Wednesday, September 26, 2012

Edu 3106 Budaya &Pembelajaran


3.0 KAEDAH PENGAJARAN UNTUK MURID ORANG ASLI.


Apabila membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu struktur persekitaran dan sosial masyarakat Orang Asli.
Daripada sudut pandangan pentadbir, kemunduran pelajar Orang Asli berpunca daripada sikap komuniti Orang Asli itu sendiri. Justeru beberapa pendekatan telah dirancang dan dilaksanakan namun terus gagal menemui jalan penyelesaian.

DEFINISI BUDAYA DAN BUDAYA PEMIKIRAN PELAJAR ORANG ASLI:
Merujuk kepada Kamus Dewan, Budaya ialah;
a) Tamadun
b) Peradaban
c) Kemajuan fikiran, akal budi(cara berfikir, berkelakuan). Secara umumnya budaya pemikiran Orang Asli boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan behavioural.
i) Aspek Kognitif:
Merupakan idea dan pemikiran berkaitan dengan cara bagaimana mengatasi masalah. Kemelut budaya sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. (Alang Sabak, NGO : Orang Asli)


ii) Aspek Afektif:
Melibatkan perasaan (emosi) dalaman pada individu Orang Asli yang kita tidak ketahui. Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan ketika berada di sekolah yang mempunyai majoriti pelajar Orang Asli, di mana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar Orang Asli dan bukan Orang Asli, golongan pelajar Orang Asli ini akan ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan jika mereka berasa telah tersinggung dengan kata-kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibubapa. Ibubapa pelajar Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.
iii) Aspek Behavioural
Ini berkaitan dengan tingkahlaku/reaksi yang tidak nampak, sikap atau budaya Behavioural yang negatif ini tidak akan ditunjukkan secara realiti. Antara ciri-ciri tingkahlaku mereka adalah seperti berikut;
a) Pemalu dan berasa rendah diri. Ini menyebabkan kurang keyakinan diri di kalangan pelajar Orang Asli ini.
b) Mencintai kesenian, oleh kerana itu sekiranya ada persembahan untuk sesuatu upacara sama ada Hari Ucapan, Hari Sukan/Kokurikulum dan sebagai mereka paling suka mengambil bahagaian terutama dalam Tarian Sewang dan nyanyian. Pelajar asli kebanyakannya boleh bermain alat muzik seperti gitar dan dram.
c) Pelajar Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti memanjat pokok. Mereka paling gemar jika dapat menikmati hari hujan. Disebabkan keadaan


KESIMPULAN
Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid.  Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan secara langsung terhadap kaedah yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan pembelajaran.
        Acapkali dibaca dan didengar permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, vandalisma dan sebagainya yang dilakukan oleh murid.Walaupun berat untuk diakui, namun kita harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini adalah datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjayanya.Seringkali guru menggunakan kaedah yang tidak selari dengan kehendak dan penerimaan murid yang mengakibatkan murid bosan untuk mengikuti P&P.
         Mengambil contoh permasalahan yang berlaku kepada etnik Orang Asli, masalah keciciran pendidikan di kalangan etnik ini amat tinggi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) melaporkan 34.31% dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.
Dalam kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanak – kanak orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak – kanak berkeperluan khas.
Persoalannya, kenapakah anak orang Asli masih keberatan atau langsung tidak mahu ke sekolah?
           Mereka tidak mahu ke sekolah ketika tiba musim buah – buahan.Malah masih ada yang terjajah pemikirannya. Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka.
Apabila membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu struktur persekitaran dan sosial masyarakat mereka sendiri.
Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah – masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.
          Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan dimana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar, golongan Orang Asli ini akanketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan mereka akan tersinggung dengan kata – kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pelajar orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.
           Selain daripada itu, budaya mencintai kesenian telah tertanam dalam kehidupan orang Asli.Mereka suka bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta suka menyanyi.Sebagai seorang guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam merancang kaedah P&P yang sesuai untuk menarik minat anak – anak Orang Asli ini mengikuti pelajaran.
           Pelajar orang Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong.Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti permainan.Memanjat pokok, menjerat haiwan, dan mandi sungai merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh mereka.
Berdasarkan perkara – perkara di atas, dua kaedah yang dirasakan sesuai dipilih untuk dilaksanakan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian sosial dan mempunyai anak orang Asli di dalam kelas tersebut:
a)Kaedah itu ialah kaedah yang melibatkan pengetahuan sedia ada mereka ,sama ada mereka telah alami,ketahui dalam kehidupan atau pengalaman mereka  seharian.Tajuk atau tema pengajaran mestilah berkaitan rapat dengan pengalaman serta pengetahuan sedia ada mereka dan alam sekeliling mereka, contohnya pertanian,binatang liar,sungai dan tumbuh-tumbuhan hutan.
b) Satu lagi kaedah yang berkaitan dengan gaya hidup serta sosial budaya mereka.iaitu hidup secara berkumpulan dan bekerjasama .Dalam hal ini guru perlulah melibat murid orang Asli ini ke dalam kumpulan untuk melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut.Bimbingan serta dorongan hendaklah sentiasa diberikan ke atas murid orang Asli  ini,agar mereka berasa tidak dipinggirkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.



















RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Mata Pelajaran          :  Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Kelas                         :  4 Bestari
Tarikh                        :  12 Ogos 2011
Masa                         :   8.15 – 9.15 pagi
Bil Murid                    :  40 orang (18 Lelaki, 22 Perempuan)


Tema                         :   Tema 4 Kenali Budaya Malaysia
Tajuk                         :   Unit 5 Kenali Dan Apresiasi Warisan Budaya Malaysia
Sub Topik                  :   Pakaian Tradisional Kebanggaan Kita

Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat :
1.    Mengenal pasti 6 daripada 5 jenis pakaian tradisional pelbagai kaum.
2.    Melukis pakaian tradisional pelbagai kaum.
3.    Berbangga dengan warisan budaya pakaian tradisional pelbagai kaum.
Penerapan Nilai-Nilai Murni
1.    Bersatu-padu
2.    Menghargai budaya kaum lain
3.    Bangga dengan budaya sendiri
Unsur Patriotisme
1.    Berbangga dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di dalam negara ini.
2.    Bersyukur dengan warisan dan budaya yang ada di Malaysia.
3.    Menghargai keunikan warisan dan budaya di Malaysia.
Pengetahuan Sedia Ada
1.    Murid sudah mengetahui apakah pakaian tradisional bagi kaum masing-masing.



Penggunaan Sumber Dan Bahan
Bil
Sumber
Kuantiti
01.
02.
03.
04.
05.
Kertas lukisan
Sampul surat
Gambar
LCD
Pensel warna
40 helai
6 keping
6 keping
1 buah
15 kotak

Kemahiran Generik
KB     :  Kemahiran Memerhati, Kemahiran Komunikasi
TPK   :  Kinestetik, Interpersonal, Ruang, Seni
























Modul EDU 3106 Budaya & Pembelajaran


1.0  PENDAHULUAN

         Apabila disebut budaya, ianya sering dikaitkan dengan masyarakat. Hal ini berikutan budaya itu menjadi identiti yang tersendiri bagi sesuatu kelompok masyarakat atau kaum di sesebuah kawasan. Istilah “kebudayaan” atau “budaya” berasal daripada kata Sanskerta “Buddhayah” yang bermaksud budi dan akal. Jika diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, budaya disebut “culture” yang merupakan perkataan latin “colere” yang membawa makna mengolah dan mengerjakan.
         Menurut Kamus Dewan menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu bagaimana sesuatu masyarakat itu berfikir dan berkelakuan.
         Dr. Mohd Arshad Hj. Taib yang juga  merupakan bekas professor Madya UiTM menjelaskan maksud sosio-budaya iaitu suatu amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan an kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup untuk memberi kepuasan dan merangsang pembangunan hidup masyarakat tersebut.
         Jika dilihat dari sudut pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya individu ini boleh dlihat daripada pelbagai aspek. Contohnya dari segi ras, etnik dan adat budaya mereka sehinggalah kepada skop yang lebih luas seperti jantina, saiz badan, kesihatan,personaliti dan emosi. Slavin (1997) mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kada belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. (A. Aziz Deraman,2005)
         Negara kita merupakan salah satu contoh negara yang mempunyai kepelbagaian sosio-budaya. Hal ini berikutan negara kita terbentuk melalui masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Dalam konteks ini, perpaduan di antara kaum sangat dititikberatkan. Perbalahan di antara kaum boleh mengakibatkan kesan yang amat besar kepada kestabilan negara ini. Secara umumnya, negara kita terdiri daripada tiga etnik yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.
         Orang Melayu berasal dari kumpulan etnik Austronesian dan mereka kebanyakkanya menetap di Semenanjung Malaysia. Mereka menganut agama Islam dan adalah bumiputera mengikut perlembagaan Malaysia. Bumiputera lain juga berasal dari kumpulanb etnik Austronesian tetapi mereka menetap di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Orang Melayu membentuk 50.4 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia manakala bumiputera yang lain membentuk 11 peratus dari jumlah penduduk di Malaysia.
         Orang Cina di Malaysia ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini. Mereka  memainkan  peranan penting dalam perdangangan dan perniagaan. Antara bahasa yang digunakan oleh orang Cina ialah Mandarin, Cantonese, teochew dan hakka. Agama utama bagi orang Cina ialah agama Budha tetapi terdapat sebahagian orang Cina yang menganut agama Kristian dan ada juga yang mengamalkan ajaran Tao.
         Orang India merupakan kumpulan etnik ketiga besar di Malaysia. Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Kebanyakkan orang India adalah dari kumpulan etnik Tamil, tetapi ada juga dari kalangan etnik Telugus, Malayalis, Punjabis, Sindhis, Bengalis dan Gujaratis. Pekerjaan mereka ialah peniaga dan pekerja ladang.

