Monday, February 27, 2012

LITERASI NOMBOR



1.Pengenalan : Banjir Kilat dan Faktor Penyebab
     Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita dan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian.
      Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah akibat hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
      Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermoden. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir kilat kerana apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung, maka lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
      Hakisan sungai yang kerap berlaku juga boleh mendatangkan banjir kilat. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai tersebut tidak dapat megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
      Hutan yang berperanan menyerap air hujan juga semakin berkurangan.  Hal ini menyebabkan air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak, maka berlakulah banjir kilat.
      Masalah banjir kilat yang sering melanda bandar pula adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlalu kecil dan cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang banyak, maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
     Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secara semula jadi dan membawa rahmat kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil lankgah-langkah untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan betrerusan.

2.Tajuk: Masalah Banjir Kilat Di Kawasan Sekolah Kebangsaan Tok                  Raja,Jerteh,Terengganu.

Sekolah Kebangsaan Tok Raja,Jerteh,Terengganu merupakan salah sebuah sekolah rendah darpada 50 buah sekolah rendah yang terdapat di daerah Besut ini.Sekolah ini terletak lebih kurang 4km setengah dari Bandar Jerteh.Sekolah ini ditadbirkan oleh seorang guru besar dan dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan serta 18 orang guru penolong. Murid pula seramai lebih kurang 300 orang sahaja, terdapat 12 buah kelas biasa dari tahun 1 hinggalah tahun 6.juga terdapat sebuah kelas pra sekolah.
       Memandangkan keadaan kawasan sekolah ini yang rendah  serta  sistem peparitanyang tidak begitu baik, menyebabkan selalu berlakunya banjir kilat yang sering kali menganggu proses persekolahan berjalan lancar. Keadaan akan menjadi bertambah buruk bila memasuki musim hujan  antara bulan 9 hingga 11 setiap tahun.    
Faktor geografi,kedudukan sekolah ini di kawasan kampung yang dulunya merupakan tapak kebun getah  penduduk kampung juga menjadikan sekolah ini mudah dilanda banjir kilat.Keadaan  jalan raya yang agak tinggi daripada padang sekolah menyebabkan juga mudahnya air bertakung di kawasan sekolah, seterusnya mengundang banjir kilat berlaku.
     Taburan hujan yang agak tinggi sepanjang tahun di kawasan Kampong Tok Raja juga menyumbang kepada berlakunya banjir serta banjir kilat di kawasan sekolah ini.
Baru-baru ini telah sekali berlaku banjir kilat,menyebabkan berpuluh-puluh orang murid terpaksa mengharungi air banjir di kawasan sekolah.Hujan yang turun selama 3 jam tidak berhenti –henti telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan sekolah ini.Banjir yang melanda lebih kurang  80 peratus kawasan sekolah amat dikesali oleh semua pihak. Kawasan yang ditenggelami ini ialah padang  dan dataran perhimpunan sekolah.
    Hampir semua murid dan guru terpaksa menghadapi masalah ini setiap kali berlakunya banjir kilat ini. Keadaan ini tentunya menyukarkan murid,guru dan serta ibu bapa,untuk menghadapinya.
Maka, dengan ini satu tindakan perlu dilakukan oleh seseorang untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.







                                             3.    JADUAL FIIT

Fakta
Idea
Isu pembelajaran
Tindakan

·         Banjir kilat di kawasan sekolah
·         Hujan turun tidak berhenti-henti selama 3 jam
·         Berpuluh-puluh murid terjejas ke sekolah kerana terpaksa mengharungi air yang bertakung di kawasan sekolah sedalam 2 kaki merangkumi kawasan hampir 100 meter persegi.

·         Hujan lebat yang luar biasa
·         Sistem perparitan yang tidak sempurna
·         Longkang tersumbat kerana ketidakcekapan pihak atasan(pengurusan sekolah, pihak berkuasa tempatan,JKR dan sebagainya) untuk mengatasi masalah tersebut.

