Penjagaan gigi dan gusi
Aspek yang terpenting bagi penjagaan gigi dan gusi ialah kebersihan mulut yang baik sama ada di rumah mahupun ketika di dalam bilik pembedahan bersama doktor gigi. Kebanyakan gigi hilang/tercabut disebabkan penyakit gusi dan masalah ini boleh diatasi dengan penjagaan di rumah yang sempurna dan temujanji berkala dengan doktor gigi.
Kepentingan gigi primer (gigi susu)
Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.
Panduan Penjagaan Oral
Baru lahir hingga 24 bulan� Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.
� Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja.
� Mengatur tabiat makan anak anda.
� Berhentikan anak anda secara beransur-ansur dari susu badan atau botol apabila mencapai umur 1 tahun.
� Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.
� Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.
� Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.
� Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.
Umur 2-6 tahun� Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.
� Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat.
� Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.
Umur 6-12 tahun
� Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri. Manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.
� Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.
� Menggunakan pengedap (sealant) untuk gigi geraham kekal.
� Jika perlu teruskan mengambil florida tambahan seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor.
Kanak-kanak dari semua peringkat umur� Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.� Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.
Masalah oral yang umum
Plak dan kalkulus
Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Ianya lembut dan mudah dihilangkan dengan memberus gigi atau flos. Selepas makan, sisa makanan akan ditukarkan menjadi plak melalui tindakan penguraian bakteria. Jika dibiarkan, plak ini akan menebal dan bakteria akan membiak. Jika ia tidak dibersihkan dalam masa 24 jam, plak ini akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air liur dan membentuk kalkulus, ataupun tartar. Struktur enapan yang keras dan melekat kuat ini hanya dapat disingkirkan melalui pembersihan gigi oleh doktor iaitu "pengikisan".
Penyakit Periodontal
Penyebab etiologi utama bagi penyakit periodontal ialah pengumpulan plak bakteria. Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Ini dikenali sebagai gingivitis. Jika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan menyebabkan gusi lekang dari gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi. Jangkitan di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dikenali sebagai periodontitis.
Karies gigi
Karies gigi merupakan penyakit disebabkan mikrob yang memusnahkan gigi. Ia menjejaskan tisu-tisu gigi yang keras (enamel). Sesetengah bakteria plak akan menghasilkan asid dari karbohidrat; asid ini akan melarutkan enamel gigi dan membentuk lesi karies yang akhirnya memusnahkan gigi jika tidak dirawat.
Penjagaan sendiri� Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.
� Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas makan. Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan, berkumurlah dengan air.
� Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur enamel gigi.
� Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan - mulakan pemeriksaan gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun.
� Gunakan alat pelindung mulut jika anda terlibat dalam sukan seperti bolasepak dan hoki.
� Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu.
� Jika anda menghadapi masalah mengunyah gigi semasa tidur, dapatkan nasihat doktor gigi sama ada anda perlu memakai alat tertentu untuk mengelakkan dari menggesel gigi.
� Jangan mengunyah ais, pen atau pensil.
� Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain.
� Jika anda menghisap paip, jangan menggigit batang paip tersebut.
� Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada tembakau.
� Elakkan daripada menghisap buah lemon atau mengunyah aspirin dan pil vitamin C, mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri, karbohidrat yang halus (telah disaring) dan apa-apa bentuk gula. Mengambil makanan bergula menyebabkan bakteria membentuk asid yang akan memakan gigi. Asid ini akan menghakis enamel gigi.
Memberus gigi
Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. Jika tidak beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek.
Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul. Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati dipasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya. Ciri-ciri yang penting semasa memilih berus gigi ialah:
� Pemegang yang mudah dikendalikan.
� Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh sampai ke mana-mana bahagian mulut.
� Permukaan berus yang padat.
� Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut, panjang menirus, anjal dan berbentuk bulat di hujungnya.
Terdapat 3 kaedah memberus gigi yang boleh dipilih. Bagaimanapun, tidak kira teknik mana yang dipilih, ketelitian anda memberus yang menentukan kebersihan gigi, bukannya sekuat mana atau sekerap mana.
Semua teknik memberus berikut boleh digunakan:
� Letakkan kepala berus gigi pada sudut 450 di sisi barisan gigi. Dengan perlahan gosokkan di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan setiap gigi.
� Letakkan berus gigi di sepanjang pangkal gigi-gusi dan berus dengan gerakan memusing atau menyapu menghala ke permukaan gigi.
