Sunday, March 8, 2015

Prosiding Kajian Tindakan SABATU

1.0 Pengenalan
Semasa melaksanakan pengajaran penulisan untuk karangan Bahasa Melayu di dalam kelas  tahun 5T, saya melakukan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran dan ujian pra bagi melihat masalah yang dihadapi oleh murid. Masalah yang dikesan daripada pemerhatian dan ujian, masalah yang dihadapi oleh murid adalah tidak tahu dan tidak dapat membina ayat dengan baik.Selain itu mereka juga lemah untuk mengingat dan menulis kembali ayat menggunakan perkataan yang betul. Murid seakan tidak tahu cara menulis karangan dengan baik dan betul.
2.0 Fokus kajian
Kajian ini berfokuskan kepada pembinaan ayat untuk karangan dalam Bahasa Melayu. Kaedah atau teknik yang akan dilakukan mengikut kesesuaian dan tahap murid itu sendiri. Kaedah yang akan pengkaji gunakan ini akan memberikan pendedahan yang meluas mengenai penulisan karangan dalam Bahasa Melayu. Teknik digunakan perlulah berpusatkan murid di mana murid sendiri yang melakukan dan murid akan merasakan pengalaman serta memberi daya ingatan yang baik kepada murid itu.Ini  kerana murid sendiri yang mengalami sendiri masalah ini. Pengkaji mengambil kesempatan dengan peluang yang diberi untuk memikirkan dan menghasilkan satu teknik serta kaedah yang mudah dan berkesan untuk memberi impak perubahan kepada murid - murid pengkaji.
       Murid ini semacam tiada idea langsung dan tidak tahu untuk menghuraikan isi serta fakta yang telah saya tuliskan di depan kelas.Apabila mereka tidak boleh membina ayat dan menulis isi karangan atau penulisan dengan sepatutnya,menyebabkan mereka ini tidak berapa berminat untuk menghasilkan penulisan yang baik.Hal ini  terjadi akibat sikap murid yang amat kurangnya mengamalkan aktiviti pembacaan di rumah dan di sekolah.Murid ini didapati tidak gemar membaca,samaada buku teks mahupun buku cerita dan bahan bacaan lain.

3.0 Objektif Kajian dan Persoalan Kajian
Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan kaedah SABATU agar dapat mengatasi masalah membina ayat dan seterusnya dapat meningkatkan peratusan kecemerlangan murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu khususnya bagi penulisan karangan.
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan membina ayat dalam karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 5T menggunakan Salin,Baca dan Tulis (SABATU). Berikut antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian yang saya akan laksanakan.
3.1 Objektif Umum
     I) Murid dapat menggunakan teknik SABATU dengan baik untuk menguasai penulisan karangan bahasa Melayu.

3.2 Objektif Khusus
i) Murid dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat dalam penulisan menggunakan kaedah SABATU.
ii) Murid dapat meningkatkan penguasaan dalam penggunaan huruf besar dan tanda baca      menggunakan kaedah SABATU (Salin.Baca.Tulis).

3.3 Persoalan Kajian
a)      Adakah kaedah SABATU(Salin.Baca.Tulis) sesuai untuk meningkatkan penguasaan membina ayat yang betul dalam penulisan?
b)      Bagaimanakah penguasaan murid dalam menulis ayat dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah SABATU (Salin.Baca.Tulis)?

4.0 Kumpulan Sasaran

Sasaran bagi  kajian ini ialah seramai 5 orang murid yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan kelas 5 Tabah di Sekolah Kebangsaan Tempinis,Jerteh,Terengganu yang telah menjalani proses saringan.Kumpulan murid ini merupakan murid yang pencapaian sangat rendah dan sederhana di dalam kelas ini.

