Tuesday, April 15, 2014

MATA PELAJARAN SEJARAH DAN PERANAN


Dalam pendidikan sekolah rendah memang tidak ada mata pelajaran sejarah atau subjek yang menyentuh mengenainya. Sukatan pelajaran sejarah bermula pada tahap menengah rendah iaitu pada Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Lima dengan penumpuan adalah kepada Sejarah Malaysia.

Penumpuan pengajaran sejarah tidak harus kepada sejarah negara saja. Ia tidak bererti kita mengetepikan kepentingan sejarah negara. Mata pelajaran sejarah harus diperluaskan kepada sejarah dunia. Pada peringkat awal, pelajar boleh diajar menghargai tamadun yang dibina sejak awal kehidupan manusia.
Pelajar harus memahami kepelbagaian yang wujud di dunia dan menghormati kepelbagaian itu dan sejarah dapat mengajar kita memahami kekayaan budaya yang wujud di dunia. Dengan wujudnya fenomena globalisasi dan semakin sempitnya dunia, maka, keperluan untuk mempelajari dan memahami sejarah dunia ini amat penting dalam membina insan yang menyeluruh.

Saya cadangkan diambil satu pendekatan bersepadu dengan merombak atau menggantikan mata pelajaran sivik dan kajian tempatan dalam kurikulum sekolah rendah sekarang dan digantikan dengan pengajian sosial. Pengajian sosial adalah satu subjek yang mengkaji masyarakat, termasuk sejarah, sivik, geografi dan ekonomi.
Pendekatan bersepadu ini mengintegrasikan pengetahuan sejarah dengan geografi, ekonomi dan sebagainya bertujuan menyediakan pelajar memahami komuniti dan masyarakat mereka, negara dan dunia yang mereka tinggal supaya mampu menjadi warga negara dan warga dunia yang bertanggungjawab di mana mereka dapat sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan negara dan dunia kerana kita kini tinggal dalam satu global village. Harus diingatkan bahawa komponen sejarah menjadi komponen utama di sini.
Pengajian sosial ini sudah lama diajar di Barat dan di kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah dan tadika bertujuan melahirkan warga negara prihatin dalam segala segi, peka akan kepentingan masyarakat, politik dan mempamerkan sifat/sikap menghormati kepentingan awam.

Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan mata pelajaran ini pada 2010 sesuai dengan Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah dan akan dimasukkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2013. Apakah silibus sesuai dan usia pengenalan?

Sejarah sebenarnya mampu mengukuhkan proses pembelajaran asas pelajar. Sejarah membina kemahiran berfikir, menganalisis, mengkritik, menghujah, menyelidik, berkomunikasi dan sebagainya yang sememangnya tidak wujud dalam kurikulum pendidikan kita sehingga kita melahirkan pelajar robot yang hanya pandai menghafal fakta tetapi tidak boleh berkomunikasi dan berfikir dengan baik. Lebih teruk tiada keyakinan langsung untuk berhujah atau mempertahankan pegangan atau prinsip yang mereka perjuangkan.
Pada saya, usia terbaik diajar sejarah adalah pada usia lapan tahun tetapi pembelajaran perlu menarik dan menimbulkan minat mereka. Jika peringkat menengah baru hendak bermula, bermakna kita sudah terlewat. Pada saya, dalam usia remaja, sudah ada nilai yang terbentuk dan sebati dengan jiwa mereka, jadi sukar menanamkan minat terhadap sejarah.

Bagaimana mata pelajaran sejarah ini boleh membantu generasi muda memahami perjuangan dan pembangunan negara?
Sejarah menyediakan pelbagai pengajaran yang dapat dijadikan teladan dan panduan hidup. Ini membina ciri kemanusiaan yang lebih cemerlang, menanam perasaan simpati dan empati supaya perjuangan tokoh awal dihargai dan dikenang dan kekal dalam kesedaran pelajar supaya dapat merujuk kepada nilai perjuangan insan yang murni menjadi ikutan dan teladan. Tokoh sejarah boleh dijadikan role model yang boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk berjaya.
Untuk mewujudkan pembuat polisi yang baik kita perlu melihat kepada pembentukan polisi yang awal, kebaikan dan kegagalannya, ini diperoleh daripada sejarah, belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya.
Contoh terbaru, formula Malaysia atau orang kata formula Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam menangani kegawatan ekonomi nampaknya diterima Amerika Syarikat, pada waktu ini. Ia bermakna mereka belajar daripada sejarah yang dibentuk Malaysia.
Adakah kita sudah terlewat dan perlukah mata pelajaran ini diwajibkan?
Masih tidak terlambat. Di mana-mana di dunia mata pelajaran sejarah adalah subjek yang penting. Tidak kira sama ada kita sudah lebih 200 atau 300 tahun merdeka.
Perlu diwajibkan, kalau tidak ramai yang tidak akan mengambil mata pelajaran sejarah kerana menganggap ia tidak penting. Ada yang dipengaruhi oleh ibu bapa yang buta sejarah dan tidak nampak kepentingan sejarah kerana semata-mata mengejar mata pelajaran yang boleh menjanjikan pulangan yang besar pada masa depan. Mata pelajaran sejarah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada sistem pendidikan serta mampu melahirkan pelajar yang holistik.