� Putarkan berus dalam gerakan membulat di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan gigi.
� Dalam semua kaedah di atas, gusi dan juga lidah perlu di berus kerana ia biasanya mengandungi kuman.
Kaedah-Kaedah Memberus
1. Gerakan membulat.: Putar berus dalam gerakan membulat dari pangkal gigi-gusi mengelilingi permukaan gigi.
2. Gerakan menggetar : Pegang berus pada kedudukan 450 di sisi barisan gigi dan gosokkannya di sepanjang permukaan pangkal gigi-gusi dan di atas permukaan gigi.
3. Gerakan menyapu: Letakkan berus pada pangkal gigi-gusi dan sapu atau pusingkan berus menghala ke permukaan gigi.
Teknik memberus yang betul� Bersihkan permukaan luar gigi atas, diikuti dengan permukaan luar gigi bawah.
� Bersihkan permukaan dalam gigi atas.
� Bersihkan permukaan dalam gigi bawah.
� Akhirnya bersihkan permukaan mengunyah gigi atas, diikuti gigi bawah.
Teknik flos
Flos gigi yang dilakukan secara tekal dapat membersihkan plak dan partikel makanan dari celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi. Flos juga merupakan alat yang penting untuk mencegah penyakit gusi. Bagaimanapun, jika gusi di antara gigi tersebut sudah menjadi rata/leper, menyusut dengan teruk, atau membentuk lekuk yang dalam (lekang dari gigi), kaedah flos tidak lagi berkesan.
Teknik flos yang berkesan� Tegangkan lebih kurang 1 inci flos di antara dua jari. (Memegang lebih dari satu inci flos akan menyebabkan kurang kawalan oleh jari semasa menggerakkannya di celah gigi).
� Untuk membersihkan gigi, gerakkan flos ke atas dan ke bawah juga ke depan dan ke belakang secara lembut dan perlahan-lahan.
� Untuk membersihkan gusi, lengkungkan flos di sekeliling bahagian dasar gigi.
� Dengan perlahan-lahan, gerakkan flos berulang kali ke belakang dan ke depan di bawah gusi.
� Untuk mengeluarkan flos, gunakan pergerakan yang sama iaitu ke belakang dan ke depan untuk menggerakkannya ke luar dan menjauhi gigi. Jangan memaksa atau merentap flos (semasa memasukkan atau semasa mengeluarkannya). Ini mungkin akan mencederakan atau menyebabkan tisu gusi yang lembut menjadi lebam.
Bila anda perlu berjumpa doktor gigi?� Anda merasa sakit gigi apabila memakan makanan yang manis, sangat panas atau sangat sejuk.
� Rasa dalam mulut yang tidak sedap berpunca darii makanan atau bakteria yang terperangkap di dalam rongga.
� Gigi berlubang.� Gusi berdarah semasa memberus gigi.� Gusi bengkak, kemerahan dan sensitif.� Gusi menyusut.� Gigi longgar.� Terdapat ruang di antara gigi (gigi menjadi jarang).� Gigi yang terdedah di sepanjang garis gusi (pangkal gigi-gusi).� Nafas terus-terusan berbau.� Terdapat nanah di sekitar gusi dan gigi.
This blog was created for invite anyone or reader lover to share opinion with other reader to exchange opinion or exprience about life and daily issues.
Wednesday, April 16, 2014
Tuesday, April 15, 2014
MATA PELAJARAN SEJARAH DAN PERANAN
Dalam pendidikan sekolah rendah memang tidak ada mata
pelajaran sejarah atau subjek yang menyentuh mengenainya. Sukatan pelajaran
sejarah bermula pada tahap menengah rendah iaitu pada Tingkatan Satu hingga ke
Tingkatan Lima dengan penumpuan adalah kepada Sejarah Malaysia.
Penumpuan pengajaran sejarah tidak harus kepada sejarah
negara saja. Ia tidak bererti kita mengetepikan kepentingan sejarah negara.
Mata pelajaran sejarah harus diperluaskan kepada sejarah dunia. Pada peringkat
awal, pelajar boleh diajar menghargai tamadun yang dibina sejak awal kehidupan
manusia.
Pelajar harus memahami kepelbagaian yang wujud di dunia
dan menghormati kepelbagaian itu dan sejarah dapat mengajar kita memahami
kekayaan budaya yang wujud di dunia. Dengan wujudnya fenomena globalisasi dan
semakin sempitnya dunia, maka, keperluan untuk mempelajari dan memahami sejarah
dunia ini amat penting dalam membina insan yang menyeluruh.
