Thursday, January 16, 2014

Buah Cerapu atau Kecupu.


Siapa biasa dan pernah rasa buah di bawah ni tentu kenal dengan buah ni. Buah cerapu atau ada juga dikenali dengan buah kecupu memang sudah jarang dapat kita lihat lagi.. Walaupun buahnya menarik, rasanya belum tentu boleh diterima oleh lidah anda. Nak rasa sedikit memang sedap bagi saya, tetapi nak makan banyak memang tak tertelan. Rasanya sedikit masam dan ada rasa manis.Pokok cerapu ini seakan pokok manggis dan ketinggiannya pun lebih kurang sama.Pokok ini tergolong dalam pokok berkayu.Tapi tak ramai orang yang menanam pokok tumbuhan ini lagi.Mungkin satu masa aakan datang generasi baharu tak akan mengenali tumbuhan ini lagi!Jika sesuatu langkah tidak diambil oleh pihak kerajaan dan kita semua.
  Teringat aku ketika usia remaja aku dan abang aku memanjat pokok ini di kebun orang berhampiran sungai di kampung kami.Kami akan memetik dan makan yang masak berwarna oren.Kalau yang putik berwarna hijau dan bergetah putih.kalau yang tak masak dan hampir nak masak kami bakar dan dimasukkan kedalam budu sebagai asam dan dimakan dengan ulam-ulam bersama nasi.Ketika ini kami bukan tahu halal dan haram jadi kami main ambil aje,biarpun kami tahu siapa pemiliknya.Tapi kini aku tak pasti masih ada ke tidak pokok ini lagi.Kerana kini aku sudah jarang lagi masuk dusun dan pulang ke kampung dek kesibukan rutin harian!

Bila melihat foto buah ini pada setem,aku teringat bahawa aku pernah makan dan kenal buah ini.Bila menhenang kisaah silam aku sentiasa sedih,yelah bila dewasa kami adik beradik terpisah kerna masing-masing mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan ini!

Ada yang pernah cuba ke..? Kalau pokok ini masih ada di tempat anda, di harap ceritalah serba sedikit mengenainya.. Selain dari makan, ada lagi ke kegunaannya.. Boleh bagi sedikit komen !

Sunday, January 12, 2014

Kaum Jah Hut.

Kaum Orang Asli.Jah Hut
Antara 3 puak utama Orang Asli (Senoi, Melayu-Proto dan Negrito) yang terdapat di Malaysia , suku bangsa Jah Hut digolongkan sebagai salah satu etnik dari puak Senoi yang terdapat di daerah Jerantut dan Temerloh di negeri Pahang" Masyarakat ini telah dikenali dengan kemahiran pengukiran kayu, perubatan tradisional dan juga penyihir (bomoh) dalam penyembuhan penyakit" Secara langsung, sumber pendapatan serta sara menyara hidup mereka amat bergantung kepada hasilan hutan dan pertanian" Pada hakikatnya, masyarakat ini juga istimewa dari aspek media komunikasinya kerana pertuturan mereka menggunakan bahasa Ja Hut"

Sesungguhnya, adat resam suku Jah Hut mencerminkan status sosio budayanya yang berpusatkan golongan kaum lelaki" Mengikut tradisi, jawaatan Batin diwarisi turun-temurun oleh anak lelaki sulung dan bertanggungjawab sebagai Ketua Pentadbiran kampung, Ketua Adat atau wakil sukunya" Malahan, gelaran dalam masyarakat Ja Hut agak unik memandangkan panggilan kepada ibu bapa yang telah berkeluarga adalah berdasarkan nama anak sulung mereka" Misalnya jika anak sulung bernama Abu, maka panggilan kepada bapa ialah Pak Abu atau Tai Abu, manakala ibu digelar sebagai Mak Abu / Deh Abu atau Wei Abu.

Dari segi upacara perkahwinan, teruna dan dara mula berkenalan menerusi upacara “nisaoi" buah tangan akan dihadiahkan oleh lelaki tersebut dan sekiranya diterima oleh pihak perempuan, maka lelaki tersebut akan meminang dan bertunang dengan gadis idamannya" Sebagai ekorannya, majlis pernikahan dijalankan tetapi berlangsung pada waktu malam terlebih dahulu di rumah pihak perempuan sehari sebelum di rumah pengantin lelaki" Semasa ma#lis pernikahan di rumah pihak lelaki, upacara “pembayaran adat diadakan dan nasihat diberi kepada pengantin"
Warisan suku Ja Hut adalah unik memandangkan mereka berpegang teguh terhadap pantang larang yang diwarisi" Ibu yang hamil dilarang membuat kerja seperti mengikat dan memaku manakala suami dilarang membuat kerja yang sukar seperti mendirikan tiang rumah" Tempoh berpantang bagi ibu tersebut ialah selama empat puluh empat hari dan dia dilarang memakam makanan berminyak, pedas dan berbau keras kerana ditakuti anak akan menjadi bantut" Setelah tamat tempoh pantang, ibu tersebut akan “membayar langir” kepada bidan dengan cara mencuci rambut bidan oleh ibu tersebut"

