Perkamusan atau leksikografi hari ini semakin maju. Sekiranya kita melawat laman-laman internet yang berkaitan dengan perkamusan, kita akan menemui pelbagai maklumat berkenaan dengan ilmu perkamusan. Bahkan, penawaran kursus-kursus perkamusan juga boleh kita dapati dengan hanya merujuk kepada internet. Laman-laman web yang memuatkan maklumat tentang perkamusan tersebut bukan melibatkan bahasa Inggeris sahaja, beberapa laman web perkamusan bahasa lain seperti bahasa Belanda, Cina, Peranchis dan lain-lain juga boleh dilawati. Ini menunjukkan bahasa bidang perkamusan sudah menjadi satu bidang yang diminati di kalangan penyelidik antarabangsa, dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa perkamusan bahasa Melayu tidak harus diabaikan begitu sahaja di kalangan para ilmuan Melayu.
Perkamusan Melayu juga telah melangkah jauh ke hadapan dalam memenuhi keperluan bidang ilmu yang pelbagai, dan telah menjadi wahana perkembangan bahasa Melayu dalam memenuhi cita-cita memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia. Kecanggihan teknologi terkini secara tidak langsung turut mempengaruhi dunia perkamusan Melayu. Haji A. Aziz Deraman (1994) dalam kata-kata aluan Seminar Perkamusan Melayu pernah mengatakan bahawa dalam konteks negara Malaysia, ilmu perkamusan boleh dikatakan masih muda. Justeru itu, sesuai dengan hasrat kita untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa maju yang mampu hidup berganding bersama-sama bahasa lain di dunia, kemasukan teknologi maklumat dalam dunia perkamusan tidak harus dipandang sepi.
Membicarakan tentang perkamusan, banyak perkara yang boleh dibincangkan. Perkamusan bukan sahaja bersangkut paut dengan kamus, bahkan merangkumi ruang lingkup yang sangat luas. Bidang-bidang ilmu yang berkaitan dengan kamus memerlukan penelitian dan kajian yang mendalam. Kamus bukan sahaja mengungkap makna, bahkan berguna bagi menjelaskan kerumitan dalam bidang-bidang tertentu. Selain daripda bahasa, kamus juga berkaitan dengan bidang sains dan teknologi, begitu juga dengan bidang-bidang ilmu yang lain. Boleh dikatakan semua bidang ilmu berhubung secara langsung dengan kamus. Ingin mengetahui makna tentang istilah undang-undang, orang akan merujuk kamus, ingin mengetahui makna tentang perubatan juga orang akan merujuk kepada kamus, (selain merujuk kepada doktor), ingin mengetahui tentang bahasa juga orang akan merujuk kamus, jadi kamus mempunyai tugas yang sangat besar, lebih-lebih lagi dalam era teknologi maklumat ini.
Kamus dan Perkamusan
Kamus ialah sebuah buku yang mengandungi senarai kata sesuatu bahasa yang dilengkapi dengan makna dan juga maklumat-maklumat ringkas tentang tatabahasa bahasa tersebut. Setiap kamus yang dihasilkan mempunyai sifat dan fungsi yang berbeza berdasarkan kepada sasaran pengguna kamus itu sendiri. Kamus Dewan mentafsirkan istilah kamus sebagai buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain (yang disusun mengikut abjad) dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain)...
Perkamusan menurut Kamus Dewan ialah perihal (yang berkaitan dengan) kamus (penyusunannya, ilmu mengenainya, dan lain-lain).Maka secara umumnya perkamusan boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kerja-kerja penghasilan kamus dan bidang ilmu yang mengkaji tentang dunia perkamusan itu sendiri. Dua istilah yang sering digunakan ialah leksikografi dan leksikologi. Leksikografi ialah kerja-kerja yang dilakukan dalam proses menghasilkan kamus. Leksikologi pula ialah disiplin ilmu yang berkaitan secara langsung dengan penghasilan kamus, iaitu teori dan amalan yang digunakan sebagai panduan dalam menghasilkan kamus. Leksikologi pula mencakupi beberapa subbidang ilmu yang lain seperti fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik.
