Saturday, July 14, 2018

Faktor Kegagalan Pelajar Orang Asli Dalam Pendidikan.

Faktor Kegagalan Pelajar OA Dalam Pendidikan.
Dewasa ini bila kita membincangkan tentang kemajuan dan kejayaan akademik pelajar-pelajar Orang Asli,kita tidak boleh sesekali melupakan kegagalan sebahagian besar daripada kalangan mereka itu.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa memang kedapatan ramai pelajar OA yang sudah berjaya dalam bidang akademik dan sebagainya.Ada yang sudah berjaya bergelar jurutera,pensyarah,doktor,guru,jururawat,polis,tentera dan lain-lain lagi.Namun begitu, mash ramai pelajar OA ini gagal dalam akademik,serta tidak berjaya menamatkan alam persekolahan dengan sebaik dan sepatutnya di negara ini.
       Setelah dibuat kajian hasil temu bual dengan masyarakat OA,pembacaan buku,majalah,akhbar dan percakapan dengan beberapa orang guru,dapat saya simpulkan beberapa faktor menyebabkan berlakunya kegagaalan ini.
Faktor pertama ialah keadaan ekonomi serta pendapatan keluarga masyarakat OA ini yang agak rendah serta tidak tetap.Ini menyebabkan keluarga pelajar ini tidak mampu menghantar anak mereka belajar ke peringkat menengah dan lebih tinggi.Walaupun bantuan ada disediakan oleh JAKOA dll,namun tidak cukup untuk mengatasi kos yang tinggi itu..Bagi keluarga yang agak senang dan berada ianya tidak menjadi masalah.
      Faktor kedua ialah sikap ibubapa yang tidak mementingkan soal pendidikan anak mereka.Mereka masih lagi berpegang pada adat resam dan tidak mahu menerima arus pembangunan dan pembaharuan dalam hidup.Pada mereka anak mereka berjaya atau tidak,tidak kisah.Mereka seakan mahu anak mereka meneruskan hidup seperti mereka seperti berkebun,menoreh,berburu dan mencari hasil hutan sebagai mata pencarian.Kisah benar,pernah seorang guru sedang mengajar,datang seorang bapa untuk menjemput anaknya balk hanya untuk menemaninya berburu binatang! Selain itu ada juga ibubapa yang bimbang anak mereka akan melupakan mereka jika menghantar anak belajar ke peringkat tinggi.
       Faktor ketiga ialah sikap pelajar OA itu sendiri yang berasa rendah diri dan tidak mahu memajukan diri mereka sendir.Apa tidaknya mereka hanya datang ke sekolah seperti dipaksa.Mereka di sekolah bersifat pasif dan berdiam diri serta tidak menanyakan kepada guru atau rakan lain tentang pelajaran yang mereka tidak fahami.Rata-rata mereka ini lebih senang bergaul sesama kaum OA mereka.Sepatutnya hal ini tidak terjadi,kerana di sekolah kurikulum digubal untuk perpaduan dan kerjasama sesama pelajar.Lebih-lebih lagi selepas waktu persekolan atau musim cuti.
      Faktor ke empat ialah sikap pelajar kaum lain terhadap pelajar OA ini.Tidak dapat dikatakan tidak,bahawa memang ada pelajar kaum lan seperti Melayu,Cina dan India yang memandang rendah kepada pelajar OA, walaupun sekelas dan punyai pencapaian yang sama! Mereka seakan tidak menerima pelajar OA ini dalam kumpulan serta sebagai kawan rapat mereka.Ini tentunya membuat hati pelajar OA tersentuh dan berkecil hati,serta tidak mahu meneruskan persekolan.
      Faktor ke lima dan akhir ialah berkenaan dengan kedudukan kampung serta penempatan masyarakat OA dengan sekolah menengah terlalu jauh.Keluarga tidak sanggup dan tidak mampu untuk menghantar pelajar OA tersebut ke sekolah menengah. Pihak kerajaan pula tentunya tidak mampu membina semua sekolah menengah di setiap penempatan OA yang jauh di pedalaman.
Itulah antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan pelajar OA dalam bidang pendidkan.Sama-samalah kita berganding tangan,memberi motivasi,panduan,pendapat dan apa jua bantuan kepada yang terlibat agar masyarakat OA juga boleh berjaya dan duduk setaraf dengan masyarakat lain.