·         Laporan cuaca untuk hari tersebut atau sepanjang bulan
·         System peparitan yang ideal
·         Tugas yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa
·         Penulisan surat laporan beserta pelan reka bentuk cadangan

·         Berjumpa pengurusan sekolah untuk memaklumkan isu yang berbangkit
·         Ke perpustakaan untuk mempelajari tentang sukatan  hujan yang turun(milimeter,liter) dan cara mengukurnya,ukuran kawasan terjejas (meter),kos penambunan tanah (penganggaran),kos sewa lori,tar,batu juga kos longkang dan penyewaan jengkaut.
·         Dengan keluasan kawasan sekolah yang terjejas,perlu merancang pelan cadangan kedalaman longkang yang sepatutnya
·         Ke Jabatan Kaji Cuaca untuk mengetahui maklumat tentang keadaan cuaca
·         Selepas berbincang dengan pihak pengurusan sekolah,akhirnya menulis surat kepada pihak berkuasa Tempatan(PBT) dan Jabatan Kerja Raya(JKR) dilampirkan dengan kos keseluruhan dan pelan cadangan lukisan 2D atau 3D dan cara mengatasinya.








4..Penerangan terperinci bagaimana murid memperoleh ilmu dan kemahiran di dalam    PBL berdasarkan Masalah Banjir di kawasan sekolah
   PBL ialah proses pembelajaran yang berfokuskan kajian dalam bentuk projek sebagai cara pelajar memperoleh ilmu, yang dilaksanakan secara sistematik/ terancang dalam jangka masa yang tertentu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan oleh pelajar dan melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian dan kajian lapangan atau dunia sebenar. Proses ini biasanya akan melibatkan kutipan dan analisis data serta persediaan satu laporan pada akhir latihan. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah seliaan yang minima oleh guru.
    Bagi menentukan murid-murid saya memperolehi ilmu dan kemahiran di dalam PBL(project-based learning) berdasarkan Masalah Banjir Di kawasan Sekolah mereka.paling utama saya memastikan tugasan ini sesuai berdasarkan kurikulum sekolah.Tugasan ini hendaklah sesuai dengan kemampuan dan keupayaan pelajar Tahun 5 yang terlibat.
   Untuk menentukan perjalanan projek ini berjalan dengan baik,saya harus membuat jadual kerja serta menentukan jadual ini diikuti dengan baik oleh semua murid.
Murid –murid akan dipecahkan seramai 5 orang bagi satu kumpulan.bagi tujuan projek ini murid saya seramai 30 orang akan dipecahkan kepada 6 kumpulan.kumpulan-kumpulan ini dtugaskan dengan tugasan masing-masing seperti berikut:-
      Kumpulan 1   - tugasan: mengukur keluasan kawasan banjir terlibat,menggunakan    
                              ukuran meter.
      Kumpulan 2 – tugasan; mengukur panjang serta kedalaman parit. dan       
                             menganggarkan jumlah longkang yang sesuai.
      Kumpulan 3 – tugasan:menganggarkan jumlah isipadu air yang       
                             bertakung,berdasarkan formula isipadu.
      Kumpulan 4 -  tugasan menyukat taburan hujan dalam unit sentimeter
                             bila berlaku hujan menggunakan selinder penyukat.
                             
                          
     Kumpulan 5 – tugasan: menganggarkan jumlah batuan dan tanah yang perlu di
                              tambunkan dalam bentuk lori serta sewa jengkaut.
     Kumpulan 6 – tugasan:membuat lakaran kawasan yang dilanda banjir serta menulis 
                           surat rasmi memohon bantuan mengatasi masalah banjir tersebut
     Bagi memastikan projek ini berjalan lancar,saya akan membuat penilaian untuk mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan terbabit.penilaian ini haruslah dilaksanakan sepanjang tempuh projek ini berjalan.
Saya juga akan memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek ini berjalan selama 1 minggu.
Murid -murid harus melaksanakan kerja projek mereka secara berperingkat dan mempunyai perancangan tertentu.
     Di akhir kerja projek ini  saya sebagai guru pembimbing akan membimbing kumpulan membuat pembentangan,seterusnya membuat penyelarasan dan permurnian projek masalah banjir di kawasan sekolah mereka ini.
    Bagi memastikan tiap ahli kumpulan mendapat manfaat tentang kerja projek ini saya akan pastikan tiap pelajar membuat refleksi di dalam buku nota dari masa ke semasa sepanjang pelaksanaan PBL ini.