Apakah ketiadaan pengajaran sejarah selama ini memberikan kesan kepada generasi muda sekarang yang 'buta' sejarah?
Ya, saya bersetuju, sifat buta sejarah ini wujud kerana pertama, pengenalan pelajar kepada sejarah pada masa kini bermula pada usia agak lewat menyebabkan ramai pelajar tidak memahami apatah lagi menghargai sumbangan sejarah dalam hidup mereka.
Sudah tentu, dengan ini mereka tidak memahami atau menghargai sumbangan atau persefahaman yang diwujudkan oleh pemimpin terdahulu. Bagaimana wujudnya Malaysia sebagaimana adanya hari ini adalah hasil usaha pemimpin awal negara? Mereka tidak tahu untuk memahami perkembangan masa kini atau untuk melihat ke depan mereka harus belajar daripada sejarah.
Kedua, pendekatan sejarah oleh guru juga salah satu faktor yang menyumbang kepada ketiadaan minat pelajar mendalami atau menghargai sejarah.

Apakah cadangan Dr supaya keadaan ini dapat diperbetulkan?
Pertama, adalah satu cadangan yang baik mata pelajaran sejarah diperkenalkan kepada peringkat rendah tetapi sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini, ia mengambil pendekatan bersepadu melalui subjek pengajian sosial.
Kedua, harus ada perubahan dalam pedagogi. Kaedah pengajaran yang lapuk dan tidak menarik menyebabkan pelajar bosan. Perspektif atau anggapan bahawa sejarah itu hanyalah satu subjek yang memerlukan seseorang itu menghafal fakta patut diubah. Pendekatan interaktif harus ditekankan.
Pelajar contohnya, ingin mengetahui dan mengalami dan menyelami peristiwa sejarah itu sendiri dan ia melahirkan emosi dan 'sense of attachment' kepada warisan dan legasi sejarah. Dengan itu, pendekatan pengajaran sejarah haruslah menarik, dengan melawat tempat bersejarah, penggunaan visual seperti gambar lama, kartun, simbol dan sebagainya amat penting dalam memupuk minat terhadap sejarah. Jika diperkenalkan pada tahap yang rendah, mata pelajaran sejarah ini harus menarik persembahannya.
Ketiga, pembinaan kurikulum yang menarik, efektif dan berkesan serta bersifat 'interdisciplinary' kepada pelajar sekolah rendah. Kurikulum yang terkini selari dengan tuntutan dan perkembangan semasa ini harus bersifat inklusif dan bukan eksklusif supaya sumbangan setiap individu, komuniti dan masyarakat pada peringkat negara dan dunia akan dihargai. Pembinaan kurikulum sejarah untuk sekolah rendah harus ada kerjasama pelbagai pihak seperti kementerian, pendidik di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta pihak swasta.
Keempat, penggunaan teknologi baru seperti ICT. Ini menjadi amalan sejarawan Barat dan bagaimana mereka mengintegrasi sejarah dengan alatan media seperti komputer, internet, pemain cakera padat (CD-ROM), video, kamera digital dan papan kenyataan interaktif serta blog.

Ilmu sejarah membina Negara


Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan subjek Sejarah wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjelang 2013. Muhyiddin kemudian menekankan betapa pentingnya metodologi subjek ini melalui satu transformasi besar supaya pengajaran dan pembelajarannya menjadi lebih relevan lagi menarik sekali gus berjaya mendorong pelajar menghayati ilmu yang begitu penting dalam kehidupan manusia ini.

Langkah memperkenalkan lulus wajib subjek Sejarah ini bertujuan, pertamanya, memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia. Kedua, menonjolkan kepentingan dan kerelevanan ilmu sejarah dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia. Akhir sekali memperkasakan legasi sejarah Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat selari dengan perjuangan 1Malaysia.