Orang Jah Hut melangsungkan upacara berkhatan untuk remaja lelaki yang mencapai akil baligh walaupun mereka merupakan kaum Orang Asli yang bukan beragama Islam" .upacara berkhatan bukan sajaja merupakan penanda kaum etnik malahan dapat menyepadukan komuniti mereka" Satu jamuan besar akan diadakan sekiranya keluarga tersebut berkeupayaan untuk menganjurkannya dan ini menyerlahkan kekayaan dan status kekayaannya"

Dari perspektif yang lain, masyarakat ini memuja kepercayaan animisme di mana mereka percaya bahawa persekitaran semulajadi adalah dilindungi oleh semangat alam dan tumbuh-tumbuhan" Oleh itu, kegiatan pengukiran kayu bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan utama, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka" Di samping itu, orang Ja Hut percaya bahawa semangat baik dan semangat jahat menyelubungi setiap aspek dalam kehidupan seharian terutamanya penyakit seseorang adalah akibat gangguan syaitan" Rentetan itu, puyang (bomoh) dan pawang (penyihir) memainkan peranan penting dalam perubatan tradisi" Malahan, terdapat beberapa jenis herba perubatan komersial yang dapat menjadi amalan dalam perubatan mereka.Mereka juga mengamalkan pantang larang yang menunjukkan penghormatan kepada semangat berkuasa persekitaran

Orang Asli - Kaum Jakun

Kaum Jakun
Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang, Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari Mongoloid Selatan.
Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala).
Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.
Rumpun bangsa Jakun atau disebut juga Orang Ulu dikatakan berasal dari Yunan, selatan China. Penempatan utama mereka adalah di kawasan pantai Pahang, Rompin, Pekan dan Johor Utara. Kebanyakan dari mereka masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.Kebanyakan kaum ini tinggal di kawasan RPS Kedaik,Pahang dan kawasan Johor Utara.

Antara bahasa suku kaum Jakun. Kaum Jakun adalah tergolong daripada suku Melayu-proto, jadi bahasa dia tak jauh beza daripada orang Melayu.

