This blog was created for invite anyone or reader lover to share opinion with other reader to exchange opinion or exprience about life and daily issues.
Wednesday, November 28, 2012
Saham Bank Rakyat
Salam, kepada yang berminat untuk membuat simpanan dalam bentuk saham,silalah ambil peluang ini.bank rakyat telah membuka semula untuk orang ramai membelinya dengan kadar RM500 dan RM5 bayaran masuk.kepada yang telah ada anda boleh menambahnya di mana-mana cawangan BR. Ok semua janganlah lepaskan peluang keemasan ini yang menjanjikan pulangan 15 - 20 peratus setahun setelah ditolak zakat perniagaan. Selamat bermain saham.
Wednesday, September 26, 2012
Edu 3106 Budaya &Pembelajaran
3.0
KAEDAH PENGAJARAN UNTUK MURID ORANG ASLI.
Apabila membicarakan tentang
budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan
budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu struktur
persekitaran dan sosial masyarakat Orang Asli.
Daripada sudut pandangan pentadbir, kemunduran pelajar Orang Asli berpunca daripada sikap komuniti Orang Asli itu sendiri. Justeru beberapa pendekatan telah dirancang dan dilaksanakan namun terus gagal menemui jalan penyelesaian.
DEFINISI BUDAYA DAN BUDAYA PEMIKIRAN PELAJAR ORANG ASLI:
Merujuk kepada Kamus Dewan, Budaya ialah;
a) Tamadun
b) Peradaban
c) Kemajuan fikiran, akal budi(cara berfikir, berkelakuan). Secara umumnya budaya pemikiran Orang Asli boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan behavioural.
i) Aspek Kognitif:
Merupakan idea dan pemikiran berkaitan dengan cara bagaimana mengatasi masalah. Kemelut budaya sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. (Alang Sabak, NGO : Orang Asli)
ii) Aspek Afektif:
Melibatkan perasaan (emosi) dalaman pada individu Orang Asli yang kita tidak ketahui. Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan ketika berada di sekolah yang mempunyai majoriti pelajar Orang Asli, di mana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar Orang Asli dan bukan Orang Asli, golongan pelajar Orang Asli ini akan ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan jika mereka berasa telah tersinggung dengan kata-kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibubapa. Ibubapa pelajar Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.
iii) Aspek Behavioural
Ini berkaitan dengan tingkahlaku/reaksi yang tidak nampak, sikap atau budaya Behavioural yang negatif ini tidak akan ditunjukkan secara realiti. Antara ciri-ciri tingkahlaku mereka adalah seperti berikut;
a) Pemalu dan berasa rendah diri. Ini menyebabkan kurang keyakinan diri di kalangan pelajar Orang Asli ini.
b) Mencintai kesenian, oleh kerana itu sekiranya ada persembahan untuk sesuatu upacara sama ada Hari Ucapan, Hari Sukan/Kokurikulum dan sebagai mereka paling suka mengambil bahagaian terutama dalam Tarian Sewang dan nyanyian. Pelajar asli kebanyakannya boleh bermain alat muzik seperti gitar dan dram.
c) Pelajar Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti memanjat pokok. Mereka paling gemar jika dapat menikmati hari hujan. Disebabkan keadaan
Daripada sudut pandangan pentadbir, kemunduran pelajar Orang Asli berpunca daripada sikap komuniti Orang Asli itu sendiri. Justeru beberapa pendekatan telah dirancang dan dilaksanakan namun terus gagal menemui jalan penyelesaian.
DEFINISI BUDAYA DAN BUDAYA PEMIKIRAN PELAJAR ORANG ASLI:
Merujuk kepada Kamus Dewan, Budaya ialah;
a) Tamadun
b) Peradaban
c) Kemajuan fikiran, akal budi(cara berfikir, berkelakuan). Secara umumnya budaya pemikiran Orang Asli boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan behavioural.
i) Aspek Kognitif:
Merupakan idea dan pemikiran berkaitan dengan cara bagaimana mengatasi masalah. Kemelut budaya sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. (Alang Sabak, NGO : Orang Asli)
ii) Aspek Afektif:
Melibatkan perasaan (emosi) dalaman pada individu Orang Asli yang kita tidak ketahui. Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan ketika berada di sekolah yang mempunyai majoriti pelajar Orang Asli, di mana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar Orang Asli dan bukan Orang Asli, golongan pelajar Orang Asli ini akan ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan jika mereka berasa telah tersinggung dengan kata-kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibubapa. Ibubapa pelajar Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.
iii) Aspek Behavioural
Ini berkaitan dengan tingkahlaku/reaksi yang tidak nampak, sikap atau budaya Behavioural yang negatif ini tidak akan ditunjukkan secara realiti. Antara ciri-ciri tingkahlaku mereka adalah seperti berikut;
a) Pemalu dan berasa rendah diri. Ini menyebabkan kurang keyakinan diri di kalangan pelajar Orang Asli ini.
b) Mencintai kesenian, oleh kerana itu sekiranya ada persembahan untuk sesuatu upacara sama ada Hari Ucapan, Hari Sukan/Kokurikulum dan sebagai mereka paling suka mengambil bahagaian terutama dalam Tarian Sewang dan nyanyian. Pelajar asli kebanyakannya boleh bermain alat muzik seperti gitar dan dram.
c) Pelajar Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti memanjat pokok. Mereka paling gemar jika dapat menikmati hari hujan. Disebabkan keadaan
KESIMPULAN
Cadangan
kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid. Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan
secara langsung terhadap kaedah yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi
P&P agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan
pembelajaran.