Tindakan ini harus dipandang serius kerana, berbeza dengan masyarakat Barat contohnya, masyarakat Malaysia yang rata-rata buta sejarah sering meremehkan kepentingan ilmu sejarah dan jarang memberi penghormatan kepada para sejarawan yang secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara melalui usaha penyelidikan dan penulisan sejarah negara dan bangsa.

Usaha ini memerlukan pengorbanan masa serta kebijakan membuat intepretasi tanpa sebarang sifat prejudis, propaganda, dan stereotaip. Sejarah yang bernas ditulis berlandaskan fakta dan bukti serta intepretasi yang matang yang mengambil kira bukan sahaja konteks tempatan tetapi juga dunia.

Selain konteks satu lagi kriteria penting ilmu sejarah adalah periodisasi. Sejarah harus bermula dari awal ketamadunan manusia dan sekiranya boleh berakhir sehingga masa kini.

Langkah wajib lulus sejarah ini amat bertepatan pada waktunya terutama apabila perpaduan masyarakat Malaysia tercabar hasil perpecahan politik dan tuntutan atau tindakan melampau sesetengah pihak yang mula mempersoalkan keluhuran perlembagaan Malaysia.

Malah ada yang mula membuat interpretasi tersendiri tanpa merujuk sejarah perlembagaan itu sendiri.

Perlembagaan Malaysia merupakan satu-satunya 'kerangka asas' (fundamental framework) dan prinsip yang diperjuangkan oleh perlembagaan ini patut dijadikan panduan dan inspirasi. Maka bagi generasi muda memahami dan menghargai sejarah negara, mereka patut menghayati dan meluhurkan perlembagaan.

Jadi, pengajaran dan pembelajaran sejarah Malaysia sepatutnya mengandungi penghayatan perlembagaan sebagai satu asas dan landasan.

Pengajaran dan pembelajaran sejarah merupakan satu aspek pembinaan kenegaraan yang kritikal dan penting. Subjek Sejarah adalah satu-satunya saluran untuk menyampaikan warisan negara dan legasi kebudayaan kepada generasi masa kini. Justeru, dari perspektif ini, ilmu sejarah yang disampaikan harus mengandungi 'naratif kepelbagaian' (plural narratives) yang mencerminkan corak latar belakang etnik, bahasa, dan budaya.

Langkah ini akan membawa kepada pemuliharaan keunikan politik, ekonomi dan sosio-budaya Malaysia terutama apabila ada pihak tertentu yang cuba menulis kembali dan memadam aspek-aspek penting dalam sejarah Malaysia bagi kepentingan peribadi atau politik masing-masing.

Memang bukan mudah untuk memastikan keseimbangan yang wajar dan memberikan ruang 'secukupnya' kepada semua pihak bagi mencerminkan kepelbagaian ini.

Walau bagaimanapun, sejarah sesebuah negara sudah tentu akan lebih mencerminkan masyarakat perdana walaupun penekanan kepada masyarakat minoriti harus juga diberi perhatian.

Lihat sahaja sejarah Amerika Syarikat umpamanya, sejarahnya lebih menjurus kepada masyarakat kulit putih yang datang dari negara Eropah terutamanya yang kemudiannya membentuk majoriti penduduk negara tersebut.

Tetapi perbincangan yang menjurus kepada sejarah golongan pribumi dan minoriti seperti masyarakat Amerika berketurunan Afrika, masyarakat hispanic atau Asia ada dibincangkan tetapi tidak sehingga mengatasi sejarah masyarakat perdana.

Tujuan ataupun objektif pengajaran dan pembelajaran Sejarah bukan hanya untuk mendalamkan pengetahuan generasi muda mengenai latar belakang dan profail negara malah untuk memupuk semangat patriotisme dan menyemarakan lagi sikap bertolak-ansur, toleransi, saling hormat-menghormati diantara kaum dan agama serta bahasa dan budaya.

Dengan kata lain, ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi perpaduan rakyat dan menanam suatu identiti nasional atau kebangsaan yang meliputi aspek kewarganegaraan dan sekali gus keturunan di mana kedua-dua aspek ini tidak sama sekali bercanggah.

Pembinaan dan pembangunan negara bergantung kepada usaha bersepadu rakyat pelbagai yang mempunyai warisan sejarah dan masa depan bersama (shared past and shared future). Maka, pengajaran dan pembelajaran Sejarah bukan semata-mata mengetahui atau menghafal sedikit sebanyak detik-detik dan peristiwa lampau.

