dan penyalahgunaan dadah dan sebagainya!Jadilah insan yang baik.Bertindaklah segera,lakukanlah aktiviti yang boleh mendatangkan hasil pada diri kita,keluarga dan masyarakat kita.Kita jangan asyik meminta dan mengharapkan bantuan daripada orang lain ataupun kerajaan sahaja.Ingatlah Tuhan tidak akan merubah nasib kita,kita sendiri bakal merubahnya.Usahalah sendiri dengan lebih gigih,jika mahu berjaya dalam kehidupan ini!

Cuba kita lihat dan perhatikan,kenapa begitu ramai orang asing seperti Indonesia,Myammar,Tibet,Bangladesh,Filiphina dan lain-lain lagi masuk dan sanggup bergadai nyawa serta mengharungi kesusahan untuk datang ke negara kita! Ya,bagi mereka di bumi ini ada lubuk emas!Maksud saya ada terdapat lubang dan punca bagi mendapatkan rezeki yang lumayan.Kedatangan mereka bukan saja untuk mencari rezeki,malahan mereka mengambil kesempatan lain.Sebagai contoh ramai gadis Melayu dan orang asli berjaya mereka kahwini.Kenapa begitu mudah gadis dan perempuan kita mereka kahwini?Ini kerana mereka bersungguh-sungguh untuk cuba menetap di negara kita ini.
Ada juga gadis Melayu diperdayakan dengan penggunaan sihir ilmu hitam oleh pemuda Indonesia ke Labok.gadis yang telah terpedaya akan dibawa balik ke Labok dan akan menjalani kehidupan yang sungguh susah serta perit sekalil 

Kepada para gadis jangan anda rapat dengan pemuda Indonesia atau Bangladesh dan lain-lain lagi.Mereka telah lama susah,masakan kita mahu hidup susah seperti mereka?Berfikirlah dengan baik dan matang sebelum membuat apa-apa tindakan.Dengarlah nasihat ke dua ibu bapa kita.Kepada pemuda dan pemudi ciptakanlah satu bidang kerja seperti berniaga secara kecilan atau berkebun sayur dan lain-lain lagi,agar perkataan menganggur serta tiada kerja untuk dilakukan hilang dibibir kita semua.

Jebak Puyuh Dan Keunikan Ciptaannya.

Keindahan seni ukir jebak puyuh

CHE Mud Che Awang sedang menyiapkan bumbung jebak yang ditempah oleh pelanggan baru-baru ini.

         Masa remaja yang sering dihabiskan dengan memerhatikan bapa saudaranya menyiapkan jebak puyuh, beransur menerapkan minat mendalam bagi Che Mud Che Awang, 76, dari Kampung Bunohan di sini untuk menguasai kemahiran itu.
Biarpun ia peralatan biasa, sekadar untuk dijadikan perangkap untuk menangkap puyuh yang boleh dibuat dengan mudah, bapa saudaranya, Ghonik Senik memilih untuk memberi nilai tambah yang tinggi kepada peralatan itu, biar pun terpaksa mengambil masa.
Ghonik menumpahkan kemahiran kreatifnya untuk menghasilkan jebak yang indah, memancarkan seni ukir yang melambangkan ketinggian tradisi pertukangan Melayu, sekali gus mengangkat nilainya di pasaran.