Acapkali dibaca dan didengar
permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, vandalisma dan
sebagainya yang dilakukan oleh murid.Walaupun berat untuk diakui, namun kita
harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini adalah
datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjayanya.Seringkali guru
menggunakan kaedah yang tidak selari dengan kehendak dan penerimaan murid yang
mengakibatkan murid bosan untuk mengikuti P&P.
Mengambil contoh permasalahan yang
berlaku kepada etnik Orang Asli, masalah keciciran pendidikan di kalangan etnik
ini amat tinggi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) melaporkan 34.31%
dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.
Dalam
kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanak – kanak orang Asli yang tidak
dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak – kanak berkeperluan khas.
Persoalannya,
kenapakah anak orang Asli masih keberatan atau langsung tidak mahu ke sekolah?
Mereka tidak mahu ke sekolah ketika
tiba musim buah – buahan.Malah masih ada yang terjajah pemikirannya. Menurut
sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada kalangan ibu bapa Orang
Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan
kaum mereka.
Apabila
membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada
isu pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu
struktur persekitaran dan sosial masyarakat mereka sendiri.
Kemelut
budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah –
masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan
tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.
Seandainya guru tidak meratakan
jurang kepimpinan dimana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran
sekata antara pelajar, golongan Orang Asli ini akanketinggalan
jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi
mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan mereka
akan tersinggung dengan kata – kata guru khususnya di sekolah, mereka akan
menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pelajar orang
Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor
ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.
Selain daripada itu, budaya
mencintai kesenian telah tertanam dalam kehidupan orang Asli.Mereka suka
bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta suka menyanyi.Sebagai seorang
guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam merancang kaedah P&P yang
sesuai untuk menarik minat anak – anak Orang Asli ini mengikuti pelajaran.
Pelajar orang Asli lebih suka
bersantai dan tidak suka dikongkong.Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti
permainan.Memanjat pokok, menjerat haiwan, dan mandi sungai merupakan aktiviti
yang sering dilakukan oleh mereka.
Berdasarkan
perkara – perkara di atas, dua kaedah yang dirasakan sesuai dipilih untuk
dilaksanakan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian sosial dan mempunyai
anak orang Asli di dalam kelas tersebut:
a)Kaedah
itu ialah kaedah yang melibatkan pengetahuan sedia ada mereka ,sama ada mereka
telah alami,ketahui dalam kehidupan atau pengalaman mereka seharian.Tajuk atau tema pengajaran mestilah
berkaitan rapat dengan pengalaman serta pengetahuan sedia ada mereka dan alam
sekeliling mereka, contohnya pertanian,binatang liar,sungai dan tumbuh-tumbuhan
hutan.
b)
Satu lagi kaedah yang berkaitan dengan gaya hidup serta sosial budaya
mereka.iaitu hidup secara berkumpulan dan bekerjasama .Dalam hal ini guru
perlulah melibat murid orang Asli ini ke dalam kumpulan untuk melakukan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut.Bimbingan serta dorongan
hendaklah sentiasa diberikan ke atas murid orang Asli ini,agar mereka berasa tidak dipinggirkan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Mata Pelajaran :
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Kelas
: 4 Bestari
Tarikh : 12 Ogos 2011
Masa
: 8.15 – 9.15 pagi
Bil Murid : 40 orang (18 Lelaki, 22 Perempuan)
Tema : Tema 4 Kenali Budaya Malaysia
Tajuk : Unit 5 Kenali Dan Apresiasi Warisan Budaya Malaysia
Sub Topik : Pakaian Tradisional Kebanggaan Kita
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir
pembelajaran ini, murid akan dapat :
1.
Mengenal
pasti 6 daripada 5 jenis pakaian tradisional pelbagai kaum.
2.
Melukis
pakaian tradisional pelbagai kaum.
3.
Berbangga
dengan warisan budaya pakaian tradisional pelbagai kaum.
Penerapan Nilai-Nilai Murni
1.
Bersatu-padu
2.
Menghargai
budaya kaum lain
3.
Bangga
dengan budaya sendiri
Unsur Patriotisme
1.
Berbangga
dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di dalam negara ini.
