Monday, February 2, 2015

Reflection EL

REFLECTION

By the end of this paper work, writer have improve their knowledge and writing in English language. . Grammar is the set of rules that govern the usage of English language. A strong grasp of English grammar is therefore of the greatest importance.Furthermore, this paper work also content knowledge and their writing proficiency. Although learning through the module may achieve a high level of content knowledge, aspects of writer’s writing (e.g., incomplete knowledge of idioms, vocabulary, and writing styles) can suggest a poor grasp of content.
           The module was useful  to teachers and to obtain help in expressing their knowledge effectively and  help provide such cues and relationships when they write interactively with students and make writing a social activity. The module will serve as a resourceful guideline for the reader to write in the correct English syntax without any difficulties. Finally, the module is highly recommended for reader enrolled in basic courses who are in need to develop strong syntactic-writing fundamentals in order to proceed to more advanced writing works at later stages of their academic and/or professional life





Refleksi Bina Insan Guru- Bengkel Pengurusan Pendidikan

Refleksi Bina Insan Guru – Bengkel Pengurusan Pendidikan
Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel atau kursus kepada kumpulan guru samada di sekolah sendiri ataupun di sekolah yang lain.tajuk-tajuk berkenaan dengan pendidikan telah diberikan kepada kami semua. Setelah menerima tugasan ini saya dengan beberapa orang lagi rakan sekelas telah berbincang untuk mengadakan kursus ini secara bergabung.Jadi kami telah membuat perbincangan melalui talian komunikasi yang ada sekarang ini
            Kami bersetuju memilih dan menetapkan kursus ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal,Pasir Puteh,Kelantan,memandangkan di sini terdapat ramai rakan sekelas kami yang bertugas di sekolah ini.Diharapkan tugasan ini dapat dibereskan dengan agak mudah dan cepat.Saya yang berada di Jerteh,bertindak sebagai urusetia  kursus ini.Kami juga telah memilih dan menamakan kursus ini, “Kursus Profesionalime Keguruan”.Tenaga penceramah kami telah menjemput Tn.Hj.Che Hassan bin Che Abdullah,daripada Unit Tatatertib dan Keutuhan,JPN Kelantan untuk menyampaikan ceramah tersebut.
           Seperti yang telah ditetapkan,kursus ini berjalan seperti yang dirancangkan,tepat pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 4.35 petang.Saya dan guru-guru ppg dari IPGM SM,selain  sebagai urusetia,tetapi kami juga turut bertindak sebagai peserta kusus ini! Banyak input yang menarik dapat kami ketahui ketika mengikuti kursus ini.Khasnya mengenai perjawatan,tatatertib dan sebagainya.
            Pengalaman menguruskan dan merancangkan kertas kerja untuk kursus ini telah member satu pengalaman yang baik serta bagus sekali kepada kami semua.Sikap tolak ansur,kerjasama dengan guru-guru dan rakan sekelas telah kami berikan.sesungguhnya tanpa kerjasama erat antara satu sama lain,tidak mungkin kursus ini dapat dijalankan dengan baik.pihak pentadbiran SK.Bukit Abal juga banyak membantu, di mana boleh dikatakan semua gurunya mengikuti kursus ini  walaupun dilakukan pada sebelah petang.
Hasil pemerhatian saya dan rakan yang lain,kursus ini telah Berjaya memberi input-input yang baik dan menarik kepada semua guru yang mengikuti.Masa mendengar ceramah yang mengambil masa  lebih kurang 2 jam setengah terasa cepat sekali dan tidak puas mendengar ceramah yang disampaikan itu.
             Sesungguhnya, pengalaman menyiapkan tugasan ini telah memberi satu pengalaman yang baik kepada kami semua,Walaupun kami pernah membuat kertas kerja program sukan dan juga perkhemahan  untuk murid,tetapi agak berlainan,kerana program ini dikhaskan untuk guru-guru yang sudah  lama mengajar di sekolah.Seorang pensyarah IPGM SM iaitu Encik Fauzi  telah dating dan turut serta dalam kursus ini dalam menjayakan kursus  “Profesionalisme  Keguruan “
              Bagi saya walaupun tinggal di Jerteh,tetapi sanggup bergegas ke Daerah Pasir Puteh,Kelantan demi menjayakan program BIG ini secepat  dan sebaik mungkin.Apa lagi keadaan tugasan di sekolah yang  banyak,memaksa kami menyiapkan semua kerja dalam tempoh yang singkat.Jadi kami perlu bijak membahagikan masa bekerja,rutin harian dan masa belajar.  

                Diucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kursus  “Profesionalisme  Keguruan ,terutamanya pihak pentadbiran SK.Bukit Abal,Pasir Puteh ini yang banyak memberi sokongan padu kepada kami semua.

EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa

1.0 PENGENALAN.
Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pembaharuan dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr  Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Bertitik tolak daripada pelaksanaan KLSR tersebut, sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan mengikut situasi semasa. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah dengan memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
 Namun begitu, KBSR telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Manakala, terbaharu KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pembaharuan kurikulum yang dilakukan ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi yang menyeluruh.  
Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat serta perubahan dan cabaran alaf ke-21, sistem Pendidikan Kebangsaan sentiasa diperkemas dan dibuat penambahbaikan dari masa ke masa. Proses yang dinamik dan berterusan dilaksanakan dalam pembangunan kurikulum ini bermatlamat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.
1.0   KONSEP
2.1  Konsep Transformasi
Definisi transformasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) membawa maksud  perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan atau dengan erti kata lain transformasi merupakan satu perubahan daripada keadaan sedia ada kepada satu dimensi lain bertujuan untuk mengubah bentuk sesuatu kepada yang lebih baik bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian (Artikel Pendidikan: Utusan Malaysia). Ringkasnya, transformasi juga lebih mudah difahami sebagai satu bentuk perubahan ke arah kebaikan.
Terdapat pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh tokoh yang berkait rapat dengan istilah transformasi atau perubahan. Istilah perubahan menurut Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. Manakala menurut Jaafar Muhammad (1999) perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas menyesuaikan dengan situasi baru.
            Antara pendapat lain berkenaan transformasi ialah sebagaimana yang dikemukakan oleh Mumtaz Began dan rakan-rakan (2002) yang melihat perubahan sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan persekitaran sesuatu masyarakat. Perubahan yang berlaku ini juga mungkin merangkumi pelbagai aspek penting.

2.2  Konsep Kurikulum
Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidikan.
            Terdapat pelbagai definisi terhadap istilah kurikulum yang dinyatakan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing.

Menurut pendapat Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah, kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas serta kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Kurikulum juga turut dinyatakan sebagai pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal oleh Hargreaves dalam Hansen et al. (2002). Pelajaran formal merangkumi kurikulum yang telah ditetapkan matlamat serta rancangan oleh kementerian, kurikulum yang dilaksanakan (berkaitan dengan cara bagaimana guru menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amalan, aktiviti dan susunan) dan kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang pelajar sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan. Manakala pelajaran yang tidak formal merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan secara tidak langsung yang berlaku apabila belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia.