Imbasan (reflections) sebegini tidak memanfaatkan pelajar dan masyarakat amnya. Yang paling penting adalah usaha untuk meningkatkan kefahaman pelajar sekaligus memupuk nilai-nilai bersama (common values) dan identiti bersama (shared identity) yang menjadi panduan, iktibar dan pegangan bagi memacu halatuju negara.

Bagi memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, maka pendedahan awal di peringkat sekolah rendah kepada subjek ini amat penting. Usaha sebegini dapat melahirkan warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya dan yang paling penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal lagi kerana diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan perspektif. Pada masa yang sama menghayati dan memahami kerelevenan sejarah dalam kehidupan harian dan kehidupan masa depan.

Sekiranya penambahan subjek Sejarah dalam kurikulum sekolah rendah dianggap membebankan, maka kita boleh melihat contoh dan amalan negara Barat dalam menghayati ilmu sejarah.

Ilmu sejarah digabung dengan pelbagai bidang ilmu lain seperti sivik, kewarganegaraan, geografi, ekonomi dan lain-lain dalam satu bidang yang dikenali sebagai pengajian sosial atau mungkin lebih sesuai dinamakan pengajian kemanusiaan. Ini selari dengan tuntutan Timbalan Perdana Menteri yang menganjurkan transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Gabungan pelbagai disiplin ilmu ini atau pendekatan multidisciplinary ini merupakan satu metodologi pendidikan yang semakin dititikberatkan oleh institusi pendidikan kebelakangan ini.

Pendekatan multidisciplinary dengan ilmu sejarah sebagai komponen utama ini dapat membina kematangan pelajar dalam menganalisis peristiwa masa lalu, masa kini dan membuat keputusan di masa akan datang. Ilmu Sejarah mampu membina kemahiran berfikir, menganalisis, mengkritik, menghujah, menyelidik, dan yang paling penting berkomunikasi di kalangan pelajar sekali gus melahirkan pelajar yang holistik.

Ilmu Sejarah membicarakan interaksi antara manusia terutamanya, maka, subjek pengajian kemanusiaan ini mengkaji masyarakat terutamanya dapat menimbulkan minat pelajar untuk memahami dan menghayati kepentingan interaksi antara manusia ini.

Maka subjek Sejarah menjadi lebih menarik apabila dapat diperluaskan kepada sejarah dunia bagi menghargai tamadun yang dibina sejak awal kehidupan manusia dan seterusnya memahami kepelbagaian yang wujud di dunia dan menghormati kepelbagaian serta kekayaan budaya yang wujud di dunia. Fenomena globalisasi yang menjadikan dunia ini semakin sempit menyebabkan sejarah dunia menjadi satu elemen penting dalam membina insan yang menyeluruh.

Ciri-ciri sivik seperti toleransi, empati, sifat inclusive, menghormati komuniti, mengutamakan kepentingan awam dan sebagainya amat penting dalam melahirkan warga negara dan warga dunia yang perihatin lagi bertanggunjawab.

Ini selari dengan trend pendidikan di dunia baik di peringkat rendah mahupun peringkat pengajian tinggi yang mula mengutamakan liberal studies kerana mampu melahirkan individu atau pelajar yang versatile, yang luar biasa kemahiran berfikir dan kepakarannya dalam berhujah serta kreativitinya dalam menghasilkan penulisan dan penerbitan.

Di institusi pendidikan ternama kombinasi liberal studies dengan disiplin sejarah mula mendapat sambutan dan graduan yang menerima pendidikan yang holistik ini rata-rata lebih mudah mendapat pekerjaan dan disukai majikan.

Nilai kemanusiaan yang dipupuk melalui ilmu sejarah ini tidak dapat dinilai harganya. Maka sekiranya disiplin lain disanjung kerana nilai ekonominya oleh masyarakat Malaysia yang semakin materialistik, maka subjek Sejarah harus dimartabatkan kerana ciri-ciri kemanusiaan yang ditanam dan dipupuk di dalam jiwa pelajar.

Aspek kemanusiaan ini memerlukan masa yang panjang untuk dipupuk, dibina dan diperteguhkan.

Maka adalah sesuai sekiranya pengajian kemanusiaan ini di perkenalkan di peringkat rendah. Apabila kefahaman ini sudah wujud di kalangan pelajar maka, mudah bagi mereka membentuk jati diri berpandukan nilai-nilai bersama dan universal.