5.0 Tindakan Dijalankan
Pertama sekali, pengkaji memperkenalkan kaedah SABATU kepada murid bagi memberikan penjelasan yang jelas kepada murid sebelum menlaksanakan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Seterusnya, murid akan menjalani pengajaran dan pembelajaran membaca petikan karangan pendek berulang kali.Paling kurang 3 kali dalam Bahasa Melayu. Langkah yang kedua, murid melaksanakan aktiviti menyalin kembali petikan yang telah dibaca dalam bentuk urutan nombor,berdasarkan petikan yang telah dibaca itu. Langkah yang ketiga ialah menyalin semula ayat yang telah ditulis itu agar menjadi sebuah petikan yang betul. Seterusnya murid dikehendaki membaca berulang kali (paling kurang 3 kali) apa yang telah mereka tuliskan itu..Aktiviti ini akan diberikan bimbingan oleh pengkaji.
6.0 Dapatan kajian
Penganalisan data melalui kaedah pengumpulan data yang digunakan
a.       Pemerhatian
Saya telah melaksanakan pemerhatian tingkahlaku sewaktu program internship. Pemerhatian yang dibuat bagi mengesan masalah.
b.      Ujian sebelum dan Ujian selepas
Keputusan daripada ujian sebelum kajian tidak begitu memuaskan. Setelah kajian dilaksanakan dan murid sekali lagi menjalani ujian selepas. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang memberansangkan daripada murid.
c.       Analisis dokumen.
Analisis dokumen yang digunakan ialah sebuah diari. Perkara yang dianalisis ialah mengingat dan menulis kembali, melukis dan membina ayat. Keseluruhan analisis menunjukkan responden dapat mengingat, menulis kembali dan melukis penjodoh bilangan yang betul. Tetapi bagi aktiviti membina ayat, segelintir murid tidak dapat melakukan dengan baik
d.      Temubual
Temubual ini dijalankan untuk mengetahui respon murid secara bersemuka. Pengkaji bertanyakan mengenai keseronokan dan pengalaman yang dirasai oleh murid sepanjang aktiviti. Melalui temubual yang dijalankan, respon yang diberikan oleh murid sangat baik dan positif.




ANALISIS DAPATAN KAJIAN
Perbandingan nilai markah ujian awal dan ujian akhir dipersembahkan dalam bentuk graf.
Rajah 1: Analisis purata markah yang diperoleh dalam setiap ujian.
            Setelah guru mengaplikasikan teknik 3 M kepada murid, terdapat peningkatan dari segi penguasaan penjodoh bilangan. Secara keseluruhannya, persoalan mengenai “adakah teknik 3 Mmeningkatkan penguasaan penjodoh bilangan  dalam kalangan murid  tahun 5 ?” adalah ya kerana melalui teknik 3 M, muridmenunjukkan peningkatan jumlah markah yang diperolehi dalam soalan penjodoh bilangan tersebut. Peningkatan ini menunjukkan melalui latih tubi pengaplikasian teknik 3M yang telah dijalankan kepada subjek kajian adalah berkesan.
7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, selepas kaedah yang dijalankan, murid dapat meningkatkan penguasaan penjodoh bilangan Bahasa Melayu re. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid dapat mengingat dan menulis kembali penjodoh bilangan yang dipelajari. Selain itu, murid dapat melukis contoh penjodoh bilangan yang betul selepas melalui Teknik 3M. Murid dapat membina ayat yang digunakan dengan penjodoh bilangan Bahasa Melayu yang betul.
8.0 Cadangan Penambah Baik
Cadangan seterusnya yang ingin dijalankan ialah memperbaiki kelemahan dalam perancangan langkah tindakan yang kelima iaitu membina ayat menggunakan penjodoh bilangan Bahasa Melayu. Selain itu, ingin mengaplikasikanTeknik 3Mkepada murid-murid yang lain.

9.0 Rujukan
Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1992). Nahu Melayu Mutakhir, Edisi Keempat, Kuala
Lumpur:DewanBahasa dan Pustaka
 Choong Lean Keow.( 2011 ). Siri Pendidikan Perguruan, Asas Penyelidikan Tindakan
untukSarjana Muda Perguruandengan Kepujian.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). KamusDewan edisi keempat. Kuala Lumpur:
DewanBahasa dan Pustaka.
 Kartini Abdul et.al.( 2012 ). Menguasai Penyelidikan Tindakan: Untuk PISMP dan
DPLI, Perak: Percetakan Lee Sdn.     Bhd.
 Zainal Abidin Ahmad. (1953). Pelita Bahasa melayu Penggal 1Cetak yang keempat,
KualaLumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.