2.0  IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

         Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa, perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya memang tidak  dapat dinafikan lagi. Negara kita lahir daripada pembentukan kelompok masyarakat yang berbilang etnik seperti Melayu, Cina, dan India serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Kepelbagaian sosio-budaya ini memberi pelbagai implikasi dalam masyarakat tidak kira sama ada yang positif mahupun yang negatif.
         Di dalam bidang pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya ini telah mewujudkan satu suasana pembelajaran yang berbeza dan menarik untuk dibincangkan. Guru memainkan peranan yang penting dalam mengawal dan menguruskan kelas. Perpaduan merupakan aspek penting di dalam masyarakat yang berbilang kaum ini, proses kea rah perpaduan ini bermula daripada sekolah itu sendiri. Oleh itu, guru perlu bijak memainkan peranan mereka sebagai agen perpaduan yang berkesan.
         Apabila disebut mengenai impak kepelbagaian sosio-budaya terhadap pengurusan kelas ini, kita boleh melihat impaknya dari dua aspek iaitu impak  kepada guru dan juga murid. Bagaimana kedua-dua aspek ini memainkan peranan dalam pengurusan kelas agar perpaduan dapat diwujudkan bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh kerajaan.

2.1  Impak Ke Atas Guru

2.1.1  Dasar professional guru di dalam kelas

         Setiap kelas di sekolah sudah pasti wujud kepelbagaian budaya. Oleh itu, seseorang guru itu perlulah bersikap professional di dalam menguruskan kelas. Guru perlulah member perhatian terhadap beberapa perkara semasa pengajaran untuk membentuk suasana pembelajaran yang kondusif. Guru juga berperanan dalam membentuk hubungan yang sihat di antara pelbagai kaum dan persefahaman di kalangan murid-murid sekolah.
          Guru yang professional tidak akan mengkelompokkan murid mengikut kaum dan akan mengajar dengan adil. Menurut Dato’ Sri Najib Tun Abd. Razak, dalam konsep 1 Malaysia, kerajaan perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan komitmen membantu tanpa melihat ras dan etnik. Selagi seseorang itu memegang status sebagai warga negara Malaysia, mereka layak menerima bantuan tanpa melihat dari kaum mana mereka datang.  Oleh itu, seseorang guru itu hendaklah mengendalikan kelas dengan adil supaya murid dapat bergaul dan berinteraksi dengan semangat persaingan yang sihat Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid.
         Selain itu, guru juga disarankan supaya mengajar murid tanpa membezakan kelas sosial murid. Kelas sosial mengambarkan perbezaan cara hidup dan pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Mungkin terdapat murid yang  terdiri  daripada golongan yang berada dan ada yang terdiri daripada golongan yang miskin. Guru perlu memberi layanan yang sama rata kepada mereka. Setiap murid tidak kira miskin atau kaya mempunyai hak untuk mendapat pendidikan sama seperti orang lain.

2.1.2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang bersesuaian

         Kepelbagaian sosio-budaya di dalam kelas ini memerlukan guru untuk bijak dalam merancang perjalanan kelasnya. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Antara aspek yang perlu diberi perhatian seperti objektif pembelajaran, keadaan bilik darjah dan tahap kecerdasan murid.
         Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid. Di dalam aktiviti yang dirancang itu mestilah diselitkan dengan nilai-nilai murni dan unsur-unsur perpaduan. Murid boleh diberi peluang untuk melibatkan diri di dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka dapat menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu(A. Aziz Deraman 2005)
         Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang rasmi iaitu Bahasa Melayu dan bebas daripada sebarang dialek. Hal ini kerana bahasa yang standard membolehkan semua murid memahami apa yang dituturkan oleh guru. Secara tidak langsung, mereka dapat berinteraksi dengan guru dan mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
         Selain itu, topik-topik yang dibincangkan mesti bebas daripada menyentuh sebarang isu-isu sensitif. Guru perlu peka dengan nilai dan kepercayaan murid. Setiap kepercayaan dan nilai perlu diterima seadanya. Tumpuan juga perlu diberikan kepada murid yang lemah. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran boleh diaplikasikan oleh guru agar masalah perbezaan kecerdasan ini dapat diatasi beransur-ansur.

2.2  Impak Ke Atas Murid

2.2.1  Merapatkan jurang sosio-budaya di antara murid

         Murid ini boleh diibaratkan sebagai pelanggan kepada guru. Oleh itu, guru yang baik hendaklah memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya. Di dalam kelas, guru bertanggungjawap dalam menghapus atau merapatkan jurang sosio-budaya antara murid-murid. Murid perlu didedahkan dengan isu kepelbagaian budaya seperti perbezaan jantina, etnik, kelas sosial, prasangka dan diskriminasi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti icebreaking, latihan penyelesaian masalah, berkongsi tentang diri dan pelbagai lagi aktiviti yang lain. Melalui aktiviti ini, murid dapat meluahkan pandangan mereka terhadapa isu yang berkaitan agar mereka lebih memahami dengan mendalam terhadap kepelbagaian budaya.
         Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Melalui cara ini, semangat perpaduan dapat disemai di dalam diri murid dan sekaligus membentuk masyarakat yang bersatu-padu sesuai dengan konsep 1 Malaysia.

2.2.2  Mengurus tingkahaku murid

         Guru perlu peka dan faham dengan tingkahlaku murid di dalam kelas Hal ini kerana setiap murid terdiri daripada tingkahlaku dan latar belakang budaya yang berbeza. Oleh itu, guru perlu memastikan setiap tindakan yang diambil terhadap murid itu adalah tepat dan bersesuaian.
         Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seperti menghormati orang lain semasa mereka bercakap dan sebagainya.
         Selain itu. guru juga perlulah menunjukkan teladan yang baik kepada murid-murid. Hal ini kerana guru dianggap sebagai role-model oleh murid-murid. Murid biasanya akan terpengaruh dengan perlakuan guru. Oleh itu, guru perlulah menjaga tingkahlaku ketika berada di kelas. Guru juga perlu memberi arahan yang jelas kepada murid mengenai peraturan untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini.

2.2.3  Komunikasi yang berkesan

         Kemahiran komunikasi sangat penting dalam mewujudkan perpaduan. Komunikasi yang berkesan dapat merapatkan jurang di antara kaum. Komunikasi yang berkesan boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan dan sebagainya. Guru yang menggunakan kemahiran ini berupaya untuk membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Selain itu, pembentukan nilai-nilai murni dapat dilakukan dengan mudah melalui komunikasi kerana guru boleh menerangkan mengenai nilai-nilai murni ini secara lisan dan lebih difahami oleh murid.

         Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru mesti mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan. Guru hendaklah membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya seperti menyiapkan kerja sekolah, mendapat keputusan yang baik dan sebagainya.
         Dalam berkomunikasi, guru serta murid harus mengamalkan penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu. Penggunaan dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. Selain itu, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai. Aktiviti yang bercorak kearah peningkatan bahasa juga perlu disertai supaya tahap penguasaan murid sentiasa bertambah. Murid juga digalakkan untuk berinteraksi dan berhubung denga mereka yang berlainan jantina. Hal ini supaya mereka mendapat kesedaran mengenai batas-batas perhubungan dalam interaksi berlainan jantina.