    "Pada masa itu orang tidak menternak puyuh. Namun burung itu mudah didapati tetapi tidak mudah untuk menangkapnya yang hidup liar.
''Jadi anak muda menjadikan hobi memikat burung terutama selepas musim menuai padi atau ketika banjir menenggelamkan semak-samun kerana keenakan dagingnya," ujar Che Mud.
Dia mewarisi sepenuhnya kemahiran itu, mungkin lebih baik dan di perkampungan tradisional itu yang tidak banyak berubah dari segi budaya masyarakatnya, permintaan sentiasa ada dan Che Mud meneruskannya.
Dia terus melakukan apa yang digemari selain meniup serunai, suatu lagi kemahiran yang membawanya bersama kumpulan wayang kulit ke beberapa negara bagi mengadakan persembahan termasuk Amerika Syarikat dan Perancis.
Sentuhan tangan dalam menghasilkan jebak puyuh melayakkannya menerima pengiktirafan oleh kerajaan selaku Adiguru Kraf Jebak Puyuh pada 1989 oleh pihak kerajaan.
Pengiktirafan seumpama itu difahamkan berasaskan ketokohan seseorang itu dari segi pengetahuan, kepakaran serta kemahiran tinggi dalam bidang pertukangan, penciptaan, penggubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa.

        Dia sedar tiada lagi yang setanding dengannya dalam mewarisi seni itu ketika banyak pihak mula memberi perhatian terhadap apa yang dilakukan dahulu sekadar untuk menambahkan rezeki.
"Kalau saya tak buat, siapa lagi nak buat. Payah nak membuatnya. Orang muda sekarang pun tak perlu jebak puyuh kerana siapa lagi ingin menangkap puyuh yang mudah dibeli di pasar-pasar.
''Ramai yang tidak lagi kenali jebak puyuh. Benda ini dilihat asing dan pelik tetapi bagi orang yang tahu menilai, harganya bukan lagi dikira," katanya ketika ditemui di bengkelnya berhampiran rumah yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Menurut Che Mud, jebak puyuh biasanya kecil sesuai dengan ukuran saiz puyuh namun saiznya kini berubah-ubah, disesuaikan dengan permintaan pembeli bagi hiasan kerana keunikannya.
Justeru, setiap jebak yang disiapkannya itu juga mampu mencapai harga sehingga RM1,000 sebuah yang berukuran luas pintunya 47 sm x 43 sm (lebar) x 45 sm (tinggi) manakala yang paling kecil 27 sm x 26 sm x 30 sm berharga RM150.
Dia menyiapkan sekurang-kurang dua buah jebak sebulan secara sambilan iaitu selepas selesai kerja di sawah bagi memenuhi permintaan terutama para pencinta seni kraf dari dalam dan luar negara sebagai koleksi atau hiasan.
       Apa yang diketahuinya adalah koleksi terbanyak iaitu sepuluh buah kini berada di muzium di Langkawi.
Jebak berbentuk separuh bulatan dengan tapak yang rata, selain dilengkapi pintu kecil serta tempat menggantung jebak di mana terdapat tali jerat di dalamnya yang dilaraskan kepada pintu jebak.
Ia disiapkan dengan menggunakan bahan-bahan yang diperoleh dari sekitar kampung, iaitu papan dari kayu nangka, sentul dan jelutong untuk dijadikan tapak jebak dan ukiran di bahagian depan.
Bilah buluh dan atau rotan yang lazimnya digunakan untuk bentuk kerangka luarannya manakala serungkupnya menggunakan anyaman akar, batang ribu-ribu yang mudah didapati di kawasan belukar.
Pohon kecil yang tumbuh menjalar itu mempunyai keistimewaan iaitu tidak reput, sama ada jebak dibiarkan basah atau kering.

       Katanya, apabila siap kerangka, anyaman tulang belut dari batang jenis ribu-ribu besar perlu untuk dijadikan pemegang kepada anyaman yang memenuhi keseluruhan 'badan' jebak.
''Anyaman bercorak pucuk rebung dan siku keluang berselang-seli, mengggunakan batang ribu besar yang dipecah empat dan batang pokok ribu hitam dianyam di bahagian tepi tapak jebak," katanya.
Sebelum ribu-ribu dianyam, ia akan dipotong terlebih dulu di bahagian pangkal, seterusnya, rakis utama diambil terutama yang lurus atau menjalar.
Ribu-ribu itu kemudian dibelah dua dengan hujung ibu jari, kemudian dikeringkan dengan cara menyidai di tempat redup selama beberapa hari bagi memastikan ia tidak rapuh atau patah.
Menganyam ribu-ribu sama seperti menganyam buluh atau mengkuang dan bagi mengukuhkan anyaman, buluh atau rotan digunakan sebagai tulang atau kerangka.
Bahagian kepala pintu jebak biasanya diukir dengan bentuk awan larat atau bunga kunyit dan sesetengahnya pula ukiran bunga mawar.