2.
Bersyukur
dengan warisan dan budaya yang ada di Malaysia.
3.
Menghargai
keunikan warisan dan budaya di Malaysia.
Pengetahuan Sedia Ada
1.
Murid
sudah mengetahui apakah pakaian tradisional bagi kaum masing-masing.
Penggunaan Sumber Dan Bahan
Bil
|
Sumber
|
Kuantiti
|
01.
02.
03.
04.
05.
|
Kertas lukisan
Sampul surat
Gambar
LCD
Pensel warna
|
40 helai
6 keping
6 keping
1 buah
15 kotak
|
Kemahiran Generik
KB :
Kemahiran Memerhati, Kemahiran Komunikasi
TPK :
Kinestetik, Interpersonal, Ruang, Seni
Modul EDU 3106 Budaya & Pembelajaran
1.0
PENDAHULUAN
Apabila disebut budaya, ianya sering dikaitkan dengan masyarakat. Hal
ini berikutan budaya itu menjadi identiti yang tersendiri bagi sesuatu kelompok
masyarakat atau kaum di sesebuah kawasan. Istilah “kebudayaan” atau “budaya” berasal
daripada kata Sanskerta “Buddhayah” yang bermaksud budi dan akal. Jika
diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, budaya disebut “culture” yang merupakan
perkataan latin “colere” yang membawa makna mengolah dan mengerjakan.
Menurut Kamus Dewan menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun
atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu
bagaimana sesuatu masyarakat itu berfikir dan berkelakuan.
Dr. Mohd Arshad Hj. Taib yang juga
merupakan bekas professor Madya UiTM menjelaskan maksud sosio-budaya
iaitu suatu amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat
yang lahir dari pegangan an kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam
berbagai bidang hidup untuk memberi kepuasan dan merangsang pembangunan hidup
masyarakat tersebut.
Jika dilihat dari sudut pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya individu
ini boleh dlihat daripada pelbagai aspek. Contohnya dari segi ras, etnik dan
adat budaya mereka sehinggalah kepada skop yang lebih luas seperti jantina,
saiz badan, kesihatan,personaliti dan emosi. Slavin (1997) mengaitkan perbezaan
individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau,
kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kada belajar, gaya
kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. (A.
Aziz Deraman,2005)
Negara kita merupakan salah satu contoh negara yang mempunyai
kepelbagaian sosio-budaya. Hal ini berikutan negara kita terbentuk melalui
masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Dalam konteks ini, perpaduan
di antara kaum sangat dititikberatkan. Perbalahan di antara kaum boleh
mengakibatkan kesan yang amat besar kepada kestabilan negara ini. Secara
umumnya, negara kita terdiri daripada tiga etnik yang utama iaitu Melayu, Cina
dan India.
Orang Melayu berasal dari kumpulan etnik Austronesian dan mereka
kebanyakkanya menetap di Semenanjung Malaysia. Mereka menganut agama Islam dan
adalah bumiputera mengikut perlembagaan Malaysia. Bumiputera lain juga berasal
dari kumpulanb etnik Austronesian tetapi mereka menetap di Malaysia Timur iaitu
Sabah dan Sarawak. Orang Melayu membentuk 50.4 peratus daripada jumlah penduduk
di Malaysia manakala bumiputera yang lain membentuk 11 peratus dari jumlah
penduduk di Malaysia.
Orang Cina di Malaysia ialah
orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di
Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di
Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia,
lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa.
Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini. Mereka memainkan
peranan penting dalam perdangangan dan perniagaan. Antara bahasa yang
digunakan oleh orang Cina ialah Mandarin, Cantonese, teochew dan hakka. Agama
utama bagi orang Cina ialah agama Budha tetapi terdapat sebahagian orang Cina
yang menganut agama Kristian dan ada juga yang mengamalkan ajaran Tao.
Orang India merupakan kumpulan etnik
ketiga besar di Malaysia. Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak
2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan
komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan
kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.
Kebanyakkan orang India adalah dari kumpulan etnik Tamil, tetapi ada juga dari
kalangan etnik Telugus, Malayalis, Punjabis, Sindhis, Bengalis dan Gujaratis.
Pekerjaan mereka ialah peniaga dan pekerja ladang.
2.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA
Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa, perbezaan dan
kepelbagaian sosio-budaya memang tidak
dapat dinafikan lagi. Negara kita lahir daripada pembentukan kelompok
masyarakat yang berbilang etnik seperti Melayu, Cina, dan India serta kaum
pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum
minoriti. Kepelbagaian sosio-budaya ini memberi pelbagai implikasi dalam
masyarakat tidak kira sama ada yang positif mahupun yang negatif.