Saya = Hema, kema, kami, kok
kamu = ajih
orang = urang
orang dewasa = urang tuha
bapa = bapak
emak = emok
isteri = bini
suami = laki
lelaki = jantan
perempuan = betinok
kanak-kanak = anok-anok
mereka = dia semo
kawan = saing/rodong
begini = begika/macam ika
tolong = tulung
Adat dan pentadbiran
Gelaran „Tok Batin‟ ini sama seperti yang digunakan oleh suku kaum Temuan, Semelai,Jahut, Semoq Beri, Che Wong, dan Mahmeri. Bagi suku kaum Semai (Perak), Lanoh, Jahai,Kensiu, dan Temiar misalannya, mereka lebih gemar memanggil ketua masyarakatnya dengangelaran “penghulu” . Sejak turun menurun pemilihan dan pelantikan Tok Batin dibuat berdasarkan keturunan sebelah Tok Batin, iaitu anak lelaki sulung. Jika beliau tiada zuriat lelaki,atau tiada dikalangan anaknya yang berkebolehan maka pewaris seterusnya akan dipilih daripada kalangan adik beradik atau saudara mara yang mempunyai pertalian darah paling dekat denganTok Batin.
Beliau penasihat dan bertanggungjawab dalam urusan adat istiadat perkahwinan,menjaga keselamatan dan kesentosaan kampung, dan mentadbir hal ehwal adat resam suku kaum dalam kampung atau wilayahnya.
Suku kaum Jakun masih banyak bergantung kepada sumber alam semula jadi,kegiatan pertanian, penternakan, dan berniaga secara kecil-kecilan. Berderau Ladang. Istilah berderau membawa maksud kerja secara beramai-ramai untuk menyiapkan sesuatu kerja dengan cepat. Suku Kaum Jakun mengamalkan konsep berderau ini bila mana untuk membuka kawasan baru seperti bertanam padi huma. Berderau mengikut giliran, contohnya bermula dengan kawasan tanah milik A, selepas itu diikuti kawasan tanah milik B, tanah C, D, dan seterusnya. Suku Kaun Jakun juga mempercayai hutan-belukar, bukit-bukau, gunung-ganang dan anak sungai ada penguasa atau keramatnya. Justeru itu, demi keselamatan diri dan tanaman maka “netau” atau “upacara buka tanah” dilakukan sebelum pembukaan kawasan baru
Ini juga bagi menjamin berhuma padi memberi hasil yang memberangsang dan tanam selamat daripada gangguan binatang liar dan bencana alam. Tradisi netau atau upacara buka tanah diketuai oleh pawing atau poyang kampung atau wilayah tersebut. Dilakukan dengan jampi mentera termasuklah membakar “kemeyan” dan mendirikan “sangkak” berisi pulut kuning, nasi putih, ayam, sireh pinang, air, dan rokok . Selepas itu barulah aktiviti berderau atau kegiatan menebas menebang dijalankan. Aktiviti ini dibuat oleh kaum lelaki dan bederau biasanya mengambil masa panjang sehinggalah belukar pokok selesai ditebas-tebang, kering maka barulah dibakar sehingga kawasan tersebut bersih atau hangus dijilat api. Beberapa hari kemudiannya maka aktiviti “menugal” padi dijalankan secara beramai-ramai oleh sebilanganbesarnya adalah kaum wanita. Jenis padi yang biasa ditanam ialah padi merah, padi melek,padi pulut, padi serendah, dan padi kasturi.
Selain dari menjaga keselamatan dan kesentosaan kampung , institusi keluarga dan lembaga adat juga bertanggungjawab terhadap hal-hal perkahwinan. Adat perkahwinan suku kaum ini bermula dengan rombongan „merisik‟ yang diketuai oleh ketua keluarga pihak lelaki bersama Tok Batin. Amalan ini dilakukan secara senyap dan hanya diketahui oleh keluarga sebelah lelaki dan perempuan sahaja.
Setelah kedua belak pihak mencapai kata sepakat maka diikuti dengan upacara meminang serta hantaran, diikuti dengan penetapan tarikh majlis perkahwinan. Cincin “belah rotan” digunakan sebagai tanda pertunangan, “pengeras (batukepala)” satu suku(dua puluh lima sen), dan kelengkapan serba satu (sepasang pakaian,sepasang kasut, alat-alat solek, sehelai sapu tangan dan satu set perkakas jahitan iaitu unting, jarum, dan benang).
Lazimnya, rombongan peminangan terdiri daripada ibubapa pihak lelaki,saudara mara terdekat dan Tok Batin. Tok Batin bertindak sebagai saksi dan penasihat adat perkahwinan. Jika sekiranya dari kampung atau wilayah berlainan maka melibatkan kedua-dua Tok Batin dari wilayah atau kampung tersebut hadir sama sebagai penasihat dan saksi. Jika perlu, peranan Tok Batin juga boleh bertindak sebagai wali dalam situasi tertentu.Seterusnya, dan sebelum hari perkahwinan, bermula dengan jemputan rasmi kepada anggota keluarga yang terdekat. Lebih terhormat lagi jemputan ini dilakukan dari rumah ke rumah oleh pihak pengantin lelaki atau perempuan yang berkenaan terhadap saudara mara atau waris masing-masing. Jemputan juga dilakukan terhdap sahabat-handai, rakan-rakan dan jiran.Biasanya kedua-dua belah pihak berkumpul di rumah pengantin perempuan sehari sebelum.
Pada malamnya dimulakan dengan upacara „malam berinai‟ (antara aktivitinya iaitu pasangan pengantin berinai, tarian inai, dll.) yang merupakan sebahagian daripada persiapan sebelum „majlis persandingan‟ pada keesokan harinya.
Sebelum majlis persandingan, bermula dengan perarakan pengantin lelaki ke rumah perempuan dan seterusnya ke jinjang pelamin. Perarakan ini diiring oleh kaum keluarga terdekat beserta dengan bunyi gong dan gendang. Setelah sampai di halaman rumah salah seorang dari kumpulan perarakan pengantin lelaki member salam dalam bentuk pantun, dan pantun dibalas oleh pihak pengantin perempuan. Setelah berbalas pantun, gendang dipalu lagi diikuti dengan „tarian lian buah pukul‟ (silat menyambut kedatangan pengantin lelaki), oleh pihak pengantin lelaki serta pihak pengantin perempuan, dan kebiasaannya juga dua orang. Di atas “pelamin”,menurut adatnya juga pengantin perempuan duduk sebelah kiri pengantin lelaki. Adapun, pasangan pengantin di atas pelamin itu juga di sebut “Raja Sehari”. Seterusnya, diikuti dengan „tarian (silat) sembah pengantin‟. “Tempung Tawar” direnjis tanda restu anggota keluarga, saudara mara, sahabat handai dan tetamu. Selesai upacara persandingan kedua-dua pengantin diiringi masuk kedalam rumah dan diikut dengan majlis amanat dari generasi tua waris terdekat kepada pasangan pengantin yang diketuai oleh kedua-dua Tok Batin. Masyarakat Orang Asli mengaanggap perkahwinan sebagai sesuatu yang suci dan perceraian sebagai sesuatu yang durjana.
Hari Perayaan Suku Kaum Jakun yang asal ialah upacara “Bela Kampung” yang mana acara kemuncaknya pada tengah malam peralihan ke tahun baru (tengah malam 31 Disember dan 1 Januari). Aktiviti Bela Kampung tersebut bermula dari siang hari sehingga terbit matahari subuh. Semua warga kampung jauh-dekat, datang beramai-ramai. Ada yang membawa barang-barang masakan seperti padi, pulut, kelapa, ayam, daging, ikan, gula, teh, sayur-sayuran, ubi,buah-buahan, sireh-pinang, asam, garam, dan sebagainya. Berkumpul, beramah mesra dalam suasana kekeluargaan, bersama-sama menyediakan makan minum,
dan segala hidangan istimewa seperti “nasi berdiri”, pulut putih, kuning, dan merah.
Add caption