Saya cadangkan diambil satu pendekatan bersepadu dengan merombak atau menggantikan mata pelajaran sivik dan kajian tempatan dalam kurikulum sekolah rendah sekarang dan digantikan dengan pengajian sosial. Pengajian sosial adalah satu subjek yang mengkaji masyarakat, termasuk sejarah, sivik, geografi dan ekonomi.
Pendekatan bersepadu ini mengintegrasikan pengetahuan
sejarah dengan geografi, ekonomi dan sebagainya bertujuan menyediakan pelajar
memahami komuniti dan masyarakat mereka, negara dan dunia yang mereka tinggal
supaya mampu menjadi warga negara dan warga dunia yang bertanggungjawab di mana
mereka dapat sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan negara dan dunia kerana
kita kini tinggal dalam satu global village. Harus diingatkan bahawa komponen
sejarah menjadi komponen utama di sini.
Pengajian sosial ini sudah lama diajar di Barat dan di
kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah dan tadika bertujuan melahirkan warga
negara prihatin dalam segala segi, peka akan kepentingan masyarakat, politik
dan mempamerkan sifat/sikap menghormati kepentingan awam.
Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan
mata pelajaran ini pada 2010 sesuai dengan Transformasi Kurikulum Sekolah
Rendah dan akan dimasukkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada
2013. Apakah silibus sesuai dan usia pengenalan?
Sejarah sebenarnya mampu mengukuhkan proses pembelajaran
asas pelajar. Sejarah membina kemahiran berfikir, menganalisis, mengkritik,
menghujah, menyelidik, berkomunikasi dan sebagainya yang sememangnya tidak
wujud dalam kurikulum pendidikan kita sehingga kita melahirkan pelajar robot
yang hanya pandai menghafal fakta tetapi tidak boleh berkomunikasi dan berfikir
dengan baik. Lebih teruk tiada keyakinan langsung untuk berhujah atau
mempertahankan pegangan atau prinsip yang mereka perjuangkan.
Pada saya, usia terbaik diajar sejarah adalah pada usia
lapan tahun tetapi pembelajaran perlu menarik dan menimbulkan minat mereka.
Jika peringkat menengah baru hendak bermula, bermakna kita sudah terlewat. Pada
saya, dalam usia remaja, sudah ada nilai yang terbentuk dan sebati dengan jiwa
mereka, jadi sukar menanamkan minat terhadap sejarah.
Bagaimana mata pelajaran sejarah ini boleh
membantu generasi muda memahami perjuangan dan pembangunan negara?
Sejarah menyediakan pelbagai pengajaran yang dapat
dijadikan teladan dan panduan hidup. Ini membina ciri kemanusiaan yang lebih
cemerlang, menanam perasaan simpati dan empati supaya perjuangan tokoh awal
dihargai dan dikenang dan kekal dalam kesedaran pelajar supaya dapat merujuk
kepada nilai perjuangan insan yang murni menjadi ikutan dan teladan. Tokoh
sejarah boleh dijadikan role model yang boleh meningkatkan motivasi pelajar
untuk berjaya.
Untuk mewujudkan pembuat polisi yang baik kita perlu
melihat kepada pembentukan polisi yang awal, kebaikan dan kegagalannya, ini
diperoleh daripada sejarah, belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya.
Contoh terbaru, formula Malaysia atau orang kata formula
Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam menangani
kegawatan ekonomi nampaknya diterima Amerika Syarikat, pada waktu ini. Ia
bermakna mereka belajar daripada sejarah yang dibentuk Malaysia.
Adakah kita sudah terlewat dan perlukah mata
pelajaran ini diwajibkan?
Masih tidak terlambat. Di mana-mana di dunia mata
pelajaran sejarah adalah subjek yang penting. Tidak kira sama ada kita sudah
lebih 200 atau 300 tahun merdeka.
Perlu diwajibkan, kalau tidak ramai yang tidak akan
mengambil mata pelajaran sejarah kerana menganggap ia tidak penting. Ada yang
dipengaruhi oleh ibu bapa yang buta sejarah dan tidak nampak kepentingan
sejarah kerana semata-mata mengejar mata pelajaran yang boleh menjanjikan
pulangan yang besar pada masa depan. Mata pelajaran sejarah memainkan peranan
penting dalam menyumbang kepada sistem pendidikan serta mampu melahirkan
pelajar yang holistik.