Rumusannya, tafsiran kurikulum merangkumi skop yang sangat luas berdasarkan kepelbagaian definisi yang telah dinyatakan. Kurikulum merangkumi kesemua aspek pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh murid secara formal atau tidak formal dan memberi kesan terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek setiap murid.

2.0   ISU DAN CABARAN UTAMA DALAM  MEREALISASIKAN TRANSFORMASI KURIKULUM PERSEKOLAHAN
Transformasi dalam bidang kurikulum persekolahan sering menjadi polemik dan diberi perhatian khusus oleh pentadbir pendidikan. Dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia. Antara langkah yang diambil termasuklah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2006-2010) dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara ini dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan cabaran abad ke 21 (Muhyidin 2013, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025).
            Namun begitu, proses transformasi ini bukanlah mudah kerana ianya melibatkan ramai pihak khususnya warga pendidik di sekolah yang menjadi agen transformasi bagi setiap perubahan yang dirancang oleh pihak pentadbir pendidikan. Justeru, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan transformasi tersebut. Cabaran yang paling utama dihadapi ialah dari aspek kesediaan guru dari segi sikap dan pemikiran mereka untuk menerima dan melaksanakan transformasi dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Sudah pastinya terdapat segelintir guru mempunyai pemikiran dan sikap negatif terhadap transformasi ini. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan dasar baru ini dijalankan kerana komitmen daripada guru-guru amat penting bagi memastikan usaha-usaha ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Lebih membimbangkan apabila terdapat juga percanggahan pendapat dan perdebatan daripada sesetengah guru terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat menolak dasar ini dengan pelbagai alasan.
            Oleh yang demikian, dalam menghadapi cabaran tersebut seringkali wujudnya pelbagai isu berkaitan dengan proses transformasi yang ingin dilakukan. Isu yang timbul ini adakalanya melibatkan aspek kekangan masa, ruang, sikap guru dan sebagainya. Namun saya telah melihat isu bebanan tugas guru sebagai satu isu utama yang menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan guru di sekolah apabila mereka dibebankan atau diberikan pelbagai arahan yang perlu dilaksanakan di sekolah terutamanya dalam proses transformasi kurikulum pada hari ini. Bebanan tugas guru ibarat isu yang tiada kesudahannya. Walaupun ada segelintir pihak yang menyatakan bahawa gaji yang diperoleh oleh guru adalah lumayan, kita perlu melihat dan menilai kerja yang dilaksanakan itu adalah berbaloi atau tidak.
Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Walaupun pada hakikatnya keupayaan setiap sekolah adalah berbeza namun sistem yang digunakan ini menyebabkan semua sekolah di Malaysia perlu akur dan mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah tersebut untuk melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri.
Sebagai contohnya, Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003  telah menjadi satu dasar yang wajib dilaksanakan di sekolah. Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri kursus yang dikelolakan selama tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain. Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar mata pelajaran tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut kerana bermasalah dengan penguasaan bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program  tersebut, akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI. Menurut akhbar Utusan Malaysia bertajuk Perubahan MBMMBI atau kekal PPSMI oleh Tan Sri Alimuddin (2011) menyatakan bahawa antara sebab pemansuhan PPSMI adalah kerana penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin merosot jika dibandingkan semasa penggunaannya dalam bahasa Malaysia. Maka, sekali lagi guru-guru yang terlibat terpaksa pula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk melaksanakannya.
Sebagaimana yang telah diketahui, kurikulum persekolahan mengalami perubahan bermula tahun 2011 apabila KBSR telah digantikan dengan KSSR. Kewujudan KSSR di sekolah ada baik dan buruknya. Usaha transformasi ini dinggap baik kerana melalui KSSR pihak KPM berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Namun begitu, Menurut Shafizan Omar (2013) dalam artikel akhbar yang dikeluarkannya menyatakan bahawa sebahagian kumpulan guru berdepan tekanan dalam melaksanakan KSSR berikutan beban kerja yang bertambah, termasuk proses memfailkan laporan KSSR yang menurut mereka, boleh mengurangkan masa untuk mereka bersama murid.
Dalam masa yang sama, guru juga bertanggungjawab terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh KPM yang berfungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Guru mata pelajaran dan guru kelas perlu mengisi markah dan data-data murid dalam peperiksaan melalui internet. Saya memetik keluhan daripada  oleh Siti Roshayu, seorang guru mengenai sistem ini. Beliau mengatakan bahawa, “sistem SAPS yang kononnya diselenggara oleh pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN di kepala kami sebagai warga pendidik”. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun transformasi ini pada dasarnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam talian yang akan memberi pelbagai impak positif kepada seluruh masyarakat. Namun dalam masa yang sama kelemahan yang terdapat dalam penyelenggaraan sistem ini menyebabkan guru menghadapi beban tugas yang amat berat di luar keupayaan mereka.