Wednesday, January 8, 2014

Kaum Semai

Orang Asli -Kaum Semai.
Kaum Semai adalah kumpulan penduduk separuh kekal yang terdapat di tengah semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Mereka terkenal sebagai suku kaum yang aman. Suku Semai mengamalkan bercucuk tanam dan amalan ekonomi bertukar hadiah. Mereka antara suku kaum asli yang berundur ke kawasan hutan dan gunung dengan ketibaan penduduk yang memiliki teknologi lebih tinggi.
Suku Semai tidak mempunyai polis, mahkamah, atau kerajaan rasmi. Menurut Dentan, 1979, orang dewasa kelihatannya dikawal melalui pendapat umum. Kaum Semai sendiri menyatakan "Tidak terdapat pihak berkuasa di sini kecuali rasa malu." Sungguhpun seeorang individu mungkin popular dan petah bercakap berpengaruh dalam urusan umum, kaum Semai tidak memiliki ketua yang rasmi.
    Pertikaian dalam masyarakat Semai diselesaikan melalui mengadakan bcaraa ("bicara")', atau perhimpunan umum, di rumah tok batin. Perjumpaan ini mungkin berlangsung selama beberapa hari dan membabitkan perbincangan menyeluruh mengenai punca, motivasi dan penyelesaian pertikaian oleh peserta dan seluruh masyarakat, berakhir dengan tok batin mendakwa salah seorang atau kedua yang bertikai agar tidak mengulang tabiat mereka agar tidak membahayakan masyarakat. Malah suku Semai mempunyai perumpamaan, "terdapat lebih banyak sebab untuk takutkan pertikaian daripada harimau" (de Waal, 2005).
Kanak-kanak tidak pernah dihukum atau dipaksa melakukan sesuatu. Perkataan "bood" bererti "tidak mahu." Jika ibu bapa menyuruh anaknya melakukan sesuatu dan anak tersebut menyatakan "bood," perkara tersebut selesai. Permainan yang dimainkan oleh anak-anak Semai tidak bersaing (Bonta 1997). Satu permainan membabitkan memukul kanak-kanak lain dengan ranting, tetapi, sentiasa hampir beberapa inci dari sasaran dengan itu tidak ada yang sebenarnya terkena pukul. Kanak-kanak kelihatannya diajar untuk takutkan sifat agresif mereka. Ibu bapa menggunakan ketakutan kepada orang asing dan alam semulajadi yanga ganas seperti ribut petir bagi mengawal kanak-kanak (Dentan, 1979).
Ia dipercayai bahawa suku Semai adalah sisa penduduk kuno, asal, yang tersebar luas di Asia Tenggara. Menurut Keene State College’s "Orang Asli Archive," pada 1991 terdapat 26,627 orang suku Semai tinggal di Semenanjung Malaysia.

Contoh bahasa suku semai :
Saya = eng
Makan = Cak
Minum = Ngaut
Mandi = Mehmu
Bersih = Parlain
Bagus = Bor
Ayam = Bafung/Fung
Beras = Cengroy
Cendawan = Cenai
Jalek = Kenapa
Rahalook = Bagaimana

Suku Semai juga menggemari masakan lemang dan diberi penghormatan oleh Sultan Iskandar Shah yang memerintah suku semai dianggap sebagai saudara dan digelar sebagai "orang dalam". dan suku Semai.

Lokasi penempatan mereka.

Semai di Kampong Kuala Bot, Sungai Bot, Tapah, Perak
Semai di Suak Padi, Padang Changkat, Parit, Perak
Semai di Chenderiang , Tapah, Perak
Semai di Batu 6, Batu 7 dan Batu 8 , Batang Padang , Tapah
Semai di Kampung Chinggung, Behrang Ulu, Perak
Semai di Kampung Ulu Geruntum, Gopeng, Perak
Semai di Kampung Batu Berangkai, Kampar, Perak
Semai di Kampung Orang Asli Redang Punggor, Hilir Perak.
Semai di Kawasan Bandar Runding, Tapah, Perak. .
Semai di Perkampungan di Perak Selatan
Semai di Pos Gedong, Perak.
Semai di Rancangan Penempatan Semula Betau, Kuala Lipis, Pahang.
Semai di Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang
Semai di Kampung Harong, Kampung Jentil, Lanai, Kampung Pantos,Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang
Orang Asli -Kaum Semai
Kaum Semai adalah kumpulan penduduk separuh kekal yang terdapat di tengah semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Mereka terkenal sebagai suku kaum yang aman. Suku Semai mengamalkan bercucuk tanam dan amalan ekonomi bertukar hadiah. Mereka antara suku kaum asli yang berundur ke kawasan hutan dan gunung dengan ketibaan penduduk yang memiliki teknologi lebih tinggi.
Suku Semai tidak mempunyai polis, mahkamah, atau kerajaan rasmi. Menurut Dentan, 1979, orang dewasa kelihatannya dikawal melalui pendapat umum. Kaum Semai sendiri menyatakan "Tidak terdapat pihak berkuasa di sini kecuali rasa malu." Sungguhpun seeorang individu mungkin popular dan petah bercakap berpengaruh dalam urusan umum, kaum Semai tidak memiliki ketua yang rasmi.
Pertikaian dalam masyarakat Semai diselesaikan melalui mengadakan bcaraa ("bicara")', atau perhimpunan umum, di rumah tok batin. Perjumpaan ini mungkin berlangsung selama beberapa hari dan membabitkan perbincangan menyeluruh mengenai punca, motivasi dan penyelesaian pertikaian oleh peserta dan seluruh masyarakat, berakhir dengan tok batin mendakwa salah seorang atau kedua yang bertikai agar tidak mengulang tabiat mereka agar tidak membahayakan masyarakat. Malah suku Semai mempunyai perumpamaan, "terdapat lebih banyak sebab untuk takutkan pertikaian daripada harimau" (de Waal, 2005).
Kanak-kanak tidak pernah dihukum atau dipaksa melakukan sesuatu. Perkataan "bood" bererti "tidak mahu." Jika ibu bapa menyuruh anaknya melakukan sesuatu dan anak tersebut menyatakan "bood," perkara tersebut selesai. Permainan yang dimainkan oleh anak-anak Semai tidak bersaing (Bonta 1997). Satu permainan membabitkan memukul kanak-kanak lain dengan ranting, tetapi, sentiasa hampir beberapa inci dari sasaran dengan itu tidak ada yang sebenarnya terkena pukul. Kanak-kanak kelihatannya diajar untuk takutkan sifat agresif mereka. Ibu bapa menggunakan ketakutan kepada orang asing dan alam semulajadi yanga ganas seperti ribut petir bagi mengawal kanak-kanak (Dentan, 1979).
Ia dipercayai bahawa suku Semai adalah sisa penduduk kuno, asal, yang tersebar luas di Asia Tenggara. Menurut Keene State College’s "Orang Asli Archive," pada 1991 terdapat 26,627 orang suku Semai tinggal di Semenanjung Malaysia.

