Sunday, March 8, 2015

Prosiding Kajian Tindakan SABATU

1.0 Pengenalan
Semasa melaksanakan pengajaran penulisan untuk karangan Bahasa Melayu di dalam kelas  tahun 5T, saya melakukan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran dan ujian pra bagi melihat masalah yang dihadapi oleh murid. Masalah yang dikesan daripada pemerhatian dan ujian, masalah yang dihadapi oleh murid adalah tidak tahu dan tidak dapat membina ayat dengan baik.Selain itu mereka juga lemah untuk mengingat dan menulis kembali ayat menggunakan perkataan yang betul. Murid seakan tidak tahu cara menulis karangan dengan baik dan betul.
2.0 Fokus kajian
Kajian ini berfokuskan kepada pembinaan ayat untuk karangan dalam Bahasa Melayu. Kaedah atau teknik yang akan dilakukan mengikut kesesuaian dan tahap murid itu sendiri. Kaedah yang akan pengkaji gunakan ini akan memberikan pendedahan yang meluas mengenai penulisan karangan dalam Bahasa Melayu. Teknik digunakan perlulah berpusatkan murid di mana murid sendiri yang melakukan dan murid akan merasakan pengalaman serta memberi daya ingatan yang baik kepada murid itu.Ini  kerana murid sendiri yang mengalami sendiri masalah ini. Pengkaji mengambil kesempatan dengan peluang yang diberi untuk memikirkan dan menghasilkan satu teknik serta kaedah yang mudah dan berkesan untuk memberi impak perubahan kepada murid - murid pengkaji.
       Murid ini semacam tiada idea langsung dan tidak tahu untuk menghuraikan isi serta fakta yang telah saya tuliskan di depan kelas.Apabila mereka tidak boleh membina ayat dan menulis isi karangan atau penulisan dengan sepatutnya,menyebabkan mereka ini tidak berapa berminat untuk menghasilkan penulisan yang baik.Hal ini  terjadi akibat sikap murid yang amat kurangnya mengamalkan aktiviti pembacaan di rumah dan di sekolah.Murid ini didapati tidak gemar membaca,samaada buku teks mahupun buku cerita dan bahan bacaan lain.

3.0 Objektif Kajian dan Persoalan Kajian
Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan kaedah SABATU agar dapat mengatasi masalah membina ayat dan seterusnya dapat meningkatkan peratusan kecemerlangan murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu khususnya bagi penulisan karangan.
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan membina ayat dalam karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 5T menggunakan Salin,Baca dan Tulis (SABATU). Berikut antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian yang saya akan laksanakan.
3.1 Objektif Umum
     I) Murid dapat menggunakan teknik SABATU dengan baik untuk menguasai penulisan karangan bahasa Melayu.

3.2 Objektif Khusus
i) Murid dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat dalam penulisan menggunakan kaedah SABATU.
ii) Murid dapat meningkatkan penguasaan dalam penggunaan huruf besar dan tanda baca      menggunakan kaedah SABATU (Salin.Baca.Tulis).

3.3 Persoalan Kajian
a)      Adakah kaedah SABATU(Salin.Baca.Tulis) sesuai untuk meningkatkan penguasaan membina ayat yang betul dalam penulisan?
b)      Bagaimanakah penguasaan murid dalam menulis ayat dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah SABATU (Salin.Baca.Tulis)?

4.0 Kumpulan Sasaran

Sasaran bagi  kajian ini ialah seramai 5 orang murid yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan kelas 5 Tabah di Sekolah Kebangsaan Tempinis,Jerteh,Terengganu yang telah menjalani proses saringan.Kumpulan murid ini merupakan murid yang pencapaian sangat rendah dan sederhana di dalam kelas ini.

5.0 Tindakan Dijalankan
Pertama sekali, pengkaji memperkenalkan kaedah SABATU kepada murid bagi memberikan penjelasan yang jelas kepada murid sebelum menlaksanakan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Seterusnya, murid akan menjalani pengajaran dan pembelajaran membaca petikan karangan pendek berulang kali.Paling kurang 3 kali dalam Bahasa Melayu. Langkah yang kedua, murid melaksanakan aktiviti menyalin kembali petikan yang telah dibaca dalam bentuk urutan nombor,berdasarkan petikan yang telah dibaca itu. Langkah yang ketiga ialah menyalin semula ayat yang telah ditulis itu agar menjadi sebuah petikan yang betul. Seterusnya murid dikehendaki membaca berulang kali (paling kurang 3 kali) apa yang telah mereka tuliskan itu..Aktiviti ini akan diberikan bimbingan oleh pengkaji.
6.0 Dapatan kajian
Penganalisan data melalui kaedah pengumpulan data yang digunakan
a.       Pemerhatian
Saya telah melaksanakan pemerhatian tingkahlaku sewaktu program internship. Pemerhatian yang dibuat bagi mengesan masalah.
b.      Ujian sebelum dan Ujian selepas
Keputusan daripada ujian sebelum kajian tidak begitu memuaskan. Setelah kajian dilaksanakan dan murid sekali lagi menjalani ujian selepas. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang memberansangkan daripada murid.
c.       Analisis dokumen.
Analisis dokumen yang digunakan ialah sebuah diari. Perkara yang dianalisis ialah mengingat dan menulis kembali, melukis dan membina ayat. Keseluruhan analisis menunjukkan responden dapat mengingat, menulis kembali dan melukis penjodoh bilangan yang betul. Tetapi bagi aktiviti membina ayat, segelintir murid tidak dapat melakukan dengan baik
d.      Temubual
Temubual ini dijalankan untuk mengetahui respon murid secara bersemuka. Pengkaji bertanyakan mengenai keseronokan dan pengalaman yang dirasai oleh murid sepanjang aktiviti. Melalui temubual yang dijalankan, respon yang diberikan oleh murid sangat baik dan positif.




ANALISIS DAPATAN KAJIAN
Perbandingan nilai markah ujian awal dan ujian akhir dipersembahkan dalam bentuk graf.
Rajah 1: Analisis purata markah yang diperoleh dalam setiap ujian.
            Setelah guru mengaplikasikan teknik 3 M kepada murid, terdapat peningkatan dari segi penguasaan penjodoh bilangan. Secara keseluruhannya, persoalan mengenai “adakah teknik 3 Mmeningkatkan penguasaan penjodoh bilangan  dalam kalangan murid  tahun 5 ?” adalah ya kerana melalui teknik 3 M, muridmenunjukkan peningkatan jumlah markah yang diperolehi dalam soalan penjodoh bilangan tersebut. Peningkatan ini menunjukkan melalui latih tubi pengaplikasian teknik 3M yang telah dijalankan kepada subjek kajian adalah berkesan.
7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, selepas kaedah yang dijalankan, murid dapat meningkatkan penguasaan penjodoh bilangan Bahasa Melayu re. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid dapat mengingat dan menulis kembali penjodoh bilangan yang dipelajari. Selain itu, murid dapat melukis contoh penjodoh bilangan yang betul selepas melalui Teknik 3M. Murid dapat membina ayat yang digunakan dengan penjodoh bilangan Bahasa Melayu yang betul.
8.0 Cadangan Penambah Baik
Cadangan seterusnya yang ingin dijalankan ialah memperbaiki kelemahan dalam perancangan langkah tindakan yang kelima iaitu membina ayat menggunakan penjodoh bilangan Bahasa Melayu. Selain itu, ingin mengaplikasikanTeknik 3Mkepada murid-murid yang lain.

9.0 Rujukan
Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1992). Nahu Melayu Mutakhir, Edisi Keempat, Kuala
Lumpur:DewanBahasa dan Pustaka
 Choong Lean Keow.( 2011 ). Siri Pendidikan Perguruan, Asas Penyelidikan Tindakan
untukSarjana Muda Perguruandengan Kepujian.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). KamusDewan edisi keempat. Kuala Lumpur:
DewanBahasa dan Pustaka.
 Kartini Abdul et.al.( 2012 ). Menguasai Penyelidikan Tindakan: Untuk PISMP dan
DPLI, Perak: Percetakan Lee Sdn.     Bhd.
 Zainal Abidin Ahmad. (1953). Pelita Bahasa melayu Penggal 1Cetak yang keempat,
KualaLumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.




No comments:

Post a Comment