Friday, February 21, 2014

Sejenak Dalam Hidup -Aku .

Akhir tahun 2013,menjadi satu kenangan buat diri aku.Di bulan 11 dan 12 ini sudah menjadi kebiasaan bagi ku untuk menjadi pengawas peperiksaan SPM di mana-mana sekolah menengah di daerah Besut.Tahun akhir bagi ku mengawa peperiksaan SPM ini adalah di tahun 2009 di SMA Ittifakiah,Jerteh,Terengganu.Menjadi seorang pengawas bagi diriku bukan sahaja menambahkan pengalaman serta menambahkan kenalan di kalangan guru,bahkan dapat menambah pengetahuan bila ada seseorang guru menceritakan apa sahaja input yang baharu.Jadi kalau ada bahan atau cerita yang berguna akan aku jadikan panduan hidup,menceritakan cerita lucu kepada orang lain atau muridku dan lain-lain lagi.Begitulah seterusnya, saban tahun.Kami guru-guru pengawas dari sekolah rendah dan menengah bergabung tenaga dalam menguruskan peperiksaan SPM ini.walaupun upah dan elaun yang dibayarkan taklah mahal sangat,namun kami semua tetap bersyukur dengan pemberian rezeki daripada Yang Esa!Tugas mengawas dan menjaga serta menguruskan perjalanan peperiksaan SPM ini juga kau lakukan sebagai tanggungjawab aku sebagai seorang guru serta kakitangan awam terhadap negara.Yalah,jika tidak kami semua yang berbuat demikian,siapa lagi.Tugas kami ini juga untuk memastikan semua pelajar tingkatan lima dari semua sekolah menengah dapat menempuhi peperiksaan SPM dengan sebaiknya.

Semasa menjaga dan mengawasi peperiksaan kali ini,hati aku telah tertarik untuk mengenal serta mengambil seorang pelajar perempuan di sekolah ini sebgai anak angkat aku.Beberapa hari sebelum peperiksaan SPM tamat,aku menghampiri meja pelajar ini dan menyuruh dia ke blogku dan juga facebook aku.Pada petangnya setelah aku pulang ke rumah,aku membuka laman sosial ini dan aku dapati pelajar ini telah "add" dan menjadi kawan di facebook aku.Tahulah aku nama nya pada laman sosial ini.Sehari selepas itu,kalau tak silap sebelah petang aku sempat berchating dengannya sekejap.Aku terus menyatakan hasrat hatiku untuk mengambilnya sebagai anak angkatku.Mulanya dia serba salah,tetapi menerima asalkan mendapat persetujuan isteriku!

Aku memberitahunya bahawa isteriku tidak kisah,lagipun beliau sendiri mempunyai anak angkat lelaki iaitu kawan kepada anak perempuanku.Dua tiga hari selepas itu,pelajar nama "F" ini telah memberikan aku dua bungkus kerepek ubi.Aku menerima dengan baik pemberiannya,setelah tamat sesi peperiksaan.Aku membawa balik kerepek ini dan menceritakam kepada isteri dan anakku.Pada fikiranku mungkin pelajar ini lahir dalam kalangan agak susah.Hari akhir peperiksaan aku memberikannya sebiji buah mangga "Korea" kepadanya.Peperiksaan SPMpun tamat pada tengah hari 3.12.2013.

Keesokan harinya aku dan keluargaku bertolak balik ke Ipoh,rumah mertua.Dua tiga hari di sana aku gagal ,menghubungi pelajar ini melalui laman sosialnya, kerana dia tidak "on line".Beberapa hari selepas itu barulah aku mendapat no telefonnya melalui rakannya pada suatu malam.Rupanya dia dan rakannya telah mengikuti rombongan lawatan ke Melaka, Putrajaya dan sebagainya.Yang peliknya dia bertanya kepada aku kenapa aku meminta no telefonnya dengan rakannya,aku menyatakan hendak menghubungilah,takut-takut hilang serta putus hubungan.

Sejak hari itu aku dan dia sering berbalas sms untuk bertanyakan khabar.Taklah selalu sangat,empat lima hari sekali.awal January Fuz ini telah bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai runcit,bagi membantu ibu bapanya.Yelah Fuz ini bukannya  dilahirkan dalam keluarga yang senang.Aku juga terkejut bila dia memberitahu yang keadaan hidup keluarganya yang agak  susah! Aku turut simpati.Patutlah Tuhan menggerakkan hati aku agar mengambilnya sebagai anak angkat,mungkin untuk menolong keluarganya serba sedikit yang aku mampu.