       Dia masih melakukannya secara tradisional dengan peralatan ringkas seperti gerudi, pemahat dan tukul kerana merasakan hasil lebih memuaskan hatinya.
Menurut Che Mud, sejak lima tahun kebelakangan, pada ingatannya dia telah menyiapkan lebih 200 buah jebak pelbagai ukuran tetapi '' tak tahu hala guano'( tak tahu pergi ke mana).
''Apabila siap sahaja pasti ada pelbagai jenis orang yang datang membelinya dan saya puas hati kerana mereka begitu tertarik, tak peduli soal harga," katanya.

      Katanya, kebiasaannya, terdapat puyuh denak di dalam jebak yang menjadi tarikan puyuh liar mendekati pintu jebak yang terbuka.
'Sebaik burung di luar masuk lalu terpijak jerat yang dipasang, secara 'automatik' pintu jebak itu tertutup dengan sendirinya. Hanya mereka benar sabar dan berminat yang boleh mendenak puyuh," ujarnya.

     Che Mud berkata, dia berpuas hati kerana setakat ini telah menurunkan kemahiran membuat jebak itu kepada lebih lima belia tempatan dan mereka berjaya menguasainya dalam tempoh antara tiga hingga lima bulan.
Bapa kepada empat orang anak itu menumpahkan kemahiran juga kepada dua anaknya iaitu Ibrahim, seorang tukang rumah dan anak bongsunya, Che Kalsom setelah mereka menunjukkan minat.


Jebak Puyuh

TERATAK SENJA: Jebak Puyuh:   Denak diletakkan didalam sangkar. Bila puyuh liar datang nak berlawan, dia akan terlangar tali yang diikat kat tiang penongkat. Bila tiang...

Tokoh Seni Tangan

Che Mud bin Che Awang berasal dari Negeri Kelantan Darul Naim dan kini menetap di Kampung Bunuhan, Tumpat, Kelantan. Walaupun tidak pernah menerima pendidikan formal beliau memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang kraf. Beliau pakar membuat jebak puyuh, wau dan wayang kulit. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai Ilmu Main Puteri, salah satu cara perubatan tradisional di Kelantan. Penglibatan beliau dalam bidang kemahiran membuat jebak puyuh ini bermula semenjak beliau masih kanak – kanak lagi. Sewaktu beliau kecil, beliau sering mendampingi datuk saudaranya yang sangat gemar menangkap puyuh dan mahir membuat jebak puyuh.

Oleh kerana minat yang mendalam, beliau tidak pernah melepaskan peluang memerhatikan cara – cara datuknya membuat jebak puyuh. Suatu hari apabila datuknya meninggalkan kerja – kerja membuat jebak puyuh seketika, tanpa membuang masa beliau mengambil kesempatan itu telah menyiapkan jebak puyuh tersebut. Semenjak dari itu datuk saudaranya telah mula mengajar beliau cara – cara membuat jebak puyuh secara serius.

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Beliau menggunakan teknik tradisional yang rumit tetapi tidak memerlukan kos yang tinggi. Kebanyakkan bahan – bahan yang perlu digunakan diperolehi dari hutan di sekitar tempat tinggal beliau. Jebak puyuh yang dihasilkan oleh Che Mud ini sebenarnya telah diperbaharui reka bentuknya berdasarkan bakat dan ilham beliau sendiri. Reka bentuk jebak ini diilhamkan dari badan burung puyuh itu sendiri.