4.0  GANGGUAN EMOSI PELAJAR DAN TEKANAN EMOSI GURU

Rajah 1 : Kesan Terhadap Emosi Murid dan Guru


ISU : BEBANAN TUGAS GURU

Transformasi yang ingin dilakukan dalam bidang pendidikan secara dasarnya memberi banyak kebaikan terhadap perkembangan seluruh anggota masyarakat. Namun begitu, hakikatnya para guru terpaksa memikul lambakan tugas yang semakin bertambah. Keadaan ini memaksa guru untuk melakukan bidang tugas di luar keupayaan mereka. Dengan itu, tangggungjawab dan tugas guru yang semakin mencabar telah memberikan tekanan stres secara tidak langsung. Stres dalam kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif, tekanan serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek kerja mereka.
            Guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendididikan akan mengalami stres. Tekanan emosi yang dialami oleh guru ini sekiranya tidak dikawal akan memberikan kesan terhadap persekitaran kerja mereka. Contohnya stress dalam kalangan guru menyebabkan  potensi berlakunya masalah salah guna kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang berlaku dalam aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan. Hal ini seterusnya memberi kesan terhadap emosi murid tersebut.
            Seterusnya, bebanan kerja yang dialami oleh guru akibat daripada perubahan dalam bidang pendidikan akan menyebabkan berlakunya burn out. Burnout ialah satu fenomena atau sindrom di mana seseorang individu akan mengalami tekanan emosi sehingga membawa kepada tahap kelesuan, perubahan personaliti dan pencapaian kendiri akan menurun dengan ketara. Dalam hal ini, seseorang guru dikatakan mudah untuk mengalami fenomena burn out apabila merasakan mereka tidak berkemampuan lagi menanggung beban emosi yang tidak stabil. Bebanan kerja yang banyak akan menyebabkan guru tidak boleh memberi tumpuan kepada sebarang tugasan kerana kebosanan kerja yang tidak mendatangkan kepuasan pada diri. Burn out bukan hanya memberi impak negatif terhadap kesihatan diri guru malahan turut menyebabkan penurunan produktiviti dan kerja guru sebagai pendidik.
Namun begitu, peningkatan beban kerja guru ini bukan hanya menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan guru malahan turut menyebabkan gangguan emosi terhadap pelajar. Gangguan emosi merupakan gangguan yang diterima oleh seseorang pelajar yang menyebabkan emosi pelajar tersebut tidak stabil.
Antara tanda awal gangguan emosi yang dialami oleh pelajar adalah kemerosotan pencapaian akademik. Bebanan tugas yang perlu dipikul oleh guru menyebabkan prestasi guru terjejas dan pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat berjalan dengan sempurna. Sebagai contohnya, guru yang kadang kala terpaksa meninggalkan kelas kerana harus menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak sekolah  secara langsung telah menyebabkan pelajar kelasnya terabai. Lama-kelamaan jika perkara ini sering dilakukan akan menyebabkan pelajar semakin malas dan tidak bersemangat untuk belajar. Hal ini juga akan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran dan seterusnya menyebabkan pencapaian akademik mereka mulai merosot. Pada ketika inilah pelbagai pihak mula menuding jari dan meletakkan kesalahan terhadap kelemahan guru yang gagal untuk mendidik pelajarnya walhal hakikatnya guru terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab sampingan yang lain.
Tanda awal gangguan emosi murid yang kedua adalah hilang daya tumpuan di dalam kelas. Murid yang mengalami gangguan emosi biasanya suka termenung, cepat marah, tidak selesa berada di dalam kelas dan sering berasa cemas. Hal ini mungkin terjadi disebabkan oleh kelakuan guru terhadap mereka. Contohnya, guru yang mengalami tekanan untuk merealisasikan matlamat sekolah bagi memenuhi transformasi pendidikan semasa berkemungkinan melepaskan tekanan tersebut kepada pelajar melalui hukuman yang tidak sewajarnya semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan sebegini bukan hanya menyebabkan pelajar tersebut membenci kelakuan guru terbabit malahan akan menjejaskan emosinya untuk belajar.
Seterusnya, tanda awal gangguan emosi yang dialami pelajar juga dikesan apabila mereka tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Hal ini mungkin berlaku kerana tiadanya keseronokan dan semangat untuk menuntut ilmu. Sistem persekolahan sepatutnya dapat memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar, tetapi ini dihalang pula oleh suasana guru yang semakin kurang berinteraksi dengan pelajar. Ini kerana tugas mereka bukan hanya mengajar tetapi turut dibebani tugas lain antaranya mengurus data, fail, buku rekod dan laporan, urusan pentadbiran, urusan kurikulum dan kokurikulum serta hal ehwal murid bagi mencapai matlamat transformasi pendidikan.
Selain itu antara tanda awal lain yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar tersebut mengalami gangguan emosi adalah apabila pelajar tersebut menunjukkan konsep kendiri yang lemah. Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang lemah akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, pasif dan mempunyai keyakinan diri yang rendah. Kesan gangguan emosi yang dialami oleh murid ini mungkin lahir kerana kurangnya perhatian yang diberikan oleh guru kepadanya semasa di dalam kelas. Kesibukan guru kadang kala memaksa mereka untuk lebih memfokuskan pada sesi pengajaran  bagi menghabiskan silibus mata pelajaran. Hal ini telah mengurangkan sesi interaksi antara guru dan murid di dalam kelas.
           










Thursday, September 25, 2014

Nota Bmm 3113 Penyelidikan Tindakan 1

Contoh Soalan Bmm 3113 (Penyelidikan Tindakan 1)

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Ciri-ciri penyelidikan yang baik diertikan sebagai ciri-ciri yang berasaskan prinsip saintifik dan etika
v  penjelasan (explanation),
v  ramalan (preditiction),
v  corak (pattern),
v  pengulangan (repetition),
v  replikasi (replication) dan
v  kuantifikasi (quantification).

Ciri-Ciri Am
v  objektiviti,
v  keesahan,
v  kebolehpercayaan,
v  Kebolehtadbiran
v  kebolehtafsiran

    -kod etika dalam penyelidikan tindakan.
Setiap penyelidikan mestilah memastikan kaedah, kandungan dan tujuan tidak melanggar kod etika pengkaji, norma dan nilai-nilai sejagat seperti agama. Sekira sesuatu kajian memenuhi semua ciri dan prinsip saintifik tetapi tidak beretika mana sudah tentunya penyelidikan demikian dianggap kurang baik.
Contohnya penyelidikan yang memanipulasi manusia atau cuba ‘play god’ seperti clone manusia dan sebagainya.
Isu yang berkaitan dengan isu etika ialah kejujuran pengkaji. Pengkaji mesti menunjukkan segala usahanya untuk memastikan bahawa setiap langkah penyelidikan dilaksanakan dengan jujur dan segala data yang diperolehi adalah tepat.
              
v  pendekatan kualitatif


v  pendekatan kuantitatif.
                                                                                                                           
       - proses  analisis data bagi penyelidikan  kualitatif  dengan menggunakan          kaedah  deduktif dan induktif
                        
Asas penyelidikan kualitatif
Ø  Penyelidikan kualitatif adalah satu konsep yang menaungi beberapa jenis penyelidikan bagi memahami dan menerangkan fenomena sosial dengan cara pemecahan kepada susunan topik tertentu
Ø  Salah satu daripada tujuan penyelidikan kualitatif ialah memahami  bagaimana manusia memenuhi keperluan asas mereka. Ia menggabungkan pengalaman dan persepsi. Justeru, penggunaan istilah atau frasa sangat jelas jika dibandingkan dengan kuantitatif.
Ø  Bilangan responden yang diperlukan bagi kajian kualitatif adalah kecil berbanding kuantitatif.
Ø  Bilangan sampel yang kecil memberi ruang yang sangat luas kepada penyelidik untuk membuat pemerhatian ke atas tingkah laku yang dikaji. Cara ini dapat mengekalkan hubungan yang berterusan di antara pengkaji dan responden tersebut.

