Wednesday, December 11, 2013

Rebung Buluh

Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut, terutamanya dari spesies Bambusa vulgaris dan Phyllostachys edulis. Di Asia, ia biasanya ambil dan dipotong untuk dimasak sebagai lauk, contohnya dimasak lodeh.

       

Kita sering mendengar,peribahasa melayu yang berbunyi, "kalau hendak melentur buluh,biarlah daripada rebungnya".jadi apakah maksudnya di sebalik kata-kata tersebut.Maknanya yang diketahui,ialah kalau kita hendak mendidik seseorang  anak biarlah bermula daripada kanak-kanak itu kecil lagi.Ini kerana jika kita baru hendak mengajar atau mendidik anak ketika sudah besar atau sudah tua susahlah mereka hendak mengikut ajaran kita sebagai ibu bapa atau penjaga.Begitulah, sebaliknya..buluh ketika masih rebung boleh dilentur,tapi bila dah menjadi buluh keras,maka ia tidak boleh lagi dilentur atau dibentuk!Begitulah bijaknya orang-oarang kita dulu mengambil hal dan perkara di sekeliling mereka sebagai panduan hidup.Benda-benda dan perkara yang dilihat dan diperhatikan oleh mereka,mereka jadikan panduan hidupa.Dari pandangan inilah lahirnya kata-kata,bidalan,kiasan,simpulan bahasa dan sebagainya dalam era kehidupan orang Melayu.

Berbalik kepada rebung buluh,ia adalah makanan tradisional masyarakat orang Melayu.rebung buluh biasanya dimasak secara lemak cili apai,rebus serta dicicah sambal,dimasak lemak bercampur perut lembu dan sebgainya.Rebung ini ada dua kaedah dijual,pertama rebung segar dan ke dua pulaa ialah secara jeruk,tapi yang berjeruk ini agak busuk sedikit baunya,tetapi enak dimakan bila sudah dimasak lemak cili api dan dimakan bersama nasi dan ikan goreng atau gulai ikan patin!

Suatu masa dahulu emak saya ada juga memasak rebung buluh ini sebgai menu tambahan dan sayur untuk hidangan tengah hari atau malam.Ketika itu rasanya rebung yang dibawa pulang oleh ayah saya adalah daripada jenis buluh minyak dan juga buluh duri.wah, sedapnya ketika itu,walaupun dimasak gulai putih sahaja serta dimakan bersama ikan selayang goreng atau ikan tambam goreng.Masa ini ikan ini sahaja menjadi protin yang mampu saya dan keluarga menjamahnya!

Dewasa ini, jika saya mahu makan rebung buluh ini,saya akan membeli di pasar malam atau pasar tani,kadang-kadang susah juga untuk mendapatkan rebung buluh ini.Isteri saya akan memasaknya secara gulai lemak cili api.Kami berdua amat menggemari menu ini.

Kini rebung buluh menjadi tanaman yang makin popular di beberapa buah negeri,khasnya di Pantai Barat Malaysia.Jenis buluh untuk rebung yang ditanam ialah daripada jenis madu.masakan rebung pula telah menjadi menu di restoren,kedai makan dan hoel-hotel di seluruh negara.Ramai orang dan juga pelancong menggemari masakan daripada rebung ini.





Menggandakan Wang Simpanan Dengan Melabur dengan ASB.

