Wednesday, April 24, 2013

PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

Anatomi
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud  asingkan dan ‘tome’ bermaksud memotong.
Fisiologi
Fisiologi ialah kajian tentang  fungsi  struktur tubuh.

Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras struktur
 yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul-molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel  yang menjalankan tugas yang
berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan.

Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum. 


Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi organisasi struktural iaitu, aras organisme.



 

1 comment:

  1. Kepada sesiapa yang hendak sebarang kerja kursus khasnya guru PPG dari IPGM.Sila sms or call 0139791552.Lebih2 lagi opsyen BM

    ReplyDelete