Wednesday, October 23, 2013

Tambah Pendapatan Dengan Cara Beli Saham Bank Rakyat

Saham Bank Rakyat

Mungkin ramai yang dah tau pasal saham Bank  Rakyat yang baru dibuka semula baru-baru ini.  Aku terlambat sikit dapat info ni, tapi SYUKUR masih lagi rezeki aku, dapat jugak beli saham Bank Rakyat ni...  hehehe


Petikan dari Utusan Malaysia berkaitan Pengumumam Penambahan Saham Bank Rakyat pada 2/4/11.



Peluang ahli tambah pelaburan

KUALA LUMPUR 1 April - Selepas bertahun-tahun lamanya menunggu, penantian seramai 800,000 ahli Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) untuk membuat penambahan pelaburan dipercayai terjawab esok.


Jumlah itu tidak termasuk lebih 50,000 lagi yang diletakkan dalam 'senarai menunggu' untuk menjadi ahli bank tersebut.


Bank Rakyat dikatakan telah mendapat lampu hijau daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan modal berbayarnya kepada RM500 juta lagi.
Berita lanjut di sini.




Kenapa orang ramai berlumba-lumba untuk membeli saham Bank Rakyat???  Tengoklah, berapa ramai  yang sangat-sangat bersabar menunggu peluang untuk membeli saham bank ini... Sebabnya pulangan dividen yang Bank Rakyat ni bagi memang tinggi, kalau  tak silap antara yang tertinggi di Malaysia.  Tahun 2010, agihan dividen mereka ialah 15%!!!!  Mau tak juling semua mata yang dengar. 



Memandangkan ramai yang nak beli saham ni, ada syarat dan had yang dikenakan.  Bagi setiap ahli baru, mereka cuma boleh membeli 1 unit saham@RM500.00 sahaja.  Kalau ada yang berminat untuk membeli lebih dari 1 unit tu, kene lah isi borang permohonan dulu.  Keutamaan diberikan kepada waiting list yang sedia ada.  Sekiranya permohonan kita diluluskan, Bank Rakyat akan hantar surat.   Cara macam ni barulah adilkan, semua orang boleh merasa beli saham Bank Rakyat.  Kalau takde syarat dan had ni, misti orang-orang yang "ada-ada" tu akan bolot semuanya... heheheh betul tak???

Monday, October 21, 2013

Tupai

TUPAI
Tupai ialah sejenis rodensia daripada keluarga Sciuridae yang kecil hingga sederhana saiznya. Di kawasan-kawasan yang bertuturan bahasa Inggeris, tupai biasanya merujuk kepada spesies-spesies Sciurus dan Tamiasciurus, iaitu tupai-tupai pokok yang berbulu lebat ekornya dan yang berasal dari Asia, benua Amerika dan Eropah, kecuali Ireland. Genus-genus yang serupa boleh didapati di Afrika. Keluarga Sciuridae juga merangkumi tupai terbang serta tupai di atas tanah seperti tupai tanah, anjing prairie, dan woodchuck. Ahli-ahli keluarga Anomaluridae kadangkala disalah anggap sebagai "tupai terbang berekor sisik", walaupun ia tidak berhubungan rapat dengan tupai sebenar. Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya.
        Tupai adalalah mamalia yang bersosial bermasyarakat di mana tupai jantan dan betina yang tinggal dalam sarang bersama dan kemudian melahirkan anak. Sarang tupai terdiri daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu yang dibuat dikawasan agak tinggi dan selamat dari ancaman musuh seperti ular dan burung pemangsa. Tupai biasanya mengeluarkan bunyi yang nyaring utuk berkomunikasi dengan kumpulan atau ahli keluarganya apabila mereka mencari makanan atau diganggu musuh.
        Kelebihan tupai yang saya perhatikan ialah kemampuannya bergerak dengan pantas dan laju diantara satu pokok dan satu dahan ke destinasi yang lain. Tupai mampu terbang dengan lompatannya dari satu dahan kedahan lain atau dari bahagian atas kebahagian bawah dengan imbangan kaki dan ekornya. Kukunya yang tajam menjadikan cengkamannya sangat kuat pada daun atau dahan kayu yang dia hinggap. Tupai juga mempunyai gigi yang sangat tajam dan mampu memgigit dengan pantas untuk menebuk kulit buah-buahan malahan kulit atau batang pokok. • •
      Jenis-jenis tupai 1. Tupai Kerawak Putih-kuning 2. Tupai Kinabalu 3. Tupai Terbang Berjambang 4. Tupai Terbang Bintang 5. Tupai Terbang Dada Putih 6. Tupai Terbang Hitam 7. Tupai Terbang Comot 8. Tupai Terbang Merah 9. Tupai Terbang Pipi Kelabu 10. Tupai Terbang Thomas 11. Tupai Terbang Ekor Merah 12. Tupai Terbang Kecil:

