3.0
KAEDAH PENGAJARAN UNTUK MURID ORANG ASLI.
Apabila membicarakan tentang
budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan
budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu struktur
persekitaran dan sosial masyarakat Orang Asli.
Daripada sudut pandangan pentadbir, kemunduran pelajar Orang Asli berpunca daripada sikap komuniti Orang Asli itu sendiri. Justeru beberapa pendekatan telah dirancang dan dilaksanakan namun terus gagal menemui jalan penyelesaian.
DEFINISI BUDAYA DAN BUDAYA PEMIKIRAN PELAJAR ORANG ASLI:
Merujuk kepada Kamus Dewan, Budaya ialah;
a) Tamadun
b) Peradaban
c) Kemajuan fikiran, akal budi(cara berfikir, berkelakuan). Secara umumnya budaya pemikiran Orang Asli boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan behavioural.
i) Aspek Kognitif:
Merupakan idea dan pemikiran berkaitan dengan cara bagaimana mengatasi masalah. Kemelut budaya sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. (Alang Sabak, NGO : Orang Asli)
ii) Aspek Afektif:
Melibatkan perasaan (emosi) dalaman pada individu Orang Asli yang kita tidak ketahui. Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan ketika berada di sekolah yang mempunyai majoriti pelajar Orang Asli, di mana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar Orang Asli dan bukan Orang Asli, golongan pelajar Orang Asli ini akan ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan jika mereka berasa telah tersinggung dengan kata-kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibubapa. Ibubapa pelajar Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.
iii) Aspek Behavioural
Ini berkaitan dengan tingkahlaku/reaksi yang tidak nampak, sikap atau budaya Behavioural yang negatif ini tidak akan ditunjukkan secara realiti. Antara ciri-ciri tingkahlaku mereka adalah seperti berikut;
a) Pemalu dan berasa rendah diri. Ini menyebabkan kurang keyakinan diri di kalangan pelajar Orang Asli ini.
b) Mencintai kesenian, oleh kerana itu sekiranya ada persembahan untuk sesuatu upacara sama ada Hari Ucapan, Hari Sukan/Kokurikulum dan sebagai mereka paling suka mengambil bahagaian terutama dalam Tarian Sewang dan nyanyian. Pelajar asli kebanyakannya boleh bermain alat muzik seperti gitar dan dram.
c) Pelajar Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti memanjat pokok. Mereka paling gemar jika dapat menikmati hari hujan. Disebabkan keadaan

KESIMPULAN
Cadangan
kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid. Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan
secara langsung terhadap kaedah yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi
P&P agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan
pembelajaran.
Acapkali dibaca dan didengar
permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, vandalisma dan
sebagainya yang dilakukan oleh murid.Walaupun berat untuk diakui, namun kita
harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini adalah
datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjayanya.Seringkali guru
menggunakan kaedah yang tidak selari dengan kehendak dan penerimaan murid yang
mengakibatkan murid bosan untuk mengikuti P&P.
Mengambil contoh permasalahan yang
berlaku kepada etnik Orang Asli, masalah keciciran pendidikan di kalangan etnik
ini amat tinggi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) melaporkan 34.31%
dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.
Dalam
kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanak – kanak orang Asli yang tidak
dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak – kanak berkeperluan khas.
Persoalannya,
kenapakah anak orang Asli masih keberatan atau langsung tidak mahu ke sekolah?
Mereka tidak mahu ke sekolah ketika
tiba musim buah – buahan.Malah masih ada yang terjajah pemikirannya. Menurut
sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada kalangan ibu bapa Orang
Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan
kaum mereka.
Apabila
membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada
isu pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu
struktur persekitaran dan sosial masyarakat mereka sendiri.
Kemelut
budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah –
masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan
tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.
Seandainya guru tidak meratakan
jurang kepimpinan dimana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran
sekata antara pelajar, golongan Orang Asli ini akanketinggalan
jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi
mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan mereka
akan tersinggung dengan kata – kata guru khususnya di sekolah, mereka akan
menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pelajar orang
Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor
ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.
Selain daripada itu, budaya
mencintai kesenian telah tertanam dalam kehidupan orang Asli.Mereka suka
bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta suka menyanyi.Sebagai seorang
guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam merancang kaedah P&P yang
sesuai untuk menarik minat anak – anak Orang Asli ini mengikuti pelajaran.
Pelajar orang Asli lebih suka
bersantai dan tidak suka dikongkong.Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti
permainan.Memanjat pokok, menjerat haiwan, dan mandi sungai merupakan aktiviti
yang sering dilakukan oleh mereka.
Berdasarkan
perkara – perkara di atas, dua kaedah yang dirasakan sesuai dipilih untuk
dilaksanakan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian sosial dan mempunyai
anak orang Asli di dalam kelas tersebut:
a)Kaedah
itu ialah kaedah yang melibatkan pengetahuan sedia ada mereka ,sama ada mereka
telah alami,ketahui dalam kehidupan atau pengalaman mereka seharian.Tajuk atau tema pengajaran mestilah
berkaitan rapat dengan pengalaman serta pengetahuan sedia ada mereka dan alam
sekeliling mereka, contohnya pertanian,binatang liar,sungai dan tumbuh-tumbuhan
hutan.
b)
Satu lagi kaedah yang berkaitan dengan gaya hidup serta sosial budaya
mereka.iaitu hidup secara berkumpulan dan bekerjasama .Dalam hal ini guru
perlulah melibat murid orang Asli ini ke dalam kumpulan untuk melakukan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut.Bimbingan serta dorongan
hendaklah sentiasa diberikan ke atas murid orang Asli ini,agar mereka berasa tidak dipinggirkan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Mata Pelajaran :
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Kelas
: 4 Bestari
Tarikh : 12 Ogos 2011
Masa
: 8.15 – 9.15 pagi
Bil Murid : 40 orang (18 Lelaki, 22 Perempuan)
Tema : Tema 4 Kenali Budaya Malaysia
Tajuk : Unit 5 Kenali Dan Apresiasi Warisan Budaya Malaysia
Sub Topik : Pakaian Tradisional Kebanggaan Kita
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir
pembelajaran ini, murid akan dapat :
1.
Mengenal
pasti 6 daripada 5 jenis pakaian tradisional pelbagai kaum.
2.
Melukis
pakaian tradisional pelbagai kaum.
3.
Berbangga
dengan warisan budaya pakaian tradisional pelbagai kaum.
Penerapan Nilai-Nilai Murni
1.
Bersatu-padu
2.
Menghargai
budaya kaum lain
3.
Bangga
dengan budaya sendiri
Unsur Patriotisme
1.
Berbangga
dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di dalam negara ini.
2.
Bersyukur
dengan warisan dan budaya yang ada di Malaysia.
3.
Menghargai
keunikan warisan dan budaya di Malaysia.
Pengetahuan Sedia Ada
1.
Murid
sudah mengetahui apakah pakaian tradisional bagi kaum masing-masing.
Penggunaan Sumber Dan Bahan
Bil
|
Sumber
|
Kuantiti
|
01.
02.
03.
04.
05.
|
Kertas lukisan
Sampul surat
Gambar
LCD
Pensel warna
|
40 helai
6 keping
6 keping
1 buah
15 kotak
|
Kemahiran Generik
KB :
Kemahiran Memerhati, Kemahiran Komunikasi
TPK :
Kinestetik, Interpersonal, Ruang, Seni
No comments:
Post a Comment