Monday, October 21, 2013

Tupai

TUPAI
Tupai ialah sejenis rodensia daripada keluarga Sciuridae yang kecil hingga sederhana saiznya. Di kawasan-kawasan yang bertuturan bahasa Inggeris, tupai biasanya merujuk kepada spesies-spesies Sciurus dan Tamiasciurus, iaitu tupai-tupai pokok yang berbulu lebat ekornya dan yang berasal dari Asia, benua Amerika dan Eropah, kecuali Ireland. Genus-genus yang serupa boleh didapati di Afrika. Keluarga Sciuridae juga merangkumi tupai terbang serta tupai di atas tanah seperti tupai tanah, anjing prairie, dan woodchuck. Ahli-ahli keluarga Anomaluridae kadangkala disalah anggap sebagai "tupai terbang berekor sisik", walaupun ia tidak berhubungan rapat dengan tupai sebenar. Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya.
        Tupai adalalah mamalia yang bersosial bermasyarakat di mana tupai jantan dan betina yang tinggal dalam sarang bersama dan kemudian melahirkan anak. Sarang tupai terdiri daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu yang dibuat dikawasan agak tinggi dan selamat dari ancaman musuh seperti ular dan burung pemangsa. Tupai biasanya mengeluarkan bunyi yang nyaring utuk berkomunikasi dengan kumpulan atau ahli keluarganya apabila mereka mencari makanan atau diganggu musuh.
        Kelebihan tupai yang saya perhatikan ialah kemampuannya bergerak dengan pantas dan laju diantara satu pokok dan satu dahan ke destinasi yang lain. Tupai mampu terbang dengan lompatannya dari satu dahan kedahan lain atau dari bahagian atas kebahagian bawah dengan imbangan kaki dan ekornya. Kukunya yang tajam menjadikan cengkamannya sangat kuat pada daun atau dahan kayu yang dia hinggap. Tupai juga mempunyai gigi yang sangat tajam dan mampu memgigit dengan pantas untuk menebuk kulit buah-buahan malahan kulit atau batang pokok. • •
      Jenis-jenis tupai 1. Tupai Kerawak Putih-kuning 2. Tupai Kinabalu 3. Tupai Terbang Berjambang 4. Tupai Terbang Bintang 5. Tupai Terbang Dada Putih 6. Tupai Terbang Hitam 7. Tupai Terbang Comot 8. Tupai Terbang Merah 9. Tupai Terbang Pipi Kelabu 10. Tupai Terbang Thomas 11. Tupai Terbang Ekor Merah 12. Tupai Terbang Kecil:

No comments:

Post a Comment