WANG Berganda.  Ini bukan sesuatu yang magis.  Bukan juga sesuatu yang boleh diperoleh dengan menggunakan khidmat si bomoh.  Hakikatnya, walau bagaimana cara sekali pun, anda tidak mungkin akan dapat menggandakan wang anda dalam sekelip mata. Menggandakan atau mengembangkan wang bermaksud menggunakan wang yang anda ada dan menjadikannya lebih banyak.  Dengan hanya menyimpan dalam bank-bank tempatan, anda akan mengambil masa yang agak lama untuk menggandakan wang anda memandangkan faedah ke atas simpanan yang diberi oleh pihak bank sendiri adalah pada kadar yang sangat rendah.   Justeru, anda perlu bijak memilih instrumen yang paling baik untuk anda berupaya menggandakan wang anda.Tentu ada yang tertanya-tanya, mengapa anda perlu menggandakan wang anda?  Tak cukup kah dengan apa yang ada? Maka jawab saya, anda perlu pandang ke hadapan. Pandang 5 atau 10 tahun ke hadapan.  Bahkan tidak salah jika anda melihat ke hadapan dan membayangkan keadaan anda di kala usia anda mencapai 60 tahun.  Anda perlu merancang pendidikan anak-anak, perbelanjaan ketika persaraan agar ia mencukupi, keperluan terhadap wang di saat tak terduga, untuk bebas daripada pinjaman perumahan atau pinjaman kereta di saat anda sudah bersara dan sebagainya.  Anda juga perlu untuk menggandakan wang yang ada demi kehidupan yang lebih selesa dan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.
Kini terdapat beberapa alternatif atau kaedah yang anda boleh pilih untuk menggandakan wang simpanan anda tadi, sebagai contoh melakukan pelaburan dalam ASB, hartanah, pelaburan emas, unit amanah, insurans dan sebagainya.  Apa yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam artikel ini adalah tentang teknik menggandakan wang melalui pelaburan dalam akaun ASB.
Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan satu skim pendapatan yang mempunyai objektif untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit.  Dilancarkan pada 2 Januari 1990, skim unit amanah ini merupakan yang kedua dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) selepas skim Amanah Saham Nasional (ASN).  ASB hanya terbuka kepada Bumiputera, dan mereka yang berusia 6 bulan ke atas layak untuk membuka akaun ASB.  Had simpanan bagi setiap akaun pula adalah sebanyak RM200,000 sahaja, dan ini tidak termasuk dividen yang anda peroleh pada setiap tahun.  Bagi akaun remaja pula, had simpanan adalah sebanyak RM50,000.  Sasaran pelabur ASB adalah mereka yang faham tentang pelaburan, risiko dan pulangan pelaburan jangka panjang.
Terdapat banyak kelebihannya jika anda melabur dalam ASB, antaranya:-
1)    Anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran pendahuluan contohnya anda tidak perlu membayar Fi Pemprosesan, Fi Pengurusan atau  sebagainya.
2)    Tiada sebarang susut nilai terhadap wang yang anda laburkan.  Pulangan pelaburannya dijamin oleh kerajaan dan pelaburan yang dilakukan oleh pihak ASB juga dikawal oleh kerajaan.
3)    Sekiranya simpanan pelaburan sudah berusia 1 bulan, anda sudah layak menerima faedah pelaburan untuk bulan itu secara peratusan purata faedah tahunan.  Pulangan juga dilihat agak konsisten, dengan purata kadar pengagihan pendapatan seunit atau faedah pelaburan adalah antara 7.30% – 7.65% (2009-2011). Kadar ini dijangka meningkat setiap tahun selaras dengan perkembangan ekonomi negara Malaysia.
4)    Selain faedah pelaburan, ASB juga memberikan pelabur nya bonus bagi setiap unit pelaburan yang dibuat.  Bonus unit ini akan dikira pada masa yang sama pengiraan faedah pelaburan dilakukan, kebiasaannya pada 31 Disember setiap tahun.
5)    Sekiranya berlaku kecemasan atau hal-hal yang mendesak pelabur nya mengeluarkan semula simpanan ASB, pengeluaran boleh dilakukan dengan segera pada waktu bekerja tanpa perlu menunggu sampai 2 atau 3 minggu untuk proses pengeluaran selesai.
6)    Sijil ASB juga boleh dicagarkan di bank-bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman dalam bentuk overdraft bank.
Teknik Untuk Menggandakan Wang ASB Anda
Jika anda berhasrat untuk memperoleh pendapatan berganda dengan melabur dalam ASB, perkara pertama yang anda perlu buat ialah memastikan yang anda sudah memiliki buku ‘Ting’ anda.  Senang sahaja untuk membuka akaun, isi boring yang diperlukan dan kepilkan salinan kad pengenalan atau surat beranak.  Kemudian anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank yang membuat urus niaga ASB, pejabat pos atau Permodalan Nasional Berhad sendiri dan buka akaun ASB dengan pelaburan minima yang diperlukan hanyalah sebanyak RM10.
Pelaburan ASB Menggunakan Wang Simpanan Sendiri
Untuk mencapai ‘kebebasan kewangan’ atau ‘financial freedom’ seseorang itu perlu pandai untuk menabung.  Ada pendapat yang menekankan bahawa 1/3 pendapatan yang diperoleh setiap bulan perlu disimpan. Bagi mereka yang tidak mampu untuk menyimpan 1/3 daripada pendapatan bulanan, mungkin boleh mulakan dengan menyimpan sekitar 5-10 % daripada pendapatan yang diperoleh.  Asalkan ada wang yang disimpan untuk kecemasan, tidak kiralah jika nilainya tinggi atau rendah.  Jika kesibukan menjadi penghalang untuk anda kerap pergi ke bank dan melakukan urus niaga tabungan, maka jadilah selangkah lebih bijak dengan melakukan arahan tetap (‘standing instructions) sejumlah wang ke dalam akaun simpanan anda pada setiap bulan.
Ramai juga yang melakukan pelaburan dalam akaun ASB dengan menggunakan wang simpanan mereka sendiri.  Contohnya, seorang pelabur mempunyai simpanan sebanyak RM10,000 dan berhasrat untuk menyimpan dalam akaun ASB nya.  Pada akhir tahun yang ke-10, pelaburan awal yang dilakukan sebanyak RM10,000 itu dijangka akan menghasilkan jumlah simpanan sebanyak RM21,589.25. Jumlah wang yang dilaburkan dalam akaun ASB kini meningkat sebanyak 53.68% daripada jumlah modal pelaburan.  Pengiraan ini diperoleh dengan anggapan pelabur tadi
  • tidak mengeluarkan wang simpanannya, faedah dan bonus unit yang diperoleh pada sepanjang tempoh 20 tahun itu
  • Menganggarkan faedah pelaburan ASB adalah sebanyak 8% pada setiap tahun