                                                                                      
                 
  Apakah  teknik  temubual      dalam kajian      penyelidikan tindakan.   
Jawapan :
• Perbualan terbimbing dan berfokus antara penyelidik dengan responden
• Soalan yang dikemukakan relevan dengan fokus kajian
• Soalan dicipta, bukan semula jadi tetapi hubungan mesra boleh terbina antara penyelidik dengan responden
Bertujuan untuk memperoleh data kualitatif atau kuantitatif
• Temu bual dalam kualitatif dapat:
i. mengumpul data tentang perkara yang tidak
dapat diperhatikan (kepercayaan, prinsip
pegangan)
ii. Perkara sukar diperoleh (dokumen, diari)
iii. Membuat cross checking dengan data daripada sumber lain
Alat temu bual
i. Kaset perakam
ii. Menulis catatan
iii. Kemera video
iv. Telfon
v. E-mail
Soalan temu bual
a) Berstruktur
• Soalan disediakan terlebih dahulu
• Diadakan secara formal
• Mempunyai jadual khusus dan urutan
• Bentuk soalan digunakan dengan meluas
b) Separa berstruktur
• Soalan utama sahaja disediakan
• Soalan susulan berdasarkan jawapan informan
• Jawapan bebas
• Sesuai untuk individu dan kumpulan
c) Tidak berstruktur
• Dijalankan secara tidak formal dengan soalan terbuka
• meneroka idea atau perasaan informan
• Perlu ada kerangka atau senarai tema yang dikehendaki
• Sesuai untuk individu atau kumpulan

contoh soalan kajian tindakan





Bab 1: Asas Kajian


1. Apakah tujuan melakukan penyelidikan?

-          Pelaporan – mengumpul maklumat untuk tujuan membuat laporan sahaja.
-          Penerokaan – mengutip maklumat awal dan latar belakang sesuatu peristiwa.
-          Deskriptif – menyediakan maklumat tentang subjek dan perkara yang diminati, 4. seperti profil dan ciri-ciri subjek dalam populasi kajian, profil masalah dan peristiwa yang diminati.
-          Explanatori – menjelajah, nmenjelas dan menerangkan sebab-sebab sesuatu perkara berlaku.
-          Prediktif – membuat ramalan tentang kemungkinan berlakunya suatu fenomena.

2. Bincangkan maksud penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan.

-          Penyelidikan asas – kajian dilakukan untuk menghasilkan, menguji dan meningkatkan kefahaman tentang teori. Ia tidak mementingkan aspek aplikasi teori.

-          Penyelidikan gunaan – kajian yang dilakukan untuk menyelesaian masalah harian, ia mementingkan aplikasi teori untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

3. Nyatakan perbezaan antara penyelidikan kuantitatif & penyelidikan kualitatif.

Penyelidikan kuantitatif
a. maklumat dikumpulkan dalam bentuk data numerik yang bersifat konkrit,
b. mementingkan keputusan statistik berangka,
c. biasanya dilaksanakan melalui alat-alat piawai seperti soal selidik berstruktur.
d. mementingkan ujian-ujian statistik. 
e. saiz sampel yang digunakan biasanya lebih besar daripada penyelidikan kualitatif.

Penyelidikan kualitatif
a. maklumat dikumpulkan dalam bentuk data verbal yang bersifat abstrak,
b. mementingkan interaksi bersemuka,
c. biasanya dilaksanakan melalui temu bual dan pemerhatian.
d. mementingkan interaksi bersemuka dan pemerhatian terhadap tingkah laku tertentu. 
e. saiz sampel yang digunakan biasanya lebih kecil daripada penyelidikan kualitatif.
f. lebih bersifat deskripsi dan interpretasi naratif.
(Perbezaan yang lain, sila rujuk jadual 1.1. dalam modul OUM, ms 5.)


4. Bincangkan maksud dan peranan kajian tindakan?

Kajian tindakan ialah
a.       kajian yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah harian penyelidik, untuk membaiki amalan hariannya.
b.       ia berbentuk refleksi-kendiri yang mempersoal, mengkritik dan meneroka andaian-andaian yang berdasarkan kepada idea, pemahaman dan amalan penyelidik sendiri.
c.       Ia mementingkan refleksi dan tindakan susulan selepas kajian dilakukan.
d.       ia bertujuan untuk mengubah tingkah laku responden kajian semasa kajian dilakukan.


5. Bincangkan kegunaan penyelidikan dan bagaimana penyelidikan dilakukan?

Kegunaan penyelidikan:
-          Memberi kita pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan dengan tepat dalam pelbagai konteks
-          Memperolehi penyelesaian masalah, penjelasan atau ilmu baru yang membantu kita memperbaiki prestasi
-          Menghuraikan sesuatu fenomena secara sistematik dan logik berdasarkan data kajian

Penyelidikan dilakukan melalui pengutipan mklumat (data) secara sistematik sebagai langkah ke arah menyelesaiakn masalah kajian.


6. Apakah maksud kaedah inkuiri dalam penyelidikan?

    Kaedah inkuiri saintifik dalam penyelidikan:
-          proses kajian saintifik digunakan untuk membina dan menguji hipotesis / andaian melalui pemikiran induktif-deduktif
-          cara menganalisis data masalah secara saintifik
-          memahami fenomena dan membuat ramalan
-          untuk enghasilkan generalisasi yang sah


7. Huraikan ciri-ciri penyelidikan yang baik.

- Tujuan kajian yang jelas
- Perancangan metodologi yang sistematik
- Piawaian etika penyelidikan dipatuhi
- Persampelan yang sesuai
- Dapatan dibincang secara jelas
- Batasan kajian dinyata dengan jelas

8. Bincangkan isu-isu dalam etika penyelidikan.

Bincang dari segi;
-          kerahsian peserta kajian – merahsiakan segala maklumat peserta kajian.
-          penyertaan sukarela peserta tanpa paksaan.
-          penipuan terhadap peserta kajian dan penipuan yang dilakukan oleh peserta kajian.
-          ketanpanamaan -merahsiakan nama peserta kajian.
-          tingkahlaku dan keobjektifan penyelidik.
-          menjaga keadaan mental dan fizikal sebelum dan selepas kajian.

 

Bab 2 Penyediaan Cadangan Penyelidikan



1. Mengapakah cadangan penyelidikan diperlukan sebelum kajian sebenar dilaksanakan?

Cadangan penyelidikan:
-          Menjadi panduan kepada kajian yang akan dilaksanakan
-          Mengenal pasti permasalah kajian
-          Menyatakan persoalan kajian untuk dijawab oleh kajian
-          Membuat tinjauan literatur, iaitu kajian lepas dan maklumat yang berkaitan dengan permasalah kajian yang akan dilakukan.
-          Membina hipotesisi (jawapan yang diramalkan untuk soalan kajian, jika berkaitan)
-          Membina reka bentuk kajian
-          Menentukan teknik pengumpulan data
-          Menentukan prosedur analisis data yang sesuai dan justifikasinya


2.       Apakah dimaksud dengan cadang penyelidikan?


-          Cadang penyelidikan merupakan ringkasan tentang kajian yang akan dilakukan.

- Biasanya memuatkan 3 topik utama:
a.       permasalahan kajian - Menyetakan masalah kajian, termasuk tujuan, soalan, batasan dan kepentingan kajian.
b.       tinjauan literatur - Memaparkan literatur atau kajian lepas berkaitan dengan tajuk yang dipilih.
c.       metodologi kajian - Menjelaskan secara terperinci tentang reka bentuk kajian, termasuk pemilihan sampel, prosedur mengumpulan data dan cara menganalisis data.