Perkamusan Melayu.
Perkamusan atau leksikografi bahasa Melayu bermula dalam bentuk senarai kata. Pada peringkat awal perkamusan Melayu hanya tertumpu dalam menghasilkan kamus-kamus dwibahasa. Kamus terawal yang ditemui ialah satu senarai kata Melayu-Cina yang dikumpulkan antara tahun 1403M-1511M. Beberapa senarai kata yang lain ialah senarai kata Itali-Melayu yang dihasilkan oleh Antonio Pigafetta (1519M-1522M), senarai kata yang dihasilkan oleh Frederick de Houtmann (1603M) . Selepas itu terdapat beberapa buah kamus yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji Barat . Penghasilan kamus dalam bentuk dwibahasa ini dihasilkan dengan tujuan untuk mempelajari dan memahami bahasa Melayu bagi memudahkan urusan pentadbiran dan komunikasi antara para penjajah dan pedagang dengan masayarakat Melayu.
Perkamusan Melayu terus berkembang sehinggalah terhasil sebuah kamus ekabahasa bahasa Melayu, yang disusun oleh seorang ahli bahasa Melayu iaitu Raja Ali Haji, kamus tersebut diberi nama Kitab Pengetahuan Bahasa. Sesuai dengan tajuknya, kitab ini dihasilkan sebagai buku panduan kepada masyarakat Melayu untuk belajar dan menggunakan bahasa Melayu dengan lebih teratur. Selepas Kitab Pengetahuan Bahasa dihasilkan, beberapa kamus Melayu lain turut menyusul, antaranya Kamus Mahmudiyah oleh Syed Mahmud Syed Abdul Kadir (1894), Kamus Melayu oleh Haji Shamsuddin bin Muhammad (1920), kamus dwibahasa Inggeris-Melayu atau Buku Katan P.B.M.P.B (juga dikenali sebagai Kamus Melayu) oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (1936).
Selepas tarikh-tarikh yang telah dibincangkan di atas kerja-kerja perkamusan Melayu diambil alih oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menghasilkan kamus-kamus Melayu lengkap dan bermutu tidak boleh dipertikaikan lagi. Setelah beberapa tahun mengendalikan kerja-kerja perkamusan, pada tahun 1970 Kamus Dewan Edisi Pertama telah diterbitkan. Kamus yang sangat diperlukan oleh masyarakat pengguna dan penutur bahasa Melayu itu telah menjadi rujukan dan panduan bagi seluruh pengguna bahasa Melayu. Kamus Dewan telah diulang cetak beberapa kali dalam beberapa siri edisi terbaru. Setiap cetakan yang terbaru akan dimuatkan konsep-konsep dan aspek-aspek terkini yang berlaku dalam bahasa Melayu.
Sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghasilkan ratusan mungkin juga ribuan kamus yang digunakan oleh seluruh masyarakat pengguna bahasa Melayu. Begitu juga dengan kemasukan era teknologi maklumat, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama dari pihak-pihak lain yang berkenaan telah berjaya menghasilkan kamus elektronik dan multimedia untuk kemudahan pengguna-pengguna bahasa Melayu. Namun begitu beberapa perkara perlu dilihat dan dibincangkan mengenai kamus-kamus elektronik dan multimedia ini









.jpg)
.jpg)
![Orang Asli -Kaum Semai
Kaum Semai adalah kumpulan penduduk separuh kekal yang terdapat di tengah semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Mereka terkenal sebagai suku kaum yang aman. Suku Semai mengamalkan bercucuk tanam dan amalan ekonomi bertukar hadiah. Mereka antara suku kaum asli yang berundur ke kawasan hutan dan gunung dengan ketibaan penduduk yang memiliki teknologi lebih tinggi.
Suku Semai tidak mempunyai polis, mahkamah, atau kerajaan rasmi. Menurut Dentan, 1979, orang dewasa kelihatannya dikawal melalui pendapat umum. Kaum Semai sendiri menyatakan "Tidak terdapat pihak berkuasa di sini kecuali rasa malu." Sungguhpun seeorang individu mungkin popular dan petah bercakap berpengaruh dalam urusan umum, kaum Semai tidak memiliki ketua yang rasmi.
Pertikaian dalam masyarakat Semai diselesaikan melalui mengadakan bcaraa ("bicara")', atau perhimpunan umum, di rumah tok batin. Perjumpaan ini mungkin berlangsung selama beberapa hari dan membabitkan perbincangan menyeluruh mengenai punca, motivasi dan penyelesaian pertikaian oleh peserta dan seluruh masyarakat, berakhir dengan tok batin mendakwa salah seorang atau kedua yang bertikai agar tidak mengulang tabiat mereka agar tidak membahayakan masyarakat. Malah suku Semai mempunyai perumpamaan, "terdapat lebih banyak sebab untuk takutkan pertikaian daripada harimau" (de Waal, 2005).
Kanak-kanak tidak pernah dihukum atau dipaksa melakukan sesuatu. Perkataan "bood" bererti "tidak mahu." Jika ibu bapa menyuruh anaknya melakukan sesuatu dan anak tersebut menyatakan "bood," perkara tersebut selesai. Permainan yang dimainkan oleh anak-anak Semai tidak bersaing (Bonta 1997). Satu permainan membabitkan memukul kanak-kanak lain dengan ranting, tetapi, sentiasa hampir beberapa inci dari sasaran dengan itu tidak ada yang sebenarnya terkena pukul. Kanak-kanak kelihatannya diajar untuk takutkan sifat agresif mereka. Ibu bapa menggunakan ketakutan kepada orang asing dan alam semulajadi yanga ganas seperti ribut petir bagi mengawal kanak-kanak (Dentan, 1979).
Ia dipercayai bahawa suku Semai adalah sisa penduduk kuno, asal, yang tersebar luas di Asia Tenggara. Menurut Keene State College’s "Orang Asli Archive," pada 1991 terdapat 26,627 orang suku Semai tinggal di Semenanjung Malaysia.
Contoh bahasa suku semai :
Saya = eng
Makan = Cak
Minum = Ngaut
Mandi = Mehmu
Bersih = Parlain
Bagus = Bor
Ayam = Bafung/Fung
Beras = Cengroy
Cendawan = Cenai
Jalek = Kenapa
Rahalook = Bagaimana
Suku Semai juga menggemari masakan lemang dan diberi penghormatan oleh Sultan Iskandar Shah yang memerintah suku semai dianggap sebagai saudara dan digelar sebagai "orang dalam".[1] dan suku Semai.[2]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Semai di Kampong Kuala Bot, Sungai Bot, Tapah, Perak
Semai di Suak Padi, Padang Changkat, Parit, Perak
Semai di Chenderiang , Tapah, Perak
Semai di Batu 6, Batu 7 dan Batu 8 , Batang Padang , Tapah
Semai di Kampung Chinggung, Behrang Ulu, Perak
Semai di Kampung Ulu Geruntum, Gopeng, Perak
Semai di Kampung Batu Berangkai, Kampar, Perak
Semai di Kampung Orang Asli Redang Punggor, Hilir Perak.
Semai di Kawasan Bandar Runding, Tapah, Perak. .
Semai di Perkampungan di Perak Selatan
Semai di Pos Gedong, Perak.
Semai di Rancangan Penempatan Semula Betau, Kuala Lipis, Pahang.
Semai di Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang
Semai di Kampung Harong, Kampung Jentil, Lanai, Kampung Pantos,Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang](https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/q71/s480x480/1535568_699442120076054_602783512_n.jpg)