Di dalam bidang pendidikan, kepelbagaian
sosio-budaya ini telah mewujudkan satu suasana pembelajaran yang berbeza dan
menarik untuk dibincangkan. Guru memainkan peranan yang penting dalam mengawal
dan menguruskan kelas. Perpaduan merupakan aspek penting di dalam masyarakat
yang berbilang kaum ini, proses kea rah perpaduan ini bermula daripada sekolah
itu sendiri. Oleh itu, guru perlu bijak memainkan peranan mereka sebagai agen
perpaduan yang berkesan.
Apabila disebut mengenai impak kepelbagaian sosio-budaya terhadap
pengurusan kelas ini, kita boleh melihat impaknya dari dua aspek iaitu impak kepada guru dan juga murid. Bagaimana kedua-dua
aspek ini memainkan peranan dalam pengurusan kelas agar perpaduan dapat
diwujudkan bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh
kerajaan.
2.1 Impak Ke Atas Guru
2.1.1 Dasar professional guru di dalam kelas
Setiap kelas di sekolah sudah pasti wujud kepelbagaian budaya. Oleh itu,
seseorang guru itu perlulah bersikap professional di dalam menguruskan kelas.
Guru perlulah member perhatian terhadap beberapa perkara semasa pengajaran
untuk membentuk suasana pembelajaran yang kondusif. Guru juga berperanan dalam
membentuk hubungan yang sihat di antara pelbagai kaum dan persefahaman di
kalangan murid-murid sekolah.
Guru yang professional tidak akan
mengkelompokkan murid mengikut kaum dan akan mengajar dengan adil. Menurut Dato’ Sri Najib Tun Abd. Razak, dalam konsep 1
Malaysia, kerajaan perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan
dengan komitmen membantu tanpa melihat ras dan etnik. Selagi seseorang itu
memegang status sebagai warga negara Malaysia, mereka layak menerima bantuan
tanpa melihat dari kaum mana mereka datang. Oleh itu, seseorang guru itu hendaklah
mengendalikan kelas dengan adil supaya murid dapat bergaul dan berinteraksi
dengan semangat persaingan yang sihat Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid.
Selain itu, guru juga disarankan
supaya mengajar murid tanpa membezakan kelas sosial murid. Kelas sosial
mengambarkan perbezaan cara hidup dan pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang
sama. Mungkin terdapat murid yang
terdiri daripada golongan yang
berada dan ada yang terdiri daripada golongan yang miskin. Guru perlu memberi
layanan yang sama rata kepada mereka. Setiap murid tidak kira miskin atau kaya
mempunyai hak untuk mendapat pendidikan sama seperti orang lain.
2.1.2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang
bersesuaian
Kepelbagaian sosio-budaya di dalam
kelas ini memerlukan guru untuk bijak dalam merancang perjalanan kelasnya. Guru
perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek
perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin
kemajuan pelajar secara optimum. Antara aspek yang perlu diberi perhatian
seperti objektif pembelajaran, keadaan bilik darjah dan tahap kecerdasan murid.
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua
kepercayaan, nilai dan agama murid. Di dalam aktiviti yang dirancang itu
mestilah diselitkan dengan nilai-nilai murni dan unsur-unsur perpaduan. Murid
boleh diberi peluang untuk melibatkan diri di dalam setiap aktiviti yang
dijalankan agar mereka dapat menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran. Aktiviti
yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar
murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira
latar belakang sosial dan kecerdasan individu(A. Aziz Deraman 2005)
Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa
yang rasmi iaitu Bahasa Melayu dan bebas daripada sebarang dialek. Hal ini
kerana bahasa yang standard membolehkan semua murid memahami apa yang
dituturkan oleh guru. Secara tidak langsung, mereka dapat berinteraksi dengan
guru dan mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, topik-topik yang
dibincangkan mesti bebas daripada menyentuh sebarang isu-isu sensitif. Guru
perlu peka dengan nilai dan kepercayaan murid. Setiap kepercayaan dan nilai
perlu diterima seadanya. Tumpuan juga perlu diberikan kepada murid yang lemah.
Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran boleh diaplikasikan oleh guru agar masalah
perbezaan kecerdasan ini dapat diatasi beransur-ansur.
2.2 Impak Ke Atas
Murid
2.2.1 Merapatkan
jurang sosio-budaya di antara murid
Murid ini boleh diibaratkan sebagai
pelanggan kepada guru. Oleh itu, guru yang baik hendaklah memberi perkhidmatan
yang baik kepada pelanggannya. Di dalam kelas, guru bertanggungjawap dalam
menghapus atau merapatkan jurang sosio-budaya antara murid-murid. Murid perlu
didedahkan dengan isu kepelbagaian budaya seperti perbezaan jantina, etnik,
kelas sosial, prasangka dan diskriminasi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan
adalah seperti icebreaking, latihan penyelesaian masalah, berkongsi tentang
diri dan pelbagai lagi aktiviti yang lain. Melalui aktiviti ini, murid dapat
meluahkan pandangan mereka terhadapa isu yang berkaitan agar mereka lebih
memahami dengan mendalam terhadap kepelbagaian budaya.