- Kandungannya termasuk: Masalah kajian, Objektif kajian, Persoalan kajian, Tinjauan literatur, Metodologi kajian dan Senarai rujuk


Bab 3 Masalah kajian


1.       Mengapa kita perlu menyatakan masalah kajian?

-          masalah kajian membimbing pengkaji untuk membuat perancangan kajian yang sesuai.
-          Masalah kajian membimbing pengkaji untuk memahami bidang kajian secara mendalam, melalui tinjauan literatur ke atas kajian lepas mengenai maslaah kajian tersebut.
-          Ia membimbing kita menentukan tujuan kajian yang akan dilakukan.
-          Ia memberi gambaran menyeluruh dengan tumpuan kepada variabel dan hala tuju kajian.

2.       Nyatakan fungsi menetapkan objektif kajian.

-          Ia membolehkan pengkaji mengumpul maklumat yang sesuai dengan tujuan kajian.
-          Ia membimbing pengkaji untuk membina item soal selidik kajian.
-          Ia membantu pengkaji merancang kaedah kajian yang sesuai dengan masalah kajian yang dinyatakan.

3.       Apakah yang dimaksudkan dengan hipotesis kajian?

-          Hipotesis ialah pernyataan yang dijangka menjadi penyelesaian masalah. 
-          Ia menyatakan ramalan mengenai hubungan antara variabel-variabel dalam kajian
-          Ia boleh diuji secara statistik.
-          Ia dinyata dalam dua hipotesis, iaitu hipotesis nol dan hipotesis alternatif.
-          Hipotesis alternatif boleh dinyatakan dalam bentuk tidak berarah dan berarah.

4.       Seorang pengkaji ingin mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan penumpuan perhatian terhadap pengajaran guru antara kumpulan pelajar lelaki atau kumpulan perempuan dalam kelasnya.   Nyatakan:
  1. Hipotesis nol
  2. Hipotesis alternatif (berarah dan tidak berarah)

Hipotesis nol: Tidak terdapat perbezaan tahap penumpun perhatian terhadap pengajaran guru antara kumpulan pelajar lelaki atau kumpulan perempuan dalam kelas.

Hipotesis alternatif (tidak berarah): terdapat perbezaan tahap penumpun perhatian terhadap pengajaran antara kumpulan pelajar lelaki atau kumpulan perempuan dalam kelas.

Hipotesis alternatif (berarah): kumpulan pelajar lelaki mempunyai tahap penumpun perhatian terhadap pengajaran yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan perempuan.


Bab 4 Tinjauan Literatur


1. Senaraikan maklumat yang boleh diperoleh melalui tinjauan literatur.

Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan, termasuk:
a.       Metodologi kajian
b.       Pengenalan
c.       Reka bentuk kajian
d.       Populasi kajian / sampel kajian
e.       Alat kajian
f.        Teknik pengumpulan data
g.       Kaedah analisis data


2.       Bincangkan maksud literatur berkaitan dan seterusnya menyatakan fungsi utama yang diperoleh daripada kajian literatur.

Literatur berkaitan –lakaran kasar tentang kajian lepas, termasuk teori, prinsip dan metodologi kajian.

Tiga fungsi utama yang diperoleh daripada kajian literatur ialah:
a.       memahami bidang kajian yang akan dilakukan- memahami konsep / variabel di bawah kajian, memahami teori dan model yang berkaitan dengan konsep di bawah kajian.

b.       memperolehi maklumat tentang dapatan kajian lepas – kajian lepas di Malaysia dan kajian lepas di luar negara,  termasuk aspek-aspek: Metodologi kajian, Pengenalan,Reka bentuk kajian, Populasi kajian / sampel kajian, Alat kajian, Teknik pengumpulan data, Kaedah analisis data

c.       memahami kaedah kajian lepas, yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam merancang kajian yang akan dilakukan.




3. Apakah tujuan melakukan tinjauan literatur? Sila bincangan aspek-aspek yang ditinjau dan berikan contoh-contoh yang sesuai.

Tinjauan literatur dilakukan untuk memahami secara mendalam bidang kajian yang akan dilakukan.

Aspek-aspek yang ditinjau dan contoh:
a. Konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian yang akan dilaksanakan – membuat kesimpulan tentang konsep supaya lebih memahaminya. 
Contoh: konsep tentang masalah disiplin, seperti hiperaktif, tingkahlaku diskriptif dsb.

b.  Teori-teori/ model-model – menjelaskan mengapa fenomena berlaku. 
Contoh: teori mengawal disiplin pelajar, model pengajaran dsb.

C.     Prinsip-prinsip penting – yang boleh digunakan dalam kajian
Contoh: prinsip menghasilkan instrumen kajian, soal-selidik dsb.

d.       Cara membuat tinjauan literatur, rujuk modul 1 (ms 56: memahami bidang kajian)


4. Senaraikan sumber-sumber literatur.

Sumber literatur:
a.       Jurnal pendidikan
b. Tesis
c. Latihan akademik, mini tesis
d. Buku pendidikan (buku ilmiah)
e. Prosiding seminar
f.  Sumber badan dokumentasi: ERIC, PRO-QUEST
g. Laporan penyelidikan EPRD, KPM
h. Sumber elektronik: YAHOO, LYCOS...


5. Bincangkan kepentingan kajian lepas:

Kepentingan:
a.       Memahami Konsep Berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Contoh: konsep “pembelajaran koperatif”, Pembelajaran aktif” dsb.  Misalnya konsep “Kemahiran berfikir” merangkumi “keaslian”, “Kelancaran”, “Kelancaran” dan sebagainya.

b.       Memahami teori berkaitan, Contoh: kajian “kepuasan kerjaya”, perlu mengetahui teori kepuasan kerjaya:Misalnya: teori berkaitan hubungan antara kepuasan kerjaya dan faktor-faktor yang menyebabkannya berlaku.

c.       Memahami model berkaitan. Contoh1: kaedah pengajaran koperatif, iaitu Model pembelajaran berpasukan, Model pembelajaran bersama dan Model pembelajaran Jigsaw. Contoh 2: kaedah pengajaran, iaitu Model Sim dan Model Robert Glaser

d. Memahami kaedah kajian lepas meliputu:
-          Reka bentuk
-          Sampel kajian
-          Alat kajian
-          Kaedah mengumpul data
-          Analisis data

e. Memahami reka bentuk kajian lepas. Contoh: Reka bentuk eksperimental, kuasi-eksperimental, bukan eksperimental (kajian tinjauan, sejarah, lapangan, kes dsb)

f. memahami sampel kajian dan prosedul persampelan kajian lepas. Contoh: Kaedah persampelan dilakukan (kebarangkalian, bukan kebarangkalian),  saiz sampel (bilangan sampel), jenis sampel (jenis responden).

g. Kaedah mengumpu data kajian, Contoh: Kaedah kualitatif (data verbal), kaedah kuantitatif (data numerika), data dikumpul secara berkumpulan, secara individu, kaedah Temu bual, pemerhatian, soal selidik dsb.

h. Alat kajian (instrumen kajian), jenis alat yang digunakan untuk mengumpul data: soal selidik, borang temu bual, senarai semak dsb.

i. Cara analisis data: seperti, analisis data kualitatif, iaitu i) Analisis deskriptif: menerangkan ciri populasi kajian; ii) Analisis Inferensi: membuat inferensi ciri sampel kajian ke kepada  populasi kajian.