Beliau memperindah jebak puyuh dengan ukiran dan ikatan . Hasilnya, sungguh menarik sekali dan tiada siapa yang menyangka barangan kraf secantik itu hanyalah sebuah jebak memikat puyuh. Hasil kreativiti beliau kini dipelbagaikan kegunaannya. Jebak puyuh kini dijadikan sebagai alat hiasan rumah yang indah dan unik.

SUMBANGAN TOKOH KEPADA INDUSTRI KRAF DAN MASYARAKAT

Kini kemahiran membuat jebak puyuh yang dahulunya hanyalah merupakan hobi, kini ia turut mendatangkan hasil pendapatan sampingan kepada beliau. Beliau sering menerima tempahan membuat jebak puyuh daripada mereka yang berminat memilikinya. Kemahiran yang dimiliki oleh Che Mud ini telah membawa beliau ke Amerika Syarikat bagi mempromsikan seni warisan bangsa. Beliau juga telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Jebak Puyuh pada tahun 1989 oleh Kraftangan Malaysia
















Tokoh Kesenian Tangan Kelantan

Portal Rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Tanaman Kantan di Tepi RumaH...

Sayang Sama Pokok: Diari Tani- Penanaman Tanaman Khantan di Tepi Ruma...: Ku nak tahu: P okok kantan ialah pokok herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membiak dan merimbun berkelompok.   Tinggi pokok bo...

KAUM ORANG ASLI: KAUM SEMAI

Kaum oRAng asLI maLAYsia: KAUM SEMAI: 1.1 PENGENALAN Suku Kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat....

KAUM ORANG ASLI: SUKU KAUM JAKUN

Kaum oRAng asLI maLAYsia: SUKU KAUM JAKUN: JAKUN Suku Jakun atau orang Ulu merupakan  orang asli dari puak melayu proto yang terdapat di  Pahang , Johor. Mereka dikelaskan sebagai...

KAUM ORANG ASLI: SUKU KAUM TEMUAN

Kaum oRAng asLI maLAYsia: SUKU KAUM TEMUAN: TEMUAN: Suku Temuan Belandas merupakan  orang asli dari puak melayu proto yang terdapat di Pahang, Selangor  ,Negeri Sembilan dan Johor....

KAUM ORANG ASLI MALAYSIA: SUKU KAUM BATEQ

Kaum oRAng asLI maLAYsia: SUKU KAUM BATEQ: BATEQ : Suku Bateq merupakan  orang asli dari puak Negrito yang terdapat di Kelantan dan Pahang. Jumlah mereka tidak ramai, sekitar 1516 ...

Memancing Ikan Kelah - King of Fisher

Cara Memancing Ikan Kelah

Ikan Kelah - King Of The River


Apa itu Ikan Kelah?

Menurut Wikipedia: Ikan Kelah atau Mahseer adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India.

Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilo gram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
Ikan Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.




Kenapa Ikan Kelah menjadi kegilaan Kaki Pancing?

Ikan kelah bukan sahaja terkenal kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata kail.
Justeru, kombinasi semangat juang yang tinggi apabila terkena mata kail serta isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air tawar.
Akibat tekanan penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam kepupusan.
Dikenali sebagai 'King of the River', kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Terdapat lebih daripada 19 spesies kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat tiga spesies.
Kebanyakan ikan kelah yang dijumpai di Malaysia ialah kelah merah. Habitat semula jadi ikan kelah adalah di hulu sungai yang lebih 500 meter dari paras laut

Specis Ikan Kelah Di Malaysia

Berdasarkan kajian penyelidik ikan kelah setakat ini, disimpulkan terdapat 3 jenis ikan kelah di Malaysia, iaitu:
a) Tor Tambra
b) Tor Tambroides
c) Tor Duoronensis 

Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai “Tor Tambroides”.  Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya.