Apakah ketiadaan pengajaran sejarah selama
ini memberikan kesan kepada generasi muda sekarang yang 'buta' sejarah?
Ya, saya bersetuju, sifat buta sejarah ini wujud kerana
pertama, pengenalan pelajar kepada sejarah pada masa kini bermula pada usia
agak lewat menyebabkan ramai pelajar tidak memahami apatah lagi menghargai
sumbangan sejarah dalam hidup mereka.
Sudah tentu, dengan ini mereka tidak memahami atau
menghargai sumbangan atau persefahaman yang diwujudkan oleh pemimpin terdahulu.
Bagaimana wujudnya Malaysia sebagaimana adanya hari ini adalah hasil usaha
pemimpin awal negara? Mereka tidak tahu untuk memahami perkembangan masa kini
atau untuk melihat ke depan mereka harus belajar daripada sejarah.
Kedua, pendekatan sejarah oleh guru juga salah satu
faktor yang menyumbang kepada ketiadaan minat pelajar mendalami atau menghargai
sejarah.
Apakah cadangan Dr supaya keadaan ini dapat
diperbetulkan?
Pertama, adalah satu cadangan yang baik mata pelajaran
sejarah diperkenalkan kepada peringkat rendah tetapi sebagaimana yang saya
sebutkan sebelum ini, ia mengambil pendekatan bersepadu melalui subjek
pengajian sosial.
Kedua, harus ada perubahan dalam pedagogi. Kaedah
pengajaran yang lapuk dan tidak menarik menyebabkan pelajar bosan. Perspektif
atau anggapan bahawa sejarah itu hanyalah satu subjek yang memerlukan seseorang
itu menghafal fakta patut diubah. Pendekatan interaktif harus ditekankan.
Pelajar contohnya, ingin mengetahui dan mengalami dan
menyelami peristiwa sejarah itu sendiri dan ia melahirkan emosi dan 'sense of
attachment' kepada warisan dan legasi sejarah. Dengan itu, pendekatan
pengajaran sejarah haruslah menarik, dengan melawat tempat bersejarah,
penggunaan visual seperti gambar lama, kartun, simbol dan sebagainya amat
penting dalam memupuk minat terhadap sejarah. Jika diperkenalkan pada tahap
yang rendah, mata pelajaran sejarah ini harus menarik persembahannya.
Ketiga, pembinaan kurikulum yang menarik, efektif dan
berkesan serta bersifat 'interdisciplinary' kepada pelajar sekolah rendah.
Kurikulum yang terkini selari dengan tuntutan dan perkembangan semasa ini harus
bersifat inklusif dan bukan eksklusif supaya sumbangan setiap individu,
komuniti dan masyarakat pada peringkat negara dan dunia akan dihargai.
Pembinaan kurikulum sejarah untuk sekolah rendah harus ada kerjasama pelbagai pihak
seperti kementerian, pendidik di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta
pihak swasta.
Keempat, penggunaan teknologi baru seperti ICT. Ini
menjadi amalan sejarawan Barat dan bagaimana mereka mengintegrasi sejarah
dengan alatan media seperti komputer, internet, pemain cakera padat (CD-ROM),
video, kamera digital dan papan kenyataan interaktif serta blog.
Ilmu sejarah membina Negara
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan subjek Sejarah wajib lulus
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjelang 2013. Muhyiddin kemudian
menekankan betapa pentingnya metodologi subjek ini melalui satu transformasi
besar supaya pengajaran dan pembelajarannya menjadi lebih relevan lagi menarik
sekali gus berjaya mendorong pelajar menghayati ilmu yang begitu penting dalam
kehidupan manusia ini.
Langkah memperkenalkan lulus wajib subjek Sejarah ini bertujuan, pertamanya, memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia. Kedua, menonjolkan kepentingan dan kerelevanan ilmu sejarah dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia. Akhir sekali memperkasakan legasi sejarah Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat selari dengan perjuangan 1Malaysia.
Tindakan ini harus dipandang serius kerana, berbeza dengan masyarakat Barat contohnya, masyarakat Malaysia yang rata-rata buta sejarah sering meremehkan kepentingan ilmu sejarah dan jarang memberi penghormatan kepada para sejarawan yang secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara melalui usaha penyelidikan dan penulisan sejarah negara dan bangsa.