Wednesday, October 16, 2013

Ikan Laga; Ikan Sepilai dan Ikan Sekarin

Hai semua, eh ku orang pernah tak tangkap dan pelira ikan laga, iaitu ikan sepilai dan ikan sekarin.Tempat saya kalau ikan sepilai tu yang agak besar sikit dan ikan sekarin yang kecil dan berwarna warni tu.Ikan-ikan dapat didapati di kawasan sawah-sawah padi,alur-alur kawasan sawahparit taliair,kawasan paya kercut dan lain-lain lagi.Cara nak menangkapnya aagak mudah,samada dengan mencari sarangnya yang berbuih di bawah daun-daun,rumput dan sebagainya.cara kedua kita boleh tahan kelopak buluh dalam 2 atau 3 hari,ikan ini akan membuat sarangnya dalam kelopak ini.Jadi kita dengan mudah menangkapnya dengan menelengkup ke dua -dua hujung kelopak tadi.tapi kena pastikan ada ikan tersebut.Ikan ini boleh ditangkap dengan cara menanguk dengan tangan atau alatan tanguk.Biasanya kami tangkap yang jantan aje untuk buat berlaga(jahat la perangai masa ni),Yang betina biasanya warna pudar aje.Yang menjaga buih atau telur ikan ini biasanya yang jantan sahaja.Ikan betina hanya bertelur dan meninggalkannya atau dihambat oleh ikan jantan.So yang jantan hanya yang menjaga telur itu hingga menetas! Ikan laga ini biasanya aku pelihara dalam balang atau botol dan diberi makan jentik-jentik nyamuk. Alam kehidupan aku masa tu banyak berkisar d kawasan sawh-sawah padi dan alur atau taliair kawasan kampungku.Masa tu aku dan kawanku  berseluar pendek,berkaki ayam,tanpa baju kadang.aku makan minum kami tak kisah sangat,kami kadang makan putik-putik jambu di kawasan sawah.Hujan dan panas tak kami hiraukan sangat! Itulah nostalgia berkenaan ikan sepilai dan sekarin yang aku dan kawanku lalui satu masa dulu.

Mengingati nostalgia ini aku jadi sayu.....kerna saat tu tidak bisa kembali lagi.Kawan2kupun entah kemana?




Sunday, October 13, 2013

Ubi Keledek dan Khasiatnya

Ubi keledek  sejenis ubi yang juga dikenali sebagai ubi jalar, ubi jawa, ubi ketela, ubi setela dan ubi rambat ataupun nama saintifiknya Ipomoea batatas ialah sejenis ubi yang manis dan boleh didapati di kawasan kampung atau pasar-pasar di seluruh negeri.

Ubi keledek yang ditanam secara meluas di negara ini boleh hidup subur dalam julat suhu 27 hingga 30 darjah Celsius dan kawasan dengan taburan hujan melebihi 100 sentimeter setahun.

Ia juga sesuai di tanam di kawasan tanah lom berpasir dan tidak bertakung air dengan pH tanah yang sesuai adalah 4.5 hinga 7.0

Penanaman

Ubi keledek boleh hidup di pelbagai jenis tanah termasuk tanah yang kurang subur dengan pembajaan yang sesuai.Saliran perlu untuk mengelak air bertakung dengan membina parit.
Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik- balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik.
Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur.
Batas perlu untuk tanaman ubi keledek dengan ketinggian 30 hingga 40 sentimeter (sm) dan lebar 60 sm.