"Tor Tambroides"
Ikan Kelah Merah

Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan empurau. Sementara ikan semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat
“Tor Duoronensis”
Ikan Kelah Hijau/Empura/Semah

Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dirujuk sebagai dari spesis “Tor Douronensis” walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari kawasan Endau. Ikan pelian di Sabah pula dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis”.
“Tor Douronensis”
Ikan Kelah Biru

Harus juga diingat bahawa, berdasarkan rekod kajian, hanya ikan kelah dari jenis “tor tambroides” dan “tor tambra” sahaja yang boleh membesar sehingga melebihi 1 meter.

 Golden Masheer yang terdapat di India dan Thailand
Terdapat jalur belang hitam ditengah badan ikan.


Ciri-ciri Ikan Kelah

Menurutnya lagi secara logiknya, ikan kelah adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celah-celah batu yang mempunyai air yang laju. Ikan kelah ini boleh membesar sehingga lebih daripada 50 kilogram (kg) dan dikenali kerana memiliki bibir dan mulut yang besar.

 Ikan Kelah suka tinggal di Sungai yang bersih dan jernih serta terdapat arus  dan batu

Selain itu, ikan kelah mempunyai garisan lateral (tengah) yang jelas dilihat di tengah-tengah bahagian badan dan juga mempunyai sisik yang besar dan cantik.       
Jumlah sisik di bahagian garisan lateral (tengah) ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping.

Ikan kelah juga mempunyai beberapa sirip seperti pektoral, pelvik, dorsal, anal dan sirip kaudal (ekor). Perbezaan ikan kelah dengan ikan lain ialah ia mempunyai lebihan daging di bawah dagunya.
Ikan kelah betina bertelur sepanjang tahun dan mengeluarkan telur pada musim selepas hujan di celah-celah batu atau lopak air di sekitar kawasan sungai. Kebiasaannya ia akan mengeluarkan telur secara sedikit-sedikit mengikut kematangan telur berbanding dengan ikan lain yang mengeluarkan telur secara sekali gus

Kenapa Ikan Kelah mempunyai harga yang sangat tinggi di Malaysia?
 
Amat bernilai kerana rasa yang sedap, hiasan yang cantik dan kehebatan bertarung dalam “sport fishing”. Justeru digelar sebagai “Kings Of The Rivers”, “The King Of Fish”, “The King of Freshwater Sport Fish”, “World Best Freshwater Sport Fish”, “Raja Ikan Air Tawar, “Raja Sungai”, dan “Ikan Sukan” sekali gus harganya termasuk dalam kategori “mahal“. Ringkasnya Ikan Kelah ini digilai kerana untuk tujuan Ikan Sukan, Ikan Hiasan dan Ikan Makan. Ikan Kelah juga mempunyai “Sanctuary” nya yang tersendiri di Taman – Taman Negara.

Umpan untuk menjerat Ikan Kelah.

Umpan yang popular untuk menjerat ikan Kelah ini ialah Umpan biji kepala sawit. Biji kelapa sawit diperam terlebih dahulu selama 3 hari supaya lebih berbau dan berminyak. Umpan biji sawit selalunya di cangkuk sebiji pada mata kail ataupun dihiris dan dicucuk pada mata kail.

 Biji Kelapa Sawit

Cara mencangkuk umpan sawit pada matakail



Selain itu, buah ara masak yang tumbuh liar di hutan juga menjadi umpan kegemaran ikan Kelah.



Buah Ara

Set Memancing utuk Ikan Kelah.

        Ikan Kelah merupakan ikan sungai yang mampu memberi tentangan hebat pada memancing. Oleh itu set memancing memainkan peranan penting untuk menjamin kejayaan. Rod yang berkekuatan hingga 20lb digandingkan bersama kekili 2000-4000 siries amat sesuai di gunakan. Tali 12-30lb juga sesuai untuk digunakan. Ketika memancing ikan kelah, pastikan set memancing diikat rapi dengan tali kerana berlaku beberapa kali kes dimana set memancing terbang ke dalam sungai angkara ikan Kelah.