Selain itu, ASB juga menawarkan Skim Potongan Gaji bagi pelabur yang berminat untuk menambah pelaburan setiap bulan secara berterusan tanpa perlu berurusan di kaunter ASB.  Khidmat ini terbuka kepada semua pegawai perkhidmatan awam dan swasta yang merupakan pemegang unit ASB.
Ramai yang takut terhadap risiko.
Risiko pelaburan?  Ya, pinjaman ASB yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan ini juga tentunya mempunyai risikonya yang tersendiri:-
1)    Pinjaman ini tadi mengenakan kadar faedah mengikut Kadar Pinjaman Berian Asas atau lebih dikenali sebagai Base Lending Rate (BLR) terkini negara.  Maka, jika kadar BLR negara naik, maka faedah pinjaman pun akan menjadi lebih tinggi daripada kadar faedah pelaburan, seterusnya sudah tentu tidak akan menguntungkan pelabur sendiri.

2)    Seperti mana yang berlaku ke atas mana-mana pinjaman yang dibuat dengan pihak bank, maka pinjaman ASB juga akan di rekod dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau lebih dikenali sebagai CCRIS. CCRIS ialah sistem yang mengumpul maklumat mengenai individu yang mengambil pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan.  Maklumat ini kemudiannya akan digunakan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan ini sebagai panduan sejarah kredit peminjam.  Oleh itu pinjaman yang dibuat haruslah dibayar secara tetap agar nama anda tidak akan di senarai hitam dalam CCRIS.
3)    Penalti bayar lewat juga akan dikenakan sekiranya pinjaman yang dibayar setiap bulan tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan.
4)    Terdapat juga bank yang mengenakan tempoh ‘Lock In’ yang akan menyebabkan anda didenda sekiranya anda menjelaskan pinjaman ini sebelum tempoh ‘Lock In’ tamat.Pinjaman ASB yang dilakukan dengan mana-mana pihak bank hanya lah merupakan satu kaedah kewangan sahaja.  Anda perlu lah tahu bagaimana fungsi pinjaman ini, meneliti terma dan syarat yang dikenakan agar perjanjian yang ditandatangani itu tidak akan memakan diri anda sendiri

.Kesimpulan
Menabung lah dan tetapkan matlamat untuk penuhkan akaun ASB anda.  Tentunya anda akan menjadi lebih teruja apabila mendapati pelaburan yang dilakukan sudah pun pada tahap maksimum dan seterusnya anda akan mendapat pendapatan pasif setiap tahun dengan bonus dan faedah yang diterima.Terdapat beberapa kaedah untuk menggandakan wang ASB anda.  Antaranya adalah dengan melaburkan wang simpanan anda sendiri, melakukan pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP atau memohon untuk membuat pinjaman ASB daripada pihak bank.  Walau apa pun kaedah yang digunakan untuk menggandakan wang, apa yang penting kaji dengan teliti dan serius segala kemungkinan agar wang yang anda simpan tadi tidak akan hilang begitu sahaja.

Selamat melabur, semoga berjaya memaksimumkan tabungan ASB anda!

Friday, December 6, 2013

Burung Punai Tanah

Burung Punai Tanah (bahasa Inggeris: Emerald Dove) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Chalcophaps indica., Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu.

Taburan
Burung Punai Tanah boleh didapati di seluruh negeri-negeri Semenanjung Malaysia.Ia mendiami kawasan yang mempunyai pokok-pokok sederhana tinggi dan berhutan.Hutan pinggir sungai dan juga hutan berpokok gelam,haliban dan sebagainya menjadi habitatnya.Buah senduduk,buah halban,tembesu dan sebagainya menjadi makanannya.Burung ini biasanya hidup dalam kumpulan dan akan bertambah jumlah kolonialnya jika tidak ditembak oleh pemburu.

Ciri-ciri
Burung Punai Tanah adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Burung. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Burung Punai Tanah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.
Jantung Burung Punai Tanah terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan
Sebagai burung, Burung Punai Tanah membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya dia atas dahan pokok kayu.Sarangnya diperbuat daripada rating-rating kayu dan akar-akar kecil pokok.Sarang burung punai ini samalah macam sarang burung terkukur.

Pengekalan
Burung Punai Tanah merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.Burung punai ini dapat diketahuinya kehadiran dan ada bila kita mendengar bunyi kukukan dan siulannya.Bunyinya, "rau,rau,rau,rauuu" akan kedengaran riuh di atas pokok yang diduduki,samada untuk makan ataupun tidur.

Saturday, November 30, 2013

Ikan Puyu

"Why almost every race in Malaysia believed that ikan puyu has a mystical power? and that fish are capable of fighting black magic from entering the owner house"


In mystical arts, the climbing perch (puyu) is seen as a fish that dwells in two realms (which makes it unique) and it has the ability to live without water for days (if in a proper environment) which is quite symbolic for certain qualities which humans don't have (as fishes are supposed to be dependent on water, humans are dependent on air, but in the case of this fish, it is able to dwell in both realms). These abilities are seen as special and unusual, which is another feature that makes this fish 'special'.

It is said that here are two kinds of uses for these fishes.

(1) It can be used to repel 'pest-like' spirits, those of the 'weaker' kinds. Spirits that can be mischievious such as toyols and certain dwarf-like beings (kerdil). Some versions of this explains that these beings are actually not afraid of the puyu at all, but uses them as 'toys' to play with.

(2) It can also be used to repel demonic spirits, those with grosser bodies (in the case of Djinns) as these beings are said to dislike its sharp bodies.

There's also a third use of these fishes. It can be used as a sacrifice for removal of cursed objects (santau) by transferring those objects into the body of those fishes (though it is not commonly practiced). Some uses the puyu as a medium to send cursed objects instead.

I guess all races 'accept' these fishes for their uniqueness and attracted to the stories of old rather than having any understanding whatsoever about these fishes. As a matter of fact, not many 'modern' Malaysians know the uses of these fish anymore unless they are being brought up with proper guidance in the old ways. It is more like an adaptation as the climbing perch is a native only to Southeast Asian countries and can also be found throughout Thailand, Cambodia, Vietnam, Burma, parts of Indonesia and Borneo...

These fishes have NO 'mystical' powers of its own without any 'divine' assistance and usually it has to be done with proper conjurations and spells. Black magic is a term referred to certain practices which involves darker intentions of one's practice. In reality, there is no such thing as 'black' or 'white' magic. The intention of one's heart determines the cause and effect of its spells. Through the powers of these spells, certain beings are being used to 'work' for a particular person (eg. witchdoctors/bomoh), and thus the climbing perch is used for the purposes as mentioned earlier above.

Hope this helps...

I do not wish to make this too lengthy, but basically mention the 'idea' about keeping these fishes for the purpose of 'preventing' black magic.

By 
TheBear V2.0 (Happy Bearian)


-------------------

The ikan Puyu is also called ikan Betuk in malay. And in English, it is called the Climbing Perch (
Anabas Testudineus). The ikan Puyu is a common fresh water fish in Asia. It is a very hardy and unusual fish. During the drought, it has the ability to aestivate (hibernate) in the mud and emerge during a more favourable period. 
Whilst I do not know about its mystical powers, what I do know is that the ikan Puyu is an important source of protein amongst the villages. The ikan Puyu are also kept as pets and help keep the mosquito population in check. 

Give me some feedback guys, what do you know about the Puyu fish ?

Ikan Puyu Dan Aku.

    Musim hujan dan di akhir tahun ini,teringat aku akan kisah aku dan rakan menangkap ikan puyu di alur air atau sawah padi.Masa itu kami gunakan kail atau taut yang berumpankan belalang,anak cengkerek,kelkatu atau cacing.Aktiviti ni biasanya aku lakukan pada waktu pagi lagi berlarutan hingga ke petang atau tengah hari.Ikan puyu yang kami dapat kami goreng kunyit atau bakar tawar aje dan dicicah dengan budu dimakan bersama nasi biasa.Ikan ini biasanya aku siang sendiri,orang tuaku tak peduli,masa tu hanyir sikitpun kami tak kisah.

    Tapi leni aku tak berapa suka dah makan ikan puyu ini,entah kenapa tak tahu la.Kalau ikan sungai 
seperti lampam,terbul,kawan,tengas,jelawat dan sebarau itu aku suka.ikan ini biasa aku beli kat pasar atau tepi jalan,kadang kala aku pancing sendiri.





Cara mengajar kanak-kanak pintar dan cerdas.

Dengan merujuk kepada internet dan bahan bacaan lain.Bincangkan cara berkesan bagi seorang  guru yang mengajar kanak-kanak pintar dan cerdas dalam memperkembangkan keupayaan dan kreativiti mereka

Hendak kerja kursus dan bahan ini? Hubungi saya  0139791552.










Kerja Kursus Semantik dan Penistilahan BM

Soalan 1"-Guru BM memerlukan pengetahuan dalam bidang Semantik",Bincangkan. (8m)-4h

Soalan 2-Jelaskan - makna Leksikel
                             - makna Gramatikal
                             - makna Kontestual
                             - makna Referensial
                             - makna Asosiatif

Soalan 3- Istilah Bahasa Melayu boleh di dapati daripada - Kosa Kata Umum BM
                                                                                       - Kosa Kata Umum Serumpun
                                                                                       - Kosa Kata Bahasa Asing

             Pilih satu petikan/artikel panjang 1000 - 1500  patah perkataan,kemudian cari istilah
             bahasa melayu tersebut.

Soalan 4- Dengan merujuk kepada artikel yang diberikan.buat analisis tentang istilah BM yang terdapat dalam artikel tersebut samaada kosa kata itu daripada bahasa asing,serumpun dan bahasa Melayu itu sendiri.

Jawapan hendaklah dibuat dalam bentuk jadual dan sebagainya serta menarik.


Friday, November 29, 2013

Burung Puyuh Padang

Burung Puyuh Padang.

Burung Puyuh Padang merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Turnix suscitator[1]. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu

Ciri-ciri
Burung Puyuh Tanah ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Puyuh Tanah mempunyai paruh tanpa  gigi.
Jantung Burung Puyuh Tanah terdiri daripada empat kamar seperti  manusia. Kamar atas dikenali sebagai  atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai  ventrikel.

Pembiakan
Berbeza dengan puyuh sebenar  terutamanya burung betina polyandrous.
Burung betina lebih terang antara keduanya, memulakan memikat dan membina sarang di atas tanah. Ia berlawan dengan burung betina lain bagi mengawal burung jantan, mengeluarrkan bunyi menderam drr-r-r-r-r sebagai cabaran kepada lawannya dan bagi mengumumkan dirinya pada burung jantan.
 Telur yang dihasilkan diram oleh burung jantan yang turut menjaga anaknya, yang mampu berlari sebaik sahaja menetas.
                                                                                                            

Burung betina seterusnya mendapatkan pasangan baru, dan kemungkinannya yang lain, dan seterusnya, kelihatannya hanya satu pada sesuatu masa.
  • Musim: biasanya sepanjang tahun, berbeza mengikut kawasan.
  • Sarang - lompang yang dilapis rumput dalam hutan tebal atau tanaman, sering tersembunyi oleh rumput sekeliling. Telur - 3 atau 4, kelabu putih banyak tompokan perang kemerahan atau ungu gelap.