Nilai ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian sebagai warganegara yang bertanggungjawab dalam "1Malaysia" yang sedang menuju ke arah negara maju tahun 2020 dan juga warga dunia yang kompetitif di mana jua berada berlandaskan keunggulan jati diri yang dibina melalui ilmu sejarah.

Monday, March 31, 2014

TEKNOLOGI ?
 

Dalam kes ini kita boleh melihatnya dari dua sudut;
1. Teknologi sebagai benda dan
2. Teknologi sebagai proses sosial.
(Naughton J, 1986 - Technology in Schools)
Teknologi sebagai benda merupakan penggunaan pengetahuan saintifik kepada tugas yang praktikal dengan organisasi yang melibatkan 2 M's (men and machines) orang dan mesin.
Teknologi sebagai proses sosial adalah penggunaan saintifik dan lain-lain bidang pengetahuan tersusun kepada tugas yang praktikal dengan susunan sistem berhiraki yang mana melibatkan 'men and machines'
Jadi teknologi bukan saja alat untuk perkembangan sains tetapi juga 'perubah' dalam proses sosial.
Hierra, A (1973): Teknologi merupakan suatu set peralatan dan kemahiran yang digunakan untuk memenuhi keperluan komuniti.
Teknologi boleh dijelaskan satu 'proses' - sesuatu yang mana manusia lakukan untuk menyelesaikan masalah atau untuk mencapai tujuan dan 'produk/menghasilkan' seperti peralatan-peralatan, sesuatu yang boleh dirasa dan wujud dan boleh digunakan untuk memenuhi keperluan kommuniti. (Alexander, R.J. ,1980).
Technology is the application of knowledge, tools and skills to solve practical problems and extend human capabilities.
"Technology - Report of the Project 2061, Phase I Technology Panel" - American Association for the Advancement of Science, 1989.







TEKNOLOGI PENDIDIKAN
 
 Makna Teknologi Pendidikan
Teknologi pendidikan suatu sistem dalam pendidikan yang melibatkan (5 M's) mesin, bahan-bahan, media, orang dan keadah yang saling berkaitan antaranya dan berkerjasama untuk memenuhi objektif pendidikan tertentu.
TP bertujuan memaksimumkan kesan pendidikan dengan 'mengawal' faktor-faktor yang berkaitan sebagai tujuan pendidikan, konten, bahan-bahan pengajaran, persekitaran, 'conduct of students', tingkahlaku pengajar dan saling berhubungan antara pelajar dan pengajar.
Dalam makna yang lebih luas;
Ia berperanan memberi penekanan terhadap idea-idea pendidikan sebagai rekaan teknologi, sebabnya ia menerima perkaraan asas yang maju biasanya hasil dari interaksi 'merubah konsep' (mendahului ke cara-cara baru melihat sesuatu) dengan 'merubah teknik-teknik' (mendahului cara-cara baru melakukan sesuatu).

DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
 
 Teknologi Pendidikan merupakan pembangunan, penggunaan dan penilaian sistem, teknik dan bantuan dalam bidang pembelajaran manusia.
(Department of Education and Science - UK).
TP menitikberat penggunaan kemahiran dan teknik moden untuk memenuhi latihan dan pendidikan. Ini termasuk kemudahan pembelajaran dengan menipulasi bahan dan kaedah, dan kawalan persekitaran sehingga ini sebagai refleksi pembelajaran.
(Unwin, D., 1969)
TP merupakan aplikasi ilmu pengetahuan saintifik mengenai pembelajaran, dan keadaan pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanaan dan kecekapan P&P.
(Hadden, E.H.)
TP menekankan tentang menyediakan kesesuaian situasi pembelajaran yang telah direka dengan pegangan pandangan objektif pengajaran atau latihan membawa makna yang begitu besar.
(Richmond, W.K. , 1979).
     KONSEP TEKNOLOGI PENDIDIKAN
 
Konsep Dan Makna Teknologi Pengajaran
- melibatkan alatan proses pengajaran dalam situasi bilik darjah, tahap pengajaran, teori2, prinsip2 operasi dan mengukuhkan hubungan antara teori2 dan prnisip2 operasi pengajaran.
Sebagai konsep boleh diklaskan kepada 4 komponen.
a) Manpower
b) Methods / kaedah2
c) Materials / bahan-bahan
d) Media
SKOP TEKNOLOGI PENDIDIKAN
 