Bahan dan jarak tanaman

Ubi keledek ditanam menggunakan keratan batang dan pucuk dari pokok yang sedang menjalar.
Panjang keratan lebih kurang 30 sm yang mana keratan dicucuk ke dalam tanah dan tinggalkan sebahagian pucuk di permukaan tanah.
Jarak antara pokok adalah 25 sm bergantung kepada jenis tanah dan varieti ubi keledek.

Pembajaan

Bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH.
Kadar pembajaan yang biasa adalah 70N:86P2O5:173K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah.
Baja diberi selepas tiga atau empat minggu ubi keledek ditanam.

Pengawalan rumpai

Merumpai dijalankan semasa pokok membesar iaitu tiga minggu selepas ditanam dan sekali lagi mengikut keperluan. Kawalan rumpai boleh secara manual atau menggunakan racun rumpai.

Kawalan perosak dan penyakit
Musuh ubi keledek adalah seperti tikus, siput,babi  dan lain-lain.
  • Serangga yang biasa menyerang adalah kumbang Cylas formicarius yang mana larvanya akan menyerang pangkal pokok dan kumbang dewasa akan duduk melekat pada daun, akar dan batang.
  • Penyakit akar hitam atau reput pangkal pokok disebabkan oleh Ceratosmella fimbriata.
  • Kawalan secara amalan kultura yang baik dan membuang pokok-pokok yang diserang penyakit.
Pungutan hasil

Hasil ubi keledek boleh dipungut antara empat hingga enam bulan selepas ditanam bergantung kepada jenis dan penjagaan.
Ubi keledek boleh disimpan tetapi mestilah cukup tua dengan tempat penyimpanan yang mempunyai pengudaraan yang baik.

 Khasiat Ubi Keledek
      Ubi keledek biasanya digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih seperti lepat dan kuih talam. Bagaimanapun daun ubi keledek yang kaya dengan nutrisi biasanya dibuang begitu saja atau dijadikan makanan ternakan.
Kajian menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink.
Di negara ini, walaupun ubi keledek ditanam dengan meluas tetapi banyak yang tidak diketahui mengenai tanaman ini.
Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. K Jeevan berkata, kandungan nutrisi bagi daun keledek setara dengan sayuran yang dibeli di pasar.

     "Tambahan pula kosnya murah memandangkan daun keledek merupakan bahan sampingan tanaman keledek.
"Ini membolehkan masyarakat mendapatkan nutrisi dengan kos yang lebih rendah," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.
Kajian ke atas kandungan polifenol dan ciri anti radikal dilakukan bagi mencari punca sumber antioksidan semulajadi, makanan berfungsi dan nutraseutikal.
     
       Sayuran berdaun seperti daun keledek mempunyai kelebihan dituai beberapa kali setahun menjadikannya mudah dipasarkan.
Dr. Jeevan menambah, kandungan antioksidan dan polifenol yang tinggi berbanding sayuran lain dapat memberikan pilihan kepada pengguna mendapatkan sayuran berkhasiat pada harga yang murah.
    
      Selain itu, daun ubi keledek yang mengandungi bahan semulajadi boleh membantu mengurangkan pergantungan kepada bahan sintetik import yang digunakan dalam pembangunan produk makanan.
"Jika daun keledek digunakan sebagai sayuran bermakna daun yang biasanya dibuang boleh menjadi sumber ekonomi kepada pekebun kecil.
"Ini bakal memberikan kesan yang besar kepada sektor pertanian dan makanan selain pembukaan lebih banyak ladang keledek manakala pengeluar makanan akan dapat mengurangkan kos bahan mentah," katanya.
      Bahan aktif dalam daun keledek sesuai digunakan sebagai bahan untuk snek berkhasiat dan tepung dalam pembuatan roti dan mi.