Bab 5 Kaedah Kajian


1.       Senaraikan semua aspek penting yang perlu dirancang secara teliti dalam kaedah kajian (metodologi kajian).

Aspek penting:
-          reka bentuk kajian
-          populasi kajian dan sampel kajian
-          instrumen kajian
-          kebolehpercayaan dan kesahan kajian
-          kajian rintis
-          prosedur kajian atau tatacara pengumpulan data
-          analisis data

2.       Bincangkan tiga reka bentuk penyelidikan.

-          Reka bentuk kuantitatif – Data yang dikumpulkan berbentuk numerik.  Ia mementingkan keputusan statistik berangka. Data biadanya dikumpulkan melalui alat kajian yang piawai, seperti soal selidik. Tiga reka bentuk ini ialah reka bentuk eksperimen, kuasi-eksperimental, korelasi dan tinjauan (mengikut modul).

-          Reka bentuk kualitatif – Data yang dikumpulkan berbentuk numerik. Data biasanya dikumpulkan melalui temu bual dan pemerhatian.   Ia dapat mengumpul data yang lebih kaya dan mendalam. Reka bentuk kualitatif termasuk reka bentuk teori gronded, etnografi dan naratif (mengikut modul).

-          Reka bentuk gabungan kuantitatif dan kualitatif – menggabungkan data kuantitatif dan data kualitatif dalam satu kajian. Reka bentuk ini termasuk reka bentuk kaedah bercampur dan kajian tindakan (mengikut modul).

Nota: (Jangan tulis ini dalam jawapan)
[Sebenarnya tiga reka bentuk penyelidikan ialah reka bentuk eksperimental, kuasi-eksperimental dan bukan eksperimental. Kuantitatif dan kualitatif tidak merupakan reka bentuk penyelidikan (cara melaksanakan kajian), tetapi merujuk kepada kaedah mengumpul data (tidak mengikut modul.)]

3.       Bincangkan lima jenis reka bentuk etnografi.

-          Etnografi pengakuan -  laporan pengalaman ahli etnografi semasa menjalankan kerja lapangan, iaitu semasa membuat pemerhatian ke atas peserta kajian.
-          Etnografi sejarah hidup – kajian terhadap seseorang individu yang berada dalam konteks sesuatu budaya.
-          Etnografi kajian kes -  analisis mengenai suatu kes individu, suatu kumpulan tertentu suatu peristiwa, suatu aktiviti atau proses.
-          Etnografi kritikal  - kajian terhadap sekumpulan subjek tertentu, dan pengaruh amalan budaya terhadap mereka.
-          Etnografi nobel -  penulisan fiksyen yang berfokus kepada aspek kebudayaan suatu kumpulan subjek.

4.       Huraikan salah satu kaedah persampelan (cara memilih sampel) daripada populasi kajian.
-Persampelan rawak mudah

di bawah kaedah ini, setiap individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden dalam sampel kajian. Ia merupakan kaedah persampelan yang paling baik untuk mendapat sampel yang dapat mewakili populasi. Prosedulnya seperti berikut:
a.       kenal pasti ahli dalam populasi
b.       tentukan bilangan ahli populasi
c.       senaraikan ahli populasi
d.       beri nombor kepada setiap ahli populasi.
e.       Tentukan saiz sampel
f.        dapatkan nombor responden daripada jadual nombor rawak.
g.       pilih ahli populasi mengikut nombor daripada jadual nombor rawak, sehingga saiz sampel diperoleh.



5. Jelaskan konsep i) kebolehpercayaan dan ii) kesahan dalam penyelidikan

Kebolehpercayaan:
-          keupuyaan alat kajian memperoleh maklumat yang sama (ketekalan) mengikut peredaran masa bagi suatu sampel yang sama. 
-          jika suatu alat kajian dapat mengumpul data yang serupa sebelum dan selepas satu tempoh masa (misalnya 3 bulan) dari suatu sampel kajian yang sama, maka alat kajian tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
-          terdapat 3 jenis kebolehpercayaan, iaitu kestabilan, kesetaraan dan ketekalan dalaman (huraian, rujuk modul ms 78).

Kesahan:
         keupayaan alat kajian mengukur nilai sebenar sesuatu variabel. 
         Jika alat kajian dibina untuk mengukur kemahiran berfikir (nilai sebenar), tetapi item-item yang dibina sebenarnya mengukur keupayaan menumpukan perhatian, maka alat kajian tersebut mempunyai kesahan yang rendah.
         Kesahan penyelidikan termasuk kesahan kandungan, kesahan kriteria, kesahan konstruk dan kesahan muka (huraian, rujuk modul ms79).

6.       Apakah dimaksudkan dengan kajian rintis?

Kajian rintis:
         kajian secara kecil-kecilan yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan.
         bertujuan memastikan alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
         responden kajian rintis mempunyai ciri-ciri yang setara dengan responden kajian sebenar.
         selepas kajian rintis, alat kajian dimurnikan mengikut maklumat yang dikumpulkan melalui kajian rintis.

1.       Apakah aspek-aspek yang perlu dipertimbangan semasa memilih reka bentuk penyelidikan kualitatif?

Pertimbangan:
-          Tempoh kajian dilaksanakan.
-          Jenis data yang dikumpul
-          Sifat alat kajian
-          Lokasi kajian
-          Ciri-ciri populasi dan sampel kajian
-          Strategi dan kaedah pengumpulan data
-          Kos yang diperlukn
-          Cara menyusun, menganalisis dan mentafsir data

2.       Apakah yang dimaksudkan dengan triangulasi dalam penyelidikan kualitatif?

Triangulasi dalam penyelidikan kualitatif:
-          Beberapa strategi pengumpulan data yang berbeza dilakukan untuk menumpul data bagi  suatu variabel tertentu. Ia dilakukan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian.
-          Empat jenis triangulasi: Triangulasi data, triangulasi penyelidikan, triangulasi teori, triangulasi kaedah (huraian, rujuk modul ms93).