Hasrat hati aku ini memang jujur dan iklas,hanya Tuhan saja yang tahu kejujuran hati ini dalam hubungan persaudaraan ini.Lagipun Islam memang menggalakkan persaudaran di kalangan umatnya.Nabi Muhammad saw juga mempunyai beberapa orang anak angkatnya.Jadi salahkah jika aku sendiri sebagai umatnya ada anak angkat biarpun perempuan.Anak angkat aku ini Fuz,lebih kurang seusia dengan anak2 aku sendiri.Aku berazam dalam diriku ,bahawa akan tetap menganggapnya sebagai anak aku sendiri,selagi dirinya tetap mahu meneruskan hubungan siratulrahim ini.Insyaalah.Aku lihat keluarganya agak baik,dan mengizinkan aku menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan mereka.Moga-moga Tuhan merestui dan merahmati akan hubungan sesama Islam ini!Bagi diriku kalau seseorang itu berbuat baik denganku sekali,maka aku akan berbuat baik dengannya dua kali atau mungkin lebih.Sesungguhnya inilah pertama kali dan mungkin terakhir aku mempunyai seorang anak angkat.akupun tak tahu kenapa Tuhan Yang Esa mengurniakannya!

Anak angkat aku ini seperti remaja lainlah,dia juga telah mempunyai kawan lelaki,yang dikenali sama di bangku sekolah.Itu aku tak kisahlah,hal peribadinya.cuma harap dia pandai menjaga diri dan berkawan biar ada batas susila,serta mengikuti
pergaulan sebagai orang Islam.menurut cerita anak angkatku ini ramai kaum lelaki hendak berkawan dengannya.Mungkin ada daya penariknya kut.Tapi anak angkat aku ini,dia sering demam dan batuk-batuk,mungkin dia mengidap penyakit,tapi dia tidak melakukan pemeriksaan kesihatan.Tapi diharapkan agar dia sihatlah hendaknya.

Aku harap hubungan kekeluargaan ini berpanjangan hendaknya dan tidak terputus di tengah jalan.Semoga ahli keluarga aku dan ahli masyarakat tidak memandang serong dan faham kedudukan
sebenar akan hubungan kekeluargaan ini.Amin.




Monday, February 17, 2014

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu-Perkamusan

Pengenalan.
Perkamusan atau leksikografi hari ini semakin maju. Sekiranya kita melawat laman-laman internet yang berkaitan dengan perkamusan, kita akan menemui pelbagai maklumat berkenaan dengan ilmu perkamusan. Bahkan, penawaran kursus-kursus perkamusan juga boleh kita dapati dengan hanya merujuk kepada internet. Laman-laman web yang memuatkan maklumat tentang perkamusan tersebut bukan melibatkan bahasa Inggeris sahaja, beberapa laman web perkamusan bahasa lain seperti bahasa Belanda, Cina, Peranchis dan lain-lain juga boleh dilawati. Ini menunjukkan bahasa bidang perkamusan sudah menjadi satu bidang yang diminati di kalangan penyelidik antarabangsa, dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa perkamusan bahasa Melayu tidak harus diabaikan begitu sahaja di kalangan para ilmuan Melayu.

Perkamusan Melayu juga telah melangkah jauh ke hadapan dalam memenuhi keperluan bidang ilmu yang pelbagai, dan telah menjadi wahana perkembangan bahasa Melayu dalam memenuhi cita-cita memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia. Kecanggihan teknologi terkini secara tidak langsung turut mempengaruhi dunia perkamusan Melayu. Haji A. Aziz Deraman (1994) dalam kata-kata aluan Seminar Perkamusan Melayu pernah mengatakan bahawa dalam konteks negara Malaysia, ilmu perkamusan boleh dikatakan masih muda. Justeru itu, sesuai dengan hasrat kita untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa maju yang mampu hidup berganding bersama-sama bahasa lain di dunia, kemasukan teknologi maklumat dalam dunia perkamusan tidak harus dipandang sepi.