Tuesday, October 1, 2013

Soalan Matematki Akhir Tahun,Tahun 3 SK

Peperiksaan Akhir Tahun.Matematik 1 Tahun 3
Nama:………………………………….   Tahun 3…

Rounded Rectangle: 3247

Rounded Rectangle: 3427

Rounded Rectangle: 3274Rounded Rectangle: 37241.                            

          Susunkan  nombor-nombor di atas mengikut tertib menaik.

          A       3 724, 3 274, 3 427, 3 247.
          B       3 274, 3 724, 3 427, 3 247.
          C       3 247, 3 274, 3 427, 3 724.
          D       3 247, 3 274, 3 742, 3 472.

2.      Angka  digit 1 dalam 3 159 mewakili.

          A       10
          B       15    
          C       31
          D       100

3.      316 + 59 + 13 =

          A       378
          B       388
          C       478
          D       488




4.      653 ℓ - 45 ℓ =

          A       608 ℓ
          B       618 ℓ
          C       697 ℓ
          D       701 ℓ

5.      169 g x 3 =        

          A       507 g
          B       387 g
          C       307 g
          D       287 g

6.      84 hari = _______ minggu.

          A       7
          B       9
          C       10
          D       12

7.      450 m = ______m______cm

          A       45 m 5 cm
          B       4 m 50 cm
          C       4 m 5 cm
          D       4 cm

8.      Apakah  nilai baki bagi 45 ÷ 7?

          A       6
          B       5
          C       4
          D       3
9.     
 



Pecahan berlorek di atas mewakili ?
          A       1/4
          B       3/4
          C       1/2
          D       1

10.    Darabkan 47 dengan 7             
          A       322
          B       349
          C       329
          D       347

11.                            
                                        
          Ayat matematik manakah dapat menyatakan rajah di atas?

          A       3 x 6 = 18
          B       6 x 3 = 18
          C       6 x 6 = 36
          D       6 x 2 = 12

12.    Satu not RM 100 = _________ not untuk RM 10

          A       1
          B       5      
          C       10
          D       20

13.    RM 25.10 + RM 46.80 =

          A       RM 70.90
          B       RM 71.90
          C       RM 80.90
          D       RM 81.90


14.    Empat puluh lima  minit selepas jam 12 sama dengan.

          A       dua belas setengah.
          B       lima belas minit ke pukul 1.
          C       suku minit sebelum jam 12.
          D       suku minit selepas jam 12.

15.   120 saat = ________ minit.

          A       2
          B       3
          C       4
          D       5

16.    Marlia mengambil masa 5 minit untuk menyelesaikan setiap soalan masalah Matematik.Berapa lama masa yang diperlukan untuk 12 soalan masalah Matematik?

          A       10 minit
          B       30 minit
          C       50 minit
          D       1 jam





17.    1 m – 43 cm =

          A       33 cm
          B       42 cm
          C       57 cm
          D       67 cm

18.    6 058, _______, 6 062, 6 064
          Apakah nombor yang tertinggal di tempat kosong?

          A       6 059
          B       6 060
          C       6 070
          D       6 080

19.   


Berapakah perbezaan suktan cecair antara R dan S?

          A       400 mℓ
          B       800 mℓ
          C       1 000 mℓ
          D       1 200 mℓ



20.


         
Apakah X?

A       4
          B       5
          C       6
          D       7

21.    Cari hasil darab  127 dan 6.
          A       728
          B       744
          C       756
          D       762

22.    Yang manakah berikut bukan polygon?

          A                                                     C
                                     
                  
          B                                                       D      




23.    Segi empat sama mempunyai _____ permukaan.

          A       6
          B       4
          C       2
          D       1

 


24.   

          Nama bentuk di atas ialah.

          A       Pentagon.
          B       Hexagon.
          C       Heptagon.
          D       Octagon.

25.    Yang mana berikut bukan  prism?


         







26.Nyatakan tarikh yang ditunjukkan oleh kalendar.



          A       Monday of November
          B       November of twelve
          C       Twelfth of November
          D       Second of November

27.   
 