Contoh bahasa suku semai :
Saya = eng
Makan = Cak
Minum = Ngaut
Mandi = Mehmu
Bersih = Parlain
Bagus = Bor
Ayam = Bafung/Fung
Beras = Cengroy
Cendawan = Cenai
Jalek = Kenapa
Rahalook = Bagaimana
Suku Semai juga menggemari masakan lemang dan diberi penghormatan oleh Sultan Iskandar Shah yang memerintah suku semai dianggap sebagai saudara dan digelar sebagai "orang dalam".[1] dan suku Semai.[2]
Lokasi[sunting | sunting sumber]

Semai di Kampong Kuala Bot, Sungai Bot, Tapah, Perak
Semai di Suak Padi, Padang Changkat, Parit, Perak
Semai di Chenderiang , Tapah, Perak
Semai di Batu 6, Batu 7 dan Batu 8 , Batang Padang , Tapah
Semai di Kampung Chinggung, Behrang Ulu, Perak
Semai di Kampung Ulu Geruntum, Gopeng, Perak
Semai di Kampung Batu Berangkai, Kampar, Perak
Semai di Kampung Orang Asli Redang Punggor, Hilir Perak.
Semai di Kawasan Bandar Runding, Tapah, Perak. .
Semai di Perkampungan di Perak Selatan
Semai di Pos Gedong, Perak.
Semai di Rancangan Penempatan Semula Betau, Kuala Lipis, Pahang.
Semai di Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang
Semai di Kampung Harong, Kampung Jentil, Lanai, Kampung Pantos,Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang

Tuesday, December 24, 2013

Asal Usul Kaum Orang Asli Temuan

Temuan merupakan salah satu suku kaum Orang Asli yang digolongkan ke dalam kelompok Melayu-Proto. Mereka bertutur di dalam dialek Melayu dan hampir 45% daripada corak hidup seharian mereka mempunyai persamaan dengan kehidupan masyarakat Melayu. Di Semenanjung Malaysia, mereka tinggal dan hidup berjiran dengan masyarakat melayu di beberapa buah kawasan seperti di negeri Selangor, Melaka, Pahang, daerah Muar, Johor dan Negeri Sembilan. Bagi masyarakat Temuan yang tinggal di Negeri Sembilan, mereka turut mengamalkan adat perpatih .Namun begitu budaya hidup mereka tidak banyak bezanya daripada suku bangsa Temuan di negeri lain.

Perkataan Temuan berasal daripada perkataan “temu” iaitu “jumpa”.Ianya juga bermakna “simpang” atau “pertemuan” atau tempat pertemuan suku-suku kaum bukit.Berkemungkinan inilah yang menyebabkan orang-orang Temuan memperolehi nama gelaran kaum mereka. Genetik mereka dikatakan hasil cantuman beberapa suku kaum asli dengan penduduk migran daripada Sumatera dan Jawa. Mereka bertutur di dalam dialek bahasa Melayu Asli yang dipercayai berasal daripada Jambi di selatan Sumatera. Di dalam sesebuah perkampungan Temuan, mereka tinggal secara berkumpulan sehingga 250 orang dengan mengamalkan “keluarga nuklear”. Orang-orang Temuan mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berambut ikal mayang, berkulit cerah, mempunyai badan yang sederhana tegap bagi lelaki, berhidung lebar, berdahi luas dan mempunyai rupa paras yang mirip seperti orang-orang Melayu.