Usaha ini memerlukan pengorbanan masa serta kebijakan membuat intepretasi tanpa sebarang sifat prejudis, propaganda, dan stereotaip. Sejarah yang bernas ditulis berlandaskan fakta dan bukti serta intepretasi yang matang yang mengambil kira bukan sahaja konteks tempatan tetapi juga dunia.
Selain konteks satu lagi kriteria penting ilmu sejarah adalah periodisasi. Sejarah harus bermula dari awal ketamadunan manusia dan sekiranya boleh berakhir sehingga masa kini.
Langkah wajib lulus sejarah ini amat bertepatan pada waktunya terutama apabila perpaduan masyarakat Malaysia tercabar hasil perpecahan politik dan tuntutan atau tindakan melampau sesetengah pihak yang mula mempersoalkan keluhuran perlembagaan Malaysia.
Malah ada yang mula membuat interpretasi tersendiri tanpa merujuk sejarah perlembagaan itu sendiri.
Perlembagaan Malaysia merupakan satu-satunya 'kerangka asas' (fundamental framework) dan prinsip yang diperjuangkan oleh perlembagaan ini patut dijadikan panduan dan inspirasi. Maka bagi generasi muda memahami dan menghargai sejarah negara, mereka patut menghayati dan meluhurkan perlembagaan.
Jadi, pengajaran dan pembelajaran sejarah Malaysia sepatutnya mengandungi penghayatan perlembagaan sebagai satu asas dan landasan.
Pengajaran dan pembelajaran sejarah merupakan satu aspek pembinaan kenegaraan yang kritikal dan penting. Subjek Sejarah adalah satu-satunya saluran untuk menyampaikan warisan negara dan legasi kebudayaan kepada generasi masa kini. Justeru, dari perspektif ini, ilmu sejarah yang disampaikan harus mengandungi 'naratif kepelbagaian' (plural narratives) yang mencerminkan corak latar belakang etnik, bahasa, dan budaya.
Langkah ini akan membawa kepada pemuliharaan keunikan politik, ekonomi dan sosio-budaya Malaysia terutama apabila ada pihak tertentu yang cuba menulis kembali dan memadam aspek-aspek penting dalam sejarah Malaysia bagi kepentingan peribadi atau politik masing-masing.
Memang bukan mudah untuk memastikan keseimbangan yang wajar dan memberikan ruang 'secukupnya' kepada semua pihak bagi mencerminkan kepelbagaian ini.
Walau bagaimanapun, sejarah sesebuah negara sudah tentu akan lebih mencerminkan masyarakat perdana walaupun penekanan kepada masyarakat minoriti harus juga diberi perhatian.
Lihat sahaja sejarah Amerika Syarikat umpamanya, sejarahnya lebih menjurus kepada masyarakat kulit putih yang datang dari negara Eropah terutamanya yang kemudiannya membentuk majoriti penduduk negara tersebut.
Tetapi perbincangan yang menjurus kepada sejarah golongan pribumi dan minoriti seperti masyarakat Amerika berketurunan Afrika, masyarakat hispanic atau Asia ada dibincangkan tetapi tidak sehingga mengatasi sejarah masyarakat perdana.
Tujuan ataupun objektif pengajaran dan pembelajaran Sejarah bukan hanya untuk mendalamkan pengetahuan generasi muda mengenai latar belakang dan profail negara malah untuk memupuk semangat patriotisme dan menyemarakan lagi sikap bertolak-ansur, toleransi, saling hormat-menghormati diantara kaum dan agama serta bahasa dan budaya.
Dengan kata lain, ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi perpaduan rakyat dan menanam suatu identiti nasional atau kebangsaan yang meliputi aspek kewarganegaraan dan sekali gus keturunan di mana kedua-dua aspek ini tidak sama sekali bercanggah.
Pembinaan dan pembangunan negara bergantung kepada usaha bersepadu rakyat pelbagai yang mempunyai warisan sejarah dan masa depan bersama (shared past and shared future). Maka, pengajaran dan pembelajaran Sejarah bukan semata-mata mengetahui atau menghafal sedikit sebanyak detik-detik dan peristiwa lampau.
Imbasan (reflections) sebegini tidak memanfaatkan pelajar dan masyarakat amnya. Yang paling penting adalah usaha untuk meningkatkan kefahaman pelajar sekaligus memupuk nilai-nilai bersama (common values) dan identiti bersama (shared identity) yang menjadi panduan, iktibar dan pegangan bagi memacu halatuju negara.