Membicarakan tentang perkamusan, banyak perkara yang boleh dibincangkan. Perkamusan bukan sahaja bersangkut paut dengan kamus, bahkan merangkumi ruang lingkup yang sangat luas. Bidang-bidang ilmu yang berkaitan dengan kamus memerlukan penelitian dan kajian yang mendalam. Kamus bukan sahaja mengungkap makna, bahkan berguna bagi menjelaskan kerumitan dalam bidang-bidang tertentu. Selain daripda bahasa, kamus juga berkaitan dengan bidang sains dan teknologi, begitu juga dengan bidang-bidang ilmu yang lain. Boleh dikatakan semua bidang ilmu berhubung secara langsung dengan kamus. Ingin mengetahui makna tentang istilah undang-undang, orang akan merujuk kamus, ingin mengetahui makna tentang perubatan juga orang akan merujuk kepada kamus, (selain merujuk kepada doktor), ingin mengetahui tentang bahasa juga orang akan merujuk kamus, jadi kamus mempunyai tugas yang sangat besar, lebih-lebih lagi dalam era teknologi maklumat ini.
Kamus dan Perkamusan
Kamus ialah sebuah buku yang mengandungi senarai kata sesuatu bahasa yang dilengkapi dengan makna dan juga maklumat-maklumat ringkas tentang tatabahasa bahasa tersebut. Setiap kamus yang dihasilkan mempunyai sifat dan fungsi yang berbeza berdasarkan kepada sasaran pengguna kamus itu sendiri. Kamus Dewan mentafsirkan istilah kamus sebagai buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain (yang disusun mengikut abjad) dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain)...
Perkamusan menurut Kamus Dewan ialah perihal (yang berkaitan dengan) kamus (penyusunannya, ilmu mengenainya, dan lain-lain).Maka secara umumnya perkamusan boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kerja-kerja penghasilan kamus dan bidang ilmu yang mengkaji tentang dunia perkamusan itu sendiri. Dua istilah yang sering digunakan ialah leksikografi dan leksikologi. Leksikografi ialah kerja-kerja yang dilakukan dalam proses menghasilkan kamus. Leksikologi pula ialah disiplin ilmu yang berkaitan secara langsung dengan penghasilan kamus, iaitu teori dan amalan yang digunakan sebagai panduan dalam menghasilkan kamus. Leksikologi pula mencakupi beberapa subbidang ilmu yang lain seperti fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik.
Perkamusan Melayu.
Perkamusan atau leksikografi bahasa Melayu bermula dalam bentuk senarai kata. Pada peringkat awal perkamusan Melayu hanya tertumpu dalam menghasilkan kamus-kamus dwibahasa. Kamus terawal yang ditemui ialah satu senarai kata Melayu-Cina yang dikumpulkan antara tahun 1403M-1511M. Beberapa senarai kata yang lain ialah senarai kata Itali-Melayu yang dihasilkan oleh Antonio Pigafetta (1519M-1522M), senarai kata yang dihasilkan oleh Frederick de Houtmann (1603M) . Selepas itu terdapat beberapa buah kamus yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji Barat . Penghasilan kamus dalam bentuk dwibahasa ini dihasilkan dengan tujuan untuk mempelajari dan memahami bahasa Melayu bagi memudahkan urusan pentadbiran dan komunikasi antara para penjajah dan pedagang dengan masayarakat Melayu.
Perkamusan Melayu terus berkembang sehinggalah terhasil sebuah kamus ekabahasa bahasa Melayu, yang disusun oleh seorang ahli bahasa Melayu iaitu Raja Ali Haji, kamus tersebut diberi nama Kitab Pengetahuan Bahasa. Sesuai dengan tajuknya, kitab ini dihasilkan sebagai buku panduan kepada masyarakat Melayu untuk belajar dan menggunakan bahasa Melayu dengan lebih teratur. Selepas Kitab Pengetahuan Bahasa dihasilkan, beberapa kamus Melayu lain turut menyusul, antaranya Kamus Mahmudiyah oleh Syed Mahmud Syed Abdul Kadir (1894), Kamus Melayu oleh Haji Shamsuddin bin Muhammad (1920), kamus dwibahasa Inggeris-Melayu atau Buku Katan P.B.M.P.B (juga dikenali sebagai Kamus Melayu) oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (1936).
Selepas tarikh-tarikh yang telah dibincangkan di atas kerja-kerja perkamusan Melayu diambil alih oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menghasilkan kamus-kamus Melayu lengkap dan bermutu tidak boleh dipertikaikan lagi. Setelah beberapa tahun mengendalikan kerja-kerja perkamusan, pada tahun 1970 Kamus Dewan Edisi Pertama telah diterbitkan. Kamus yang sangat diperlukan oleh masyarakat pengguna dan penutur bahasa Melayu itu telah menjadi rujukan dan panduan bagi seluruh pengguna bahasa Melayu. Kamus Dewan telah diulang cetak beberapa kali dalam beberapa siri edisi terbaru. Setiap cetakan yang terbaru akan dimuatkan konsep-konsep dan aspek-aspek terkini yang berlaku dalam bahasa Melayu.
Sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghasilkan ratusan mungkin juga ribuan kamus yang digunakan oleh seluruh masyarakat pengguna bahasa Melayu. Begitu juga dengan kemasukan era teknologi maklumat, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama dari pihak-pihak lain yang berkenaan telah berjaya menghasilkan kamus elektronik dan multimedia untuk kemudahan pengguna-pengguna bahasa Melayu. Namun begitu beberapa perkara perlu dilihat dan dibincangkan mengenai kamus-kamus elektronik dan multimedia ini