Murid harus bersosial dalam melakukan
aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan
perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. Proses sosialisasi antara
kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses
pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Melalui cara ini, semangat
perpaduan dapat disemai di dalam diri murid dan sekaligus membentuk masyarakat
yang bersatu-padu sesuai dengan konsep 1 Malaysia.
2.2.2 Mengurus
tingkahaku murid
Guru perlu peka dan faham dengan
tingkahlaku murid di dalam kelas Hal ini kerana setiap murid terdiri daripada
tingkahlaku dan latar belakang budaya yang berbeza. Oleh itu, guru perlu
memastikan setiap tindakan yang diambil terhadap murid itu adalah tepat dan
bersesuaian.
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid
ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang
wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Contohnya
seperti menghormati orang lain semasa mereka bercakap dan sebagainya.
Selain itu. guru juga perlulah menunjukkan teladan yang baik kepada
murid-murid. Hal ini kerana guru dianggap sebagai role-model oleh murid-murid.
Murid biasanya akan terpengaruh dengan perlakuan guru. Oleh itu, guru perlulah
menjaga tingkahlaku ketika berada di kelas. Guru juga perlu memberi arahan yang
jelas kepada murid mengenai peraturan untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak
diingini.
2.2.3 Komunikasi yang berkesan
Kemahiran komunikasi sangat penting dalam mewujudkan perpaduan.
Komunikasi yang berkesan dapat merapatkan jurang di antara kaum. Komunikasi
yang berkesan boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti cara bertutur,
penggunaan bahasa badan, penulisan dan sebagainya. Guru yang menggunakan
kemahiran ini berupaya untuk membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif dan berkesan. Selain itu, pembentukan nilai-nilai murni dapat dilakukan
dengan mudah melalui komunikasi kerana guru boleh menerangkan mengenai
nilai-nilai murni ini secara lisan dan lebih difahami oleh murid.
Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru mesti mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan. Guru hendaklah membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya seperti menyiapkan kerja sekolah, mendapat keputusan yang baik dan sebagainya.
Dalam berkomunikasi, guru serta murid harus mengamalkan penggunaan
bahasa standard iaitu Bahasa Melayu. Penggunaan dialek mengikut kaum hendaklah
dielakkan. Selain itu, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan
dalam situasi yang sesuai. Aktiviti yang bercorak kearah peningkatan bahasa
juga perlu disertai supaya tahap penguasaan murid sentiasa bertambah. Murid
juga digalakkan untuk berinteraksi dan berhubung denga mereka yang berlainan
jantina. Hal ini supaya mereka mendapat kesedaran mengenai batas-batas
perhubungan dalam interaksi berlainan jantina.
Thursday, April 12, 2012
Monday, February 27, 2012
BMM PPG 3103
PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.
PENTAKSIRAN
Definisi
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
Tujuan Pentaksiran
· Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
· Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
· Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
· Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
· Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
PENGUJIAN
Definisi
Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970)
“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.
Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.
(Raminah 1991:2).
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahapberapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
LITERASI NOMBOR
1.Pengenalan : Banjir Kilat dan Faktor Penyebab
Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita dan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian.
Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah akibat hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermoden. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir kilat kerana apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung, maka lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
Hakisan sungai yang kerap berlaku juga boleh mendatangkan banjir kilat. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai tersebut tidak dapat megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
Hutan yang berperanan menyerap air hujan juga semakin berkurangan. Hal ini menyebabkan air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak, maka berlakulah banjir kilat.
Masalah banjir kilat yang sering melanda bandar pula adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlalu kecil dan cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang banyak, maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secara semula jadi dan membawa rahmat kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil lankgah-langkah untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan betrerusan.
2.Tajuk: Masalah Banjir Kilat Di Kawasan Sekolah Kebangsaan Tok Raja,Jerteh,Terengganu.
Sekolah Kebangsaan Tok Raja,Jerteh,Terengganu merupakan salah sebuah sekolah rendah darpada 50 buah sekolah rendah yang terdapat di daerah Besut ini.Sekolah ini terletak lebih kurang 4km setengah dari Bandar Jerteh.Sekolah ini ditadbirkan oleh seorang guru besar dan dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan serta 18 orang guru penolong. Murid pula seramai lebih kurang 300 orang sahaja, terdapat 12 buah kelas biasa dari tahun 1 hinggalah tahun 6.juga terdapat sebuah kelas pra sekolah.
Memandangkan keadaan kawasan sekolah ini yang rendah serta sistem peparitanyang tidak begitu baik, menyebabkan selalu berlakunya banjir kilat yang sering kali menganggu proses persekolahan berjalan lancar. Keadaan akan menjadi bertambah buruk bila memasuki musim hujan antara bulan 9 hingga 11 setiap tahun.