5.,Maklumat dan Cara Penggiraan
Kawasan yang teruk  terlibat dengan banjir kilat ialah kawasan dataran perhimpunan dan padang sekolah.berikut ialah maklumat yang telah didapati didalam penyiasatan yang telah dijalankan di kawasan sekolah tersebut:-
                i) Keluasan  =     panjang x lebar
                       Dataran perhimpunan =   70 meter x 50 meter =350 meter persegi
                       Padang sekolah    = 197 meter x 98 meter = 19306 meter persegi
                       Parit yang perlu dilongkangkan      = 800 kaki panjang       
                                                                                800 kaki ÷ 3 kaki = 267 unit

               ii) Sukatan  taburan hujan dalam cm dalam 1 hari semasa hari banjir kilat
                         1  jam x pertama       = 22 cm
                         2 jam  x kedua          = 33 cm (bertambah  11 cm)
                         3 jam x ketiga            = 44 cm (bertambah 11cm)
                         4 jam x ke empat      = 51 cm (bertambah 7 cm)

                  iii) Anggaran kapasiti isipadu air banjir di padang sekolah
                       Isipadu cecair  =  panjang x lebar x tinggi
                      -panjang 197meter x lebar 98 meter x tinggi 62 centimeter
                      Cara penggiraan:-
                      -197 meter x 98 meter x 62 cm = 19306 meter x 62 cm padu
                       Daripada meter tukarkan kepada ukuran  sentimeter
                      -19306 m x100  =1930600 cm.      

                         Kemudian darabkan,1930600 cm x 62cm = 119697200 cm padu   
                         Untuk memudahkan kefahaman, tukarkan bacaan sentimeter( cm)                     
                         kepada meter (m) ,             
                       -119697200 cm ÷ 100  = 1196972 meter padu.     
                     Dengan ini dapatlah kita menganggarkan jumlah kapasiti air banjir  di                        
                     padang   sekolah   adalah lebih kurang 1196972  meter padu  










6. Surat-surat Permohonan dan sebagainya.
 a) Surat kepada Pihak Berkuasa Tempatan- Majlis Daerah Besut
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Abdullah bin Yusoff
Sekolah Kebangsaan Tok Raja,
22000 Jerteh,Terengganu.                                                      0139791552
____________________________________________________________________
Kepada,
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Besut,
Kampong Raja,
22200 Besut,Terengganu.                                                   Tarikh :5.8.2011

Tuan,
Per: Masalah Banjir Kilat Di Sekolah Kebangsaan Tok Raja
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.Saya seperti nama dan alamat di atas adalah  wakil guru,ibubapa dan murid sekolah ini,ingin memaklumkan tentang masalah tersebut di atas.
2.       Untuk pengetahuan pihak tuan, kejadian banjir kilat sering berlaku di kawasan Sekolah Kebangsaan Tok Raja ini.Baru-baru ini pada 3.8.2011,kejadian banjir kilat ini terus berlaku selama 4 jam.hampir 80 peratus kawasan sekolah ditenggelami air.Hal ini tentunya menyukarkan murid ke sekolah atau balik.
3.       Hal ini berlaku kerana sistem peparitan yang tidak sempuna,kebanyakan ditumbuhi rumput-rumput serta dipenuhi dengan sampah-sarap,menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik.
4.        Harapan kami agar pihak tuan dapat bertindak dengan cepat bagi mengatasi masalah ini dengan segera.Bersama ini dilampirkan tugasan yang sepatutnya diambil tindakan  oleh  pihak tuan.
Sekian, semoga mendapat tindakan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.Kerjasama yang diberikan  didahului dengan ucapan terima kasih.

Terima kasih.

Yang benar,
………………………………
(ABDULLAH BIN YUSOFF)














Lampiran A

Tugasan yang perlu dilakukan oleh pihak Majlis Daerah Besut
1)    Membersihkan sampah-sarap di sepanjang jalan dan longkang berhampiran sekolah.
2)    Memotong rumput-rampai yang terdapat di tepi jalan dan longkang serta sekitar kawasan sekolah.
3)    Memantau keadaan kebersihan jalan ,longkang serta kawasan sekitar luar sekolah dan mengambil apa-apa tindakan yang perlu.
4)    Menampal apa-apa poster yang boleh mendidik,serta memberi kesedaran kepada murid-murid dan penduduk tentang keperluan menjaga kebersihan alam sekitar contohnya.
5)    Lain-lain tindakan yang difikirkan perlu dilakukan.