Secara tradisinya mereka menjalankan kegiatan memburu dan menangkap ikan di samping mengumpul hasil-hasil hutan. Mereka tidak menjalankan kegiatan penanaman padi seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan masyarakat Orang Asli. Di kebanyakkan tempat, kaum Temuan masih menjalankan kerja-kerja pengutipan hasil-hasil hutan seperti mengumpul rotan, buluh, damar, dan kayu api .Selain untuk kegunaan sendiri, mereka turut menjual hasil-hasil yang diperolehi kepada peraih-peraih luar yang datang ke kampung mereka. Sudah menjadi tradisi masyarakat Orang Asli berjalan beribu-ribu batu jauh di dalam hutan untuk mendapatkan hasil-hasil hutan yang boleh dibuat perkakas harian dan bersifat komersial serta boleh mendatangkan pendapatan. Ketika masuk ke dalam hutan, kaum Temuan lazimnya akan membawa isteri dan anak-anak bersama bagi membantu mereka . Kini selain menjalankan kegiatan berbentuk tradisi tersebut, ada juga di kalangan pemuda dan pemudi kaum Temuan keluar daripada kawasan kampung mereka untuk bekerja makan gaji di dalam sektor-sektor kerajaan dan swasta.

Jika dilihat daripada segi kepercayaan mereka, masyarakat Temuan merupakan penganut animisme. Walaubagaimanapun, beberapa adat resam mereka seperti adat perkahwinan dan perayaan-perayaan yang
diraikan mempamerkan budaya dan kepercayaan masyarakat Melayu. Maka tidak hairanlah apabila ramai para pengkaji mengaitkan mereka dengan kebudayaan orang-orang.
Kini ada juga segelintir daripada mereka telah menerima agama besar dunia seperti Islam dan Kristian dalam kehidupan mereka.
 
Koleksi Bahasa Temuan Di Malaysia
Apa - apak.
Anjing - anjing, koyok
Arak = Engkem/Aii/Sukuk
Ayah - ayah, abah.                                                                       Angkat - hangkit, tating.
Anak - eneq.
Babi - babik, degoh.
Buruk = Barak / Nyap Elok / Nyahat
Buruk. = bu'uk(huruf "r" tidak di sebut(Pahang)
Bangun - bangkit.
Bencana - bencanak, celau
Boleh - bulih, moh
Baik - baik, elok.
Bawa - bawai
Budak - budeq, budoq.                           
Celau- berlaku kejadian buruk
Dia - dian
Dulu - ba'eh.
Dekat - deket, dekat.
Dengar - kingai, kelingai
Garu - gaui.
Gila - gilak, sukuk.
Humban - hentoi, humban
Jangan - pahau, jangan
Jom – moh
Jahat - jahat, jihit
Kenapa – kenapak
Kakak - gauk, kakak
Kau - Ajih/Ong                                                                                   
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
Kamu = Higun   
Kering - tuhu, keing
Makan - makan, meken.
Melayu – Jobok
Mengatal - nye'nye, ngadak
Makcik muda - inak.
Makcik tua - tuhak
Mak - mak, mui
Makcik = Inak
Mee Jalung = Hokieen Mee
Mungkin - mungkin, hapo.
Nala = selalu
Nampak - tahui.
Pakcik muda - Mamak.
Pakcik tua - Wak
Pakcik = Mamak
Polok = kawasan
Pantim = Daging kera salai
Pengkoi = beranggapan
Pergi - pegik.
Saya -akuk, ajih
Sama - samak, sekudik
Semua - muhai, sumak
Sapu - sapui, nyapui
Selipar - sipai, sipal.
Sisip – solep
Sayur - taoq, sayur.
Sakit - sakit, pedih.
Tidak/tak - nyap, niak.
Tiada - hap, lesap
Tak = Nyap
Tiada = Hap
Tiada. = Niak/hap - ok jugak
Takut - gelik, takut.
Tahu - tauk.
Tengok - nengok, genung, pedel
Wak. = Abang/kakak kepada ibubapa kita.
Wan/aki/moyang = sama sebutan Melayu.

Diedit semula :senoipraaq
 

Friday, December 20, 2013

Hutan Dan Temuan Sukar Dipisahkan.



Hutan dan Temuan Tidak Boleh Dipisahkan.

Ketika pertama kali memasuki kawasan Desa Temuan,keadaan fizikalnya hampir tiada bezanya dengan kawasan perumahan yang  lain.

Melihat saiz rumah yang agak besar membuatkan hati terdetik betapa beruntungnya Orang Asli di sini apabila mendapat aset berupa rumah percuma walaupun tidak pernah meminta.

Apa yang dapat dikata, ‘Tuah ayam nampak di kaki’, tuah Orang Asli dapat dilihat apabila mereka dihantar ke lokasi baru yang lebih selesa dan sempurna,serta lengkap dengan pelbagai kemudahan.Ada elektrik,air,balairaya,jalan raya dan sebagainya.

Namun di sebalik keharmonian dan kesempurnaan Desa Temuan rupa-rupanya wujud berbagai kisah di sebalik ‘kesempurnaan’ ini.





                    
Seorang penduduk Orang Asli Desa Temuan masuk semula ke hutan untuk menangkap ikan.


Tidak keterlaluan jika dikatakan Desa Temuan menjadi sebuah kisah klasik negara apabila kerajaan dan pemaju cuba mencipta kemodenan untuk manusia yang langsung tidak pernah terfikir tentangnya.

