Sunday, October 13, 2013

Ubi Keledek dan Khasiatnya

Ubi keledek  sejenis ubi yang juga dikenali sebagai ubi jalar, ubi jawa, ubi ketela, ubi setela dan ubi rambat ataupun nama saintifiknya Ipomoea batatas ialah sejenis ubi yang manis dan boleh didapati di kawasan kampung atau pasar-pasar di seluruh negeri.

Ubi keledek yang ditanam secara meluas di negara ini boleh hidup subur dalam julat suhu 27 hingga 30 darjah Celsius dan kawasan dengan taburan hujan melebihi 100 sentimeter setahun.

Ia juga sesuai di tanam di kawasan tanah lom berpasir dan tidak bertakung air dengan pH tanah yang sesuai adalah 4.5 hinga 7.0

Penanaman

Ubi keledek boleh hidup di pelbagai jenis tanah termasuk tanah yang kurang subur dengan pembajaan yang sesuai.Saliran perlu untuk mengelak air bertakung dengan membina parit.
Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik- balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik.
Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur.
Batas perlu untuk tanaman ubi keledek dengan ketinggian 30 hingga 40 sentimeter (sm) dan lebar 60 sm.

Bahan dan jarak tanaman

Ubi keledek ditanam menggunakan keratan batang dan pucuk dari pokok yang sedang menjalar.
Panjang keratan lebih kurang 30 sm yang mana keratan dicucuk ke dalam tanah dan tinggalkan sebahagian pucuk di permukaan tanah.
Jarak antara pokok adalah 25 sm bergantung kepada jenis tanah dan varieti ubi keledek.

Pembajaan

Bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH.
Kadar pembajaan yang biasa adalah 70N:86P2O5:173K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah.
Baja diberi selepas tiga atau empat minggu ubi keledek ditanam.

Pengawalan rumpai

Merumpai dijalankan semasa pokok membesar iaitu tiga minggu selepas ditanam dan sekali lagi mengikut keperluan. Kawalan rumpai boleh secara manual atau menggunakan racun rumpai.

Kawalan perosak dan penyakit
Musuh ubi keledek adalah seperti tikus, siput,babi  dan lain-lain.
  • Serangga yang biasa menyerang adalah kumbang Cylas formicarius yang mana larvanya akan menyerang pangkal pokok dan kumbang dewasa akan duduk melekat pada daun, akar dan batang.
  • Penyakit akar hitam atau reput pangkal pokok disebabkan oleh Ceratosmella fimbriata.
  • Kawalan secara amalan kultura yang baik dan membuang pokok-pokok yang diserang penyakit.
Pungutan hasil

Hasil ubi keledek boleh dipungut antara empat hingga enam bulan selepas ditanam bergantung kepada jenis dan penjagaan.
Ubi keledek boleh disimpan tetapi mestilah cukup tua dengan tempat penyimpanan yang mempunyai pengudaraan yang baik.

 Khasiat Ubi Keledek
      Ubi keledek biasanya digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih seperti lepat dan kuih talam. Bagaimanapun daun ubi keledek yang kaya dengan nutrisi biasanya dibuang begitu saja atau dijadikan makanan ternakan.
Kajian menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink.
Di negara ini, walaupun ubi keledek ditanam dengan meluas tetapi banyak yang tidak diketahui mengenai tanaman ini.
Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. K Jeevan berkata, kandungan nutrisi bagi daun keledek setara dengan sayuran yang dibeli di pasar.

     "Tambahan pula kosnya murah memandangkan daun keledek merupakan bahan sampingan tanaman keledek.
"Ini membolehkan masyarakat mendapatkan nutrisi dengan kos yang lebih rendah," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.
Kajian ke atas kandungan polifenol dan ciri anti radikal dilakukan bagi mencari punca sumber antioksidan semulajadi, makanan berfungsi dan nutraseutikal.
     
       Sayuran berdaun seperti daun keledek mempunyai kelebihan dituai beberapa kali setahun menjadikannya mudah dipasarkan.
Dr. Jeevan menambah, kandungan antioksidan dan polifenol yang tinggi berbanding sayuran lain dapat memberikan pilihan kepada pengguna mendapatkan sayuran berkhasiat pada harga yang murah.
    
      Selain itu, daun ubi keledek yang mengandungi bahan semulajadi boleh membantu mengurangkan pergantungan kepada bahan sintetik import yang digunakan dalam pembangunan produk makanan.
"Jika daun keledek digunakan sebagai sayuran bermakna daun yang biasanya dibuang boleh menjadi sumber ekonomi kepada pekebun kecil.
"Ini bakal memberikan kesan yang besar kepada sektor pertanian dan makanan selain pembukaan lebih banyak ladang keledek manakala pengeluar makanan akan dapat mengurangkan kos bahan mentah," katanya.
      Bahan aktif dalam daun keledek sesuai digunakan sebagai bahan untuk snek berkhasiat dan tepung dalam pembuatan roti dan mi.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete