Sunday, March 30, 2014

Kaedah Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian(Huraian)

1.0 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa merupakan satu daripada aspek bahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk membolehkannya menguasai bahasa yang dipelajari dengan cekap dan berkesan. Menurut Abdullah Aziz(2000), mengatakan kelemahan pelajar menguasai tatabahasa dan penggunaan ideaakan mewujudkan karangan yang tidak ³terkarang´. Kenyataan ini disokong oleh HusinMahmmod (1983) dan Azman Wan Chik (1987) yang merumuskan aspek utama dalamsesebuah pengajaran dan pembelajaran ialah tatabahasa dan gaya bahasa, iaitupenulisan struktur ayat dan butiran leksikel.Oleh itu, menurut Corder (1975), berpendapat bahawa seorang guru bahasayang baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan-peraturan atau resepi.
Seseorang guru  mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya itu. Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi apabila seseorang murid belajar bahasa ataupun guru tersebut mempunyai satu teori tidak formal tentang cara bagaimana bahasa diajar dan dipelajari.Prinsip-prinsip umum tentang pengajaran bahasa tidak terbentuk secara sewenang-wenang tetapi berasaskan teori-teori ilmu linguistik dan psikologi khususnya teori-teori seperti huraian dan pemerolehan bahasa. Tegasnya prinsip-prinsip umumyang dijadikan panduan oleh guru dalam pengajaran terbentuk daripada teori-teori linguistik dan psikologi menentukan orientasi pengajarannya ataupun pendekatan pengajarannya serta menjamin pemantapan murid-murid dalam menguasai tatabahasa.
Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran yang sering digunakan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, perdekatan elektif danpendekatan komunikatif.Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikansebagi "to come near to in any sense" 
atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.Sebagai contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.Dalam pengajaran bahasa, terdapat empat pendekatan yang boleh  para guru bagi memastikan pelajar dapat menguasai bahasa dengan mudah.Pendekatan-pendekatan yang dimaksudkan ialah:-
 i.Pendekatan induktif
 ii. Pendekatan deduktif
 iii. Pendekatan eklektik
iv. Pendekatan komunikatif


1.1 Pendekatan Induktif 
Menurut Juriah Longet.al . (1990).erkaedahanPengajaran Bahasa Malaysia, menerangkan bahawa pendekatan induktif atau jumpaan merupakan satu pendekatan yang berasaskan lima prinsip pengajaran iaitu persediaan, penyampaian, penyatuan,generalisas dan penerapan. Menurut John, M. Kierzek dan Alker Gilson (1960),pendekatan ini mengutamakan penggunaan contoh-contoh bahasa, diikuti dengan generalisasi oleh murid-murid sendiri atau undang-undang bagi unsur tersebut dan kemudiannya diakhiri dengan aktiviti penerapan atau aplikasi. Contohnya dalam pengajaran tentang ayat tunggal, guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal. Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat, guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.Model pengajaran dan pembelajaran pendekatan ini dirumuskan seperti berikut:

Generasi
 
            Aplikasi
 
      Contoh-contoh
 
                               
Rajah 1.1 :                                                                  
                                                                                         
Model Induktif 
(Perkaedahan pengajaran Bahasa Melayu, m/s 236)Contoh-contoh bahan pengajaran bukan sahaja disediakan oleh guru tetapi juga boleh diminta daripada murid. Perkara penting, contoh-contoh itu mestilah jelas, tepatdan dapat memudahkan pelajar-pelajar memikirkan rumus-rumus yang menjadi dasar 
Contoh-contoh bahan pengajaran bukan sahaja disediakan oleh guru tetapi juga boleh diminta daripada murid. Perkara penting, contoh-contoh itu mestilah jelas, tepatdan dapat memudahkan pelajar-pelajar memikirkan rumus-rumus yang menjadi dasar
Pembentukannya.Sebaik-baiknya contoh-contoh itu haruslah memperlihatkan keseragaman dari segi struktur dan menepati struktur yang hendak diajarkan serta mencukupi pula jumlahnya.Contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan haruslah dielakkan. Pada peringkat yang kedua, guru tidak memberikan rumus-rumus tatabahasa yang hendak diajarkan itu, sebaliknya ia mestilah membimbing murid-muriduntuk mengenal pasti rumus-rumus yang tersirat daripada contoh-contoh yang ditunjukkan. Tegasnya, murid diberi peluang menggunakan kebolehan kognitif merekauntuk menetukan rumus. Tugas guru hanyalah memandu, membimbing dan menjuruskan pemikiran murid ke suatu arah yang sama supaya rumus-rumus tatabahasa yang hendak disampaikan itu dapat dikesan oleh murid dengan lebih cepat.Guru-guru harus cekap mengesan dan memperbetulkan rumus-rumus yang salah yang mungkin dikemukakan oleh murid. Pada bahagian aplikasi pula, latihan yang harus diberikan mestilah banyak dan pelbagai supaya pembelajaran murid dapat diperteguhkan dengan lebih berkesan.

Brian Seaton (1982) berpendapat bahawa :
.
Prinsip-prinsip ialah contoh haruslah relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Tambahan pula, contoh dipelbagalkan pengajaran secara induktif supaya generalisasi dapat dicapal dengan mudah. Dalam proses membentuk generalisasi, guru menggalakkan pelajar untuk mengemukakan contoh  khusus Pengajaran secara induktif menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit.instanc««.learning by induction, the student experience a mental  process in which he observes many e and then makes a general rule (generalisation) in corporating the truth of the fact observes. Every generalisation is arrived at, therefore, by induction

1.2Pendekatan Deduktif 
 Pendekatan deduktif dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu pendekatan yang didahului dengan pengajaran rumus-rumus, undang-undang ataupunperaturan bahasa, kemudian diikuti dengan contoh-contoh dan diakhiri pula dengan aplikasi atau penerapan rumus-rumus tersebut seperti yang dikatakan oleh BrianSeaton (1982),
³ learning by deduction the student start with a general truth and applieit to a particular cases´.
Sebagai contoh, apabila seseorang guru mengajar aya ttunggal, guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkan contoh-contohpenggunaannya. Model pengajaran dan pembelajaran bahasa pendekatan ini dapat diringkaskan seperti berikut mengikut Paul D. Eggen (1979).it to a particular cases´.
Pendekakatan menggunakan deduktif dicirikan dengan pelajar mempelajari berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan fakta/contoh
tertentu daripada peraturan umum. Dalam penaakulan, pelajar mengumpulkan fakta untuk membuktikan satu penyataan umum itu benar atau tidak. Proses penganalisisan fakta yang akan dikumpulkan berlaku sebelum membentuk generalisasi. Pada peringkat proses deduktif, pelajar bersama guru akan membuat kesimpulan tentang fakta-fakta daripada yang umum kepada yang spesifik.Prinsip penggunaan pengajaran deduktif merangkumi aspek-aspek berikut:
i. sesuatu masalah diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan pelajar mengemukakan cara penyelesaian masalah. Dalam konteks ini,generalisasi dikemukakan harus dinyatakan secara eksplisit.
ii. penyelesaian masalah mengikut langkah demi langkah.
iii. beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau peraturan. Berdasarkan contoh yang digunakan, pelajar meniru atau hafal contoh dan membentuk contoh
iv. pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampalkan. Latihan menulis untuk mengesan kebolehan pelajar nienguasal kemahiran turut diberikan

1.3 Pendekatan Komunikatif 
Berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain yang telah dinyatakan,pendekatan komunikatif menekankan aspek komunikasi dalam pengajaran. Asas ini disarankan olehahli-ahli bahasa seperti H.G Widdowsson, C. Jbrumfit, K. Johnson, D.H Hymes dan W.Littlewood.Menurut ahli-ahli berikut mereka menyatakan bahawa pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa sertakecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya.Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.Pengajaran dimulakan dengan aktiviti komunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan oleh murid, baik secara berpasangan ataupun berkumpulan. Komunikasi ituboleh diwujudkan dalam konteks situasi yang sebenarnya ataupun berupa lakonan,main peranan, simulasi, penyelesaian atau sebagainya yang memerlukan murid berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajari. Walau bagaimanapun, untuk pengajaran tatabahasa, guru haruslah merancang situasi penggunaan bahasa yang benar-benar sesuai dengan unsur-unsur tatabahasa yang hendak diajarkan supaya murid-muriddapat melihat hubungan di antara unsur tatabahasa itu dengan konteks penggunaannya yang sebenar.Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru. Mengikut pendekatan ini, latih tubi hanya diadakan apabila perlu, iaitu sekiranya didaati murid-murid lemah dalam penggunaannya.Secara amnya, Roger W. Shuy(1982), berpendapat bahawa pendekatan ini dijalankan berdasarkan model berikuf.

1.4 Pendekatan Efektif
Menurut Thomas F. Green (1997) melalui bukunya The Activities of Teaching menulis bahawa pengajaran adalah proses menukar tingkah laku & kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Dr Ragbir Kaur (2005) mendefinisikan pengajaran sebagai satu proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Maksud efektif pula jika dirujuk dalam Kamus Pelajar DBP Cetakan Kesebelas (1994) bermaksud sesuatu yang mendatangkan kesan atau hasil yang diharap-harapkan.
Pengajaran efektif merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar menguasai kemahiran tertentu serta pengetahuan dan arah tuju. Pengajaran ini dilaksanakan dalam kumpulan kecil yang sama-sama berusaha untuk mencapai tujuan bersama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan penyeliaan guru. Al-Ghabisi (2002).
Secara dasarnya pengajaran efektif merupakan aktiviti pengajaran yang melibatkan pendidikan yang terbaik bagi meningkatkan keinginan pelajar dalam pembelajaran dengan berbagai-bagai aktiviti pendidikan. Chris (1992).
Menurut Hunter (1969) dalam bukunya Teach More, Fasterpengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri murid-murid. Pembelajaran yang efektif berlaku dalam suasana yang sihat serta bersemangat.
Oleh itu, pengajaran efektif boleh ditakrifkan sebagai satu sistem aktiviti yang dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran terakhir yang dikehendaki di dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat. Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku murid, akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia juga merangkumi perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.


2.0 Huraian dan penjelasan konsep,objektif,prinsip dan langkah pengajaran



MAHU YANG LENGKAP,   call saya 0139791552

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG BM2 IPGMKSM

LAPORAN  KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG BM2 2014.
        Tarikh : 22.3.2014,
         Hari     : Sabtu,
         Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 petang,
         Tempat : Padang hoki dan Gelanggang badminton IPG KSM.
         Kelas : PPG Bahasa Melayu  2,
         Bilangan peserta terlibat : 26 orang.
        Jenis permainan terlibat : Tuju tin,galah panjang,lastik para,cari cucu  dan                                    
               permainan congkak.

a. Objektif dan program.
Peserta program pensiswazahan guru (PPG) unit Bahasa Melayu 2,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut,Terengganu telah mengadakan Program Karnival Permainan Tradisional baru-baru ini.Program ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih peserta dalam mengurus serta menganjurkan sesuatu permainan dengan sebaik mungkin mengikut kertas kerja yang telah dirancangkan.Selain daripada itu juga diharapkan dengan program ini juga memberi pengalaman berguna kepada para peserta,khasnya berkenaan dengan permainan tradisional rakyat Malaysia.Program ini juga diharapkan dapat memupuk semangat bekerjasama di kalangan para peserta yang terlibat.
Program dimulakan dengan ucapan dan taklimat ringkas berkenaan program oleh pensyarah terlibat iaitu Encik Khairuddin bin Mat Hassan.Dalam taklimatnya,beliau berharap agar karnival ini berjalan dengan baik dan lancar serta mengikut kertas kerja yang telah dirancangkan.
Tepat jam 9.00 pagi acara program pun berlangsung dengan baik dan mengikut tentatif program.Acara dimulakan dengan permainan tuju tin,galah panjang,lastik para,cari cucu dan akhir sekali permainan congkak.Semua peserta terlibat dalam aktiviti permainan ini.
Semua aktiviti berjalan lancar dan berlangsung dalam keadaan yang baik dan ceria.Kelihatan semua peserta  terhibur dan gembira ketika terlibat dalam sebarang permainan tradisional ini.Acara yang dirancangkan berjalan mengikut atur cara yang telah ditetapkan.


b.Laporan Permainan Congkak.
Pengenalan.
Congkak ialah sejenis permainan tradisional melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman  atau sebagai pertandingan.Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunkan biji getah ataupun biji guli.

Matlamat permainan.
+ Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam sukan tradisional.
+ Melahirkan guru yang cergas dan cerdas dalam aspek mental dan fizikal.
+ Memberi pendedahan kepada peserta PPG,berkenaan pengurusan dan penradbiran   
   sukan di sekolah.
+ Melatih peserta dalam membuat pengurusan sesuatu kejohanan sukan.
+ Memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.
+ Menanam sikap perpaduan dan cinta akan warisan kesenian bangsa di kalangan
    peserta PPG.

Objektif permainan:
a) memupuk semangat setiakawan dan perpaduan antara kaum di kalagan pelajar IPG
   KSM.
b) menyemarakkan semangat  menghargai budaya dan kesenian warisan nene moyang 
   di kalangan pelajar.
c) memberi maklumat serta kemahiran untuk melibatkan diri dalam sukan permainan
   tradisional khasnya kepada golongan minoriti.


Perjalanan permainan.

Taklimat ringkas telah diberikan oleh En.Zainuddin dan Mohd Jamka tentang cara dan kaedah permainan congkak ini.Mereka juga dibantu oleh ahli kumpulan ini, iaitu En.Abdullah,En.Hamidi,En.Nasirruddin dan En.Shahidi dalam menyelaraskan permainan congkak ini.Peserta perempuan pula bertindak sebagai pemain papan congkak.Kumpulan kami telah menyediakan enam papan congkak beserta gulinya sekali.


Seramai dua belas orang peserta perempuan terlibat sebgai pemain congkak ini.Permainan ini berlangsung di dalam dewam badminton.Permainan ini dimainkan secara duduk bersila atau bertimpuh.
Permainan ini dimain serta dipertandingkan secara ‘kalah mati’.pertandingan berlaku dalam dua pusingan.Pada pusingan pertama dua belas peserta terlibat,dan mereka yang dapat mengumpul biji guli yang banyak akan dipilih untuk ke pusingan ke dua.
Dalam pusingan kedua mereka akan bermain secara liga dan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B.Perlawanan akhir akan menemukan juara kumulan A dengan juara kumpulan B.Manakala naib johan setiap kumpulan akan berentap untuk tempat ketiga.
Ketika permainan berlangsung kelihatan semua peserta bermain dengan penuh minat dan berhati-hati dalam mengaturkan biji-biji guli ke dalam lubang yang telah ditetapkan.mereka berebut-rebut untuk mengumpul sebanyak mungkin biji guli tersebut ke lubang besar atau’ rumah mereka’.
Tiga pemain yang  telah berjaya mengumpul biji guli terbanyak telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga,manakala seorang peserta dipilih untuk menerima hadiah sagu hati.Hadiah telah disampaikan oleh En.Hamidi di akhir permainan tersebut.
Kesimpulannya dapatlah dikatakan semua aktiviti dan atur cara yang dirancangkan berjalan dengan baik dan bersistematik.En.Khairuddin  selaku pensyarah pemerhati nampaknya berpuas hati dengan perjalanan program ini.



Majlis penutup program.
En.Khairuddin selaku pensyarah pembimbing dalam ucapan penutupannya mengatakan beliau amat berpuas hati dengan cara dan corak permainan yang telah diurus serta dilakukan oleh guru-guru PPG  ini.Beliau juga mengatakan amat kagum dengan kesungguhan semua peserta dalam menguruskannya, serta menganjurkan karnival permainan tradisional ini.Kata beliau selain meganjurkan permainan,guru juga bermain sambil berhibur serta mengamalkan semangat kerja sama yang mendalam.Makan dan minuman ringan telah disedikan kepada pensyarah juga peserta.Peserta juga diberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan kenangan.Program ini tamat pada jam 2.00 petang.
Kepada semua terlibat diucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga,jasa anda akan dikenangi selamanya.

Sekian,


Laporan disediakan oleh,
……………………………
(ABDULLAH BIN YUSOFF)
Setiausaha Kumpulan.







 Gambar Sekitar Karnival Permainan Tradisional - Congkak.

Kain rentang karnival.                                                               Sebahagian ahli kumpulan.


                                          

Permainan pusingan 1 berlangsung.                                               Peserta terdiri daripada kalangan
                                                                                                    guru perempuan tekun bermain.




Permainan pusingan ke 2 sedang berlangsung.
                                                   
         


       










                   

  Majlis penutupan karnival dilakukan oleh En.Khairuddin Mat Hassan,pensyarah PJ IPGM KSM.



Saturday, March 29, 2014

1.Pengetahuan Tentang Psikolinguistik dan Sosiolinguistik Membantu Guru BM Dalam Pengajarannaya.Bincangkan

Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasalah yang membuat manusia berbeza dengan makhluk yang lain. Linguistik merupakan ilmu yang mempelajari bahasa di mana prosesnya berlangsung tanpa henti. Menurut Matthews (1997:vii), linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa atau kajian ilmiah tentang bahasa. Bahasa pula menurut Kridalaksana (2005:3) merupakan sistem lambang bunyi yang disepakati untuk dipergunakan oleh para anggota kelompok masyarakat tertentu dalam bekerjasama, berkomunikasi, dan mengidentifikasikan diri. Memang betul ramai antara ahli linguistik yang jarang memikirkan tentang kegunaan linguistik. Mereka hanya kerap berkecimpung dengan teori dan analisis linguistik sahaja.
          Sebenarnya memang ramai ahli linguistik yang telah mencuba menggunakan linguistik dalam bidang lain. Ramai ahli linguistik yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengajaran bahasa. ada pula yang berusaha dalam bidang terjemahan, sosiolinguistik, psikolinguistik, dan sebagainya. Di samping itu banyak lagi kegunaan linguistik. Mungkin juga bukan ahli linguistik yang harus menentukan bahawa ilmu linguistik itu berguna dalam pendidikan, tetapi, terpulanglah kepada para pendidik untuk menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran. Walau bagaimanapun, linguistik ialah satu ilmu baharu yang berkembang pesat, walaupun sebenarnya ilmu ini telah mula dikenali sejak zaman kesarjanaan Yunani dahulu lagi.    
          Tetapi ilmu ini tidak begitu mudah difahami. Tambahan pula, kebanyakan buku linguistik sukar untuk dibaca dan difahami. Perkembangan linguistik amat pesat berlaku dan ini menambahkan kesukaran untuk memahaminya. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat bilangan jabatan pengajian linguistik yang telah dibuka di universiti-universiti, dan banyak pula kajian dijalankan serta penerbitan dihasilkan tentang linguistik. Kesemua perkembangan ini telah menambahkan kebingungan orang ramai. Itulah sebabnya linguistik dilihat dengan penuh kesangsian dan sukar diterima, dan malah kadang-kadang ada pihak yang terus menolaknya. Sebenarnya, kalau linguistik ini ditolak, bukanlah kerana kegunaannya kurang, tetapi kerana linguistik itu tidak dimengertikan dan tidak digunakan dengan baik.




Mahu yang lengakap call ,saya

Koleksi kerja kursus yang telah saya hasilkan.

1) Sosiologi dan Ketamadunan
2) Linguistik
3) Psikolinguistk dan Sosiolinguistik

4) Fonetik dan Fonologi- analisis petikan -kata tugas.
                                 - analisis petikan -golongan kata dan sebagainya.
                                 - analisis cerpen

5) Sintaksis                   -analisis cerpen

6) Semantik dan Peristilahan - analisis petikan

7).”Guru BM memerlukan pengetahuan dalam bidang semantik:Bincangkan

8) Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dan Perkamusan

9) Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

10) Kaedah Pengajaran Sejarah Sekolah Rendah

11) Tamadun Islam.

12) Literasi Numbor.kertas kerja projek

13) Morfologi -kata tugas-penggolongan kata dll

14) Menguruskan Sekolah Menggunakan Runding Cara Yang Berkesan

15.Laporan Karnival Sukaneka Tradisional PPG 

16.Pentaksiran Dalam Pembelajaran Sejarah

17.Kajian Tindakan : Tidak Menguasai Dalam Pembinaan Ayat,kerta 2 BM.

18.Kajian Mengkaji Keberkesanan Penggunaan Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

19.Kebebasan beragama di Malaysia dijamin oleh perlembagaan.Huraikan.

20.Kebudayaan Melayu.Amalan yang masih relevan dalam masyarakat.

21.Pendidikan Seni Visual.Esai.

22.Profosal Kajian Tindakan-Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Menulis Ayat BM 2 Di Kalangan Murid Tahun 5T.

23.Dan lain-lain 

Berminat sila call saya..0139791552

Saturday, March 15, 2014

Dividen Saham Bank Rakyat Tahun 2013.




KUALA LUMPUR 13 Mac - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18 peratus kepada 947,541 ahlinya.
Ia terdiri daripada 16 peratus dividen tunai berjumlah RM440 juta dan dividen bonus dalam bentuk saham sebanyak dua peratus berjumlah RM55 juta yang akan ditambah ke dalam akaun sedia ada ahli-ahlinya.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemberian dividen tersebut adalah hasil prestasi cemerlang bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu.
Pada tahun kewangan 2012 berakhir 31 Disember lalu, Bank Rakyat merekodkan peningkatan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak 4.7 peratus kepada RM2.11 bilion berbanding RM2.02 bilion tahun sebelumnya.
" Ini didorong oleh pertumbuhan pendapatan daripada pembiayaan dan deposit serta ditambah dengan kualiti aset yang kukuh walaupun berdepan dengan cabaran industri perbankan tempatan," katanya semasa mengumumkan prestasi kewangan Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2012 di sini hari ini.
Tambah Ismail Sabri, Bank Rakyat mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.74 bilion didokong oleh peningkatan pendapatan kasar sebanyak 13.2 peratus sebanyak RM6.23 bilion berbanding RM5.5 bilion tahun sebelumnya.
Manakala pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit turut meningkat sebanyak RM95.6 juta kepada RM3.34 bilion berbanding RM3.24 bilion sebelumnya.
Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan bagi tahun 2013, Ismail Sabri berkata, Bank Rakyat memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM300 juta.
Ini melibatkan pembukaan tiga cawangan penuh, lima cawangan perkhidmatan, 20 cawangan Ar-Rahnu Exchange serta 100 mesin ATM dan deposit, selain penambahbaikan cawangan-cawangan sedia ada.

Saturday, March 8, 2014

Semantik dan Peristilahan

1.0       SEMANTIK
Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik.Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.
Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna.Semakin banyakkata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.Kajian mengenai makna kata dapat dibahagikan kepada aspek-aspek berikut:
a. makna denotasi dan dan makna konotasi
b. Makna dalam konteks
c. Hubungan makna dengan kebudayaan
d. Perubahan makna
e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat.Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks.Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan.
Otak kita menjadi stor kepada kata -kata yang bermakna ini.Storan maklumat serta morfem ini k ita panggil leksikon atau kosa kata. Lihat contoh ayat berikut: Ayah saya pemandu.
‘Kata ayah saya pemandu’
(i) manusia (i) ganti nama (i) manusia
(ii) lelaki (ii) manusia (ii) membawa kenderaan
(iii) dewasa (iii) orang yang berkata (iii mempunyai lesen
Ciri-ciri
(iv) bapa kepada anak
Ciri ialah maklumat tentang semantik perkataan.Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang.Satu lagi ciri semantik ialah rujukan.Teliti ayat berikut:
‘Orang itu pengarah syarikat.Orang itu abang saya.’
Sungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua -dua ayat membuatrujukan yang sama kepada orang yang sama. Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akandifahami sungguhpun ujaran berkenaan diun gkapkan menurut peraturan tatabahasa bahasa Melayu.

Makna denotasi dan konotasi
Denotasi ialah makna tersurat. Contohnya ‘ayam tambatan’ iaitu ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain -lain alat pengikat. Konotasi ialah makna tambahan, atau makna tersirat.Contohnya ‘ayam tambatan’ membawa maksud orang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan.
Terdapat kata-kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama, tetapi makna konotasi yang berbeza. Contohnya kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad dan roh terpisah. Akan tetapi, dari segi denotasi, wafat untuk tokoh-tokoh ulama terhormat dan disegani, meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuk sebutan yang lebih kasar.




Makna dalam konteks
Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya.
Contoh:
1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian)
2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati memb awa maksud organ haiwan yang menjadi hidangan yang menyelerakan)
3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan).
Hubungan makna dengan kebudayaan
Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat.Contoh:
a.    Engkau/kau: digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untuk menimbulkan kemesraan.

b.    Awak/anda: Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi).

c.    Tuanku: Digunakan oleh orang biasa untuk merendah di ri apabila berhubung dengangolongan raja.




OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kembali semua buku,
sempat ditinggalkan asas ilmu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988

2.0       ANALISIS ASPEK SEMANTIK
2.1       ASPEK PERBENDAHARAAN KATA DAN ISTILAH
Perbendaharaan kata ialah himpunan perkataan yang terdapat dalam bahasa yang boleh digunakan oleh pengguna bahasa tersebut.Terdapat pelbagai perbendaharaan kata atau istilah yang digunakan dalam sesuatu bahan sastera atau penulisan.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan perbendaharaan kata serta istilah tersebut. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan kata tersebut ialah:
Peminjaman Kata
Peminjaman kata bertujuan untuk membentuk istilah-istilah baru yang menepati kehendak pengisian masa & keadaan, perkembangan dalam perniagaan & perdagangan.Selain itu, peminjaman kata juga adalah disebabkan oleh faktor psikologi. Masyarakat penutur akan meminjam bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibunda sendiri.  Hal ini kerana masyarakat penutur ingin memantapkan struktur bahasa yang digunakan mereka. Kemudian, bahasa tersebutakan terus berkembang dalam kehidupan seharian mereka.
Peminjaman penterjemahan dilakukan dengan mengambil makna atau konsep perkataan asing itu kemudian diberi padanannya dalam perkataan Melayu. Contohnya, litar pintas membawa maksud short circuit (Bahasa Inggeris). Jika perkataan bahasa asing itu tiada padanan maknanya, peminjaman terus dilakukan. Penyesuaian ejaan dan sebutan sesuatu perkataan di dalam bahasa Melayuakan dilakukan contohnya psikologi (psychology).





Friday, February 21, 2014

Sejenak Dalam Hidup -Aku .

Akhir tahun 2013,menjadi satu kenangan buat diri aku.Di bulan 11 dan 12 ini sudah menjadi kebiasaan bagi ku untuk menjadi pengawas peperiksaan SPM di mana-mana sekolah menengah di daerah Besut.Tahun akhir bagi ku mengawa peperiksaan SPM ini adalah di tahun 2009 di SMA Ittifakiah,Jerteh,Terengganu.Menjadi seorang pengawas bagi diriku bukan sahaja menambahkan pengalaman serta menambahkan kenalan di kalangan guru,bahkan dapat menambah pengetahuan bila ada seseorang guru menceritakan apa sahaja input yang baharu.Jadi kalau ada bahan atau cerita yang berguna akan aku jadikan panduan hidup,menceritakan cerita lucu kepada orang lain atau muridku dan lain-lain lagi.Begitulah seterusnya, saban tahun.Kami guru-guru pengawas dari sekolah rendah dan menengah bergabung tenaga dalam menguruskan peperiksaan SPM ini.walaupun upah dan elaun yang dibayarkan taklah mahal sangat,namun kami semua tetap bersyukur dengan pemberian rezeki daripada Yang Esa!Tugas mengawas dan menjaga serta menguruskan perjalanan peperiksaan SPM ini juga kau lakukan sebagai tanggungjawab aku sebagai seorang guru serta kakitangan awam terhadap negara.Yalah,jika tidak kami semua yang berbuat demikian,siapa lagi.Tugas kami ini juga untuk memastikan semua pelajar tingkatan lima dari semua sekolah menengah dapat menempuhi peperiksaan SPM dengan sebaiknya.

Semasa menjaga dan mengawasi peperiksaan kali ini,hati aku telah tertarik untuk mengenal serta mengambil seorang pelajar perempuan di sekolah ini sebgai anak angkat aku.Beberapa hari sebelum peperiksaan SPM tamat,aku menghampiri meja pelajar ini dan menyuruh dia ke blogku dan juga facebook aku.Pada petangnya setelah aku pulang ke rumah,aku membuka laman sosial ini dan aku dapati pelajar ini telah "add" dan menjadi kawan di facebook aku.Tahulah aku nama nya pada laman sosial ini.Sehari selepas itu,kalau tak silap sebelah petang aku sempat berchating dengannya sekejap.Aku terus menyatakan hasrat hatiku untuk mengambilnya sebagai anak angkatku.Mulanya dia serba salah,tetapi menerima asalkan mendapat persetujuan isteriku!

Aku memberitahunya bahawa isteriku tidak kisah,lagipun beliau sendiri mempunyai anak angkat lelaki iaitu kawan kepada anak perempuanku.Dua tiga hari selepas itu,pelajar nama "F" ini telah memberikan aku dua bungkus kerepek ubi.Aku menerima dengan baik pemberiannya,setelah tamat sesi peperiksaan.Aku membawa balik kerepek ini dan menceritakam kepada isteri dan anakku.Pada fikiranku mungkin pelajar ini lahir dalam kalangan agak susah.Hari akhir peperiksaan aku memberikannya sebiji buah mangga "Korea" kepadanya.Peperiksaan SPMpun tamat pada tengah hari 3.12.2013.

Keesokan harinya aku dan keluargaku bertolak balik ke Ipoh,rumah mertua.Dua tiga hari di sana aku gagal ,menghubungi pelajar ini melalui laman sosialnya, kerana dia tidak "on line".Beberapa hari selepas itu barulah aku mendapat no telefonnya melalui rakannya pada suatu malam.Rupanya dia dan rakannya telah mengikuti rombongan lawatan ke Melaka, Putrajaya dan sebagainya.Yang peliknya dia bertanya kepada aku kenapa aku meminta no telefonnya dengan rakannya,aku menyatakan hendak menghubungilah,takut-takut hilang serta putus hubungan.

Sejak hari itu aku dan dia sering berbalas sms untuk bertanyakan khabar.Taklah selalu sangat,empat lima hari sekali.awal January Fuz ini telah bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai runcit,bagi membantu ibu bapanya.Yelah Fuz ini bukannya  dilahirkan dalam keluarga yang senang.Aku juga terkejut bila dia memberitahu yang keadaan hidup keluarganya yang agak  susah! Aku turut simpati.Patutlah Tuhan menggerakkan hati aku agar mengambilnya sebagai anak angkat,mungkin untuk menolong keluarganya serba sedikit yang aku mampu.

Hasrat hati aku ini memang jujur dan iklas,hanya Tuhan saja yang tahu kejujuran hati ini dalam hubungan persaudaraan ini.Lagipun Islam memang menggalakkan persaudaran di kalangan umatnya.Nabi Muhammad saw juga mempunyai beberapa orang anak angkatnya.Jadi salahkah jika aku sendiri sebagai umatnya ada anak angkat biarpun perempuan.Anak angkat aku ini Fuz,lebih kurang seusia dengan anak2 aku sendiri.Aku berazam dalam diriku ,bahawa akan tetap menganggapnya sebagai anak aku sendiri,selagi dirinya tetap mahu meneruskan hubungan siratulrahim ini.Insyaalah.Aku lihat keluarganya agak baik,dan mengizinkan aku menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan mereka.Moga-moga Tuhan merestui dan merahmati akan hubungan sesama Islam ini!Bagi diriku kalau seseorang itu berbuat baik denganku sekali,maka aku akan berbuat baik dengannya dua kali atau mungkin lebih.Sesungguhnya inilah pertama kali dan mungkin terakhir aku mempunyai seorang anak angkat.akupun tak tahu kenapa Tuhan Yang Esa mengurniakannya!

Anak angkat aku ini seperti remaja lainlah,dia juga telah mempunyai kawan lelaki,yang dikenali sama di bangku sekolah.Itu aku tak kisahlah,hal peribadinya.cuma harap dia pandai menjaga diri dan berkawan biar ada batas susila,serta mengikuti
pergaulan sebagai orang Islam.menurut cerita anak angkatku ini ramai kaum lelaki hendak berkawan dengannya.Mungkin ada daya penariknya kut.Tapi anak angkat aku ini,dia sering demam dan batuk-batuk,mungkin dia mengidap penyakit,tapi dia tidak melakukan pemeriksaan kesihatan.Tapi diharapkan agar dia sihatlah hendaknya.

Aku harap hubungan kekeluargaan ini berpanjangan hendaknya dan tidak terputus di tengah jalan.Semoga ahli keluarga aku dan ahli masyarakat tidak memandang serong dan faham kedudukan
sebenar akan hubungan kekeluargaan ini.Amin.