Bagi memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, maka pendedahan awal di peringkat sekolah rendah kepada subjek ini amat penting. Usaha sebegini dapat melahirkan warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya dan yang paling penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal lagi kerana diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan perspektif. Pada masa yang sama menghayati dan memahami kerelevenan sejarah dalam kehidupan harian dan kehidupan masa depan.
Sekiranya penambahan subjek Sejarah dalam kurikulum sekolah rendah dianggap membebankan, maka kita boleh melihat contoh dan amalan negara Barat dalam menghayati ilmu sejarah.
Ilmu sejarah digabung dengan pelbagai bidang ilmu lain seperti sivik, kewarganegaraan, geografi, ekonomi dan lain-lain dalam satu bidang yang dikenali sebagai pengajian sosial atau mungkin lebih sesuai dinamakan pengajian kemanusiaan. Ini selari dengan tuntutan Timbalan Perdana Menteri yang menganjurkan transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Gabungan pelbagai disiplin ilmu ini atau pendekatan multidisciplinary ini merupakan satu metodologi pendidikan yang semakin dititikberatkan oleh institusi pendidikan kebelakangan ini.
Pendekatan multidisciplinary dengan ilmu sejarah sebagai komponen utama ini dapat membina kematangan pelajar dalam menganalisis peristiwa masa lalu, masa kini dan membuat keputusan di masa akan datang. Ilmu Sejarah mampu membina kemahiran berfikir, menganalisis, mengkritik, menghujah, menyelidik, dan yang paling penting berkomunikasi di kalangan pelajar sekali gus melahirkan pelajar yang holistik.
Ilmu Sejarah membicarakan interaksi antara manusia terutamanya, maka, subjek pengajian kemanusiaan ini mengkaji masyarakat terutamanya dapat menimbulkan minat pelajar untuk memahami dan menghayati kepentingan interaksi antara manusia ini.
Maka subjek Sejarah menjadi lebih menarik apabila dapat diperluaskan kepada sejarah dunia bagi menghargai tamadun yang dibina sejak awal kehidupan manusia dan seterusnya memahami kepelbagaian yang wujud di dunia dan menghormati kepelbagaian serta kekayaan budaya yang wujud di dunia. Fenomena globalisasi yang menjadikan dunia ini semakin sempit menyebabkan sejarah dunia menjadi satu elemen penting dalam membina insan yang menyeluruh.
Ciri-ciri sivik seperti toleransi, empati, sifat inclusive, menghormati komuniti, mengutamakan kepentingan awam dan sebagainya amat penting dalam melahirkan warga negara dan warga dunia yang perihatin lagi bertanggunjawab.
Ini selari dengan trend pendidikan di dunia baik di peringkat rendah mahupun peringkat pengajian tinggi yang mula mengutamakan liberal studies kerana mampu melahirkan individu atau pelajar yang versatile, yang luar biasa kemahiran berfikir dan kepakarannya dalam berhujah serta kreativitinya dalam menghasilkan penulisan dan penerbitan.
Di institusi pendidikan ternama kombinasi liberal studies dengan disiplin sejarah mula mendapat sambutan dan graduan yang menerima pendidikan yang holistik ini rata-rata lebih mudah mendapat pekerjaan dan disukai majikan.
Nilai kemanusiaan yang dipupuk melalui ilmu sejarah ini tidak dapat dinilai harganya. Maka sekiranya disiplin lain disanjung kerana nilai ekonominya oleh masyarakat Malaysia yang semakin materialistik, maka subjek Sejarah harus dimartabatkan kerana ciri-ciri kemanusiaan yang ditanam dan dipupuk di dalam jiwa pelajar.
Aspek kemanusiaan ini memerlukan masa yang panjang untuk dipupuk, dibina dan diperteguhkan.
Maka adalah sesuai sekiranya pengajian kemanusiaan ini di perkenalkan di peringkat rendah. Apabila kefahaman ini sudah wujud di kalangan pelajar maka, mudah bagi mereka membentuk jati diri berpandukan nilai-nilai bersama dan universal.
Nilai ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian sebagai warganegara yang bertanggungjawab dalam "1Malaysia" yang sedang menuju ke arah negara maju tahun 2020 dan juga warga dunia yang kompetitif di mana jua berada berlandaskan keunggulan jati diri yang dibina melalui ilmu sejarah.

Subscribe to:
Posts (Atom)