Faktor geografi,kedudukan sekolah ini di kawasan kampung yang dulunya merupakan tapak kebun getah penduduk kampung juga menjadikan sekolah ini mudah dilanda banjir kilat.Keadaan jalan raya yang agak tinggi daripada padang sekolah menyebabkan juga mudahnya air bertakung di kawasan sekolah, seterusnya mengundang banjir kilat berlaku.
Taburan hujan yang agak tinggi sepanjang tahun di kawasan Kampong Tok Raja juga menyumbang kepada berlakunya banjir serta banjir kilat di kawasan sekolah ini.
Baru-baru ini telah sekali berlaku banjir kilat,menyebabkan berpuluh-puluh orang murid terpaksa mengharungi air banjir di kawasan sekolah.Hujan yang turun selama 3 jam tidak berhenti –henti telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan sekolah ini.Banjir yang melanda lebih kurang 80 peratus kawasan sekolah amat dikesali oleh semua pihak. Kawasan yang ditenggelami ini ialah padang dan dataran perhimpunan sekolah.
Hampir semua murid dan guru terpaksa menghadapi masalah ini setiap kali berlakunya banjir kilat ini. Keadaan ini tentunya menyukarkan murid,guru dan serta ibu bapa,untuk menghadapinya.
Maka, dengan ini satu tindakan perlu dilakukan oleh seseorang untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.
3. JADUAL FIIT
Fakta | Idea | Isu pembelajaran | Tindakan |
· Banjir kilat di kawasan sekolah · Hujan turun tidak berhenti-henti selama 3 jam · Berpuluh-puluh murid terjejas ke sekolah kerana terpaksa mengharungi air yang bertakung di kawasan sekolah sedalam 2 kaki merangkumi kawasan hampir 100 meter persegi. | · Hujan lebat yang luar biasa · Sistem perparitan yang tidak sempurna · Longkang tersumbat kerana ketidakcekapan pihak atasan(pengurusan sekolah, pihak berkuasa tempatan,JKR dan sebagainya) untuk mengatasi masalah tersebut. | · Laporan cuaca untuk hari tersebut atau sepanjang bulan · System peparitan yang ideal · Tugas yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa · Penulisan surat laporan beserta pelan reka bentuk cadangan | · Berjumpa pengurusan sekolah untuk memaklumkan isu yang berbangkit · Ke perpustakaan untuk mempelajari tentang sukatan hujan yang turun(milimeter,liter) dan cara mengukurnya,ukuran kawasan terjejas (meter),kos penambunan tanah (penganggaran),kos sewa lori,tar,batu juga kos longkang dan penyewaan jengkaut. · Dengan keluasan kawasan sekolah yang terjejas,perlu merancang pelan cadangan kedalaman longkang yang sepatutnya · Ke Jabatan Kaji Cuaca untuk mengetahui maklumat tentang keadaan cuaca · Selepas berbincang dengan pihak pengurusan sekolah,akhirnya menulis surat kepada pihak berkuasa Tempatan(PBT) dan Jabatan Kerja Raya(JKR) dilampirkan dengan kos keseluruhan dan pelan cadangan lukisan 2D atau 3D dan cara mengatasinya. |
4..Penerangan terperinci bagaimana murid memperoleh ilmu dan kemahiran di dalam PBL berdasarkan Masalah Banjir di kawasan sekolah
PBL ialah proses pembelajaran yang berfokuskan kajian dalam bentuk projek sebagai cara pelajar memperoleh ilmu, yang dilaksanakan secara sistematik/ terancang dalam jangka masa yang tertentu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan oleh pelajar dan melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian dan kajian lapangan atau dunia sebenar. Proses ini biasanya akan melibatkan kutipan dan analisis data serta persediaan satu laporan pada akhir latihan. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah seliaan yang minima oleh guru.
Bagi menentukan murid-murid saya memperolehi ilmu dan kemahiran di dalam PBL(project-based learning) berdasarkan Masalah Banjir Di kawasan Sekolah mereka.paling utama saya memastikan tugasan ini sesuai berdasarkan kurikulum sekolah.Tugasan ini hendaklah sesuai dengan kemampuan dan keupayaan pelajar Tahun 5 yang terlibat.
Untuk menentukan perjalanan projek ini berjalan dengan baik,saya harus membuat jadual kerja serta menentukan jadual ini diikuti dengan baik oleh semua murid.
Murid –murid akan dipecahkan seramai 5 orang bagi satu kumpulan.bagi tujuan projek ini murid saya seramai 30 orang akan dipecahkan kepada 6 kumpulan.kumpulan-kumpulan ini dtugaskan dengan tugasan masing-masing seperti berikut:-
Kumpulan 1 - tugasan: mengukur keluasan kawasan banjir terlibat,menggunakan
ukuran meter.
Kumpulan 2 – tugasan; mengukur panjang serta kedalaman parit. dan
menganggarkan jumlah longkang yang sesuai.