          Apakah pecahan yang diwakili oleh bahagian berlorek?
          A                                
          B      
          C            
D       1

28.   

          Bentangan di atas mewakili bentuk…………………….

         


29.    Sebiji durian berjisim 2 000 g dan sebiji papaya jisimnya 1 500 g. Jadi berat durian adalah _______ g lebih berat daripada papaya.

          A       200                                        
          B       400                                        
          C       500
          D       800

30.    Terdapat ______ bulan dalam 3 tahun.

          A       12
          B       24
          C       36
          D       48

31.    Sehelai kain  panjangnya 54 m. Kain itu telah dipotong sama panjang kepada 6 bahagian.Berapakah panjang setiap bahagian tersebut?

          A       6 m
          B       7 m
          C       8 m
          D       9 m

32.    Wan ada RM 17.20. dia membeli sebatang  pen berharga RM 4.90 dan sekeping  coklat berharga RM 2.85.Berapa banyakkah wang yang dia telah belanjakan ?

          A       RM 7.74
          B       RM 9.45
          C       RM 12.30
          D       RM 14.35

33.    Mak Nurul telah memberinya RM 50. Nurul membeli 7 kg gula berharga  RM 14.00. Berapakah harga 1 kg  gula tersebut?

          A       RM 2.00                                          
          B       RM 7.00                                          
          C       RM 36.00
          D       RM 98.00

Soalan 34 dan 35 berdasarkan jadual di bawah.
Masa
Aktiviti
6.00-6.45
Mandi, solat dan bersiap untuk ke sekolah
6.45
Sarapan pagi
7.00
Berjalan ke  sekolah
7.15-1.00
Berada di sekolah
1.15
Balik dari sekolah
1.30-2.00
Makan tengah hari dan solat
2.00-3.00
Rehat
3.00-5.00
Membuat kerja rumah
5.00-6.00
Bermain bola/sukan
Jadual Aziz dari Ahad-Khamis
34. Pada pukul berapa Aziz meninggalkan sekolah?

          A       7.00
          B       7.15 
          C       1.00
          D       1.15

35.   Pada pukul berapa Aziz menikmati makan tengah hari dan solat?
         
          A       6.00-6.45
          B       7.00-1.00  
          C       1.30- 2.00
          D       5.00-6.00

36.    Jumlah jisim bagi 5 jenis buku yang sama ialah 480g. Berapakah jisik bagi sebuah buku tersebut?

          A       96 g
          B       98 g
          C       94 g
          D       90 g

37.                                
                                      300 mℓ             250 mℓ
          Manakah pernyatan berikut yang betul?

          A       Sukatan jus epal adalah 250 mℓ.
          B       Sukatan minuman mirinda adalah 300 mℓ.
         C       Sukatan jus epal adalah 50 mℓ kurang daripada isipadu
                  minuman mirinda.
         D       Sukatan minuman mirinda adalah 50 mℓ kurang      
                  daripada sukatan jus epal.
                  

         Soalan 38-40 berdasarkan jadual di bawah. Jadual ini menunjukkan jumalah jualan kereta nasional oleh seorang juru jual di sebuah syarikat pengedar kereta untuk bulan Januari hingga Jun.
.

JENIS KERETA
GUNDAL(TALLY)
kereta A
I I I I    I I I I   I I I I   I
kereta B
I I I I    I I I I    I I I
kereta C
I I I I    I I I I
kereta D
 I I I I    I





38.    Mana satu kereta yang paling popular?

          A       kereta A
          B       kereta B
          C       kereta C
          D       kereta D

39.    Berapakah perbezaan antara jualan kereta tertinggi dengan jualan kereta terendah?

          A       2
          B       4
          C       7
         D       10                                                                                                 

40.    Berapakah jumlah kereta yang telah dijual oleh syarikat kereta tersebut?

          A       32                                  C       40
          B       45                                  D       35

















Prepared by,

………………………..
( Mr.Abdullah b Yusoff )
Year 3  Mathematics Teacher
 
Checked by,

………………………..
( Mr.Ramli Mat Hassan)
Mathematics Verification Panel