                                         




b) Surat kepada Jabatan Kaji Cuaca

Abdullah bin Yusoff,
Sekolah Kebangsaan Tok Raja,
22000 Jerteh,Terengganu.
Kepada ,
Jabatan Kaji Cuaca,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.                                                                                 Tarikh:5.8.2011


Tuan,
Memohon Maklumat Cuaca Bagi Kawasan Jerteh
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.saya seperti nama dan alamat di atas wakil warga SK.Tok Raja Jerteh memohon maklumat tentang ramalan cuaca bagi kawasan Jerteh samada secara mingguan ataupun harian.
2.    Untuk pengetahuan pihak tuan sekolah ini terletak dalam kawasan Jerteh serta sering dilanda banjir kilat.Maklumat tentang cuaca ini penting untuk pengetahuan pihak kami bagi membua apa-apa persediaan menghadapi banjir kilat bila berlakunya hujan yang lebat.
Sekian, semoga mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak  tuan.
Terima kasih.

Yang benar,
……………………………
(ABDULLAH B YUSOFF)

c) Surat kepada Jabatan Kerja Raya

Abdullah bin Yusoff,
Sekolah Kebangsaan Tok Raja,
22000 Jerteh,Terengganu.


Kepada,
Jurutera ,
Jabatan Kerja Raya,
Daerah Besut,
22200 Besut,Terengganu.                                                                   Tarikh:5.8.2011

Tuan,
Per: Masalah Banjir Kilat Di Sekolah Kebangsaan Tok Raja
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.saya seperti nama dan alamat di atas mewakili warga sekolah ini ingin memaklumkan tentang masalah banjir kilat yang sering berlaku di sekolah ini.
2.      Untuk pengetahuan pihak tuan masalah banjir kilat ini sering berlaku bila hujan turun dengan tidak berhenti –henti selama beberapa jam sahaja.Masalah ini bertambah rumit lagi bila menjelang akhir tahun iaitu musim hujan.Keadaan ini tentunya menyusahkan murid,guru serta ibu bapa terlibat.
3.       Sehubungan dengan ini pihak kami berharap agar pihak tuan dapat menyalurkan bantuan sekaligus menyelesaikan masalah banjir kilat di sekolah ini.Bersama-sama ini disertakan pelan lokasi,pelan cadangan dan anggaran kos untuk perhatian serta tindakan pihak tuan.
Sekian,semoga mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.
Terima kasih,
Yang benar,
……………………………..
(ABDULLAH BIN YUSOFF)

Pelan lokasi
untitled.bmp

Pelan cadangan

pelan after.bmp
Cadangan
1)    Pendalaman parit tanah sedia ada daripada 2 kaki kepada 4 kaki dan dilongkangkan.
2)    Penambunan tanah setinggi 70cm daripada paras tanah asal. di kawasan padang sekolah.Paras air banjir ialah 62 cm.
3)    Meninggikan kawasan dataran perhimpunan dengan batuan dan ditarkan semula.
4)    Laporan tentang maklumat cuaca secara mingguan  atau harian dipamerkan  untuk pengetahuan murid,guru dan ibu bapa.


Anggaran kos terlibat

Bil
Perkara/ keperluan
      Anggaran harga
Kos
1
Tambun tanah dan sewa lori.
Keperluan 40 lori


1 lori x Rm100
40 lori x rm100 =Rm4000
Rm 4000
2
Batuan dan sewa lori

Keperluan 8 lori.
1lori x Rm130
8 lori x rm130 =Rm1040

Rm1040
3
Tar dan sewa jentera penggiling
Keperluan 200m2
1m2 x Rm50
200m2 x Rm50 =Rm10000

Rm10000
4
Jengkaut dan sewa
Keperluan 2 hari

1 hari xRm 300
2 hari x rm300 =Rm600

Rm600
5
Longkang ukuran 4 kaki bentuk 3D V
Keperluan 800 kaki ÷ 3 =267 unit
1 unit x Rm15
267 unit x Rm15 =Rm4005

Rm4005





Jumlah Keseluruhan

Rm 19645



Rujukan

b)    Izzahgummy.blogspot.com/- D’cache
c)    Modul Literasi Number PPG








No comments:

Post a Comment