Kumpulan 3 – tugasan:menganggarkan jumlah isipadu air yang
bertakung,berdasarkan formula isipadu.
Kumpulan 4 - tugasan menyukat taburan hujan dalam unit sentimeter
bila berlaku hujan menggunakan selinder penyukat.
Kumpulan 5 – tugasan: menganggarkan jumlah batuan dan tanah yang perlu di
tambunkan dalam bentuk lori serta sewa jengkaut.
Kumpulan 6 – tugasan:membuat lakaran kawasan yang dilanda banjir serta menulis
surat rasmi memohon bantuan mengatasi masalah banjir tersebut
Bagi memastikan projek ini berjalan lancar,saya akan membuat penilaian untuk mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan terbabit.penilaian ini haruslah dilaksanakan sepanjang tempuh projek ini berjalan.
Saya juga akan memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek ini berjalan selama 1 minggu.
Murid -murid harus melaksanakan kerja projek mereka secara berperingkat dan mempunyai perancangan tertentu.
Di akhir kerja projek ini saya sebagai guru pembimbing akan membimbing kumpulan membuat pembentangan,seterusnya membuat penyelarasan dan permurnian projek masalah banjir di kawasan sekolah mereka ini.
Bagi memastikan tiap ahli kumpulan mendapat manfaat tentang kerja projek ini saya akan pastikan tiap pelajar membuat refleksi di dalam buku nota dari masa ke semasa sepanjang pelaksanaan PBL ini.
5.,Maklumat dan Cara Penggiraan
Kawasan yang teruk terlibat dengan banjir kilat ialah kawasan dataran perhimpunan dan padang sekolah.berikut ialah maklumat yang telah didapati didalam penyiasatan yang telah dijalankan di kawasan sekolah tersebut:-
i) Keluasan = panjang x lebar
Dataran perhimpunan = 70 meter x 50 meter =350 meter persegi
Padang sekolah = 197 meter x 98 meter = 19306 meter persegi
Parit yang perlu dilongkangkan = 800 kaki panjang
800 kaki ÷ 3 kaki = 267 unit
ii) Sukatan taburan hujan dalam cm dalam 1 hari semasa hari banjir kilat
1 jam x pertama = 22 cm
2 jam x kedua = 33 cm (bertambah 11 cm)
3 jam x ketiga = 44 cm (bertambah 11cm)
4 jam x ke empat = 51 cm (bertambah 7 cm)
iii) Anggaran kapasiti isipadu air banjir di padang sekolah
Isipadu cecair = panjang x lebar x tinggi
-panjang 197meter x lebar 98 meter x tinggi 62 centimeter
Cara penggiraan:-
-197 meter x 98 meter x 62 cm = 19306 meter x 62 cm padu
Daripada meter tukarkan kepada ukuran sentimeter
-19306 m x100 =1930600 cm.
Kemudian darabkan,1930600 cm x 62cm = 119697200 cm padu
Untuk memudahkan kefahaman, tukarkan bacaan sentimeter( cm)
kepada meter (m) ,
-119697200 cm ÷ 100 = 1196972 meter padu.
Dengan ini dapatlah kita menganggarkan jumlah kapasiti air banjir di
padang sekolah adalah lebih kurang 1196972 meter padu
6. Surat-surat Permohonan dan sebagainya.
a) Surat kepada Pihak Berkuasa Tempatan- Majlis Daerah Besut
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Abdullah bin Yusoff
Sekolah Kebangsaan Tok Raja,
22000 Jerteh,Terengganu. 0139791552
____________________________________________________________________
Kepada,
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Besut,
Kampong Raja,
22200 Besut,Terengganu. Tarikh :5.8.2011
Tuan,
Per: Masalah Banjir Kilat Di Sekolah Kebangsaan Tok Raja
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.Saya seperti nama dan alamat di atas adalah wakil guru,ibubapa dan murid sekolah ini,ingin memaklumkan tentang masalah tersebut di atas.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, kejadian banjir kilat sering berlaku di kawasan Sekolah Kebangsaan Tok Raja ini.Baru-baru ini pada 3.8.2011,kejadian banjir kilat ini terus berlaku selama 4 jam.hampir 80 peratus kawasan sekolah ditenggelami air.Hal ini tentunya menyukarkan murid ke sekolah atau balik.
3. Hal ini berlaku kerana sistem peparitan yang tidak sempuna,kebanyakan ditumbuhi rumput-rumput serta dipenuhi dengan sampah-sarap,menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik.
4. Harapan kami agar pihak tuan dapat bertindak dengan cepat bagi mengatasi masalah ini dengan segera.Bersama ini dilampirkan tugasan yang sepatutnya diambil tindakan oleh pihak tuan.
Sekian, semoga mendapat tindakan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Terima kasih.
Yang benar,
………………………………
(ABDULLAH BIN YUSOFF)
Lampiran A
Tugasan yang perlu dilakukan oleh pihak Majlis Daerah Besut
1) Membersihkan sampah-sarap di sepanjang jalan dan longkang berhampiran sekolah.
2) Memotong rumput-rampai yang terdapat di tepi jalan dan longkang serta sekitar kawasan sekolah.
3) Memantau keadaan kebersihan jalan ,longkang serta kawasan sekitar luar sekolah dan mengambil apa-apa tindakan yang perlu.
4) Menampal apa-apa poster yang boleh mendidik,serta memberi kesedaran kepada murid-murid dan penduduk tentang keperluan menjaga kebersihan alam sekitar contohnya.
5) Lain-lain tindakan yang difikirkan perlu dilakukan.
b) Surat kepada Jabatan Kaji Cuaca
Abdullah bin Yusoff,
Sekolah Kebangsaan Tok Raja,
22000 Jerteh,Terengganu.
Kepada ,
Jabatan Kaji Cuaca,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu. Tarikh:5.8.2011
Tuan,
Memohon Maklumat Cuaca Bagi Kawasan Jerteh
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.saya seperti nama dan alamat di atas wakil warga SK.Tok Raja Jerteh memohon maklumat tentang ramalan cuaca bagi kawasan Jerteh samada secara mingguan ataupun harian.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan sekolah ini terletak dalam kawasan Jerteh serta sering dilanda banjir kilat.Maklumat tentang cuaca ini penting untuk pengetahuan pihak kami bagi membua apa-apa persediaan menghadapi banjir kilat bila berlakunya hujan yang lebat.
Sekian, semoga mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak tuan.
Terima kasih.
Yang benar,
……………………………
(ABDULLAH B YUSOFF)
c) Surat kepada Jabatan Kerja Raya
Abdullah bin Yusoff,
Sekolah Kebangsaan Tok Raja,
22000 Jerteh,Terengganu.
Kepada,
Jurutera ,
Jabatan Kerja Raya,
Daerah Besut,
22200 Besut,Terengganu. Tarikh:5.8.2011
Tuan,
Per: Masalah Banjir Kilat Di Sekolah Kebangsaan Tok Raja
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.saya seperti nama dan alamat di atas mewakili warga sekolah ini ingin memaklumkan tentang masalah banjir kilat yang sering berlaku di sekolah ini.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan masalah banjir kilat ini sering berlaku bila hujan turun dengan tidak berhenti –henti selama beberapa jam sahaja.Masalah ini bertambah rumit lagi bila menjelang akhir tahun iaitu musim hujan.Keadaan ini tentunya menyusahkan murid,guru serta ibu bapa terlibat.
3. Sehubungan dengan ini pihak kami berharap agar pihak tuan dapat menyalurkan bantuan sekaligus menyelesaikan masalah banjir kilat di sekolah ini.Bersama-sama ini disertakan pelan lokasi,pelan cadangan dan anggaran kos untuk perhatian serta tindakan pihak tuan.
Sekian,semoga mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.
Terima kasih,
Yang benar,
……………………………..
(ABDULLAH BIN YUSOFF)
Pelan lokasi
Pelan cadangan
Cadangan
1) Pendalaman parit tanah sedia ada daripada 2 kaki kepada 4 kaki dan dilongkangkan.
2) Penambunan tanah setinggi 70cm daripada paras tanah asal. di kawasan padang sekolah.Paras air banjir ialah 62 cm.
3) Meninggikan kawasan dataran perhimpunan dengan batuan dan ditarkan semula.
4) Laporan tentang maklumat cuaca secara mingguan atau harian dipamerkan untuk pengetahuan murid,guru dan ibu bapa.
Anggaran kos terlibat
Bil | Perkara/ keperluan | Anggaran harga | Kos |
1 | Tambun tanah dan sewa lori. Keperluan 40 lori | 1 lori x Rm100 40 lori x rm100 =Rm4000 | Rm 4000 |
2 | Batuan dan sewa lori Keperluan 8 lori. | 1lori x Rm130 8 lori x rm130 =Rm1040 | Rm1040 |
3 | Tar dan sewa jentera penggiling Keperluan 200m2 | 1m2 x Rm50 200m2 x Rm50 =Rm10000 | Rm10000 |
4 | Jengkaut dan sewa Keperluan 2 hari | 1 hari xRm 300 2 hari x rm300 =Rm600 | Rm600 |
5 | Longkang ukuran 4 kaki bentuk 3D V Keperluan 800 kaki ÷ 3 =267 unit | 1 unit x Rm15 267 unit x Rm15 =Rm4005 | Rm4005 |
| | Jumlah Keseluruhan | Rm 19645 |
Rujukan
b) Izzahgummy.blogspot.com/- D’cache
c) Modul Literasi Number PPG
Subscribe to:
Posts (Atom)