Boleh dikelas dalam tiga bidang utama.
  1. Berkaitan secara am dengan pentadbiran pendidikan.
  2. Dengan pengujian pendidikan
  3. Proses pengajaran.
Rowntra (1973):
  1. Menentukan tujuan dan objektif pembelajaran.
  2. Perancangan persekitaran pembelajaran
  3. Meneroka dan menstruktur matapelajaran
  4. Memilih strategi pengajaran dan media pembelajaran yang sesuai
  5. Menilai keberkesanan sistem pembelajaran
  6. Menggunakan celik akal dari pengalaman untuk meningkatkan keberkesanan pada masa depan
Bahagian penting yang boleh dirangkumkan:
  1. Konsep dan pelbagai bidang TP
  2. Proses P&P
  3. Teknologi pengajaran individu/kendiri
  4. Pembelajaran terancang/program
  5. Model pengajaran
  6. Teori pembelajaran
  7. Pendekatan multimedia
  8. Mathetics
  9. Cyvbernetics
  10. Analisa tugasan
  11. Modul
  12. Pendekatan sistem.

KLASIFIKASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
 
1. Mackenzie (1980); mengklas peralatan berdasarkan:
  • TV, makmal bahasa dan bahan audio-visual yang lain.
  • Peratalan maklumbalas termasuk mesin pengajaran
  • Peralatan 'Reprographic' seperti komputer dan bahan pembelajaran terancang/program.
2. Percibal &Ellington (1984) mengklas teknik-teknik;
  • Pengajaran secara ramai / mass
  • Pengajaran secara individu
Mass Instructional: terdapat 4 jenis.
  1. Penyiaran saluran pendidikan
  2. Penyiaran saluran komersial
  3. Sirkit tertutup yang mana pengajar digunakan untuk pengajaran sampingan atau untuk menyediakan pengajaran terus dalam kelas.
  4. Jenis terbuka dalam mana pengajar yang terhad disalurkan melalui medium sirkit tertutup sebagai mengantikan guru dikelas.
Pengajaran individu:
  1. Individu membaca bahan dan yang berkaitan.
  2. Individu mendengar dan melihat bahan; slaid, film jalur, wayang gambar dsb.
  3. Makmal bahasa
  4. Bahan bercetak khusus yang terancang.
  5. Mesin mengajar





PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
 
Terdapat 5 peringkat:
  1. Berkaitan dengan penggunaan bantuan audio-visual seperti carta, peta, 'specimen' bahan konkrit.
  2. Berkaitan dengan 'electronic revolution' yang membawa ke era hardware dan software yang cangih.
  3. Berkaitan dengan media masa yang menerajui 'revolusi kommunikasi' untuk keperluan pengajaran. CAI menjadi popular
  4. Proses pengajaran individu; penekanan kepada pembelajaran terancang dan pengajaran. Sistem pembelajaran kendiri berdasarkan bahan-bahan 'self-instructional' dan mesin mengajar.
  5. Dipengaruhi oleh konsep 'system engineering' dan pendekatan sistem. Berdasarkan ini TP adalah rekabentuk cara bersistematik, menghasilkan penilaian proses mutlak P&P dalam objektifnya berdasarkan penyelidikan.

Pendekatan Hardware/Perkakasan
Penggunaan bahan-bahan dan peralatan mekanikal.
Pendekatan ini berdasarkan penggunaan prinsip-prinsip kejuteraan untuk menghasilkan peralatan 'electromechanical'.
"is based on the application of physical sciences to education and training system which mechanizes the process of teaching generally so that teachers would be able to deal with more students, relusting lowering in the costs and economy in finances". (Davis, 1971).
Pendekatan Software / Perisian
Secara langsung berkaitan kepada psikologi pembelajaran yang mana keputusan perubahan tingkahlaku berasal/berdasar dari pengalaman,(Melton, 1959).
Ia begitu berkait rapat dengan prinsip2 moden program pembelajaran dan dicirikan dengan analisa tugas, menulis objektif2, pemilihan strategi pembelajaran yang bersesuaian, 'reinforcement' tindakbalas yang betul dan penilaian yang tetap.
Teknologi perisian biasanya merujuk kepada pendekatan berikut;
  • Instructional technology
  • Teaching T
  • Behavioural T
[Perbandingan Behavioural Technology, Teaching T dan Intructional T]
Kelebihan:
  1. Menyokong / membantu perbezaan individu
  2. Menumbang kepada jimat masa, tenaga dan sumber guru dan murid.
  3. Memotivasikan pelajar
  4. Mengembangkan minat pelajar
  5. Kontent subjet mudah difahami.
  6. Menjadikan 'subject-matter' lebih menarik
  7. Menjadikan P&P ada daya tarikan, berinspirasi dan berkesan.
  8. Menjadikan 'subject-matter' nampak hidup
  9. Menyediakan pilihan penyertaan pelajar dalam pelajaran.