Sunday, March 1, 2015

KAJIAN PENYELIDIKAN

Tuan Muhd NorFirdaus Tuan Zakaria
Ahmmad Salehuddin Saman


JabatanPengajian Melayu


ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid tahun lima dalam penggunaan imbuhan apitan memper...kan menggunakan kaedah Lififabu. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami kekeliruan dan kesalahan dalam mengggunakan imbuhan ini semasa menulis ayat. Oleh itu, penggunaan kaedah Lififabu digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Melalui data awal yang dikumpul berdasarkan keputusan Ujian OTI 1 Tahun 5 2014, peserta kajian mendapat keputusan amat rendah. Setelah melalui intervensi menggunakan kaedah Lififabu, responden menunjukkan peningkatan penguasaan, pengetahuan dan minat yang positif dalam soal penggunaan imbuhan apitan memper...kan. Sebagai kesimpulan,berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh membuktikan kaedah Lififabu dapat meningkatkan kefahaman murid. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan kaedah Lififabu supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih aktif kepada murid-murid.
Kata kunci: kefahaman, minat,imbuhan, Kaedah Lififabu
1.0  Pengenalan
Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyaipsikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaranyang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantumengajar) bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Oleh itu, guru-guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan ABM dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran danpendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar.
            Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan sewaktu praktikum fasa tiga, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang telah saya kesan semasa saya mengajar membina ayat bahasa Melayu. Pertamanya, ada murid tidak dapat menulis ayat dengan baik. Hal ini kerana mereka tidak dapat menggunakan imbuhan yang betul  dan sesuai untuk digandingkan dengan kata kerja dan kata nama. Imbuhan yang ketara kurang difahami murid ialah imbuhan memper-...-kan. Keduanya, murid tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan PdP.

2.0  Fokus Kajian
Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan imbuhan apitan. Ini kerana, murid-murid agak lemah dalam menguasai imbuhan apitan memper-... –kan jika dibandingkan dengan imbuhan yang lain seperti imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah mereka keliru sama ada mahu menggunakan imbuhan awalan atau imbuhan apitan dan sama ada imbuhan akhiran atau imbuhan apitan semasa membina ayat.
            Hasil semakan saya mendapati murid-murid masih lemah dalam membina ayat lengkap dengan menggunakan imbuhan yang betul.Selain itu, murid-murid juga tidak dapat membezakan jenis imbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Mereka sangat lemah dalam mengenal pasti imbuhan apitan berbanding dengan imbuhan yang lain. Oleh itu, berdasarkan penelitian yang dilakukan, sayaakan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan apitan dengan baik agar mereka dapat membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta dapat membina ayat dengan lebih baik.


3.0  Objektif Kajian
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menggunakan imbuhan apitan  memper-... –kan dengan betul menggunakan Kaedah Lififabu.
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:
(i)         Meningkatkan penguasaan murid mengenai penggunaan imbuhan apitan memper-... –kandengan menggunakan Kaedah Lififabu.
(ii)        Mengatasi masalah kekeliruan penggunaan imbuhan apitan memper-...–kan murid dengan menggunakan Kaedah            Lififabu.
 (iii)      Meningkatkan minat murid mempelajari imbuhan apitan memper-... –kan  denganmenggunakan kaedah Lififabu.
3.3 Soalan Kajian
Beberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:
(i)         Apakah penguasaan murid dalam penggunaan imbuhan apitan  memper-... –kan bolehditingkatkan menggunakan Kaedah Lififabu?
(ii)        Apakah masalah kekeliruan penggunaan        imbuhan apitan memper-... –kan murid murid dapat diatasi menggunakan Kaedah Lififabu?
(iii)       Bagaimanakah  minat murid untuk mempelajari imbuhan apitan memper-... –kan boleh ditingkatkan menggunakan  Kaedah Lififabu?
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini dijalankan terhadap murid-murid tahun 5 Siber dari Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh Terengganu.Mereka terdiri daripada 15 orang murid.Mereka semua mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza-beza.Mereka kebanyakannya terdiri daripada anak jati kampung Tok Motong dan kawasan sekitarnya.Peserta kajian yang dikenal pasti ialah seramai empat orang berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan guru pembimbing yang juga guru kelas ini.Empat orang murid ini kesemuanya lelaki dan berbangsa Melayu.Purata markah dalam latihan membina ayat yang diperoleh setiap peserta kajian ialah dalam kategori rendah.
5.0  Tindakan Dijalankan

Langkah 1: Temu Bual
Saya telah menjalankan satu sesi temu bual separa berstruktur dengan peserta kajian menggunakan soalan temu bual yang telah disediakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan masalah murid memahami dan menggunakan imbuhan memper-…-kan dengan betul.Murid juga ditanya tentang pengalaman murid dalam sesi PdP yang telah dijalankan sebelum ini.