Secara amnya, penduduk kawasan tersebut terbahagi kepada tiga golongan iaitu Orang Asli yang lahir dan membesar di Bukit Lanjan, golongan muda Orang Asli yang pernah merasa kehidupan hutan sebelum dipindahkan dan kanak-kanak Orang Asli yang barangkali tidak tahu wujudnya kehidupan hutan seperti yang pernah dirasai ibu bapa dan nenek moyang mereka sebelum ini.

     Bagi golongan muda dan kanak-kanak, tidak hairanlah jika rutin harian mereka hampir sama dengan masyarakat lain biasa.

Mereka ke sekolah, bergaul bersama rakan dan nampaknya sedikit demi sedikit belajar tentang kehidupan serta mencari hiburan luar jika ada kelapangan.

Pun begitu, darah Orang Asli yang mengalir dalam tubuh membuatkan mereka seakan-akan tidak boleh dipisahkan dengan aktiviti lasak serta mencabar.

Buktinya, kanak-kanak di kawasan perumahan itu begitu mahir memanjat pokok walaupun tidak lagi tinggal di dalam hutan sedangkan ibu bapa mereka tidak pernah mengajar selok-belok bergayut di dahan pokok.


Berkaki ayam





 
                                                                          




Kelihatan kanak-kanak Orang Asli menjadikan pokok di halaman rumah mereka di Desa Temuan sebagai tempat bermain.

Di tengah terik mentari pula, sesetengah mereka masih mampu ‘berkaki ayam’ di atas tar.

Namun, masalah timbul apabila sukar bagi kebanyakan ibu bapa mereka mengadaptasi kehidupan ‘moden’ sementelah kemajuan bukan matlamat.

Orang Asli payah mengubah gaya hidup dengan memberi alasan; mereka tidak boleh dipisahkan dengan hutan dan alam semula jadi.

Timbul rasa simpati apabila majoriti penduduk mengeluh hutan yang ditarah untuk tujuan pembangunan membuatkan mereka hilang sumber rezeki.

Walaupun kini tinggal di rumah besar, mereka yang selama ini bergantung hidup dengan hasil hutan terpaksa mencari alternatif lain bagi menyara keluarga.

Mereka yang tiada kelulusan atau kemahiran selain menyumpit, bercucuk tanam dan memburu sukar diterima bekerja, malah makan gaji adalah pekerjaan yang begitu asing bagi mereka.

       Kesudahannya, golongan itu terpaksa mencari sisa-sisa tanah yang tertinggal dan hutan berdekatan untuk bercucuk tanam bagi mencari rezeki,bagi menyara kehidupan keluarga mereka!

Menyedari tidak mungkin dapat berpatah balik, mereka terpaksa reda dan akur dengan perubahan waktu walaupun pendapatan yang diterima tidak ‘sekencang’ dan sebaik dahulu.Contonya mereka dulu adalah penjual rotan bermutu,kayu gaharu,petai dan pelbagai hasil hutan yang lain.

Mujur dalam masa yang sama terdapat juga generasi baru masyarakat Orang Asli yang diterima bekerja dan lebih membanggakan ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.Hasil tinjauan dan kajian saya ramai kaum ini telah berjaya memasukki Institut Perguruan Malaysia di seluruh negara.Guru daripada kalangan kaum ini diharapkan akan mudah dan dapat memperbaiki mutu pencapaian dan pendidikan kaum ini.

     Generasi inilah yang diharapkan dapat ‘membawa keluar’ serta menyuntik arus kemodenan pada ibu bapa mereka dari dunia sebenar Orang Asli yang berkurun lamanya kepada arus kehidupan yang moden serta serba maju.

Kini kaum Temuan sudah ramai yang celik IT (Informasi Teknologi) dan telah bekerja di pelbagai bidang di sektor swasta dan kerajaan.Pencapaian mereka sudah setaraf dengan kaum bumiputera yang lain.syabas diucapkan kepada mereka ini.Ingat andalah penggerak,pengubah dan pemangkin pembangunan serta kemajuan kaum Temuan anda.

ULAM DAN KITA



"Ulam" are plants that can be eatten raw, as a form of local salad. The "Ulam" is traditionally a Malay dish but has become very popular with all Malaysians, and is also popular among visiting foreigners who have aquired the taste for the wonders of this delight. Today "Ulam" is available at most major hotels in the country as a fovourate in buffet lunch or dinner.

Ulam adalah tumbuhan yang boleh dimakan secara segar atau mentah sebagai satu jenis salad tempatan. Ulam ialah secara tradisi, satu-satu makanan orang Melayu yang telah  sekarang diminati oleh semua kaum penduduk di Malaysia, ia juga digemari oleh banyak pelawat asing telah cuba dan suka kepadanya. Kini makan Ulam boleh didapati di kebanyakkan hotel besar di Malaysia sebagai sebahagian hidangan yang disuka oleh ramai pada jamuan buffet makan tengah hari atau makan malam.



 


 

Ulam boleh ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang dimakan mentah, dicelur, distim atau direbus sebelum makan.] Selalunya bagi menambah rasa kepada ulaman yang dimakan, ia dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis, atau cecahan-cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung dan kini mulai terdapat di kawasan bandar-bandar juga. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini, terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap.