                            CIRI-CIRI TEKNOLOGI PENDIDIDKAN
 
Ciri-ciri dan 'Nature' Teknologi Pendidikan (TP)
  1. TP merupakan penggunaan prinsip-prinsip saintifik kepada pendidikan
  2. TP menekankan perkembangan kaedah dan teknik untuk keberkesanan P&P.
  3. Organisasi situasi pembelajaran untuk merealisasi kesan tujuan pendidikan.
  4. Mengutamakan mereka dan mengukur alat-alat menilai hasil pembelajaran
  5. Memudahkan pembelajaran kawalan persekitaran, media dan kaedah.
  6. Melibatkan input, output dan aspek proses pendidikan.
  7. Ia tidak saja penggunaan media elektronik, ia termasuk pendekatan sistem.
  8. Satu medium penting kommunikasi.
  9. Tidak seharusnya dianggap sebagai synonym kedapa penggunaan audio visual
  10. TP satu istilah yang padat dan ia tidak seharusnya dilihat dalam istilah bahan-bahannya atau proses. Ia termasuk 'instructional technology', 'teaching technology', program pembelajaran, pengajaran mikro dan analisa sistem dsb.








OBJEKTIF TEKNOLOGI PENDIDIKAN
 

Objektif TP. (khusus pengajaran dalam bilik darjah)
  1. Mengesan dan menganalisa ciri-ciri dan keperluan pendidikan pelajar
  2. Menentukan objektif khusus bilik darjah dan bermula dengan bahagian tingkahlaku.
  3. Menganalisa kandungan pengajaran dan mengatur susunannya dalam urutan yang betul.
  4. Mengesani bahan-bahan dan sumber yang bersesuaian dengan P&P.
  5. Mengesani 'nature' (keadaan semula jadi) interaksi sub-sistem, seperti pelajar-pelajar, guru, bahan P&P, kandungan pengajaran dan kaedah.
  6. Menilai keberkesanan pengajaran berdasarkan pencapaian pelajar atau perubahan tingkahlaku.
  7. Mencadangkan maklum balas yang bersesuaian kepada pelajar dan guru supaya dapat melakukan baik pulih proses P&P.


DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN
 


http://elearning.ipgmksm.edu.my/sumber/tekpdk/grafik/domain.jpg
Aktiviti:
  1. Reka bentuk mengandungi reka bentuk sistem pengajaran, reka bentuk mesej, strategi pengajaran dan ciri pelajar
  2. Pembembangan /pembinaan mengandungi teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu.
  3. Penggunaan mengandungi penggunaan media, penyerapan inovasi, pelaksanaan dan institutionalisasi dan polisi peraturan.
  4. Pengurusan mengandungi pengurusan projek, pengurusan submer, pengurusan sistem penyampaian dan pengurusan maklumat
  5. Penilaian - analisis masalah, pengukuran rujukan kriteria, penilaian formatif dan sumatif

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
 
Model RP ASSURE (bilik darjah)
A - Analyse learner (Analisis pelajar)
S - State objectives (Nyatakan objektif)
S - Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media.
U - Use media (Gunakan media)
R - Require learner response (Perlukan tindakbalas pelajar)
E - Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan

Model RP Dick & Carey (tumpuan sistem)
1. Kenal pasti matlamat pengajaran
2. Buat analisis pengajaran
3. Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar
4. Tulis objektif prestasi
5. Bina item ujian rujukan kriteria
6. Bina strategi pengajaran
7. Bina atau pilih bahan pengajaran
8. Penilaian formatif
9. Semak semula pengajaran.