Perbezaan ikan Kelah dan Tengas/Kejor

Tengas dan kejor (panggilan tempatan) ialah 2 spesis ikan yang hampir menyamai ikan kelah. Jika diimbas sekali, kelihatan ikan Tengas dan Kejor amat menyerupai ikan Kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru antara kelah dan tengas/kejor. Nama saintifik ikan tengas ialah “Neolissochilus Hexagonolepis”. Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai “tengas batu”. Sementara ikan kejor ialah “Neolissochilus Soroides”.  Ikan tengas daun pula diklasifikasikan sebagai ” Poropuntius Smedleyi”.

       Sebenarnya, apabila disebut “ikan kelah” memang merujuk “ikan kelah merah” yang taburannya di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sementara “ikan kelah biru” jarang ditemui dan secara geografi, taburannya biasa di kawasan Endau-Rompin. Sementara “ikan kelah hijau” adalah panggilan nama yang diguna-pakai oleh orang orang Cina (peminat dan penternak) untuk merujuk sebenarnya kepada “ikan tengas”, iaitu satu spesis yang mirip mirip kelah, dan juga dipanggil sebagai “false mahseer”. Oleh itu jangan mudah tertipu semasa membeli ikan Kelah kerana terdapat  peniaga yang menipu pembeli dengan menawarkan ikan Tengas/Kejor dengan harga setinggi Ikan Kelah kerana kedua ikan ini kelihatan sama dan sukar dibezakan.

 Ikan di atas: Ikan Kelah @ Masheer
Ikan di bawah: Ikan Tengas @ Neolissochilus Hexagonolepis

 Bulatan merah menunjukkan perbezaan bibir ikan Ikan Kelah dan Ikan Tengas
Ikan yang dalam bulatan merah ialah ikan Kelah
  
       Di Malaysia, Ikan Kelah mula menujukkan tanda kepupusannya. Ini kerana isinya sedap dan berharga mahal telah menjadikan permintaan terhadap Ikan Kelah terlalu tinggi. Kepupusannya bukanlah di sebabkan oleh pemancing. Saya berpendapat aktiviti memancing bukan faktor kepupusan ikan ini, tetapi segolongan manusia yang tamak untuk mengaut keuntungan cepat. Penggunaan jaring ,renjatan electric dan Bom Ikan merupakan salah satu punca ikan ini mengalami kepupusan. Telah beberapa kali ketika kunjungan saya ke Taman Negara Pahang, saya mendapati penggunaan teknik terlarang ini oleh  orang yang tidak bertangungjawab di sungai yang didiami oleh specis Ikan Kelah ini semata-mata untuk membekal ikan ini kepada peraih di pasar. Kemudian anak-anak ikan Kelah juga ditangkap untuk dibekalkan kepada pengusaha kedai aquarium untuk dijadikan ikan hiasan. Walaupun pihak Taman Negara melarang keras penggunaan jaring ,renjatan electric dan Bom Ikan di sungai yang berada di Taman Negara, orang-orang yang tidak bertanggungjawap ini masih licik hingga jaring dan bom ikan masih terlepas dan masih digunakan. Kemudian akibat kekurangan & kepupusan ikan ini para pemancing pula yang dipersalahkan.

     Faktor pencemaran sungai juga merupakan faktor utama kepupusan ikan ini yang hanya tinggal di dalam sungai yang jernih dan bersih. Walaupun terdapat pemancing yang mengamalkan konsep Catch & Release, adakah usaha murni ini memberi satu perubahan tentang populasi Ikan ini. Tepuk dada tanya selera. Hanya kita mampu merubah supaya anak dan cucu kita dapat memancing salah satu ikan air tawar terhebat di Malaysia ini