Antara ulaman yang biasa biasa  kita ketahui ialah pegaga,timun,jering,kerdas,petai,ulam raja cabang  tiga,mata ayam,kacang botor,serai kayu,daun asam jawa,cekur manis,daun ceylon,pucuk ganjus dan lain-lain lagi

     .Memakan ulaman ini sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga aku sejak dulu lagi.Kalau tiada ulam atau sayur dalam menu makanan tengahari atau malam maka tak lengkaplah hidangan hari itu.

Bagi seorang yang sihat tubuh badannya, maka pengambilan ulam tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ini berlainan pula bagi mereka yang berpenyakit kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar tidak memakan ulam yang boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Contohnya, seorang pesakit tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu, eloklah orang yang berpenyakit mengambil hanya ulam yang memberi kesan positif padanya.


      Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Ia adalah kaya dengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folix dan zat galian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat. Khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata, tulang dan otak. Ulam-ulaman biasanya banyak terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam atau tumbuh sendiri di hutan-hutan yang berhampiran.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan menetap di kediaman yang tidak mempunyai halaman bertanah, usah berdalih untuk mengamalkan pemakanan ulam-ulaman. Ini kerana di bandar juga terdapat banyak pasar yang menjual ulam-ulaman.Pokok ulam juga boleh ditanam di dalam pasu-pasu bunga dan dalam tayar kereta yang tak dipakai.


      Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang telah mengkaji dan mengenalpasti 62 jenis sayur dan ulam meliputi 37 jenis ulam daun atau pucuk, 16 jenis buah dan 9 jenis sayur kampung. Namun, menurut kajian oleh wikipedia.org, terdapat lebih 120 jenis ulam-ulaman di Malaysia meliputi ulaman jenis pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga. 


Antara ulam-ulaman yang tersenarai ialah rebung, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja, kerdas, jering, genuak, pucuk gajus, beluntas, pucuk betik, pucuk putat, daun selom, jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda, daun kunyit/kunyit hidup, daun kesom, pegaga, daun kadok, daun salad, kacang panjang muda, pucuk mengkudu, buah mengkudu, batang lambok (sejenis keladi) dan banyak lagi. 


     Usaha menyelidik ulaman oleh FAMA ini bertujuan memperkenalkan dan memasarkan ulaman kepada masyarakat dan membantu petani di kawasan kampung meningkatkan pendapatan mereka melalui hasil jualan ulam-ulaman itu nanti. Antara sayur ulam yang kurang dikenali yang diselidik oleh FAMA ialah bayam orang putih, pucuk ara, tenggek burung, kaca lima, cemperai, mata ayam, sepayang, balik angin, umbut kelapa. Manakala jenis-jenis buah ulam pula ialah buah ara nasi, gadung, peria katak, keladan, terung, peparu dan sebagainya. Menurut Kajian Industri Herba di Malaysia yang telah dilaksanakan oleh MARDITECH dan dibentangkan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur, nilai pasaran industri herba dunia dijangka akan mencecah US$5 trillion menjelang 2050. 


 KHASIAT BEBERAPA JENIS ULAM 


Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca), fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain. (sumber : wikipedia.org)

Ulam juga membekalkan serabut yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serabut memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. 


Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Ulam jering mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Jering juga boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana, kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama di kalangan kaum wanita. Ulam pegaga dan akarnya dikatakan membantu pemulihan rahim. Jus pegaga juga senang disediakan. 

Amalan makan ulam atau sayur-sayuran mentah boleh membuatkan seseorang awet muda kerana ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas. Sebenarnya amalan makan ulam menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Malah, ia menjadi ikutan kaum lain sehingga ada yang kata rasa tidak puas makan nasi jika tiada ulam bercecah sambal belacan.
     Ada juga yang tidak berselera makan jika tiada ulam atau sayur. Paling tidak, mesti ada timun untuk membuka selera. Ini amalan baik kerana setiap hari badan kita memerlukan kira-kira 40 jenis nutrien untuk kekal sihat.

Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Jika mengamalkan diet yang banyak lemak, bermakna kita akan mengalami masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol tinggi.
Sebaliknya, individu yang mengamalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan sayur dan buah biasanya tampil lebih sihat dan menarik serta mampu mengekalkan kelangsingan badan.    Selain mempunyai pelbagai khasiat, ulam sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini banyak kajian dilakukan untuk mengkomersialkan khasiat ulam. Pengamal perubatan tradisional mengatakan, ubat bagi pelbagai penyakit sebenarnya ada di sekeliling rumah seperti cekur, pegaga, nanas, kunyit, halia, peria, kacang botor, pucuk betik mahupun kacang panjang.
   




   Di samping itu juga, amalkan memakan pucuk kaduk. Rasanya agak lemak dan senang dibiakkan di dalam pasu. Di Sarawak pula, ibu-ibu yang berpantang akan memakan bunga kunyit. Oleh kerana rupanya yang cantik, ia juga sesuai digubah bersama dedaun dan bunga segar bagi hiasan di meja makan.Ingin menambah pengetahuan atau membuat kajian mendalam mengenai ulam-ulaman? Jangan risau kerana terdapat banyak maklumat dan data boleh diperolehi melalui internet, media cetak dan media eletronik.