PROSES MEMBINA BAHAN
Jenis-Jenis Bahan/Media
Perancangan merupakan asas penting dalam membina bahan P&P.
Perancangan mungkin bersifat
  1. Berstruktur : susunan, urutan komponen yang logik, dan gabungan bentuk mesej yang seragam
  2. Bebas : dilanbangkan dari pemikiran kreatif.
Suatu analisis bagaimana proses pemikiran kreatif digunakan dengan jayanya, langkah berikut boleh membantu;
  1. Keinginan : - dorongan awal untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang anda prihatin
  2. Penyediaan : - kumpul maklumat yang berkait dengan masalah, seperti yang diperlihatkan melalui peringkat perancangan pengecaman khalayak, spesifikasi objektif dan senarai kandungan.
  3. Manipulasi : - bermain dengan pelbagai idea, untuk mendapat satu atau lebih penyelesaian yang mungkin, mencari pola baru untukmengolah kandungan yang berbeza daripada sesuatu yang biasa.
  4. Pengeraman : - mengambil alih proses pemikiran itu oleh mina yang separa sedar, khususnya jka penyelesaian tidak dapat dicapai.
  5. Penerangan : - Pendedahan suatu penyelesaian dengan tiba-tiba atau pola baru sebagai hasil pemikiran yang separa sedar.
  6. 6. Penentusahan : - meneliti penyelesaian itu untuk menilai sama ada boleh dilaksanakan atau tidak, dan kemudian menerimanya sebagai yang sesuai.

Panduan Menyedia Bahan

1. Pertimbangkan khalayak (Pelajar)
2. Bina Objektif
3. Gunakan Pendekatan Pasukan
4. Cari Bahan Berkaitan
5. Ulang kaji apa yang telah anda buat
6. Sediakan Garis Panduan Kandungan

Kerja kursus rph bm penulisan

TUGASAN SGRM 3023 – PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN


A.   Tugasan Individu

1.    Refleksi Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

Anda dikehendaki melakukan satu pemerhatian terhadap pengajaran penulisan Bahasa Melayu dan  membua trefleksihasildaripada pemerhatian tersebut.Fokus refleksi  andaialah terhadap pendekatan, kaedah serta teknik yang digunakan oleh guru terbabit semasa pengajaran penulisan Bahasa Melayu.

Panjang penulisan refleksi anda adalah antara 1000hingga1500 perkataan, tidak termasuk lampiran dan rujukan.

Salinan RPH hendaklah disertakan bersama)

Fon: Times New Roman (12 pt)
Selang : 2 baris
Format : APA 6


Markah :20%


Transkripsi Fonetik

Perihal Kampung Tok Raja

Kampung Tok Raja ,Jerteh,Besut, telah dibuka  dan dihuni  sejak zaman dahulu lagi, sebelum zaman Inggeris. Pada asalnya penduduk melayu di sini berasal dari Patani, Thailand.Mereka ini telah datang dan membuka tanah dan terus menetap di sini.Bilangan mereka pada masa itu sangat sedikit,dan kemudian menjadi bertambah menjadi 6 keluarga.Jumlah ini semakin bertambah dari masa ke semasa hinggalah ke zaman Jepun memerintah Tanah Melayu. Kebanyakkan penduduk pada masa itu mempunyai pertalian saudara.
Nama kampung ini diambil sempena dengan seorang raja yang telah mangkat dan hanyut,telah dijumpai penduduk kampung pada masa itu.penduduk  telah berpakat mengembumikan jenazah raja yang tak diketahui itu berhampiran sungai di kampung ini. Jadi kebetulan masa itu tiada lagi nama kampung tersebut.Maka mereka telah sepakat menamakan kampung ini, dengan nama “Kampung Tok Raja.”
Sungai adalah menjadi jalan penghubung dengan kampung-kampung sekitar.Pekerjaan utama penduduk pada masa itu adalah petani.Mereka bekerja sebagai penanam padi dan menanam pokok buah-buahan tempatan.


Perihal Kampung Tok Raja dalam dialek Besut.

Kg. Tok Raja di Jeteh lamo doh buka ore dok dr jame dulu lagi blum ore putih. Mulo-mulo dulu ore mlayu asal da’ri Thani, Teland. Demo ni mari buka hute pah teruh duduk sini. 
Maso tu hok mari sikit jah pah  koho tambah sampa 6 keluarga. Koho lama koho rama sapa lah Jepun mretah Malaya. Maso tu kebanyakannyo ore kapung warih belako.
Nama kapong pun ikut nama raja hok mati  hanyut air , maso tu ore kapung tulung tane raja hok tak kenal tu dekat denga. sunga kapong. Wat kebetule tika tu tak dop lagi nama kapong ja’di ore kapung sepakat nak boh nama kapung tu Kapung. Tok Raja.
Sunga memang jadi jalan kalu nak gi kapung dekat-dekat tu. Kebanyakan ore kapung kijo nane padi denga. buah kayu.