Hai semua, eh ku orang pernah tak tangkap dan pelira ikan laga, iaitu ikan sepilai dan ikan sekarin.Tempat saya kalau ikan sepilai tu yang agak besar sikit dan ikan sekarin yang kecil dan berwarna warni tu.Ikan-ikan dapat didapati di kawasan sawah-sawah padi,alur-alur kawasan sawahparit taliair,kawasan paya kercut dan lain-lain lagi.Cara nak menangkapnya aagak mudah,samada dengan mencari sarangnya yang berbuih di bawah daun-daun,rumput dan sebagainya.cara kedua kita boleh tahan kelopak buluh dalam 2 atau 3 hari,ikan ini akan membuat sarangnya dalam kelopak ini.Jadi kita dengan mudah menangkapnya dengan menelengkup ke dua -dua hujung kelopak tadi.tapi kena pastikan ada ikan tersebut.Ikan ini boleh ditangkap dengan cara menanguk dengan tangan atau alatan tanguk.Biasanya kami tangkap yang jantan aje untuk buat berlaga(jahat la perangai masa ni),Yang betina biasanya warna pudar aje.Yang menjaga buih atau telur ikan ini biasanya yang jantan sahaja.Ikan betina hanya bertelur dan meninggalkannya atau dihambat oleh ikan jantan.So yang jantan hanya yang menjaga telur itu hingga menetas! Ikan laga ini biasanya aku pelihara dalam balang atau botol dan diberi makan jentik-jentik nyamuk. Alam kehidupan aku masa tu banyak berkisar d kawasan sawh-sawah padi dan alur atau taliair kawasan kampungku.Masa tu aku dan kawanku berseluar pendek,berkaki ayam,tanpa baju kadang.aku makan minum kami tak kisah sangat,kami kadang makan putik-putik jambu di kawasan sawah.Hujan dan panas tak kami hiraukan sangat! Itulah nostalgia berkenaan ikan sepilai dan sekarin yang aku dan kawanku lalui satu masa dulu.
Mengingati nostalgia ini aku jadi sayu.....kerna saat tu tidak bisa kembali lagi.Kawan2kupun entah kemana?
No comments:
Post a Comment