3.       Huraikan jenis-jenis instrumen pengukuran yang digunakan dalam kajian kualitatif.

a. Alat temuduga – Borang catatan temu bual biasa digunakan. Catatan dibuat melalui tiga jenis temu bual ialah temu bual berstruktur, temu bual tidak berstruktur dan temu bual semi-struktur (atau separuh struktur).

b. Alat pemerhatian – Borang catatan pemerhatian biasa digunakan. Dua jenis pemerhatian ialah pemerhatian sistematik dan pemerhatian peserta. Pemerhatian boleh dilakukan secara berstruktur, tidak berstruktur dan semi-struktur.

c. Alat penilaian dokumentasi - dokumen termasuk diari, surat memo, gambar, filem, rekod internet dan sebagainya. Ia memberi maklumat dan bukti kukuh tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku.


4.       Huraikan tiga jenis prosedur (kaedah) persampelan dalam penyelidikan kualitatif.

Persampelan bertujuan
        pengkaji memilih subjek kajian berdasarkan tujuan kajian.
        Pengkaji menggunakan pengetahuan khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang memenuhi kriterian yang diperlukan dalam kajiannya. 
        Contoh, kumpulan pelajar yang merokok sahaja dalam sekolah dipilih sebagai sampel bertujuan dalam kajian “Masalah merokok di kalangan pelajar sekolah A”

Persampelan snowball
        Responden kajian diminta untuk mencadangkan orang lain yang memunyai ciri-ciri yang sesuai dengan kajian. 
        Ia digunakan apabila pengkaji tidak dapat senarai subjek kajian yang diperlukan. 
        Contoh: Responden kajian diminta mencadangkan orang lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengannya, iaitu menjual VCD haram.

Persampelan kuota
        pemilihan sampel mengikut pembahagian kategori (kuota) berdasarkan ciri-ciri yang diingini.
        pemilihan subjek adalah berdasarkan kuota-kuota yang dikategori oleh pengkaji, mengikut ciri-ciri tertentu.
        Contoh: memilih pelajar lelaki berumur 17-18 tahun yang mahir komputer.  

(Nota: Dalam penyelidikan kualitatif, saiz sampel biasanya kecil dan persampelan rawak mudah biasanya tidak diperlukan)

5.       Senaraikan langkah-langkah dalam proses menganalisis data kajian kualitatif.

Langkah-langkah:
i.         tahap pra-analisis
ii.       tahap kemasan data
iii.      tahap pamiran data
iv.     tahap verfikasi data
v.       tahap dapatan (termasuk interprestasi)

Bab 7 Kajian Kuantitatif


1.       Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dapatan kajian kuantitatif.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalaman:
a.       Kesan sejarah
b.       Kesan kematangan
c.       Kesan pengujian
d.       Kesan alat
e.       Kesan regresi statistik
f.        Kesan pemilihan
g.       Kesan mortaliti
h.       Kesan interaksi kedewasaan-pemilihan

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan luaran:
a.       kesan interaksi
b.       kesan interaksi pengujian
c.       kesan tindakbalas
d.       kesan gangguan rawatan berganda.
(Huraian lanjut, sila rujuk modul, ms 108)


2.       Huraikan i) reka bentuk kajian deskriptif, dan  ii) reka bentuk kajian eksperimen.

i)                     Reka bentuk kajian deskriptif
-          dilakukan untuk menghuraikan ciri-ciri populasi kajian.
-          termasuk kajian kes, siri kes, silang, kohot retrospektif (Huraian, sila rujuk modul, ms 110)
-          menggunakan statistik deskriptif untuk menghuraikan ciri-ciri populasi.


ii)                   Reka bentuk kajian eksperimen
-          sampel mempunyai kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
-          perbandingan dibuat ke atas kedua-dua kumpulan.
-          ujian pra dan ujian pasca biasa digunakan untuk perbandingan.
-          variabel bebas dimanipulasi dan pengaruhnya terhadap variabel bersandar diukur.
-          reka bentuk kajian eksperimen:
a)       reka bentuk tak berkumpulan kawalan yang terdiri daripada reka bentuk ujian pra-pasca (pra-pos) satu kumpulan dan siri masa.
b)       reka bentuk berkumpulan kawalan yang terdiri daripada reka bentuk ujian pos sahaja, ujian pra-pos, kumpulan-kumpulan Solomon dan faktorial.
(Huraian, sila rujuk modul, ms 111)


Bab 8 Analisis Data Kuantitatif


1.       Bincangkan tujuan analisis data kuantitatif dan statistik yang digunakan untuk analisis data kuantitatif.

Tujuan analisis data kuantitatif:
-          menerangkan ciri-ciri populasi.
-          menerangkan statistik sampel tanpa membuat sebarang pentafsiran ke atas parameter populasi (mengikut modul).  

Statistik yang digunakan:
-          kekerapan, peratusan, min, mod, median, sisihan piawai dan sebagainya.

2.       Bagaimana anda menerangkan taburan data dalam penyelidikan deskriptif?

Taburan data boleh diterangkan dengan menggunakan sukatan:
a.       kecenderungan memusat: Min, mod, median, kuartil, desil, persentil dll.
b.       serakan: Julat, julat antara kuartil, sisihan piawai, varians, pekali variasi dll.

3.       Huraikan komponen-komponen dalam analisis data kuantitatif.

-          Analisis data kuantitatif terdiri daripada analisis deskriptif dan analisis inferensi.
a.       Analisis deskriptif: analisis data yang menerangkan ciri-ciri populasi berdasarkan data numerik yang dikumpulkan terus daripada populasi.
-          Statistik deskriptif yang digunakan:kekerapan, peratusan, min, mod, median, sisihan piawai dll.
b.      Analisis inferensi: terdiri daripada:
i)       pengujian hipotesis untuk hubungan -  Ujian korelasi linear, regresi mudah digunakan.
ii)      pengujian hipotesis untuk perbezaan.- Ujian Khi kuasa dua, ujian-t dan ujian AVOVA digunakan.

4.       Dapatkan nilai min, varians dan sisihan piawai bagi skor berikut:

65, 45, 35, 50, 45, 34, 56, 57, 89, 90

sila rujuk ms 126-130 untuk contoh pengiraan.(modul oum)


5.       Dapatkan nilai min, varians dan sisihan piawai bagi sela-sela skor pelajar dalam mata pelajaran Sains di bawah, seterusnya membuat laporan mengenai kemahiran pelajar dalam mata pelajaran tersebut.

Sela skor Sains       bilangan pelajar
30 – 39                               15
40 – 49                               20
50 – 59                               26
60 – 69                               24
70 – 79                               15

Sila rujuk ms 126-130 untuk contoh pengiraan. (modulo um)

Laporan:
Jika hasil kiraan menunjukkan nilai sisihan piawai yang kecil (< 10), pelajar-pelajar tersebut mempunyai kemahiran yang sama,

Jika nilai sisihan piawai besar (> 10), pelajar-pelajar tersebut mempunyai kemahiran-kemahiran yang berbeza.

6.       Seorang pengkaji ingin mengenal pasti sama ada terdapat perhubungan antara prestasi akademik dan kecerdasan emosi di kalangan pelajarnya.   Nyatakan:
  1. Hipotesis nol
  2. Hipotesis alternatif

Hipotesis nol: Tidak terdapat perhubungan antara prestasi akademik dan kecerdasan emosi di kalangan pelajar.

Hipotesis alternatif (tidak berarah): Terdapat perhubungan antara prestasi akademik dan kecerdasanemosi di kalangan pelajar.

7.       Huraikan fungsi ujian-ujian statistik berikut: Ujian-t, Ujian ANOVA, Ujian Khi Kuasa Dua, Ujian Korelasi Linear.

a.       Ujian-t – digunakan untuk membezakan data dua kumpulan subjek bagi suatu variabel tertentu.  Contoh: membezakan kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan dari segi kemahiran berfikir.
b.       Ujian ANOVA - digunakan untuk membezakan data tiga atau lebih daripada tiga kumpulan subjek bagi suatu variabel tertentu.  Contoh: membezakan bangsa A, B, C dan D dari segi kemahiran berfikir.
c.       Ujian Khi Kuasa Dua – untuk melihat perhubungan antara dua variabel yang mempunyai beberapa peringkat dalam setiap variabel tersebut. Contoh: mengenal pasti hubungan antara jantina (2 peringkat, lelaki dan perempuan) dan tahap kepuasan kerja (3 peringkat, iaitu puas hati, sederhana puas hati dan tidak puas hati)
d.       Ujian Korelasi linear -  melihat korelasi antara dua variabel.  Contoh:  hubungan antara prestasi dalam mata pelajaran matematik dan kecerdasan IQ.

1.       Nyatakan aspek-aspek penting yang perlu diambil berat semasa menulis laporan kajian (yang membentuk gaya penulisan).

Aspek-aspek penting:
-          Ambil berat mengenai struktur ayat (tidak menggunakan ayat kompleks)
-          Tumpukan kata kerja aktif dan hidup (jauhi ayat pasif)
-          Gunakan bahasa yang piawai (jangan gunakan bahasa pasar)
-          Kurangkan ayat berklausa adjektif, Adverba atau frasa
-          Ambil perhatian tentang panjang-pendek perenggan (jangan terlalu panjang)
-          Gunakan transisi antara perenggan.
-          Terus kepada isi yang ingin disampaikan (jangan berbelit-belit)
-          Penulisan yang ringkas, padat dan tepat.

2.       Apakah yang dimaksud dengan “cadangan lanjut” dalam laporan kajian?

-          cadangan-cadangan untuk dilakukan pada masa depan bagi memantapkan hasil kajian kini.
-          Cadangan biasa dibuat berdasarkan batasan kajian dan kelemahan-kelemahan yang timbul dari segi metodologi kajian.
-          Cadangan juga dibuat berdasarkan keputusan kajian yang luar biasa, untuk mengenal pasti sebab kewujudannya.

3.       Bincangkan kandungan abstrak kajian.

Abstrak:
-          Ringkasan kepada kajian sebenar.
-          Ia memuatkan ringkasan tentang maklumat yang penting, seperti objektif kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, cara pengumpulan data dan analisis data. Ringkasan hasil kajian, implikasi dan cadangan juga disertakan. 
-          Ditulis dalam satu perenggan sahaja.
-          Ia biasanya ditulis dalam dua bahasa, iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.




1. 4 ciri penyelidikan yg baik
 Tujuan jelas
 Penerangan yg jelas dgn proses kajian
 Perancangan sistematik, kurang ralat
 Piawai etika yang tggi
 Kesahan dan keboleh percayaan.


2. 3 perbezaan kuantitatif dan kualitatif


kuantitatif
kualitatif
Tujuan
Selidik hubungan, sebab dan akibat
Memahami peranan sosial
rekabentuk
Dibentuk sebelum kjian dijalankan
Dibentuk semasa kajian dijalankan
Tempoh masa
Boleh dirancang
Tidak boleh dirancang
Sampel
Besar
 Kecil
Analisis
Statistik ke atas data numerik
Deskripsi dan interpretasi naratif



3. 4 ciri penyelidikan tindakan
 Libatkan kitaran(cyclic). Kemungkinan langkah yg sama diulang.
 Keterlibatan responden aktif
 Kualitatif- utamakan penggunaan perkataan dr nombor
 Reflektif- refleksi kritikal
 Dapatan boleh dijurnalisasikan oleh org lain.

4. 4 peringkat proses penyelidikan tindakan
 rancang
 bertindak
 perhati
 refleksi

5. Cara memulakan penyelidikan
 Buat pemerhatian, soalan dan refleksi tentang keadaan sebenar
 Buat penilaian tentang situasi semasa
 Kenal pasti isu atau mslah P&P yang hendak dikaji
 Berkolaborasi dgn guru lain, ketua panitia atau ketua bidang

6. 2 alat kajian
 ujian pra dan pos- ujian dilakukan sebelum dan selepas kajian
 pemerhatian tentang perlaksanaan rukun solat semasa kajian guna borang pemerhatian

7. 2 amalan refleksi yang boleh dijalankan berdasarkan masalah di atas
 Teknik dan aktiviti P&P yang digunakan
 Kaedah menghafaz yang digunakan
 ABM
 Strategi
 Masa

8. Rancangkan 2 aktiviti untuk slesaikan masalah meningkatkan mutu hafazan
 berkonsepkan latih tubi
 berkonsepkan pengukuhan
 berkonsepkan nyanyian
 berkonsepkan permainan


9. Bincangkan skop kajian yang dijalankan berdasarkan aspek berikut.
 Reka bentuk penyelidikan- eksperimen
 Pemboleh ubah kajian- kaedah pengajaran power point dan kaedah tradisional
 Instrument kajian – ujian pra dan pos
 Prosedur pngumpulan data – 2 kumpulan yang dianalisis mnggunakan kaedah power point dan    kaedah tradisional
 Kaedh menganalisis data – jadual dan graf

10. Kaedah pemerhatian
 -proses penilaian sesuatu keadaan /situasi secara kritikal
 -sesuai untuk mengamati tingkah laku murid
 -maklumat boleh diperoleh drpd rakaman video
 -Konkrit dan tekal

11. modul kajian tindakan yang sesuai- carta proses kajian
 Refleksi
 Kenal pasti fokus kajian
 Kenal pasti objektif kajian
 Tentukan kumpulan sasaran 
 Mrancang dan melaksanakan tindakan bg atasi masalah

12.  masalah –
 Reka tajuk kajian-
 Nyatakan 2 objektif khusus dan umum yang sesuai

13. Bina pelan tindakan bersesuaian dengan kajian tindakan yang ingin dikaji.

 Kaedah analisis data –  menggunakan peratus- sebelum dan selepas
    Graf
    Pekali korelasi