Langkah 2: Sesi Intervensi& Pemerhatian

Strategi 1(Lihat nota dan contoh sedutan Filem)
Kaedah nota dalam bentuk persembahan elektronik PowerPoint digunakan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan peserta kajian berkenaan imbuhan apitan memper-...-kan.Nota ini turut disertakan dengan sedutan filem terpilih untuk menarik minat murid.Peserta kajian haruslah memahami dan mengetahui tentang konsep imbuhan apitan terlebih dahulu.Sesi penerangan dan perbincangan dilakukan agar peserta kajian lebih faham tentang penggunaan imbuhan apitan tersebut.

Strategi 2 (Faham)
Setelah  mengetahui konsep dan contoh imbuhan apitan, saya telah menguji penguasaan peserta kajian dengan memberikan dua petikan yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan. Murid dikehendaki mengenal pasti serta mencatat perkataan berimbuhan apitan yang terdapat dalam petikan tersebut.Setiap petikan mengandungi enam perkataan berimbuhan apitan memper-...-kan yang perlu dikenal pasti dan dicatat dalam ruangan yang disediakan.



Strategi 3 (Buat)
Murid dikehendaki membuat latihan yang diberikan. Kemudian sayaakan bantu membimbing aktiviti murid. Terdapat dua set soalan yang perlu dijawan oleh peserta kajian dengan bentuk soalan yang berbeza. Set satu, murid dikehendaki mengisi tempat kosong dalam ayat dengan memberikan imbuhan apitan yang sesuai kepada kata dasar yang terdapat dalam kurungan. Set dua pula murid diminta membina empat ayat menggunakan kata yang mengandungi imbuhan apitan memper-…-kan.

Langkah 3: Temu Bual& Analisis Dokumen
Saya telah menjalankan sesi temu bual bagi mendapatkan maklum balas murid.Hasil kerja murid dalam Ujian Faham dan Buat diteliti untuk dianalisis.

Langkah 4: Gelungan Kedua
Saya telah mengenal pasti kelemahan yang terdapat semasa sesi pengendalian kaedah Lififabu dijalankan. Saya perlu lebih
memberi penerangan dan masa kepada peserta kajian supaya mereka lebih faham tentang konsep imbuhan memper-…-kan
dan contoh penggunaannya. Persembahan elektronik juga diperbaiki supaya senang dan lebih difahami murid.

Langkah 4: Rumusan
Saya akan membuat rumusan akhir terhadap dapatan kajian yang diperoleh.



6.0  Analisis Data dan Interpretasi


6.1       Dapatan Analisis Dokumen

Saya melakukan analisis terhadap dua ujian Buat yang dijalankan ke ataspeserta kajian untuk mendapatkan data berkaitan.
Rajah 1: Markah Ujian Buat 1 & 2

Setelah saya menjalankan sesi intervensi kepada subjek kajian, terdapat peningkatan markah yang diperoleh. Pada Ujian Faham &Buat 1, subjek kajian yang  pertama kali menjalani Kaedah Lififabu masih menyesuaikan diri dengan kaedah ini dan markah yang diperoleh kebanyakan bertumpu pada ujian mengisi tempat kosong. Soalan membina ayat menggunakan imbuhan apitan memper-…-kan masih kurang mampu dijawab dengan betul dan tepat. Setelah melakukan pusingan kedua Kaedah Lififabu pada hari yang lain, murid didapati lebih bersedia dan ini dibuktikan melalui peningkatan markah pada Ujian Faham &Buat 2.



