Thursday, August 29, 2013

BMM 3109 Morfologi

Pengenalan.
amMorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata yang dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan sama ada bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.
  Menurut Nik Safiah Kari(1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.
  Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsuri Yaacob pula menyatakan morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.
  Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
   Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan ajar contohnya terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan mengajar pula mengandungi dua morfem iaitu meng- dan ajar. Ada perkataan yang mempunyai tiga morfem, misalnya ber + kaki + kan; dan ada yang mempunyai empat morfem, misalnya ber+g+em+uruh+an, iaitu ber-, guruh, -em- dan –an. Morfem boleh bersifat bebas ataupun terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Contohnya perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan –an dalam lautan ialah morfem yang terikat oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.
      Daripada contoh-contoh tadi jelas terdapat perbezaan antara morfem dengan perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas, yang bermakna, dan dapat berdiri sendiri, misalnya rumah, sekolah, ajaran dan pengundi. Perbezaan antara perkataan dengan morfem terletak pada sifat bebasnya. Sebagaimana yang telah disebutkan, ada morfem yang bebas dan ada morfem terikat, tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Rumah, sekolah, ajar, dan undi adalah contoh bentuk-bentuk yang bebas kerana masing-masing mengandungi makna secara sendiri manakala –an dalam ajaran dan peng- dalam pengundi akan hanya mempunyai makna dan fungsi apabila ditambah pada bentuk-bentuk bebas yang tertentu. Oleh itu bentuk-bentuk bebas seperti rumah, sekolah, ajar, undi, ajaran dan pengundi ialah contoh-contoh perkataan dalam bahasa Melayu yang mengandungi morfem-morfem berikut : rumah, sekolah, ajar, undi, -an, dan peng-. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem, tetapi tidak semua terdiri daripada morfem itu perkataan.

     Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. 

2 comments:

  1. Salam,kerja kursus di atas tak lengkap.Jika mahu yang lengkap sila email or call saya 0139791552 utk perbincangan.

    ReplyDelete
  2. salam..nak minta kerja kursus yang lengkap boleh?

    ReplyDelete