Leksikologi bahasa Melayu bermula agak lewat daripada yang sepatutnya. Sehingga kini kita masih kekurangan ahli-ahli leksikologi yang boleh membantu dalam usaha penghasilan kamus. Perkamusan Melayu masih mencari-cari teori yang sesuai dalam kerja-kerja perkamusan yang dijalankan. Walau pun begitu, bahasa Melayu sudah mempunyai kamus-kamus yang lengkap dan bermutu untuk kegunaan masyarakat bahasanya. Sesuai dengan ledakan ilmu pada zaman teknologi maklumat ini, leksikologi Melayu juga tidak ketinggalan. Melihat kepada perkembangan leksikologi yang semakin maju, adalah perlu bagi bahasa Melayu mempertingkatkan lagi kajian dan penyelidikan dalam bidang ini bagi memenuhi kehendak zaman.

Sunday, February 16, 2014

Rancangan Pengajaran Harian BM Tahun 3 Kssr

1.0 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa merupakan satu daripada aspek bahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk membolehkannya menguasai bahasa yang dipelajari dengan cekap dan berkesan. Menurut Abdullah Aziz(2000), mengatakan kelemahan pelajar menguasai tatabahasa dan penggunaan idea akan mewujudkan karangan yang tidak ³terkarang´. Kenyataan ini disokong oleh Husin Mahmmod (1983) dan Azman Wan Chik (1987) yang merumuskan aspek utama dalam sesebuah pengajaran dan pembelajaran ialah tatabahasa dan gaya bahasa, iaitu penulisan struktur ayat dan butiran leksikel.Oleh itu, menurut Corder (1975), berpendapat bahawa seorang guru bahasa yang baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan-peraturan atau resepi.
          Seseorang guru  mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya itu. Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi apabila seseorang murid belajar bahasa ataupun guru tersebut mempunyai satu teori tidak formal tentang cara bagaimana bahasa diajar dan dipelajari.Prinsip-prinsip umum tentang pengajaran bahasa tidak terbentuk secara sewenang-wenang tetapi berasaskan teori-teori ilmu linguistik dan psikologi khususnya teori-teori seperti huraian dan pemerolehan bahasa. Tegasnya prinsip-prinsip umum yang dijadikan panduan oleh guru dalam pengajaran terbentuk daripada teori-teori linguistik dan psikologi menentukan orientasi pengajarannya ataupun pendekatan pengajarannya serta menjamin pemantapan murid-murid dalam menguasai tatabahasa.
           Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran yang sering digunakan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, perdekatan elektif dan pendekatan komunikatif.Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untukmenuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" 
atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.Sebagai contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.Dalam pengajaran bahasa, terdapat empat pendekatan yang boleh   para guru bagi memastikan pelajar dapat menguasai bahasa dengan mudah.Pendekatan-pendekatan yang dimaksudkan ialah:-
                                     i.Pendekatan induktif
                                   ii. Pendekatan deduktif
                                   iii. Pendekatan eklektik
                                   iv. Pendekatan komunikatif


1.1 Pendekatan Induktif 
Menurut Juriah Long et.al . (1990). erkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, menerangkan bahawa pendekatan induktif atau jumpaan merupakan satu pendekatan yang berasaskan lima prinsip pengajaran iaitu persediaan, penyampaian, penyatuan,generalisas dan penerapan. Menurut John, M. Kierzek dan Alker Gilson (1960),pendekatan ini mengutamakan penggunaan contoh-contoh bahasa, diikuti dengan generalisasi oleh murid-murid sendiri atau undang-undang bagi unsur tersebut dan kemudiannya diakhiri dengan aktiviti penerapan atau aplikasi. Contohnya dalam pengajaran tentang ayat tunggal, guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal. Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat, guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.Model pengajaran dan pembelajaran pendekatan ini dirumuskan seperti berikut:



Contoh-contoh                                                    Aplikasi                                                             Generasi

Friday, February 14, 2014

Sosiologi Dan Ketamadunan

Pengenalan. 
Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri dari pelbagai golongan etnik, agama dan budaya. Kepelbagaian inilah yang menjadikan negara ini unik dari segi hubungan antara kaum. Bincangkan secara kritis kelemahan dan kelebihan yang terdapat pada sistem pendidikan negara terutama sekali dalam memupuk kesepaduan kaum dan etnik. Anda juga diminta untuk mencadangkan bagaimana pelaksanaan sistem pendidikan sekarang dapat dipertingkatkan demi mencapai kesefahaman, toleransi dan perpaduan antara golongan etnik. 

       Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berdialog atau berinteraksi antara satu sama lain. Perbincangan atau perundingan berlaku secara aman dan saling memahami antara satu sama lain, namun kadang kala ketidaksefahaman juga sering berlaku yang menyebabkan perundingan juga berlaku sama ada
 menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi dialog,tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. 

       Dialog ialah sebuah komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang mempunyai pegangan atau pandangan yang berbeza rnengenai sesuatu subjek atau perkara yang tertentu, dengan tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah lagi daripada pihak yang satu lagi itu.Berdialog memberi maksud bertukar-tukar pendapat atau pandangan mengenai sesuatu isu secara terbuka, toleransi dan beretika. (Kamus dewan, 2005:348). Chandra Muzaffar menyatakan dialog peradaban bermaksud saling berkomunikasi dan persefahaman antara tamadun berdasarkan kepada elemen penting iaitu memahami budaya masing-masing tanpa ada rasa prejudis terhadap masyarakat daripada kaum yang lain. Hans Koechler pula menegaskan sifat dialog adalah merangkumi kemampuan untuk melihat diri sendiri daripada perspektif individu yang lain,mewujudkan tolerensi dan saling menerima antara satu sama lain.

      Masyarakat dibenarkan mengamalkan kepercayaan yang dianuti selaras dengan perlembagaan negara. Selain itu, masyarakat majmuk di Malaysia juga berkongsi kebudayaan dan perayaan selagi ia tidak menyentuh akidah agama terutama bagi yang menganuti agama Islam. Penganjuran rumah terbuka sempena perayaan kaum di Malaysia di hadiri oleh semua lapisan masyarakat tidak kira kaum mahupun agama. Salah satu perayaan yang disambut meriah oleh semua kaum di Malaysia adalah sambutan menyambut kemerdekaan negara. Aktiviti yang dijalankan sempena sambutan kemerdekaan ini telah dihadiri oleh semua kaum dalam membina perpaduan dan kerjasama yang berterusan agar kehidupan bermasyarakat majmuk di Malaysia aman dan sejahtera.

      .Pembinaan sebuah negara bangsa daripada negara yang berbilang kaum sepertiMalaysia adalah amat sukar. Oleh itu, wadah pendidikan adalah langkah terbaik untuk menerapkan perpaduan kerana pendidikan diberikan seawal usia 6 tahun. Pelaksanaan sistem pendidikan hendaklah berteraskan kepada pembentukan perpaduan. Maka dengan itu, terbentuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. Melalui Dasar Pendidikan Negara, mata pelajaran sejarah telahdipilih sebagai wadah utama untuk pembangunan perpaduan serta kesepakatan hidup dalam masyarakat majmuk. Penekanan pendidikan sejarah tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi dan kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara. Dengan itu, kajian-kajian telah dijalankan dari masa ke semasa dalam memastikan hasrat ini dapat dicapai. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki untuk memastikan sistem pendidikan sebagai alat utama untuk mencapai perpaduan negara. Oleh itu, kajian mengenai kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan negara perlu dilakukan dalam tempoh tertentu agar segala kelemahan yang ada dapat diperbaiki supaya perpaduan sedia ada dapat diperkukuhkan dan dipertingkatkan kepada generasi muda yang sedia ada.

 Kesimpulan
Perpaduan merupakan elemen yang paling penting dalam membina negara bangsa bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Daripada sebuah negarayang majoritinya masyarakat Melayu hinggalah kemasukan masyarakat Cina dan Indiasemasa penjajahan yang mengubah lanskap masyarakat Malaysia. Oleh sebab itu, pendidikan merupakan satu wadah yang paling penting untuk memupuk perpaduanmasyarakat. Ini kerana semua kaum akan mengalami proses pendidikan di awal kanak-kanak hinggalah ke alam dewasa. Oleh sebab itu, penggubalan dasar pendidikan melaluikajian-kajian yang seterusnya menghasilkan laporan seperti Laporan Razak dan LaporanRahman Talib serta Laporan Jawatankuasa Kabinet membantu dalam merealisasikan perpaduan di dalam sistem pendidikan. Perpaduan ini diharapkan dapat membina negara bangsa yang lebih utuh di masa hadapan. Selain itu, cadangan-cadangan yang diutarakandapat dilaksanakan untuk memastikan konsep masyarakat majmuk yang terdapat diMalaysia dapat dikekalkan melalui dasar pendidikan negara yang sempurna