6.2       Dapatan Analisis Temu bual

Saya melakukan analisis melalui instrumen temu bual bagi mendapatkan maklum balas murid.  Terdapat dua sesi dijalankan iaitu Soalan Temu bual  Sebelum Intervensi danSoalan Temubual  Selepas Intervensi. Temu bual.Temu bual ini digunakan untuk melihat sejauh mana kekeliruan yang dihadapi murid dapat diatasi selepas menggunakan Kaedah Lififabu. Di samping itu, temu bual juga dapat melihat sama ada Kaedah Lififabu dapat menarik minat murid dalam memahami imbuhan apitan memper-…-kan. Hasil daripada temubual yang dijalankan, peserta kajian menunjukkan penguasaan dan tidak lagi keliru dalam menggunakan imbuhan ini. Malah subjek kajian juga menyatakan bahawa dia  lebih berminat menggunakan kaedah ini daripada cara biasa belajar iaitu menggunakan buku sahaja. Perkara-perkara ini menunjukkan peserta kajian dapat mengatasi kekeliruan dalam menggunakan imbuhan memper-…-kan  setelah menggunakan kaedah Lififabu.

6.3       Dapatan Analisis Pemerhatian

Pemerhatian ini telah dilaksanakan semasa intervensi dijalankan.Antara item yang diperhatikan dalam borang pemerhatian ialah tumpuan murid, interaksi murid dengan guru, kerjasama dalam melakukan aktiviti, keyakinan diri murid dan tingkah laku yang ditunjukkan.Berdasarkan  pemerhatian yang  dibuat, kesemua murid menunjukkan tingkah laku yang  pelbagai. Murid 1 dan Murid 2 didapati paling banyak terlibat dalam aktiviti pembelajaran dengan masing-masing melakukan 8 perkara yang diperhatikan.Murid 3 pula merupakan murid paling kurang terlibat semasa aktivit dijalankan. Namun kesemua murid banyak menunjukkan tingkah laku yang baik berbanding tidak terlibat dalam aktiviti yang dijalankan.Keadaan ini menunjukkan kesediaan dan minat murid untuk mengikuti sesi intervensi menggunakan Kaedah Lififabu di tahap baik dan memuaskan.


7.0  Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dianalisis, kaedah Lififabu dapat meningkatkan penguasaansubjek kajian dalam aspek penggunaan imbuhan apitan memper-...-kan dengan betul. Saya mendapati berlakunya peningkatan dalam jumlah markah yang diperoleh subjek kajian selepas menjalani dua sesi intervensi . Keadaan ini menunjukkan subjek kajian sudah mula memahami cara penggunaan imbuhan memper-...-kan  dengan betul dan sudah mampu menggunakan imbuhan ini semasa membina ayat bahasa Melayu. Temu bual juga digunakan untuk mengetahui persepsi subjek kajian. Hasil temu bual menunjukkan keempat-empat subjek kajian sudah tidak mengalami kekeliruan besar dalam  menggunakan imbuhan ini.Mereka  memberikan respon dan jawapan  positif  dari setiap soalan yang diajukan iaitu soalan temu bual selepas subjek kajian menggunakan  Kaedah Lififabu.Minat peserta kajian dalam mendalami ilmu berkaitan imbuhan apitan memper-...-kan juga dapat ditingkatkan. Hal ini dapat dilihat melalui tingkah laku yang positif dan aktif semasa menjalani aktiviti ini. Mereka ternyata lebih fokus dan mudah faham di samping lebih banyak memberikan respon untuk bertanya kepada saya. Sebagai cadangan, aktiviti berbentuk kuiz  atau  aktiviti berkumpulan boleh digunakan sebagai penambahbaikan.

Rujukan
Abdullah Hassan. (2009). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah.Kuala  Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Kemas Kini:Panduan Bahasa yang Baik dan Betul.  Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: BPPDP, KPM.
Mohd Hazri Bin Abd Latib.(2010). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan  Imbuhan Apitan  Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Excellent Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan. Tesis tidak diterbitkan:IPG Kota Baharu.
Nik Safiah Karim et.al .(2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan  Bahasa dan Pustaka.
Shamsina Shamsuddin.(2013), Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.
 Shaifullah Bin Hasan Basri.(2013). Meningkatkan Penguasaan  Penggunaan Imbuhan Akhiran “-Kan” dan “-An” Bagi Murid Tahun Empat Menggunakan Printeim Kanan.Tesis tidak diterbitkan. IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail